Jumaat, 31 Julai 2009

Penulisan Bahagian C (1)

Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Klinik 1

Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.



Pengajaran

1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.


Contoh jawapan

Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.


KLINIK 2

TEMA : KELUARGA

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.

Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.

“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.

Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung.


Contoh jawapan

Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana dengan bantu-membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang. Selain itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga baik, memandangkan banyak kerja dapat disiapkan dengan segera. Bermain bunga api pula, boleh mendatangkan kecederaan dan merupakan satu kesalahan. Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan cantik. .Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-saudara yang jauh.


KLINIK 3

Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.

JAWAPAN

1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.

KLINIK 4

Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu bapa/ orang lain
2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.
3. Kasih saying – memberi nasihat / teguran
4. Menjaga kebersihan – makanan
5. Menjaga kesihatan – dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat

KLINIK 5

Tema : Murid yang bersikap negative

Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.

JAWAPAN

1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru

KLINIK 6

Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu
2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan
3. Menghargai masa
4. Perlu jujur dan amanah
5. Bercakap benar /

Khamis, 23 Julai 2009

KLINIK UCAPAN 2

KARANGAN UCAPAN


Satu daripada jenis karangan yang kerap diuji dalam UPSR ialah karangan ucapan. Karangan jenis ini adalah karangan berformat.

Karangan ucapan ada beberapa jenis seperti;

• ucapan perpisahan
• ucapan takziah
• ucapan tahniah
• ucapan penerangan
• terima kasih

Untuk penulisan ucapan, biasanya suatu situasi diberikan .Anda dikehendaki menulis ucapan berdasarkan situasi seperti majlis keraian, perhimpunan, perpisahan dan sebagainya.

Sebuah ucapan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut ;

 Kata-kata aluan sebagai hormat kepada hadirin.

 Kata-kata aluan dimulakan dengan pengerusi majlis, kemudian diikuti mereka yang tinggi kedudukannya.

 Ucapan atau panggilan kepada hadirin di tengah-tengah ucapan. Ucapan atau panggilan ini perlu ditulis sekurang-kurangnya sekali.
Contohnya
- Saudara dan saudari sekalian
- Tuan-tuan dan puan-puan hadirin
- Pelajar-pelajar sekalian
- Rakan-rakan sekalian
- Hadirin sekalian

 Kata aluan dianggap pendahuluan, ‘terima kasih’ di akhir ucapan dianggap penutup. Walau bagaimanapun pelbagai teknik boleh digunakan. Umpamanya membuat penutupan dalam bentuk pantun yang sesuai dengan tema ucapan.


Soalan Perbincangan

Andaikan guru anda akan bertukar ke sekolah lain kerana dinaikkan pangkat.Anda sebagai ketua kelas diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan untuknya.

Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.


Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan
dan tidak melebihi 120 patah perkataan .

Langkah 1

Memahami kehendak soalan .
Karangan ini menghendaki anda menyampaiakan ucpan tahniah kepada guru anda kerana dinaikkan pangkat dan berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai olehnya.


Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.


Contoh karangan;

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang diraikan Cikgu Ishak Ibrahim, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.

Seperti yang kita sedia maklum, Cikgu Ishak telah dilantik sebagai Guru Cemerlang. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan tahniah dan sangat-sangat berbangga atas perlantikan cikgu. Kejayaan cikgu adalah kejayaan kami semua.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tempoh sepuluh tahun beliau di sekolah ini, banyak ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada kami, lebih-lebih lagi Cikgu Ishak merupakan seorang guru yang serba boleh. Dengan usahanya yang tidak mengenal jemu telah membuahkan kecemerlangan dalam UPSR pada setiap tahun.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan cikgu membantu kami meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Atas usaha-usaha beliau, tidak memeranjatkan kami apabila pihak Kementerian Pendidikan melantik cikgu sebagai guru cemerlang.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini juga, kami berharap cikgu akan terus kekal mengajar di sekolah ini. Kami masih memerlukan kepakaran dan kecemerlangan cikgu untuk terus membimbing kami lebih-lebih lagi UPSR hanya tinggal dua bulan lagi.

Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Cikgu Ishak Ibrahim. Doa kami semoga cikgu akan terus cemerlang dalam kerjaya cikgu dan bahagia selalau di samping keluarga tersayang.

Sekian, terima kasih.


Langkah 4


• Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan , struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.


Latihan Minggu Ini:

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan
tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. Kelab Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan Mesyuarat Agong. Sebagai pengerusi kelab anda dikehendaki menyampaikan ucpan dalam majlis itu
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

2. Rakan anda telah memenangi satu pertandingan di peringkat daerah. Kelas anda telah meraikan kejayaannya. Sebagai ketua kelas, anda diminta menyampaikan ucapan bersempena dengan majlis itu.

Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

3. Andaikan bahawa guru anda akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Anda sebagai ketua kelas diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan untuknya.
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.



GLOSARI:
• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada


adab berbudi bahasa, bertamadun, peraturan-peraturan yang lazim, kebiasaan
berkat halal, restu, dengan kerana
dasar berasas,berperut, perut laut, perangai, sebenarnya
fikir merenung, mempertimbangkan,
gaduh berkelahi, bercampur aduk, mengadu, gempar
genggam dalam pegangan, menyimpan
inti isinya, tajuk
santun halus berbudi pekerti,beradab
lembap tidak cergas kerana sakit atau sudah tua,tidak bertenaga
kembali pulang, meninggal dunia, semula, berikan
larut cair, teruk , jauh malam
serak parau , garau suara
lasak tak lekas koyak, tak mahu duduk diam
sambil seraya, serta,sejenis tumbuhan
pungut mengambil, memetik hasil


Contoh jawapan 1


Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Rahim bin Omar, yang dihormati guru penasihat Kelab Bahasa Melayu, serta rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya selaku pengerusi kelab ini merakamkan ucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran hadirin sekalian dalam Mesyuarat Agong kelab ini.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh persatuan. Selaras dengan matlamat penubuhannya, untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan ahli dan murid-murid di sekolah ini.

Pada semester pertama, persatuan ini telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti dijalanakan untuk memilih peserta ke pertandingan di peringkat daerah. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, bersyair, dan syarahan.

Hadirin sekalian,

Pada semester kedua pula, persatuan telah menganjurkan pertandingan menulis karangan, kuiz antara rumah-rumah sukan, dan pertandingan drama sebabak antara kelas bagi murid-murid tahap 2.

Selain itu, persatuan juga telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Perpustakaan Negara. Sebanyak 40 orang murid dan 4 orang guru terlibat dalam lawatan itu.

Sebelum saya mengundur diri, terlebih dahulu saya mewakili ahli jawatankuasa kelab ini memohon kemaafan jika terdapat kelemahan sepanjang kami menerajui kelab ini.

Sekian, terima kasih.

KLINIK UCAPAN 2

KARANGAN UCAPAN


Satu daripada jenis karangan yang kerap diuji dalam UPSR ialah karangan ucapan. Karangan jenis ini adalah karangan berformat.

Karangan ucapan ada beberapa jenis seperti;

• ucapan perpisahan
• ucapan takziah
• ucapan tahniah
• ucapan penerangan
• terima kasih

Untuk penulisan ucapan, biasanya suatu situasi diberikan .Anda dikehendaki menulis ucapan berdasarkan situasi seperti majlis keraian, perhimpunan, perpisahan dan sebagainya.

Sebuah ucapan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut ;

 Kata-kata aluan sebagai hormat kepada hadirin.

 Kata-kata aluan dimulakan dengan pengerusi majlis, kemudian diikuti mereka yang tinggi kedudukannya.

 Ucapan atau panggilan kepada hadirin di tengah-tengah ucapan. Ucapan atau panggilan ini perlu ditulis sekurang-kurangnya sekali.
Contohnya
- Saudara dan saudari sekalian
- Tuan-tuan dan puan-puan hadirin
- Pelajar-pelajar sekalian
- Rakan-rakan sekalian
- Hadirin sekalian

 Kata aluan dianggap pendahuluan, ‘terima kasih’ di akhir ucapan dianggap penutup. Walau bagaimanapun pelbagai teknik boleh digunakan. Umpamanya membuat penutupan dalam bentuk pantun yang sesuai dengan tema ucapan.


Soalan Perbincangan

Andaikan guru anda akan bertukar ke sekolah lain kerana dinaikkan pangkat.Anda sebagai ketua kelas diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan untuknya.

Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.


Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan
dan tidak melebihi 120 patah perkataan .

Langkah 1

Memahami kehendak soalan .
Karangan ini menghendaki anda menyampaiakan ucpan tahniah kepada guru anda kerana dinaikkan pangkat dan berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai olehnya.


Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.


Contoh karangan;

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang diraikan Cikgu Ishak Ibrahim, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.

Seperti yang kita sedia maklum, Cikgu Ishak telah dilantik sebagai Guru Cemerlang. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan tahniah dan sangat-sangat berbangga atas perlantikan cikgu. Kejayaan cikgu adalah kejayaan kami semua.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tempoh sepuluh tahun beliau di sekolah ini, banyak ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada kami, lebih-lebih lagi Cikgu Ishak merupakan seorang guru yang serba boleh. Dengan usahanya yang tidak mengenal jemu telah membuahkan kecemerlangan dalam UPSR pada setiap tahun.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan cikgu membantu kami meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Atas usaha-usaha beliau, tidak memeranjatkan kami apabila pihak Kementerian Pendidikan melantik cikgu sebagai guru cemerlang.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini juga, kami berharap cikgu akan terus kekal mengajar di sekolah ini. Kami masih memerlukan kepakaran dan kecemerlangan cikgu untuk terus membimbing kami lebih-lebih lagi UPSR hanya tinggal dua bulan lagi.

Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Cikgu Ishak Ibrahim. Doa kami semoga cikgu akan terus cemerlang dalam kerjaya cikgu dan bahagia selalau di samping keluarga tersayang.

Sekian, terima kasih.


Langkah 4


• Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan , struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.


Latihan Minggu Ini:

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan
tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. Kelab Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan Mesyuarat Agong. Sebagai pengerusi kelab anda dikehendaki menyampaikan ucpan dalam majlis itu
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

2. Rakan anda telah memenangi satu pertandingan di peringkat daerah. Kelas anda telah meraikan kejayaannya. Sebagai ketua kelas, anda diminta menyampaikan ucapan bersempena dengan majlis itu.

Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

3. Andaikan bahawa guru anda akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Anda sebagai ketua kelas diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan untuknya.
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.



GLOSARI:
• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada


adab berbudi bahasa, bertamadun, peraturan-peraturan yang lazim, kebiasaan
berkat halal, restu, dengan kerana
dasar berasas,berperut, perut laut, perangai, sebenarnya
fikir merenung, mempertimbangkan,
gaduh berkelahi, bercampur aduk, mengadu, gempar
genggam dalam pegangan, menyimpan
inti isinya, tajuk
santun halus berbudi pekerti,beradab
lembap tidak cergas kerana sakit atau sudah tua,tidak bertenaga
kembali pulang, meninggal dunia, semula, berikan
larut cair, teruk , jauh malam
serak parau , garau suara
lasak tak lekas koyak, tak mahu duduk diam
sambil seraya, serta,sejenis tumbuhan
pungut mengambil, memetik hasil


Contoh jawapan 1


Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Rahim bin Omar, yang dihormati guru penasihat Kelab Bahasa Melayu, serta rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya selaku pengerusi kelab ini merakamkan ucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran hadirin sekalian dalam Mesyuarat Agong kelab ini.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh persatuan. Selaras dengan matlamat penubuhannya, untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan ahli dan murid-murid di sekolah ini.

Pada semester pertama, persatuan ini telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti dijalanakan untuk memilih peserta ke pertandingan di peringkat daerah. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, bersyair, dan syarahan.

Hadirin sekalian,

Pada semester kedua pula, persatuan telah menganjurkan pertandingan menulis karangan, kuiz antara rumah-rumah sukan, dan pertandingan drama sebabak antara kelas bagi murid-murid tahap 2.

Selain itu, persatuan juga telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Perpustakaan Negara. Sebanyak 40 orang murid dan 4 orang guru terlibat dalam lawatan itu.

Sebelum saya mengundur diri, terlebih dahulu saya mewakili ahli jawatankuasa kelab ini memohon kemaafan jika terdapat kelemahan sepanjang kami menerajui kelab ini.

Sekian, terima kasih.




Rabu, 22 Julai 2009

KLINIK PEMAHAMAN 8

KLINIK PEMAHAMAN 8
A Baca catatan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya

Sabtu
7.00 pagi : Aku dan Kak Salmah tiba di Hentian Putra, Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu dengan Ekspres Budaya. Pak Usu dan Mak Usu menunggu kedatangan kami.

9.00 pagi : Pulang ke rumah Pak Usu yang terletak di kawasan perumahan di Bukit Jalil, tidak jauh dari lokasi pusat sukan. Kami asyik berbual-bual dengan anak-anak Pak Usu, Inah dan Kamal, maklumlah sudah beberapa bulan kami tidak berjumpa. Inah dan Kamal mengajak kami bersiar-siar di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil. Kami sempat membeli cendra mata sebagai buah tangan untuk rakan-rakan di kampung.


8.00 malam : Kami bersiar-siar menekmati keindahan ibu kota pada waktu malam. Aku terpegun dengan keindahan Menara Kembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Setelah puas menikmati panorama ibu kota tercinta, kami sempat mengalas perut sebelum pulang ke rumah .
Ahad

9.00 pagi : Kami bertolak ke Putrajaya . Kami sampai ke pintu masuk bandar ‘pintar’. Saya terpesona oleh keindahan reka bentuk bangunan-bangunannya seperti Masjid Putrajaya dan Bangunana Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia.

11.00 pagi : Kami meninggalkan Putrajaya dan menuju ke Cyberjaya, pusat teknologi maklumat. Di sini juga di dirikan Universiti Multimedia . Aku berazam satu hari nanti, akan menjejakkan kaki di situ.

12.00 tengah hari : Dari Cyberjaya kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang..Dari situ kami ke Kajang untuk menikmati sate Kajang.

4..00 petang : Anak Pak Long, Abang Razif yang tinggal di Bandaraya Shah Alam sampai di rumah Pak Usu, untuk membawa kami makan angin ke Melaka





1 Bilakah agaknya penulis bertolak dari Kuala Terengganu?
A Pada waktu malam
B Pada waktu petang
C Pada waktu pagi
D Pada waktu tengah hari

2 Apakah hubungan ‘saya’ dengan Razif, dan Kamal?
A Bapa saudara
B Anak saudara
C Anak buah
D Sepupu

3 Rangkai kata mengalas perut dalam petikan bermaksud
A makan
B berehat
C menginap.
D berbual-bual

4 Mengapakah Putrajaya dan Cyberjaya dikatakan sebagai bandar ‘pintar’
A terdapat beberapa buah universiti .
B ibu pejabat baru kerajaan Malaysia.
C pengkalan beberapa buah syarikat multimedia
D dilengkapi segala kemudahan Teknologi Maklumat

5 Pernyataan-pernyataan yang berikut adalah benar tentang catatan ini, kecuali …
A penulis melawat tempat berlangsungnya sukan Komanwel
B penulis berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Multimedia
C penulis akan meneruskan percutiannya di rumah Pak Longnya di Melaka
D selepas melawat Putrajaya dan Cyberjaya ,penulis melawat pekan Dengkil
dan Kampung Bukit Canggang.


B SIMPULAN BAHASA

• Simpulan bahasa ialah ungkapan indah yang dicipta untuk melahirkan
sesuatu perasaan secara tidak langsung
• Bertujuan untuk menyindir ,mendidik atau memberikan pengajaran
dan pedoman kepada masyarakat.

Latihan 1 :

Senaraikan dan berikan maksud simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan;

1........................................................................

2........................................................................

3........................................................................


Latihan 2

Suaikan simpulan bahasa dengan maksud yang betul.

• Naik darah

Tidak bernasib baik

• Dalam tangan

Orang yang sangat cerewet

• Langkah kiri

Kerja yang tidak berfaedah

• Lipas kudung

Tidak jujur,suka belot

• Tahi minyak

Pasti mendapat sesuatu

• Patah kandar

Terlalu sedih

• Menculik hati

Pantas membuat kerja

• Hancur hati

Hilang tempat bergantung

• Cangkul angin

Menjadi terlalu marah dan radang

• Bermuka dua

Menggelikan hati


Latihan 3
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai .


rambang mata, hilang akal, memasang telinga , memerah keringat , kacang hantu
angkat bakul , kepala batu , beralih angin , langkah seribu, batu loncatan


1. Kami untuk mendengar rahsia itu .
2. Saya bekerja di sini sebagai saja untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik .
3. Setiap hari Pakcik Lamin di tengah bendang untuk menyara hidup keluarganya .
4. Kain batik yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka sehinggakan para pelancong
untuk membelinya .
5 Kami sudah puas melarangnya supaya jangan bermain di situ tetapi mereka terus bermain . Mereka memanglah .
6 Puan Endon seolah-olah apabila mendapat tahu anaknya terlibat dalam nahas kapal terbang itu .
7 Saya dan Abu membuka apabila dikejar oleh pemuda yang kurang siuman itu.
8 Puan Karmila memang suka kerana selalu memuji dirinya cantik dan pandai mendandan.
9 Tidak ada siapa yang hendak berkawan dengan Ating kerana dia dan suka menganggu orang.
10 Sudah lama Encik Ridzuan tinggal di bandar. Kini setelah bersara beliau ingin
ke kampung pula.


Latihan 4

Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1 “Nasihat saya langsung tidak dipedulikannya. betul budak itu,” kata
Kak Yah kepada kami.
A Kepala lutut
B Kepala lanun
C Kepala angin
D Kepala batu

2 Kalau ayah yang lebih tahun ini , ayah akan membawa kami berumrah sambil melancong ke Eropah .
A ada rezeki
B membawa rezeki
C mencari rezeki
D terbuka rezeki


3 Anak-anak Pak Aris disenangi oleh jiran-jirannya kerana mereka .
A tinggal tulang
B berat tulang
C tulang belakang
D ringan tulang

4 “Pada tahun ini nampaknya buah-buahan di kampung kami ,” keluh
Batin Uda .
A kurang jatuh
B kurang jadi
C kurang masak
D kurang manis
5 “ Dulu keluarga opah hidup susah, jadi ayah opah tidak tentang persekolahan opah,” kata Opah Rozy kepada cucu-cucunya.
A ambil langkah
B ambil berat
C ambil hati
D ambil kira

6 Kita tidak patut kawan kita di hadapan rakan-rakan kita yang lain.
A membuka hati
B membuka langkah
C membuka pekong
D membuka mulut

7 “ Bersabar tuan hamba,jangan cepat melenting dan terlalu mengikut , nanti kita juga yang akan kecundang,” kata Pak Malau kepada Si Jaka.
A darah muda
B darah tinggi
C darah perkasa
D darah gemuruh

8 Abot dan Akim itu memang . Mereka suka melepak tidak tentu arah sehingga lewat malam baru pulang ke rumah.
A kutu rayau
B kutu embun
C kacang hantu
D hantu siang

9 Datuk selau berpesan kepada kami agar menjaga apabila berada di perantauan.
A isi hati
B harga diri
C harga mati
D ringan mulut .

10 Setelah selesai makan nasi ambang, kami dihidangkan pula dengan .
A pencuci tangan
B pencuci mulut
C pencuci kaki
D buah tangan

Bahagian A
1 A 2 D 3 A 4 D 5 D
Bahagian B
Latihan 1
Naik darah – menjadi terlalu marah dan radang
Dalam tangan – pasti mendapat sesuatu
Langkah kiri – tidak bernasib baik
Lipas kudung – pantas membuat kerja
Tahi minyak – orang yang sangat cerewet
Patah kandar – hilang tempat bergantung
Menculik hati – mengelikan hati
Hancur hati – terlalu sedih
Cangkul angin – kerja yang tidak berfaedah ]
Bermuka dua – tidak jujur, suka belot

Latihan 2
1 memasang telinga
2 batu loncatan
3 memerah keringat
4 rambang mata
5 kepala batu
6 hilang akal
7 langkah seribu
8 angkat bakul
9 kacang hantu
10 beralih angin

Latihan 3
1 D 2 A 3 D 4 B 5B 6 C 7 A 8 B 9 B 10 B

Khamis, 16 Julai 2009

KLINIK PENULISAN CERITA 1

MELENGKAPKAN CERITA

Pengenalan

 Karangan menyudah atau melengkapkan cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR. Karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.

 Karangan jenis menyambung cerita ialah karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.

 Ketepatan fakta tidak diperlukan, tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang indah serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.

 Karangan ditulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian , perbualan, dan pembacaan.

 Sebuah cerita yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita) sebab dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).

 Karangan di bahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan penyelesaian.

 Perbualan atau dialog boleh digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.

 Setiap cerita mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.

 Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang lebih menarik dan berkesan.


Tajuk Perbincangan

. Aku sedang membuat kerja sekolahku.Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku…

Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Soalan ini, memerlukan anda mengambil tindakan, untuk mengetahui lebih dekat atau lebih lanjut keadaan adik.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Contoh Karangan

Aku sedang membuat kerja sekolahku.Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku meluru ke tingkat atas. Jeritan adik jelas kedengaran dari arah bilik mandi. Aku cuba membukanya tetapi gagal kerana pintu terkunci.

Aku tergamam, pelbagai persoalan menerpa benakku. Adakah adikku cedera? Mengapa? Bagaimana? Ayah…ibu…belum pulang. Tiba-tiba aku terpandang sejambak kunci terletak di atas meja solek ibu. Aku segera mengambil kunci dan membuka bilik air tersebut.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kepala adik berdarah. Rambut bertaburan di lantai. Pisau cukur ayah masih di tangannya. Aku pasti kepala adik luka sewaktu cuba bercukur. Aku segera membersihkan luka di kepala adik.

Kulihat wajah adik telah berubah. “Ronaldo!…” jeritku. Adik menekup mukanya, sambil mengangguk-anggukan kepala. Aku tidak dapat menahan tawaku. Rupa-rupanya adikku peminat Ronaldo.

Aku mengambil peti ubat yang terletak di atas almari. Luka adik yang tidak seberapa itu akau bubuh ubat ‘iodin’.Tujuannya adalah supaya luka itu cepat sembuh. Kemudian, luka itu kubalut dengan kain pembalut supaya tidak dijangkiti kuman.

Sejurus kemudian, kedengaran kereta ayah memasuki perkarangan rumah. Aku segera membuka pintu “Kenapa kepala adik berbalut?” tanya ibu kehairanan. Lantas aku menjawab, “ Adik nak jadi Ronaldo bu!”. Aku pun menceritakan kejadian sebenar kepada ayah dan ibu. Mereka pun tertawa…


Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan Minggu Ini

1. Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai ke Kelas Tahun Satu Jujur, aku terdengar seorang budak sedang menangis. Aku pun…
Lengkapkan cerita di atas.

2 Bas telah sampai. Ramai penumpang turun dan naik bas itu. Sahabatku tidak juga muncul-muncul. Mana dia?

Mulakan karangan anda dengan; Mana dia?…..

3 Pada suatu hari, aku tinggl seorang diri di rumah. Ayah dan ibuku masih belum pulang dari bandar. Tiba-tiba kedengaran tapak kaki orang berjalan di….

Lengkapkan cerita di atas.

GLOSORI

atlet : orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan
atletik : berbagai-bagai jenis olahraga(terutama yang memerlukan
kekuatan, ketangkasan, dan kecepatan seperti berlari,
melompat, berenang dan lain-lain, sukan
baran : pemarah, lekas marah, hutan yang berpaya-paya, nutan rawa
binsa : habis rosak, atau hancur sama sekali, musnah
mengerti : mengetahui atau memahami erti (kepentingan dan lain-lain)
iring : ikut, turut
seiring : bersam-sama berjalan, (bergerak, terbang)
kenyal : keras menganjal apabila ditekan(seperti bola getah), keras
tetapi empuk, agak liat, mudah berubah
( menjadi bertambah atau berkurang)
petua : nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna
putar belit : tipu muslihat , tipu daya, putar alam
runduk : tunduk , menunduk
peluang : kesempatan baik, ketika yang baik,
merajang : menghiris tipis-tipis, menyayat tipis-tipis, meracik
Contoh Jawapan soalan 1

Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai ke Kelas Tahun Satu Jujur, aku terdengar seorang budak sedang menangis. Aku pun menghampiri budak itu. Dia kelihatan amat takut dan cuba menyembunyikan mukanya supaya aku tidak dapat memandangnya.

“Mengapa adik menangis?”aku bertanya sambil memujuknya. Pertanyaanku tidak dijawab. Aku cuma dapat mengagak, mungkin ada sesuatu yang telah berlaku ke atas dirinya yang menyebabkan dia kelihatan takut dan cemas.

Setelah beberapa kali memujuk akhirnya budak itu memberi tahuku, wang belanjanya telah dirampas oleh sekumpulan murid. Dia memberi tahu, hal itu telah berlaku beberapa kali. Dia takut hendak memberi tahu gurunya kerana telah diugut akan dicederakan.

Aku mengajak budak itu ke kantin lalu membelikan sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. “Hari ini abang belanja kamu,” kataku kepada budak itu sambil menyuruhnya makan. Dalam benakku bermain-main pelbagai persoalan, peras ugut?…samseng?...aku mesti bertindak .

Aku meninggalkan budak itu makan dengan kawan-kawannya yang lain. Aku terus melaporkan hal tersebut kepada guru disiplin iaitu Cikgu Sargini. Cikgu Sargini telah memanggil beberapa orang pengawas. Kami sepakat untuk memasang perangkap esok hari.

Awal pagi lagi kami telah membuat intipan. Perangkap kami mengena apabila tiga orang murid tahun enam menarik seorang murid tahun satu ke bahagian belakang bangunan. Sepantas kilat kami menyerbu dan menangkap mereka. Aku berasa puas kerana berjaya membantu pihak sekolah menangani gejala yang tidak sihat itu.

Selasa, 14 Julai 2009

KLINIK PEMAHAMAN 6

Aktiviti 6

LAPORAN TAHUNAN KELAB WAJA DIRI
TAHUN 2008

Penaung : Encik Abdul Rahman bin Ahmad
Guru Besar
SK. Taman Pantai Sepang Putra

Guru Penasihat : Encik Mardi bin Rahmad
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Encik Anuar bin Ahmad
Encik Abdul Karim bin Aziz
Cik Fazilah Zakaria
Pengerusi : Noor Shafik bin Amin
Naib Pengerusi : Faiz Ekhsan bin Mohd Nor
Setiausaha : Najah Farahain bt Mohamad
Bendahari : Ravicandran a/I Krishnan
Ahli Jawatankuasa :
Aidil bin Luqman
Tan Swee Lin
Farid bin Hashim
Santimalar a/p Murugan

Kelab ini ditubuhkan dengan rasminya pada 10 Februari 2008 oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum Cikgu Mardi bin Rahmad .Tetamu khas bagi majlis perasmian kelab ini ialah guru besar sekolah , Encik Abdul Rahman bin Ahmad. Seramai 150 orang pelajar menghadiri majlis perasmian ini. Sebelum majlis tamat, borang keahlian telah diedarkan kepada pelajar-pelajar yang menghadiri majlis itu. Sebanyak 100 orang pelajar bersetuju menjadi ahli kelab ini.

Pada 20 Februari 2008, kelab ini telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya yang pertama . Mesyuarat ini hanya dibuka kepada anggota-anggota kelab sahaja. Sebanyak 80 orang ahli menghadirinya.

Pada 15 Mac, kelab ini telah mengadakan majlis jamuan suaikenal pada 15 Mac untuk anggota-anggota dan guru-guru penasihatnya.

Pada 25 April , kami mengadakan Program Bina Insan Untuk memantapkan
ketahanan fizikal dan mental ahli-ahli. Kelab ini juga telah menganjurkan program berbasikal ke Pantai Bagan Lalang , Sepang . Seramai 40 orang anggota kelab telah menyertai program tersebut.

Pada penggal kedua yang lalu , kelab ini telah menganjurkan perkhemahan di Hutan Rekreasi Sungai Congkak , Kajang . selama dua hari . Guru-guru penasihat yang turut serta ialah Cikgu Anuar Ahmad, Cikgu Fazilah Zakaria dan Cikgu Abdul Karim Aziz . Di samping itu , kelab ini juga mengadakan pertandingan bola sepak pantai , sepak raga bulatan , dan bola jaring . Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan perhubungan yang sedia ada di kalangan ahli.



Pada 18 Ogos , kelab ini telah mengadakan program “ Cintailah Keindahan Alam Sekitar “ . Seramai 70 orang ahli dan 200 orang pelajar dari ahli kelab-kelab lain telah berjaya mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan .

Pada 25 Oktober, seramai 40 orang ahli kelab ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang .

Pada cuti penggal ketiga pula, kelab ini telah mengadakan ekspedisi ke Taman Negara selama seminggu. Seramai 30 orang pelajar menyertainya.

Laporan disediakan oleh , 3 0 NOVEMBER 2008

…………………………….
Najah Farahain binti Mohamad ,
Setiausaha Kelab Waja Diri,
SK. Taman Pantai Sepang Putra,
Sepang, Selangor Darul Ehsan .


1 Selain daripada perasmian penubuhan Kelab Waja Diri, majlis perasmian
itu juga bertujuan …
A memperkenalkan guru besar
B mendapatkan ahli untuk kelab itu
C memperkenalkan kelab itu kepada orang ramai
D merasmikan Mesyuarat Agung Tahunannya yang Pertama

2 Siapakah pengasas kelab ini ?
A Tuan Guru Besar
B Guru Penasihat Kelab
C Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa
D Guru Penolong Kanan Kokurikulum

3 Apakah salah satu tugas setiausaha Kelab Waja Diri?
A Menulis laporan kelab
B Mendapatkan ahli-ahli baru
C Merasmikan penubuhan kelab
D Mempengerusikan Mesyuarat Agung

4 Pada penggal pertama, kelab ini telah mengadakan perkara- perkara
berikut kecuali
A motivasi
B jamuan suaikenal
C program berbasikal ke Pantai Bagan Lalang
D perkhemahan di Hutan Rekreasi Sungai Congkak

5 Pada pendapat kamu mengapakah kelab ini mengadakan program
‘Cintailah Keindahan Alam Sekitar”?
A Untuk menjadikan ahli-ahlinya sihat
B Untuk mengadakan gotong-royong
C Untuk mengeratkan perhubungan antara ahli-ahli kelabnya
D Untuk memupuk kesedaran pentingnya memelihara alam sekitar


6 Pernyataan-pernyataan berikut adalah benar mengenai laporan di atas kecuali
A kelab ini telah mempunyai 100 orang anggota
B kelab ini telah dirasmikan pada awal tahun 2007
C mengadakan ekspedisi berbasikal ke Pulau Pinang
D seramai 30 orang pelajar telah menyertai perkhemahan Sungai Congkak

Bahagian B

Kata Hubung

Kata Hubung Gabungan
Contoh: atau, dan, lalu, maka, serta, tetapi.
Kata Hubung Pancangan
Contoh: agar, apabila, bahawa, hingga, jika, sebelum, sekiranya, selama.

Kata Hubung Berpasangan
Contoh: baik… ataupun
baik… baik
baik… mahupun
bukan sahaja…bahkan juga
bukan sahaja… tetapi juga
jangankan… pun
sedangkan… apatah lagi
sungguhpun…namun

Latihan I
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.
1. _____________ perempuan itu cantik_____________ sombong.

2. Vellu akan balik hari ini____________ esok.

3. Perangainya berubah_______________ dia menjadi kaya.

4. ________________ tangannya kudung______________dia pandai melukis.

5. Bas yang sarat dengan penumpang itu terbabas_____________terlanggar tiang telefon.

Latihan 2
Pilih kata hubung yang sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1 ____________ saya tidak hadir, tolonglah hantar buku ini.
A Hingga
B Sebelum
C Sekiranya
D Selama

2 Dia ketawa __________ keluar air mata.
A Lalu
B Hingga
C Manakala
D Tetapi

3 Salmah memberitahu Ali____________ dia akan datang lagi.
A Sekiaranya
B Seandainya
C Bahkan
D Bahawa



TANDA BACA
• Sangat penting dalam tulisan yang menentukan keberkesanan sesuatu
idea atau mesej yang hendak disampaikan.
• Tanda baca yang tidak tepat akan menjejaskan maksud atau isi
sesuatu penulisan.
• Tanda baca akan mempengaruhi kadar dan nada membacanya.
• Penggunaan huruf besar juga perlu diketahui penggunaannya.
• Tanda baca yang diketahui oleh pelajar-pelajar ialah :
• Tanda noktah ( . )
• Tanda koma ( , )
• Tanda sempang ( - )
• Tanda tanya ( ? )
• Tanda seru ( ! )
• Tanda petik tunggal (‘…’ )
• Tanda titik berindih ( : )
• Tanda koma bertindih( ; )
• Tanda pembuka kata dan penutup kata ( “ … “ )

Latihan 1
Tandakan ( / ) pada ayat-ayat yang menggunakan huruf besar dan tanda baca yang betul dan ( X ) pada ayat-ayat yang salah.
1 “Ingatlah pesan ayah dan ibu ini , baik-baik ! “ ( )
2 Kata Pak Tam dan Mak Yah kepada anaknya Suriya. ( )
3 Amboi ! wanginya bedak yang kau beli ini ! ( )
4 Hei , usah pergi ke tasik itu ! ( )
5 Abot meraung , “Aduh ! bisanya sengatan ikan sembilang ini .” ( )
6 “Sudahkah kamu menyiapkan kerja sekolah yang cikgu beri , Zaman ?”
tanya ibunya. ( )
7 “ Boleh Puan tunggu sebentar !” Tanya kerani di kaunter itu. ( )

Latihan 2
Ayat-ayat di bawah adalah salah dari segi penggunaan tanda baca dan huruf besarnya.Betulkan-ayat-ayat itu dan kemudian tuliskannya di dalam ruangan yang disediakan.
1 kamu hendaklah berhati hati semasa melintas jalan ! kata iabu kepada saya
…………………………………………………………
…………………………………………………………
2 katanya , setelah saudara membaca semua syarat syarat tersebut .
sikan borang itu dengan teliti
…………………………………………………………
…………………………………………………………
3 ayah Azam yang bekerja sebagai guru akan bersara akhir tahun ini
setelah berkhidmat hampir tiapuluh tahun
…………………………………………………………
…………………………………………………………
4 kabar baik mengapa kamu sudah lama tidak balik ke kampung ! tanya tok Akil kepada cucunya .
…………………………………………………………
…………………………………………………………

Latihan 3
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

1 A “Apabila kamu datang nanti , singgahlah di rumah Pak Long dahulu .
Jemput dia datang ke rumah untuk berbuka puasa,” kata ibu kepada Imran.
B “Apabila kamu datang nanti , singgahlah di rumah Pak Long dahulu , Jemput dia datang ke rumah untuk berbuka puasa. ” kata ibu kepada Imran.
C “Apabila kamu datang , nanti singgahlah di rumah Pak Long dahulu . Jemput dia datang ke rumah untuk berbuka puasa .” kata ibu kepada Imran.
D “Apabila kamu datang nanti . Singgahlah di rumah Pak Long dahulu . Jemput dia datang , ke rumah untuk berbuka puasa,” kata ibu kepada Imran.

2 A Hadiah-hadiah untuk para pemenang pertandingan berpantun itu
telah disampaikan oleh tuan pengarah pendidikan negeri .
B Hadiah-hadiah untuk para pemenang pertandingan berpantun itu
telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri .
C Hadiah-hadiah untuk para pemenang pertandingan berpantun itu
telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri !
D Hadiah-hadiah untuk para pemenang , pertandingan berpantun itu
telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri.

3 A Kamu hendak lulus dalam peperiksaan , bukan ? Kalau begitu ,
belajarlah rajin-rajin ! kata Cikgu Razikin kepada murid-muridnya .
B “Kamu hendak lulus dalam peperiksaan bukan ? Kalau begitu ,
belajarlah rajin-rajin ,” kata Cikgu Razikin kepada murid-muridnya
C “Kamu hendak lulus dalam peperiksaan , bukan . Kalau begitu ,
belajarlah rajin-rajin ,” kata Cikgu Razikin kepada murid-muridnya
D “Kamu hendak lulus dalam peperiksaan , bukan ?” “ Kalau begitu ,
belajarlah rajin-rajin ”, kata Cikgu Razikin kepada murid-muridnya
4 A Wah , asyik benar kamu melayari Internetl ! Ada apa-apa berita
yang menarik ?
B Wah ! asyik benar kamu melayari Internet ! Ada apa-apa berita
yang menarik ?
C Wah , asyik benar kamu melayari Internet ! Ada apa-apa berita
yang menarik !
D Wah , asyik benar ! kamu melayari Internet ! Ada apa-apa berita
yang menarik ?

5 A Ceramah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru itu ,
akan diadakan di dewan besar Sekolah Menengah Kebangsaan
Batu Laut , Kuala Langat , Selangor .
B Ceramah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru itu ,
akan diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan
Batu Laut , Kuala Langat , Selangor .
C Ceramah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru itu ,
akan diadakan di Dewan besar Sekolah Menengah Kebangsaan
Batu Laut , Kuala Langat , Selangor .
D Ceramah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru itu ,
akan diadakan di dewan besar Sekolah Menengah Kebangsaan
Batu Laut Kuala Langat Selangor .

6 A Sejak kebelakangan ini nenek kelihatan murung , dan tidak selera
makan . Mengapa nenek ? berkeadaan begitu , bisik hati kecilku.
B Sejak kebelakangan ini , nenek kelihatan murung dan tidak selera
makan . Mengapa ? Nenek berkeadaan begitu bisik hati kecilku.
C Sejak kebelakangan ini , nenek kelihatan murung dan tidak selera
Makan , mengapa nenek ? berkeadaan begitu . Bisik hati kecilku.
D Sejak kebelakangan ini , nenek kelihatan murung dan tidak selera
makan . Mengapa nenek berkeadaan begitu ? Bisik hati kecilku.

7 A Kamu memang rajin dan tidak kenal putus asa . Tahniah , akhirnya
kamu berjaya mendapat 5A dalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
baru-baru ini .
B Kamu memang rajin dan tidak kenal putus asa . Tahniah , akhirnya
kamu berjaya mendapat 5A dalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
baru-baru ini !
C Kamu memang rajin dan tidak kenal putus asa ? Tahniah , akhirnya
kamu berjaya mendapat 5A dalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
baru-baru ini !
D Kamu memang rajin dan tidak kenal putus asa , tahniah , akhirnya
kamu berjaya mendapat 5A dalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
baru-baru ini .

Bahagian A
1 B 2 D 3 A 4 D 5 D 6 C

Bahagian B
Latihan 1
1 / 2 X 3 / 4 X 5 / 6 X
Latihan 2
1 “Kamu hendaklah berhati hati semasa melintas jalan !” Kata iabu kepada saya.
1 Katanya , “Setelah saudara membaca semua syarat -syarat tersebut ,
isikan borang itu dengan teliti .”
2 Ayah Azam yang bekerja sebagai guru akan bersara akhir tahun ini ,
setelah berkhidmat hampir tiga puluh tahun .
3 “Kabar baik! Mengapa kamu sudah lama tidak balik ke kampung ?”
Tanya Tok Akil kepada cucunya .
Latihan 3
1 A 2B 3B 4A 5 B 6 D 7 B

Rabu, 8 Julai 2009

PEMAHAMAN 5

KLINIK 5
No 101, Jalan Pintar,
Taman Bestari,
45700 Kuala Selangor.
20 November 2008

Menemui sahabatku , Alia di Labuan .Moga-moga beroleh kesejahteraan di samping keluarga tersayang.
Ketika saya menulis warkah ini saya dan keluarga juga dalam keadaan sihat walafiat walaupun agak sibuk dengan kerja-kerja mengecat rumah maklumlah kita akan menyambut ketibaan Syawal.
Alia ,
Surat Alia selamat saya terima seminggu yang lalu .Jutaan terima kasih saya ucapkan.Tertarik sekali saya akan cerita Alia , tentang pengalaman sewaktu makan angin bersama keluarga ke Asia Barat sambil mengerjakan Umrah .
Berhubung dengan persediaan untuk menghadapi UPSR 2008 , saya sememamgnya telah membuat persiapan awal sejak tahun lima lagi apabila terpilih lompat kelas, saya telah mengikuti kelas tuisyen kususnya untuk matapelajaran Sains dan Matematik . Dengan dorongan ibu bapa dan guru-guru ,saya mampu bersaing dengan rakan dalam tahun lima.
Baru-baru ini saya telah menyertai Seminar Kecemerlangan UPSR 2008 di Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) Kuala Lumpur. Seminar tersebut dianjurkan oleh Unit Pendidikan Berita Harian .Seminar dua hari ini banyak mendedahkan saya tentang persediaan untuk menduduki UPSR . Apa yang membanggakan saya ialah apabila ibu bapa saya turut serta dalam seminar tersebut.
Kini, saya lebih yakin lagi untuk menghadapi peperiksaan tersebut kerana ibu bapa saya bersedia membantu selain daripada guru-guru di sekolah.. Selain itu, saya bercadang untuk menyertai Klinik UPSR Fasa 1 dan Fasa 2 Didik Berita Harian .
Cikgu selalu mengingatkan kami tentang kebaikan belajar berkumpulan . Saya dan beberapa orang rakan telah membentuk satu kumpulan belajar .Kami telah mengadakan pertemuan seminggu sekali secara bergilir-bergilir. Nampaknya kumpulan yang kami bentuk ini telah mendapat restu daripada ibu bapa.
Alia,
Walaupun kita berjauhan ,saya berharap kita dapat bertukar maklumat khususnya mengenai soalan-soalan latihan atau soalan ujian . Saya yakin Alia telah membuat persiapan yang lebih rapi daripada saya . Saya ingat lagi sewaktu kita hendak menduduki PTS , saya jarang sekali dapat mengatasi markah yang diperolehi oleh Alia pada setiap ujian .Tapi syukurlah kita sama-sama dapat lompat kelas. Bak kata pepatah ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’
Sebelum saya mengakhiri warkah ini saya berharap apabila Alia balik ke semenanjung untuk menyambut hari raya , jangan lupa singgahlah ke rumah .

Terima kasih.
Teman seperjuanganmu,
……Sapura…………

1 Apakah yang diceritakan oleh Alia dalam suratnya kepada Intan ?
A Pengalaman menyertai seminar UPSR.
B Pengalaman tinggal berpindah ke Labuan.
C Pengalaman sewaktu bercuti dan mengerjakan Umrah ,
D Pengalaman sewaktu sama-sama bersekolah dengan Sapura .

2 Apakah maksud Sapura apabila dia mengatakan ‘Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih’?
A Dia memaksa Sapura belajar.supaya mendapat markah yang maksima.
B Dia dan Sapura boleh berjaya jika berusaha dengan lebih tekun dan gigih .
C Dia dan Sapura memangnya cemerlang sewaktu menduduki PTS ,
D Dia yakin mendapat 5A dengan markah yang maksima kerana kecemerlanagannya dalam PTS .

3 Perkara-perkara berikut berkaitan dengan usaha-usaha Sapura untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR kecuali
A belajar berkumpulan dengan rakan-rakan sekolahnya.
B mengikuti seminar dan klinik UPSR untuk meningkatkan kemahiran belajar.
C mengikut kelas tuisyen untuk membantu dia dalam matapelajaran Sains
dan Matematik
D Intan dan Alia akan belajar bersama-sama kerana mereka pernah
belajar bersama, apabila Alia datang ke rumahnya.

4 Pada tarikh surat ini ditulis, Sapura dan Alia mungkin berumur
A 9 tahun 8 bulan
B 10 tahun 9 bulan
C 11 tahun 11 bulan
D 12 tahun 10 bulan

5 Pada pendapat kamu, apakah tujuan utama ibu bapa Sapura menyertai Seminar Kecemerlangan UPSR 2008 ?
A Untuk menemankan Sapura berseminar.
B Untuk mengetahui cara-cara menjawab soalan UPSR.
C Untuk meningkatkan keyakinan Sapura apabila menduduki UPSR.
D Untuk mengetahui cara-cara yang berkesan membantu Sapura menghadapi UPSR.









B KATA GANDA

• Kata ganda ialah kata yang diulang sama ada pada keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu.
• Pengandaan kata juga adalah merupakan satu cara yang penting untuk pembentukan kata dalam bahasa Melayu.
• Terdapat beberapa jenis kata ganda iaitu
- kata ganda seluruh
contoh :
gula-gula , kuda-kuda , anai-anai , kecil-kecil , cantik-cantik , hati-hati , jauh-jauh , benar-benar , macam-macam , tebal-tebal , banyak-banyak , merah-merah.

- kata ganda separa
contoh:
dedaun , kekisi , lelangit , pepijat , kekuda , bebola , jejari , sesiku , beburung .

- kata ganda berima
contoh :
hinggar-bingar , segar-bugar , liuk-lintuk , mundar-mandir , kayu-kayan ,
bukit bukau , gunung –ganang , lemah-gemalai ,.

- kata ganda berimbuhan
contoh :
bersalam-salaman , berdua-duaan , keanak-anakan , menari-nari , bertangis-tangisan , berkejar-kejaran , berkasih-kasihan , bercakar-cakaran .

Latihan 1

Isi tempat kosong di bawah dengan kata ganda yang sesuai..

berpusu-pusu , berdentam-dentum , butir-butir , tompok-tompok , tiba-tiba , berkilau-kilauan , sabung-menyabung , bermandi-manda, kanak-kanak , gelak-ketawa , riuh rendah , gelap-gelita , hitam-hitam , bertungkus-lumus , samar-samar , terang-benderang , berkepul-kepul , semak-samun , kira-kira .

1 sibuah manggis , sungguh hitam rasanya manis .

2 Kelihatan asap naik ke udara , dari kawasan belukar yang
terbakar itu.

3 “Dalam keadaan yang ,saya masih dapat mengecam adik awak “
kata Intan kepada Alia .

4 Pak Long dan anaknya sedang menebas di dusun yang
baru dibelinya.

5 Apabila unggun api itu mula menyala , gua yang tadi bertukar menjadi .

6 Setelah mendayung sampan satu jam , kami pun sampai ke tempat itu.

7 Suasana di tepi pantai itu dengan sekumpulan yang sedang .

8 awan yang dipanah jaluran cahaya matahari , mula bergerak ke ufuk timur kelihatan sungguh indah .

9 air mata mata menitis membasahi pipiku sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan .

10 sahaja kilat dan diikuti guruh yang , menyebabkan para tetamu meninggalkan majlis tersebut.

Latihan 2

Pilih kata ganda yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini .

1 Beberaapa batang jalan raya di sekitar Bandaraya Shah Alam akan ditutup secara
sempena perarakan Hari Kemerdekaan pagi esok .
A besar-besaran
B terus-menerus
C sebatang-sebatang
D berperingkat-peringkat

2 Guru-guru dan para pelajar untuk menyiapkan pameran , sempenalawatan
Pengarah Pendidikan ke sekolah mereka.
A cepat-cepat
B kuat-kuat
C berlama-lama
D bertungkus-lumus

3 Intan dan Alia membaca buku kerana UPSR kian hampir .
A kelam-kabut
B bersusah-payah
C bersungguh-sungguh
D berbincang-bincang

4 Kerlipan beribu-ribu ekor sejak beberapa malam yang lalu telah
mengemparkan pendududk Kampung Kuantan .
A kunang-kunang
B sumpah-sumpah
C umang-umang
D kupu-kupu

5 Jika ada perubahan, pihak kami akan memaklumkan kepada tuan dengan
segera.
A apa-apa
B kalau-kalau
C sebab-sebab
D macam-macam

6 “Fikirlah sebelum membuat keputusan , supaya tidak dipersalahkan nanti,” kata Intan kepada Alia .
A mentah-mentah
B masak-masak
C mati-matian
D cepat-cepat


7 Telefon bimbit yang dipamerkan itu belaka.
A rosak-rosak
B pelik-pelik
C canggih-canggih
D banyak-banyak

8 Rambutnya yang menyebabkan dia ditegur oleh Cikgu Ridzuan.
A lintang-pukang
B hitam-legam
C kusut-masai
D botak-botak

9 Peserta Lumba mosikal lasak itu apabila melalui jalan yang itu.
A bersusah-payah … bertampal-tampal
B berhati-hati…bengkang-bengkok
C berbaris-baris… berputar-putar
D bersaing-saing….terputus-putus

10 Pelbagai jenis dan yang istimewa disajikan oleh Datin Dalila
untuk menjamu anak-anak yatim berbuka puasa di rumahnya .
A nasi-nasi … buah-buah
B lauk-pauk … kuih-muih
C sayur-sayur … lauk-lauk
D air-air … ulam-ulam

Latihan 3

Pilih perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa
maksud bilangan banyak .
1 1 Bukit-bukau itu kelihatan kelihatan sungguh indah .
11 Rempah-ratus itu dibeli untuk persiapan Hari Raya .
111 Batu-batan yang disusun di tepi kolam itu kelihatan sungguh cantik .
1V Ibu sedang memasak agar-agar untuk hidangan berbuka puasa .
A 1 dan 11 sahaja
B 11 dan 111 sahaja
C 1 , 11 dan 111 sahaja
D 1 , 111 dan 1V sahaja

2 1 Saya terdengar desas-desus bahawa Cikgu Azmi akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Multimedia .
11 Sikapnya yang suka berdolak-dalik menyebabkan Amran tidak disenangngi oleh rakan-rakannya .
111 Badan Kamarul calar-balar kerana membantu ayahnya memetik nenas
di belakang rumah ..
1V Kelihatan perahu-perahu nelayan tersadai akibat dipukul ombak besar malam tadi .
A 1 dan 11 sahaja
B 11 dan 111 sahaja
C 11 dan 1V sahaja
D 111 dan 1V sahaja

Jawapan ;
Bahagian A
1 C 2 B 3 D 4 B 5 D
Bahagian B
Latihan 1
1 hitam-hitam
2 berkepul-kepul
3 samar-samar
4 semak-samun
5 gelap-gelita , terang-benderang
6 bertungkus-lumus , kira-kira
7 riuh-rendah , gelak-ketawa , kanak-kanak , bermandi-manda
8 Tompok-tompok , berkilau-kilauan
9 Butir-butir
10 Tiba-tiba , sabung-menyabung , berdentam-dentum , berpusu-pusu .

Latihan 2
1 D 2 D 3 C 4 A 5 A 6 B 7 C 8 C 9 B 10 B
Latihan 3
1 C 2 D

PEMAHAMAN 5

KLINIK 5

Bahagian A
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
Satu pertandingan melukis poster anjuran
Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor akan diadakan :


TARIKH : 19 NOVEMBER 2008
HARI : AHAD
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : TAMAN TASIK SHAH ALAM

Pertandingan ini terbahagi kepada tiga ketegori , iaitu:

1. Pelajar sekolah rendah
2. Pelajar sekolah menengah
3. Orang awam

 Poster yang dilukis hendaklah bertemakan ‘Cintailah Alam Sekitar Kita’.

 Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat-pejabat Daerah atau
Pejabat Pendidikan Daerah .

 Tarikh tutup Pendaftaran adalah pada 10 November2001 bersamaan
dengan hari Jumaat.

 Hadiah-hadiah yang menarik telah disediakan bagi semua kategori.
Kategori pembahagian hadiah adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Rendah
Pertama:RM500
Kedua: RM400
Ketiga: RM300

Kategori Sekolah Menengah
Pertama:RM1000
Kedua:RM750
Ketiga:RM500

Kategori Orang Awam
Pertama:RM1500
Kedua:RM1000
Ketiga:RM750


 5000 kemeja – T disediakan bagi peserta yang menghantar borang penyertaan awal .

 Para peserta yang mengambil bahagian mestilah membawa semua peralatan untuk melukis. Pihak penganjur hanya akan menyediakan kertas lukisan sahaja.

Sekian , terima kasih.

Latihan 1
Jawab soalan-soalan di bawah;

1. Siapakah yang menganjurkan pertandingan melukis poster?

2. Bilakah pertandingan diadakan?

3. Di manakah pertandingan itu dilangsungkan?

4. Apakah jenis hadiah yang disediakan untuk kategori sekolah menengah?

5. Berapakah jumlah wang yang diperuntukan untuk hadiah tempat kedua?


6 Mengapakah pertandingan melukis poster itu diadakan?
A Untuk mewujudkan kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar dengan
kerajaan negeri Selangor
B Untuk memilih peserta yang terbaik untuk mewakili negeri ke
peringkat kebangsaan
C Untuk menyampaikan wang kepada pemenang-pemenang
D Untuk memupuk sikap mencintai alam sekitar

7 Berikut ialah kategori-kategori pertandingan melukis poster kecuali
A kategori murid-murid sekolah
B kategori masyarakat umum
C kategori pegawai-pegawai kerajaan
D kategori pelajar-pelajar sekolah menengah

8 Jumlah keseluruhan wang hadiah bagi setiap kategori yang dipertandingkan
adalah sebanyak
A. RM 5500.
B. RM 5700.
C. RM 6600.
D. RM 6700.

9 Yang manakah antara pernyataan berikut
benar tentang pertandingan melukis poster itu?
A Pendaftaran peserta dibuat di pejabat daerah.
B Setiap peserta akan mendapat hadiah kemeja -T
C Tema dilukis adalah ditentukan oleh pihak penganjur
D Pihak penganjur akan menyediakan semua peralatan untuk
melukis selengkapnya

Bahagian B

SINONIM
• Perkataan yang sama maksud atau makna
• Contoh perkataan:

ajar - asuh , didik , latih
badai - ribut , taufan
faedah - manfaat , hasil , untung
kaji - periksa , selidik , siasat
pintar - bijak , pandai , cerdik
lapuk _ buruk , lama , usang
mara - datang , maju , tampil
watak - kelakuan , sifat , tabiat

Latihan 1
Beri makna perkataan di bawah berdasarkan petikan yang dibaca;

1. bertemakan
2. menarik
3. kategori
4. anjuran
5. didapati

Latihan 2
Tulis perkataan seerti untuk perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah

1 Sikap alpa sering merugikan seseorang., ( )

2 Pak Wan memarahi budak-budak itu kerana cuba mengajuk cakap Marsan
yang sengau . ( )

3 Jarak di antara Putrajaya dengan Cyberjaya hanya beberapa kilometer sahaja.
( )

4 Azman Adnan mengambil kesempatan daripada hantaran bola itu lalu
menanduk masuk ke dalam gol. ( )

5 Apabila kita berbuka puasa , janganlah kita bersikap gelojoh ketika makan .
( ) .

6 Jika tidak ada halangan , kami akan sampai ke tapak perkhemahan itu
kira-kira 30 minit lagi . ( )

7 Penduduk-penduduk di Kampung Jeram Ulu berasa terancam sejak
beberapa minggu yang lalu apabila segerombolan gajah mengamuk
di kampung mereka. ( )

8 MAS telah menambah beberapa penerbangan dalam negeri sempena
perayaan berkembar tahun ini . ( )

9 “Hajat di hati hendak memeluk gunung , tapi apakan daya tangan tak sampai,” keluh Sang Arnab sambil diperhatikan oleh Sang Kura-kura .
( )

10 Para petani merintih kerana kejatuhan harga hasil pertanian mereka seperti kelapa sawit , getah, kelapa dan koko. ( )


Latihan 3

Pilih kata yang seerti bagi kata yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini .

1 Kerja-kerja menyiapkan rumah yang terbengkalai di taman itu sedang
giat dilaksanakan.
A terbantut
B tergugat
C tergendala
D terbiar

2 Murid-murid kelas Tahun 5 Waja sebulat suara mencadangkan Sahwal ,
menjadi Ketua Darjah mereka .bagi tahun 2001 .
A menyuarakan
B menganjurkan
C mengemukakan
D mencalunkan

3 Pihak polis mengingatkan para pemandu kenderaan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu , untuk balik ke kampung menjelang sambutan Hari Lebaran .
A menasihatkan … bertolak-ansur
B menggesa … bertimbang-rasa
C memberitahu … berjimat
D menyeru … cermat

4 Para tebusan yang baru dibebaskan telah menerpa ahli keluarga masing-masing sebaik sahaja mereka diketemukan.
A merempuh
B menerkam
C menyerbu
D mendakap

5 Persefahaman di kalangan murid dapat dieratkan melalui aktiviti kokurikulum.
seperti aktiviti perkhemahan, sukan dan lain-lain lagi .
A permufakatan … dikuatkan
B toleransi … dirapatkan
C keharmonian … disimpulkan
D kesatuan … direnggangkan

6 “Saya telah memimpin pasukan pengakap sekolah Sri Budiman selama sepuluh tahun,” kata Cikgu Bakhtiar kepada murid-muridnya.
A mengheret
B menuntun
C menyusun
D membimbing

7 Sampai sahaja di dusun datuk , kami pun mengutip buah durian yang gugur .
A membawa … masak
B memungut … luruh
C mengambil … jatuh
D menghimpun …masak

8 “Jangan suka mengata-ngata keburukan orang lain , besar dosanya,”
kata Tuan Imam Aminuddin kepada para jamaah .
A kebaikan
B kelemahan
C kecelaan
D kedegilan

9 Kita hendaklah memanjatkan rasa syukur kepada Allah sebab kita telah
terselamat daripada banjir.
A menaruhkan
B memberikan
C mengucapkan
D menanamkan

10 Datin Suraya telah berwasiat agar sebahagian hartanya didermakan kepada rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua .
A berpesan
B berhasrat
C berjanji
D bermohon

Bahagian A
1 D 2 C 3 D 4 C 5 A
Bahagian B
Latihan 1
1 cuai , abai 2 meniru , mengejek 3 jauh 4 peluang 5 tamak , haloba
6 rintangan 7 tergugat 8 menokok 9 hasrat, maksud , niat 10 keluh , mengeluh

Latihan 2
1 D 2 D 3 D 4B 5B 6 D 7 B 8 C 9 C 10 A

Ahad, 5 Julai 2009

PENULISAN KEPERIHALAN 2

KEPERIHALAN

Pengenalan

• Karangan keperihalan merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR.

• Karangan jenis keperihalan ini juga dikenali sebagai karangan gambaran

• Karangan jenis ini memerlukan anda menulis tentang sesuatu keadaan atau peristiwa yang pernah dialami, dilihat, atau didengar.

• Bagi karangan berdasarkan peristiwa, anda perlu menceritakan apa yang berlaku, tempat kejadian, punca kejadian dan kesan peristiwa tersebut.

• Karangan berbentuk gambaran pula, mestilah menceritakan suasana dan keadaan tempat perkara berlaku.

• Karangan keperihalan adalah cerita berkaitan diri anda sama ada cerita yang pernah anda alami, lihat atau dengar.

• Karangan ini juga boleh menceritakan tentang seseorang, tempat, peristiwa.

• Karangan ini juga boleh direka tetapi ceritanya mestilah logik.

Soalan Perbincangan

Anda dan rakan-rakan berpeluang membuat dan bermain sejenis permaianan tradisional. Tuliskan sebuah karangan menceritakan mengenai cara-cara anda membuat permainan tersebut dan seterusnya memainkannya.

. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Memahami kehendak soalan

Anda mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Soalan ini, memerlukan anda menceritakan tentang cara-cara membuat sejenis permainan tradisional. Anda boleh memilih untuk membuat wau, gasing, congkak dan lain-lain. Anda perlu menceritakan daripada awal alat permainan itu dibuat sehingga sempurna. Kalau anda memilih wau, anda jelaskan bagaimana wau dibuat, bahan-bahan yang digunakan, bila masa yang sesuai untuk bermain, dan seterusnya cara memainkannya.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Contoh Karangan

Main Wau

Di sekolah tidak ada topik lain yang kami bualkan melainkan ‘wau’. Ini menandakan musim wau dah tiba, seronoknya. Tidak sabar rasanya menunggu petang. Petang, oh… petang, angin, oh… angin, itulah ungkapan yang bermain di bibir aku dan rakan-rakan.

Sebulan yang lalu, aku dan rakan-rakan menebang buluh. Aku jemur buluh itu. Nampaknya buluh itu dah cukup kering. Aku dengan beberapa orang rakan, membelah buluh itu supaya mudah diraut. Musim ini, wau kami akan lebih hebat daripada musim lalau kerana kami sudah mempunyai pengalaman membuatnya.

Setelah kerja-kerja meraut selesai. Kini kami merangka wau pula. Aku membuat wau merak, Amin pula membuat wau bulan, Korim dan Abun membuat wau kapal. Ayahku tersenyum melihat rangka wau yang kami buat itu, sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Kerja-kerja memasang dan melekat wau dengan kertas memang merumitkan. Oleh itu, aku meminta ayah dan ibu membantu kami. Tanpa batuan mereka tentunya wau kami kurang menarik kerana aku dan rakan-rakanku belum pandai membuat corak dan bunganya.

Peringkat seterusnya, merupakan peringkat yang paling mencabar. Peringkat untuk memastikan wau kami boleh terbang atau sebaliknya. Setelah siap memasang tali teraju. Kami bergegas ke kawasan lapang di belakang rumah. Rakan-rakan telah menunggu untuk melihat kehebatan wau kami. “Tarik…,”jerit ayah. Wau bulan, wau merak, wau kapal berlegar-legar di udara. Kami bersorak riang.

Saat ini, merupakan saat yang paling bahagia dalam hidupku kerana berjaya memiliki sebuah wau yang cantik. Musim wau sememangnya memberikan satu ketenangan kepada kami anak-anak desa kerana inilah permainan kami…


Langkah 4

Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.
Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda, terutamanya aspek-aspek seperti di atas. Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .


Latihan Minggu ini


1. Anda pernah menyaksikan satu kemalangan. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk’Satu Kemalangan yang Pernah Saya Saksikan’

2. Pada cuti persekolahan yang lalu, anda berpeluang balik ke kampung. Perihalkan tentang perjalanan anda balik ke kampung itu.
Tuliskan karangan tersebut selengkapnya.

3. Anda berpeluang menyaksikan perlawanan akhir satu permainan. Perihalkan atau gambarkan suasana perlawanan akhir permainan tersebut.


Glosori


Belah
Retak, pecah dua atau tiga dan lain-lain, sisi, pihak, bahagian, cerai-berai, tidak bersatu, retak perselisihan yang akan menjadi besar


Tebang
Memoyong pokok kayu dan lain-lain yang besar-besar, memotong segala jenis pokok untuk bercucuk tanam dan lain-lain, hendak berbuat sesuatu dengan sesuka hati tanpa memikirkan sesuatu yang lain.


Raut
Sejenis pisau khas yang tajam untuk melicinkan, menajamkam, menghaluskan rotan, buluh dan lain-lain.


Teraju
Sejenis alat penimbang yang memakai dua buah piring yang digantung pada lengannya, tali untuk merentangkan khemah, tali yang diikatkan pada rangka layang-layang atau wau dari atas ke bawah, kuasa tertinggi atau pucuk pimpinan.

Liat
Lembut tetapi tidak mudah patah atau putus seperti getah dan lain-lain, boleh dilentur-lentur dan tidak patah, likat, pekat, tidak mudah kalah, tabah dan cekal menghadapi
musuh dan lain-lain, tidak suka melakukan sesuatu, payah, segan atau malas.

Sengit
Bau yang hangit, keras dan menyakitkan hati bagi perkataan, pedas, hebat atau hangat dalam perkelahian, pertempuran dan pertandingan dan lain-lain.

Harapan sesuatu atau orang yang diharapkan, perihal mengharapkan sesuatu, orang yang diharapkan atau dipercayai, orang kepercayaan dan terus berharap dengan tidak putus-putus


Kebal tidak dapat ditembusi atau dilukai oleh senjata, peluru dan
lain-lain, tidak lut atau tidak boleh didakwa atau dituntut dalam mahkamah



Jawapan soalan 3:

Musim bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah 2009 telah bermula. Sekolah saya telah menjadi tuan rumah kejohanan tersebut. Walaupun sekolah saya mengambil bahagian tetapi telah terkeluar di peringkat separuh akhir,

Saya dan rakan-rakan sungguh gembira kerana diberi peluang menyaksikan perlawanan akhir Maklumlah perlawanan itu diadakan pada hari persekolahan. Iaitu pada 31 Mac yang lalu. Pasukan yang berentap dalam perlawanan akhir ialah pasukan dari Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti dengan pasukan Sekolah Kebangsaan Jenderam Hilir.

Perlawanan bermula pada pukul 10.00 pagi. Para penyokong dan peminat bola sepak telah datang beramai-ramai untuk memberi sokongan moral kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Suasana perlawanan akhir benar-benar terasa apabila penyokong kedua-dua pasukan mula bersorak memberikan semangat kepada pasukan masing-masing.

Para penonton-penonton bersorak setiap kali bola menghampiri kawasan gol, lebih-lebih lagi apabila gol dijaringkan. Perlawanan berlangsung dengan sengit kerana kedua-dua pasukan sama hebat. Kedua-dua pasukan cuba meyamakan kedudukan setiap kali pihak lawan berjaya memasukkan bola ke dalam gol.

Perlawanan telah berlanjutan ke masa tambahan. Namun, gol kemenangan yang diharapkan masih liat untuk dijaringkan. Sehingga wisel penamat ditiup, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 3-3. Untuk menentukan pemenang, sepakan penalti diadakan.

Akhirnya pasukan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti muncul sebagai juara dengan keputusan 6-5. Pasukan ini akan mewakili Daerah Sepang ke peringkat negeri. Piala kejohanan telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah. Saya dan rakan-rakan sungguh gembira menyaksikan perlawanan tersebut.

Jumaat, 3 Julai 2009

PENULISAN CERITA (Tindakan) 1

KARANGAN CERITA

Panduan Mengarang

 Mempunyai gambaran jelas dan tepat tentang bahan yang menjadi cerita
sama ada melalui pengalaman, pembacaan, tontonan atau imaginasi.

 Setiap cerita mestilah mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang
dan sebagainya.

 Mempunyai permulaan, puncak cerita, dan penutup

 Boleh menggunakan bahasa berbunga tetapi terkawal.


Tajuk Perbincangan

Kamu dan beberapa orang rakan sedang membersihkan tapak untuk mendirikan khemah. Tiba-tiba kamu terdengar jeritan meminta tolong.
Tulis tindakan kamu seterusnya.

Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.


Aku tercari-cari arah suara itu. Akhirnya pandanganku tertumpu ke arah Darsan. Aku melihat dia terkapai-kapai dibawa arus. Aku tergamam seketika, memikirkan langkah terbaik untuk menyelamatkan Darsan.

Aku ,Ravi, dan Leong tidak banyak pilihan.Antara kami bertiga hanya aku sahaja yang boleh berenang. Aku mengarahkan Ravi dan Leong mencari tali sementara aku terus terjun ke dalam sungai.

Aku cuba menarik Darsan yang sudah kelemasan, namun arus sungai yang deras telah menggagalkan usahaku. Aku dan Darsan terus hanyut. Namun begitu dengan kemahiran berenang yang aku miliki, aku masih mampu mengawal diriku daripada terus hanyut.

Beberapa minit kemudian, Ravi dan Leong yang bertindak pantas mengambil tali di tapak perkhemahan berjaya melontarkan tali ke arahku. Dengan sepenuh tenaga Ravi dan Leong menarik aku dan Darsan. Akhirnya mereka berjaya menarik aku dan Darsan ke tebing.

Darsan sudah tidak bermaya. Kami semakin cemas.Nasib baik aku pernah mempelajari cara memberi pertolongan cemas. Beberapa minit kemudian Darsan mulai sedar. Dengan bantuan beberapa orang pemuda yang kebetulan baru sampai, Darsan dikejarkan ke hospital.

Berikutan kejadian itu, kami sepakat membatalkan perkhemahan itu. Sebaliknya, kami berkemas untuk pulang dan menziarahi Darsan di hospital. Walaupun peristiwa itu sudah hampir setahun berlalau, namun peristiwa itu masih segar dalam ingatanku hingga ke hari kini.


Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara- perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata , struktur ayat , penggunaan imbuhan ,tanda baca, dan ejaan.

Latihan Minggu Ini

1 Kamu memakan makanan yang dibeli dari sebuah warung di tepi jalan . Selepas itu, perut kamu terasa sakit.

Apakah tindakan-tindakan yang akan kamu ambil seterusnya.

2 Kamu ternampak seorang pemuda meragut beg tangan seorang wanita. Tulis
sebuah cerita apakah tindakan yang kamu lakukan.

Apakah tindakan-tindakan yang akan kamu ambil seterusnya .

3 Anda dalam perjalanan pulang dari sekolah. Anda melihat satu kemalangan jalan raya.

Tuliskan sebuah karangan yang menceritakan bagaimana kemalangan itu
boleh berlaku dan apakah tindakan anda seterusnya.


GLOSARI
berapi bersemangat, ada api
anggota ahli , bahagian tubuh
alat perkakas , dipergunakan
batas garis pinggir, pematang , had
terbelenggu terkongkong, terikat hati atau perasaan
darjah tingkatan di sekolah , ukuran
curang tidak jujur, jurang
miring tidak datar,tidak tegak,senget sedikit,kurang siuman, berat sebelah
muda remaja,belum masak, belum lama ada
lapis susunan,deretan
pungut mengambil, memetik hasil
bertanding berlawan , menyaingi
tuntut mendesak, menagih, belajar
utama
berselisih berbeza , berlainan


Contoh Jawapan soalan 1

Pada ketika itu, aku dan rakan-rakanku sedang berbual-bual sementara menunggu bas. Tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu dengan laju telah merempuh rakan-rakanku yang sedang berbasikal.

Satu dentuman yang kuat kedengaran. Beberapa orang rakanku tepelanting di bahu jalan, manakala ada yang tercampak ke dalam parit. Kereta yang terbabit telah terpelosok di dalam parit.

Aku segera bertindak dengan menyuruh rakanku menahan kereta untuk menghantar mangsa ke hospital. Sementara itu, aku dan rakan-rakanku yang lain mengangkat mangsa untuk dimasukkan ke dalam beberapa buah kereta.

“Amir dalam parit!” jeritku. “Tolong angkat dia naik, kami tak kuat, dia cedra parah !” jeritku lagi. Jeritanku berjaya menarik perhatian beberapa orang yang segera membantu kami .Amir pengsan, darah banyak mengalir daripada kepalanya.Dia segera dikejarkan ke hospital.

Orang ramai pula berusaha mengeluarkan pemandu kereta itu tetapi tidak berjaya. Akhirnya pasukan bomba dan polis yang datang beberap minit kemudia berjaya mengeluarkan mangsa.

Kemalangan yang berlaku di depan mataku itu amat mengerikan. Aku tidak pasti, bagaimanakah keadaan rakan-rakanku itu. Aku berdoa semoga rakan-rakanku itu akan selamat.

Khamis, 2 Julai 2009

PENULISAN SYARAHAN 2

KARANGAN SYARAHAN


Karangan jenis ini adalah karangan berformat. Untuk menulis karangan jenis ini, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Antaranya ialah

 Kata-kata aluan sebagai hormat kepada hadirin.

 Untuk pertandingan menyebut‘para hakim’.

 Kata-kata aluan dimulakan dengan Pengurusi Majlis, kemudian diikuti mereka yang tinggi kedudukannya.

 Menyebut ‘para hadirin’untuk menimbulkan suasana bersyarah.

 Kata aluan dianggap pendahuluan, ‘terima kasih’ di akhir syarahan dianggap penutup.


Soalan Perbincangan

Anda telah dikendaki menyampaikan sebuah syarahan dalam waktu perhimpunan. Tajuk syarahan anda ialah ‘ Jauh Berjalan Banyak Pengalaman’. Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan
dan tidak melebihi 120 patah perkataan .

Langkah 1

Memahami kehendak soalan .
Karangan ini menghendaki anda menceritakan tentang faedah atau kebaikan yang diperolehi jika seseorang banyak berjalan atau melancong.


Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.


Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.


Contoh karangan;

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih diberi peluang menyampaikan syarahan pada pagi ini.

“Jauh berjalan banyak pengalaman” itulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan. Mengapa manusia sejak zaman dahulu lagi suka mengembara? Ini adalah kerana mereka ingin mengetahui apa yang ada di tempat ditempat lain. Mereka ingin tahu sama ada tempat lain itu sama dengan tempat mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Mengembara adalah satu cara untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman kita.. Pengalaman yang kita perolehi bolehlah kita bukukan dan menjadi panduan kepada pengembara-pengembara yang lain selepasnya.

Manusia telah mengembara sejak zaman dahulu lagi. Angkasawan-angkasawan Amerika dan Rusia telah berlumba-lumba pergi ke angkasa lepas dengan roket hingga sampai ke bulan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang angkasa lepas.

Para hadirin yang dihormati,

Pada hari ini kerajaan kita menggalakkan rakyat mengembara atau melancong di dalam negeri dahulu sebelum melawat keluar negeri. Misalnya penduduk di pantai barat digalakkan ke negeri-negeri di sebelah pantai timur dan sebaliknya. Dengan cara ini boleh menambahkan pengalaman seseorang itu tentang cara hidup penduduk di negeri lain.

Mengembara bukan sahaja memberi keseronokan tetapi juga menambahkan pengalaman kita bak kata pepatah, ‘Lama hidup banyak pengalaman, jauh berjalan luas pandangan’.

Sekian, terima kasih.


Langkah 4

• Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.


Latihan Minggu Ini:

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan
tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. Anda telah minta menyampaikan syarahan yang diadakan pada waktu perhimpunan. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘Hidup bermasyarakat membawa berkat’. Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.

2. Anda telah diminta menyampaikan syarahan sempena minggu ‘Program Keluarga Bahagia’ yang dianjurkan oleh PIBG sekolah anda. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘ Keluarga bahagia, masyarakat cemerlang’ . Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.


3. Anda diminta menyampaikan syarahan sempena minggu “Celik Komputer” di sekolah anda. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘Pentingnya internet’ . Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.


GLOSARI:
• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada


lalai cuai,abai
uli adun, meramas,menguli
calar bahagian dari lakonan,melecet, babak
baka keluarga, asal keturunan
cengkeram barang yang jadi taruhan apabila hutang,cagar, pendahuluan
mendadak tiba-tiba,dengan tidak disangka-sangka, serta-merta
terkejut tidak dapat berbuat apa-apa, gamam
pemerentah kerajaan,gamen
halwa buah-buahan yang direndam dengan air gula
dungu bebal,bodoh ,hamik
serak garau suara, parau
kadar kira-kira, kemampuan. Bahagian, takdir, taraf, hanya
mesra menyerap benar-benar, karib benar
tegas jelas, tanpa ragu-ragu, jelasnya
ubah menjadi lain, bertukar, beralih, alih
Contoh jawapan 1



Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru serta hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Hudup bermasyarakat membawa berkat.’

Hadirin sekelian,

‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’ Peribahasa ini merupakan kunci kepada kehidupan bermasyarakat. ‘ Bagai aur dengan tebing’ merupakan tali pengikat yang akan membawa kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Kehidupan masyarakat pada hari ini yang berlumba-lumba mencari kemewahan hidup, sedikit sebanyak telah mula menampakan sikap mementingkan diri sendiri terutamanya masyarakat kota. Fenomina ini mestilah disekat.

Hadirin sekelian,

Kita lihat betapa indahnya kehidupan keluarga di desa, jika salah sebuah keluarga mengalami kesulitan, maka jiran-jiran akan menolong seberapa yang boleh untuk meringankan bebanan keluarga yang malang itu.

Begitu juga jika ada kenduri-kendara. Mereka akan berkumpul beramai-ramai dan melakukan kerja bergotong-royong . Kehidupan masyarakat seperti inilah yang akhirnya boleh membawa kesejahteraan .

Hadirin sekelian,

Akhirnya saya tegaskan di sini, untuk mencapai kesejahteraan hidup bermasyarakat,
kita hendakalah kembali mengamalkan cara hidup ‘Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing ’ dan ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat’.

Sekian, terima kasih.