Khamis, 25 Jun 2009

PENULISAN DIALOG 1

DIALOG 1

TIP PENULISAN

• Karangan jenis dialog , biasanya melibatkan dua orang atau lebih yang berbual atau berbincang tentang sesuatu perkara.
• Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk , dialog atau perbualan, dan wawancara atau temuramah.
• Sebelum menulis karangan ini anda harus memahami kehendak soalan ,mencari isi penting dan menentukan jalan ceritanya terlebih dahulu.
• Dalam karangan dialog, kedua-dua pihak harus saling bertanya atau memberikan jawapan, dan memberikan pendapat. Untuk menulis temuramah pula pihak yang menemuramah akan mengemukakan soalan dan yang ditemuramah akan menjawab soalan yang diajukan.
• Pastikan anda menggunakan kata ganti diri yang sesuai yang sesuai dengan watak dan situasi dialog tersebut. Contohnya jika orang yang diajak berbual lebih berumur, gunakan panggilan “Encik”, “Tuan” ,atau “Pak cik”.
• Tidak digalakkan menggunakan kependekan seperti “kan”, “tak”, dan “tidak”.
• Penggunaan bahasa kiasan dan peribahasa adalah digalakkan supaya dialog lebih menarik.
• Jangan salah format, markah anda akan dipotong.

Peringatan
Soalan dialog pernah ditanyakan dalam UPSR 1994 dan 1996

Soalan Perbincangan

Sementara menunggu bas, kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang faedah membaca.
Tulis perbualan antara kamu dan rakan kamu. Panjang dialog kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti . Fahamkan tema atau kehendak dialog yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas .


Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.


Contoh Karangan

Anis : Amin, mana ada orang yang membaca sementara menunggu bas?

Amin : Betul kata kamu Anis. Kata cikgu, kalau di Jepun keadaannya berbeza.
Membaca telah menjadi budaya kepada masyarakat mereka.Sementara menunggu bas mereka membaca, bukan hanya berbual kosong.

Anis : Sepatutnya masyarakat kita telah sedar bahawa dengan membaca akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat.

Aimin : Tidaklah seperti katak di bawah tempurung.

Anis : Selain itu dengan membaca juga kita dapat memenuhi masa terluang.
Sebaliknya , seseorang itu akan mudah terpengaruh aktiviti yang
tidak berfaedah.

Amin : Betul kata kamu , Anis. Kita juga boleh memperolehi hiburan
dengan membaca. Katakan kita membaca buku cerita, kita akan
berasa terhibur, selain mendapat pengajaran daripada cerita tersebut.

Anis : Bukan itu sahaja , malah dengan membaca , penguasaan bahasa
kita akan meningkat. Sejak saya banyak membaca buku-buku
cerita bahasa Inggeris. Nampakanya bahasa Inggeris saya meningkat.
Oh, bas dah sampai , mari kita naik!
Amin : Tunggu dulu , orang belum turun !


Langkah 4

 Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.



Latihan minggu ini.

Tulis karangan di bawah ini . Bagi tiap-tiap soalan panjangnya mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

1 Kamu dan dan rakan kamu sedang mengambil angin di taman. Kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang cara-cara mengindahkan lagi kawasan taman tersebut
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.


2 Kamu membuat panggilan telefon kepada rakan kam memberitahunya bahawa kamu tidak dapat hadir ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum pada hari itu. Nyatakan sebab-sebab kamu tidak hadir untuk disampaikan kepada guru kamu.

Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.


3 Andaikan kamu dan rakan kamu sedang berada di dalam bas yang akan membawa kamu melawat sambil belajar. Kamu dan kawan kamu berbual-bual mengenai faedah-faedah yang boleh diperolehi apabila kamu menyertai lawatan sambil belajar.

Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.



GLOSARI:

• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6.

alih : berubah , berganti , berpindah , bertukar
arif : berilmu , cerdik , pandai , bijaksana
basmi : banteras , membinasakan , memusnahkan, menghapuskan
cocok : sama padan, sepakat, sesuai
gegas : tergesa-gesa , terkejar-kejar , terburu-buru
harmoni : tenteram , aman damai , serasi , sesuai
ikrar : berjanji , pengakuan , bersumpah
jati : sejenis kayu , asli , tulen , yang sebenarnya
landas : pelapik , alas untuk memotong atau menghiris
perihal : sesuatu peristiwa, keadaan , kejadian ,
setimpal : sebanding , seimbang
telatah : gerak-geri , kelakuan , perangai ,tingkah laku
Contoh latihan karangan soalan 3


Kim : Tahun ini sahaja , sudah tiga kali kita menyertai lawatan
anjuran kelab dan persatuan di sekolah kita.

Siti : Betul kata kamu Kim. Tahun lalu empat kali.

Kim : Kata orang , banyak berjalan akan luas pemandangan.
Ini bermakna, mengikuti lawatan boleh menambah
pengetahuan. Pengetahuan ini pula boleh kita kaitkan
dengan pelajaran yang kita pelajari di bilik darjah.

Siti : Memang betul kata kamu Kim . Selain itu , aktiviti ini
secara tidak langsung dapat mengisi masa lapang
dan dapat memberikan kerehatan kepada minda kita .

Kim : Kerajaan pun menggalakkan kita melancung . Adalah
diharapkan dengan aktiviti ini akan menambahkan kecintaan kepada tanah air.Katakan kita melawat Melaka, kita akan
melihat kesan sejarah keagungan Kesultanan Melayu Melaka.

Siti : Kim , awak jangan lupa , sebelum ini saya dan awak
tidaklah begitu mesra tetapi disebabkan kita sering
bersama-sama menyertai lawatan, hubungan persahabatan
kita semakin akrab. Bukankah lawatan juga memperkukuh
tali persahabatan ?

Kim : Siti , kita dah pun sampai !

Siti : Mari kita turun , nanti kita sambung lagi perbualan kita.

Rabu, 24 Jun 2009

Menulis Karangan Berita 1

BERITA

Pengenalan

• Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.

• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat lima persoalan, iaitu Apa? Siapa? Bila? Di mana?, dan Mengapa?

• Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan .

• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.

• Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.

• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara

• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana .


 Apa ?
 Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
 Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.

 Bila ?
 Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
 Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
 Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.

 Di mana ?
 Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
 Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.

 Siapa ?
 Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
 Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
 Adakalanya umur juga perlu ditulis .

 Mengapa ?
 mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
 sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.

 Bagaimana?
 menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.


Soalan Perbincangan Minggu ini

Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah kamu telah menganjurkan Seminar Pra UPSR untuk persediaan murid tahun lima menghadapi UPSR. Kamu diminta menulis berita tentang seminar tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.

Panjang berita, mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan berita tersebut dengan teliti. Garis maklumat-maklumat yang penting supaya tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka berita.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka berita . Sebaik-baiknya kerangka berita yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas. Apa yang penting anda dapat memahaminya.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan berita anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh berita di bawah ini.

SEMINAR UPSR
SEPANG, Ahad – Seramai 250 orang murid Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra telah mengikuti Seminar UPSR yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Seminar yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.

Menurut setiausah PIBG Encik Roosly bin Selamat, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar untuk persediaan menghadapai UPSR

Program ini diadakan di Camar Laut, Bagan Lalang selama tiga hari iaitu pada 10 Jun 2009 hingga 12 Jun 2009. Peserta-peserta program terdiri daripada murid-murid tahun enam.

“Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini kerana program ini telah memberikan saya banyak pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para penceramah yang berpengalaman,” kata adik Jamilah Bidin salah seorang peserta program ini.

“Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana menganjurkan program ini,” kata Encik Bujang Ali yang ditemui pada hari penutup program.

Seminar ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Bohairi bin Yusof. Beliau menyeru para ibu bapa memberikan sokongan padu untuk program-program yang dijangka akan diadakan secara berterusan.

Langkah 4

• Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan.

• Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda, terutamanya aspek-aspek seperti di atas. Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang.



Latihan minggu ini.

1. Satu kejadian kebakaran telah berlaku di tempat kamu. Tulis berita tentang kejadian tersebut selengkapnya.

2. Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku. Andaikan anda pemberita sebuah akhbar tempatan.Tulis berita tentang kejadian tanah runtuh tersebut selengkapnya.

3. Satu peristiwa yang tidak disangka-sangka telah berlaku di sekolah kamu. Tuliskan berita mengenainya.


GLOSARI:

abai cuai, lalai, tidak atau sangat sedikit memberikan
perhatian kepada seseorang atau sesuatu, tidak
mengindahkan, mencuaikan, melalaikan, memandang
tidak penting, tidak menggunakan sesuatu kesempatan,
kemudahan yang disediakan, membiarkan atau melepaskan,
mensia-siakan peluang yang diberi
adun mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur dan
lain-lain dengan unsur yang lain.
baka keluarga yang menurunkan asal keturunan, keluarga
yang menurunkan sifat-sifat keturunan turun temurun,
asal keturunan
cagar barang yang jadi taruhan apabila hutang, barang
yang digadaikan, cengkeram, bayaran pendahuluan
pendahuluan atau wang muka
cakup menangkap dengan mulut, membuka-buka mulut
seperti mengambil udara, menyauk atau mencedok dengan
tangan, meliputi atau merangkumi beberapa hal dan sebagainya
dadak dengan tiba-tiba, dengan tidak disangka-sangka,
dengan serta-merta, sangat tiba-tiba atau serta merta
gamam tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dan lain-lain,
gelisah, ragu-ragu, tidak dapat berbuat apa-apa kerana terpegun
halwa buah-buahan yang direndam dengan air gula
musnah binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak, binasa
langsung, menghilangkan, melenyapkan dan merosakkan


Contoh jawapan 1

PUCHONG 15 Jun. - Sebuah rumah telah musnah dalam kebakaran di Kilometer 13, Jalan Pucong, malam tadi. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pasukan lapan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Puchong telah berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah yang berhampiran.

Pemilik rumah itu Encik Iqbal Mohamada ketika ditemui berkata, dia dan keluarganya berada di Puchong kerana menghadiri jamuan makan malam di rumah saudaranya.

Siasatan pihak bomba menunjukkan bahawa kebakaran berpunca dari api lilin. Kenyataan ini diakui oleh pemilik rumah Encik Iqbal Mohamad. Menurutnya sebelum pergi, isterinya telah memasang lilin di runag tamu kerana bekalan letrik telah terputus.

Yang Berhormat Adun Puchong yang turut berada di tempat kejadian, menyeru orang ramai menghulurkan derma bagi membantu mangsa. Menurut pemilik rumah, kerugian dianggarkan RM 100 000.00.

Pihak bomba menginatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila emasang lilin. Terutamanya apabila berlaku terputus bekalan letrik.

Ahad, 21 Jun 2009

PENULISAN - UCAPAN

UCAPAN

PENDAHULUAN

Satu daripada jenis karangan yang kerap diuji dalam UPSR ialah karangan ucapan. Karangan jenis ini adalah karangan berformat.

Karangan ucapan ada beberapa jenis seperti;
• ucapan perpisahan
• ucapan takziah
• ucapan tahniah
• ucapan penerangan
• terima kasih

Untuk penulisan ucapan, biasanya suatu situasi diberi. Kamu dikehendaki menulis ucapan berdasarkan situasi seperti majlis keraian, perhimpunan, perpisahan, dan sebagainya.

Sebuah ucapan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

 Kata-kata aluan sebagai hormat kepada hadirin.

 Kata-kata alu-aluan dimulakan dengan pengerusi majlis, kemudian diikuti mereka yang tinggi kedudukannya.

 Ucapan atau panggilan kepada hadirin di tengah-tengah ucapan. Ucapan atau panggilan ini perlu ditulis sekurang-kurangnya dua kali .Contohnya
- Saudara dan saudari sekalian
- Tuan-tuan dan puan-puan hadirin
- Pelajar-pelajar sekalian
- Rakan-rakan sekalian
- Hadirin sekalian

 Kata alu-aluan dianggap pendahuluan, ‘terima kasih’ di akhir ucapan dianggap penutup. Walau bagaimanapun pelbagai teknik boleh digunakan. Umpamanya dalam bentuk pantun yang sesuai dengan tema ucapan.

Soalan Perbincangan
Kelab Bahasa Melayu akan mengadakan majlis pelancaran sempena program Minggu Bahasa Melayu. Sebagai Pengerusi Kelab Bahasa Melayu kamu dikehendaki menyampaikan ucapan alu-aluan sempena pelancaran program tersebut

Tuliskan teks ucapan kamu itu selengkapnya.

Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan .


LANGKAH 1
Memahami Kehendak Soalan;
Karangan ini menghendaki kamu sebagai Pegerusi Program Minggu Bahasa Melayu menyampaikan ucapan alu-aluan sempena pelancaran program tersebut. Ucapan kamu hendaklah mewakili ahli jawatankuasa program tersebut.


LANGKAH 2
Isi Penting dan Kerangka;
Kamu hendaklah menyediakan isi-isi dan kerangka karangan berdasarkan konsep peta minda. Peta minda atau kerangka karangan hendaklah dibuat secara ringkas sahaja. Apa yang penting ialah anda dapat menyatakan isi-isi penting yang diperlukan untuk menulis ucapan tersebut.

LANGKAH 3
Menulis Karangan;
Berdasarkan peta minda di atas, kamu bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya kamu tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar Puan Sri Herliana binti Hamerdin, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Minggu Bahasa Melayu tahun ini.

Hadirin sekalian,
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan berkomunikasi bahasa Melayu yang berkesan di kalangan murid-murid. Justru itu, aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan lebih mendorong kepada murid bijak berkomunikasi.

Antara aktiviti yang dirancangkan ialah aktiviti pertandingan berpidato, bercerita, mendeklamasikan sajak, bersyair. Acara-acara ini merupakan acara individu. Bagi acara berkumpulan pula ialah pertandingan berbalas pantun, perbahasan, dan drama sebabak.

Untuk makluman semua, sambutan murid-murid berhubung aktiviti-aktiviti tersebut sangat memberangsangkan. Pihak kelab terpaksa mengadakan saringan khususnya dalam aktiviti pertandingan seperti bercerita, mendeklamasi sajak, dan bersyair.

Hadirin yang dikasihi,
Saya dan rakan-rakan ahli jawatankuasa program ini sangat bertuah mempunyai barisan guru-guru penasihat yang tidak jemu-jemu membantu kami dalam merancang program ini. Mereka telah mencurahkan kepakaran mereka bagi memastikan program ini mencapai matlamatnya.

Sebelum mengundur diri, saya bagi pehak ahli jawatankuasa Minggu Bahasa Melayu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, dan guru-guru penasihat kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan yang jitu kepada kami. Sekian, terima kasih.


LANGKAH 4
Menyemak;

Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.


Andaikan guru anda akan bertukar ke sekolah menengah kerana telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah.Anda sebagai ketua kelas diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan untuknya.
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.


Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, yang diraikan Cikgu Nor Ekhsan, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir bagi Cikgu Nor Ekhsan di sekolah ini. Cikgu Nor Ekhsan telah menerima segulung ijazah setelah menamatkan Pengajian Jarak Jauh di Universiti Putra Malaysia dan akan bertukar ke sekolah menengah. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan tahniah dan selamat berpisah kepada cikgu.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tempoh tujuh tahun cikgu di sekolah ini, banyak ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada kami, lebih-lebih lagi cikgu merupakan seorang guru yang serba boleh. Dengan usaha cikgu yang tidak mengenal jemu telah membuahkan kecemerlangan dalam UPSR pada setiap tahun.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih atas pengorbanan cikgu membantu kami meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikum. Sesungguhnya segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu akan sentiasa tersemat di hati kami.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini juga, kami melahirkan rasa bangga atas kejayaan cikgu. Semoga kejayaan tersebut akan mendorong kami berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kecemerlangan bagi diri kami.

Akhir sekali, saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan selamat berpisah dan selamat berjaya kepada Cikgu Nor Ekhsan dan doa kami semoga cikgu akan terus berjaya dan bahagia selalau di samping keluarga tersayang.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.
Satu majlis jamuan telah diadakan kerana meraikan kejayaan pasukan bola baling sekolah anda. Selaku ketua pasukan, anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.


Yang mulia Tuan Pengurusi Majlis, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya selaku ketua pasukan bola baling sekolah, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang telah mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan pasukan bola baling yang telah menjadi johan peringkat daerah.

Sebenarnya, kejayaan yang dinikmati pasukan bola baling sekolah kita adalah hasil usaha gigih jurulatih yang tidak asing lagi iaitu Cikgu Soleh. Marilah kita memberikan satu tepukan yang gemuruh kepada beliau…

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya mewakili rakan-rakan sangat berbangga atas sokongan dan dorongan daripada semua pihak di sekolah ini. Semoga kejayaan yang telah dicapai ini akan menguatkan azam kami untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang di peringkat negeri nanti.

Kepada rakan-rakan, saya selaku ketua pasukan mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah. Tanpa kerjasama dan semangat juang yang kental, pastinya kejayaan sukar untuk dimiliki.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya bagi pihak rakan-rakan ingin merakamkan jutaan terima kasih. Terimalah serangkap pantun daripada saya;

Pergi ke hutan mencari berangan,
Berangan ditanam di dalam taman,
Yakin boleh dijadikan pegangan;
Kejayaan pasti dalam genggaman,

Sekian, terima kasih.


Sempena kedatangan guru kelas kamu yang baru. Kelas kamu telah mengadakan satu majlis menyambut kedatangannya. Sebagai ketua kelas kamu dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Tuliskan teks ucapan kamu itu selengkapnya


Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang diraikan Cikgu Ridzuan Hamzah, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.
Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari yang bertuah bagi kelas Enam Setia, kerana telah mendapat seorang guru kelas yang baru iaitu Cikgu Ridzuan Hamzah. Saya selaku ketua darjah Enam Setia, mewakili rakan-rakan mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di kampung halaman tercinta.

Hadirin sekalian,
Kita sedia maklum, Cikgu Ridzuan Hamzah merupakan anak watan kampung kita. Setelah menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Raja Melewar, beliau telah di hantar bertugas ke Sabah. Setelah lima tahun menabur bakti di perantauan kini beliau bersama-sama kita.
Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian cikgu balik kampung untuk membantu anak buah meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikum. Kami berasa bangga atas kesediaan cikgu.

Cikgu,
Kami semua berjanji akan mematuhi dan mentaati segala nasihat dan tunjuk ajar yang cikgu berikan nanti. Sekiranya ada antara kami yang melakukan kesalahan, kami sedia menerima teguran. Apa yang kami harapkan ialah bimbingan daripada cikgu untuk kami menghadapi UPSR, September nanti.

Sebelum mengundur diri, saya memohon kemaafan jika tersilap kata sepanjang ucapan saya tadi. Akhir kata sekali lagi, saya mengucapkan selamat datang, selamat balik kampung, dan selamat bertugas kepada cikgu. Sekian, terima kasih.



Satu program Seminar Pra-UPSR telah diadakan di sekolah kamu. Selaku ketua murid, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis penutup seminar tersebut. Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.


Yang mulia Tuan Pengurusi Majlis, guru-guru, para pembimbing, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya selaku ketua murid, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan para pembimbing yang telah mengadakan program Seminar Pra-UPSR untuk persiapan awal kami menduduki peperisaan UPSR 2003.

Sepanjang dua hari kami mengikuti seminar ini, banyak pengetahuan yang kami peroleh. Di samping itu, dengan kehebatan para penceramah dan pembimbing, semangat dan keyakinan kami untuk meraih 5A dalam UPSR kian membara.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Namun begitu, walaupun semangat kami sekarang begitu memuncak, tetapi tanpa usaha berterusan sehingga menjelangnya peperiksaan, kejayaan yang diharapakan tidak mungkin akan tercapai. Oleh hal yang demikian, saya menyeru kepada rakan-rakan, supaya berusaha bersungguh-sungguh demi kecemerlangan yang kita impikan.

Rakan-rakan sekalian, marilah kita jadikan ungkapan ‘genggam bara api biar sampai jadi arang’, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,’ ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, berasakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian,’ sebagai azimat kepada kita dalam usaha memburu kecemerlangan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya bagi pihak rakan-rakan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, para dermawan yang telah menjayakan program seminar ini, Sekian, terima kasih.


Kamu telah mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh setelah memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Sehubungan dengan itu satu majlis jamuan telah diadakan di rumah kamu bagi meraikannya. Sediakan satu ucapan yang sesuai untuk kamu sampaikan dalam majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.



Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, ahli-ahli perpustakaan Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra, serta rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera dan selamat datang saya ucapkan.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini. Saya selaku ketua pengawas perpustakaan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam berbesar hati atas kunjungan tuan-tuan ke perpustakaan sekolah kami.

Untuk makluman tuan-tuan, perpustakaan sekolah kami telah menerima anugerah perpustakan terbaik peringkat negeri bagi tahun 2003. Kejayaan kami adalah hasil usaha dan kerjasama semua pihak yang telah menjadikan perpustakaan sekolah ini sebagai sumber ilmu.

Hadirin sekalian,

Untuk meningkatkan kecekapan pengurusan perpustakan sekolah ini, terdapat tiga buah komputer yang telah diprogramkan untuk memudahkan guru-guru dan murid-murid mencari buku-buku atau bahan rujukan yang dikehendaki dengan pantas.

Dengan hal yang demikian telah meringankan tugas kami. Semua rekod penggunaan dapat diperoleh dengan pantas. Kami hanya ditugaskan memantau dan membantu murid-murid menggunakan kemudahan yang disediakan.

Akhir kata saya bagi pihak warga Sekolah Kebangsaan Puncak Alam memohon kemaafan jika layanan kami kurang mumuaskan. Semoga lawatan ini akan menjalin persefahaman antara kita dalam bidang pustakawan.

Sekian. Terima kasih.


Perpustakaan sekolah kamu telah dilawati oleh pustakawan dari sekolah lain. Sebagai ketua pustakawan kamu dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis mengalu-ngalukan lawatan tersebut.

Yang dikasihi kakanda Pengerusi Majlis, ayahanda dan bonda tersayang, seterusnya rakan-rakan yang dihurmati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.

Rakan-rakan sekalian,

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayahanda dan bonda kerana mengadakan majlis pada malam ini bagi meraikan kejayaan saya dalam UPSR dan mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh.

Sebenarnya hati saya berdebar-debar kerana saya akan berada dalam persekitaran yang baru. Walaupun saya berasa gembira mendapat tawaran ini, tetapi saya juga berasa terharu kerana terpaksa berpisah dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Rakan-rakan sekalian,
Saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan galakan sehingga saya mencapai keputusan yang cemerlang. Saya juga sangat berterima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang telah banyak memberi bimbingan selama ini.

Demi tidak menghampakan orang yang telah banyak berkorban untuk saya, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Untuk mencapai kejayaan yang yang lebih cemerlang di peringkat PMR dan SPM.

Sebelum mengundur diri saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kerana memenuhi jemputan saya.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 17 Jun 2009

PELBAGAI JENIS PENULISAN - MELENGKAPKAN CERITA

MELENGKAPKAN CERITA

Pengenalan

 Karangan menyudah atau melengkapkan cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR. Karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.

 Karangan jenis menyambung cerita ialah karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.

 Ketepatan fakta tidak diperlukan, tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang indah serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.

 Karangan ditulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian , perbualan, dan pembacaan.

 Sebuah cerita yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita) sebab dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).

 Karangan di bahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan penyelesaian.

 Perbualan atau dialog boleh digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.

 Setiap cerita mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.

 Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang lebih menarik dan berkesan.


Tajuk Perbincangan

. Aku sedang membuat kerja sekolahku.Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku…

Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Soalan ini, memerlukan anda mengambil tindakan, untuk mengetahui lebih dekat atau lebih lanjut keadaan adik.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda.
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Langkah 3
Baca contoh karangan di bawah ini.


Contoh Karangan

Aku sedang membuat kerja sekolahku.Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku meluru ke tingkat atas. Jeritan adik jelas kedengaran dari arah bilik mandi. Aku cuba membukanya tetapi gagal kerana pintu terkunci.

Aku tergamam, pelbagai persoalan menerpa benakku. Adakah adikku cedera? Mengapa? Bagaimana? Ayah…ibu…belum pulang. Tiba-tiba aku terpandang sejambak kunci terletak di atas meja solek ibu. Aku segera mengambil kunci dan membuka bilik air tersebut.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kepala adik berdarah. Rambut bertaburan di lantai. Pisau cukur ayah masih di tangannya. Aku pasti kepala adik luka sewaktu cuba bercukur. Aku segera membersihkan luka di kepala adik.

Kulihat wajah adik telah berubah. “Ronaldo!…” jeritku. Adik menekup mukanya, sambil mengangguk-anggukan kepala. Aku tidak dapat menahan tawaku. Rupa-rupanya adikku peminat Ronaldo.

Aku mengambil peti ubat yang terletak di atas almari. Luka adik yang tidak seberapa itu akau bubuh ubat ‘iodin’.Tujuannya adalah supaya luka itu cepat sembuh. Kemudian, luka itu kubalut dengan kain pembalut supaya tidak dijangkiti kuman.

Sejurus kemudian, kedengaran kereta ayah memasuki perkarangan rumah. Aku segera membuka pintu “Kenapa kepala adik berbalut?” tanya ibu kehairanan. Lantas aku menjawab, “ Adik nak jadi Ronaldo bu!”. Aku pun menceritakan kejadian sebenar kepada ayah dan ibu. Mereka pun tertawa…



Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan

1. Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai ke Kelas Tahun Satu Jujur, aku terdengar seorang budak sedang menangis. Aku pun…
Lengkapkan cerita di atas.

2 Bas telah sampai. Ramai penumpang turun dan naik bas itu. Sahabatku tidak juga muncul-muncul. Mana dia?

Mulakan karangan anda dengan; Mana dia?…..

3 Pada suatu hari, aku tinggl seorang diri di rumah. Ayah dan ibuku masih belum pulang dari bandar. Tiba-tiba kedengaran tapak kaki orang berjalan di….

Lengkapkan cerita di atas.


GLOSORI

atlet : orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan
atletik : berbagai-bagai jenis olahraga(terutama yang memerlukan
kekuatan, ketangkasan, dan kecepatan seperti berlari,
melompat, berenang dan lain-lain, sukan
baran : pemarah, lekas marah, hutan yang berpaya-paya, nutan rawa
binsa : habis rosak, atau hancur sama sekali, musnah
mengerti : mengetahui atau memahami erti (kepentingan dan lain-lain)
iring : ikut, turut
seiring : bersam-sama berjalan, (bergerak, terbang)
kenyal : keras menganjal apabila ditekan(seperti bola getah), keras
tetapi empuk, agak liat, mudah berubah
( menjadi bertambah atau berkurang)
petua : nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna
putar belit : tipu muslihat , tipu daya, putar alam
runduk : tunduk , menunduk
peluang : kesempatan baik, ketika yang baik,
merajang : menghiris tipis-tipis, menyayat tipis-tipis, meracik
Contoh Jawapan soalan 1

Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai ke Kelas Tahun Satu Jujur, aku terdengar seorang budak sedang menangis. Aku pun menghampiri budak itu. Dia kelihatan amat takut dan cuba menyembunyikan mukanya supaya aku tidak dapat memandangnya.

“Mengapa adik menangis?”aku bertanya sambil memujuknya. Pertanyaanku tidak dijawab. Aku cuma dapat mengagak, mungkin ada sesuatu yang telah berlaku ke atas dirinya yang menyebabkan dia kelihatan takut dan cemas.

Setelah beberapa kali memujuk akhirnya budak itu memberi tahuku, wang belanjanya telah dirampas oleh sekumpulan murid. Dia memberi tahu, hal itu telah berlaku beberapa kali. Dia takut hendak memberi tahu gurunya kerana telah diugut akan dicederakan.

Aku mengajak budak itu ke kantin lalu membelikan sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. “Hari ini abang belanja kamu,” kataku kepada budak itu sambil menyuruhnya makan. Dalam benakku bermain-main pelbagai persoalan, peras ugut?…samseng?...aku mesti bertindak .

Aku meninggalkan budak itu makan dengan kawan-kawannya yang lain. Aku terus melaporkan hal tersebut kepada guru disiplin iaitu Cikgu Sargini. Cikgu Sargini telah memanggil beberapa orang pengawas. Kami sepakat untuk memasang perangkap esok hari.

Awal pagi lagi kami telah membuat intipan. Perangkap kami mengena apabila tiga orang murid tahun enam menarik seorang murid tahun satu ke bahagian belakang bangunan. Sepantas kilat kami menyerbu dan menangkap mereka. Aku berasa puas kerana berjaya membantu pihak sekolah menangani gejala yang tidak sihat itu.

Ahad, 14 Jun 2009

PENULISAN SYARAHAN 1

KARANGAN SYARAHAN

Satu daripada jenis karangan yang kerap diuji dalam UPSR ialah karangan syarahan. Karangan jenis ini adalah karangan berformat. Untuk menulis karangan jenis ini , ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Antaranya ialah

 kata-kata aluan sebagai hormat kepada hadirin.

 untuk pertandingan menyebut‘para hakim’.

 Kata-kata aluan dimulakan dengan Pengurusi Majlis, kemudian diikuti mereka yang tinggi kedudukannya.

 menyebut ‘para hadirin’untuk menimbulkan suasana bersyarah .

 kata aluan dianggap pendahuluan , ‘terima kasih’ di akhir syarahan dianggap penutup.

Soalan Perbincangan

Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan anda ialah ‘ Sikap berusaha dan berdikari membawa kejayaan’. Tuliskan teks syarahan anda itu selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan
dan tidak melebihi 120 patah perkataan .

Langkah 1

Memahami kehendak soalan .
Soalan ini menghendaki kita mengupas tentang sikap berusaha dan berdikari , sikap tersebut akan membawa kejayaan dalam sesuatu usaha yang dijalankan.

Langkah 2
Anda hendaklah menyediakan isi-isi berdasarkan konsep peta minda.

Langkah 3
Menulis Karangan.

Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan anda ialah ‘ Sikap berusaha dan berdikari membawa kejayaan’. Tuliskan teks syarahan anda itu selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Sikap berusaha dan berdikari perlu bagi seseorang pelajar.’
Hadirin sekelian,
Berusaha bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.Berdikari pula bermaksud , berusaha tanpa megharapkan bantuan orang lain. Sikap berusaha dan berdikari akan membawa kejayaan dan akan dihormati oleh masyarakat.
Seseorang pelajar perlu menanamkan sikap berusaha dan berdikari. Mereka tidak boleh semata-mata mengharapkan ajaran guru sahaja . Mereka perlu rajin, berusaha dan berdikari untuk berjaya dengan cemerlang.
Hadirin sekelian,
Masyarakat yang kuat berusaha dan berdikari adalah masyarakat maju. Sebagai contoh negara Jepun, usaha gigih dan berdikara rakyatnya telah meletakan Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia pada hari ini.
Oleh itu , kita janganlah mengharapkan yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek , jika ingin merangkul kecemerlangan kita mesti kuat berusaha. Negara pula tidak akan maju selagi rakyatnya hanya mengharapkan subsidi daripada kerajaan dan tidak mampu berdikari . Saya akhiri syarahan ini dengan serangkap pantun;
Hidangan tersaji hendaklah dijamah ,
Jangan terlupa membasuh tangan ;
Mengharap bantuan , tandanya lemah ,
Berusaha berdikar kunci kegemilangan .
Sekian , terima kasih .

Langkah 4
• Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.
• Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda , terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan pastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .

Latihan Minggu Ini:

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan
tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang diadakan di sekolah anda. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘Hidup bermasyarakat membawa berkat’. Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.

2. Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘ Keluarga bahagia, masyarakat cemerlang’ . Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.


3. Anda telah mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang diadakan di sekolah anda. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘Pentingnya internet’ . Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.



GLOSARI:
• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6.

abai cuai,lalai
adem sejuk,tawar(makanan)
adun meramas,menguli
babak bahagian dari lakonan,melecet,calar
baji kayu atau besi pipih untuk membelah kayu,pasak,sejenis ikan
baka keluarga, asal keturunan
cagar barang yang jadi taruhan apabila hutang,cengkeram, pendahuluan
cakup menangkap dengan mulut,menyauk ,mencedok
dadak tiba-tiba,dengan tidak disangka-sangka, serta-merta
damar bahan berupa getah keras daripada sejenis pokok
eram duduk di atas telur supaya panas dan menetas
gamam tidak dapat berbuat apa-apa, terkejut
gamen kerajaan,pemerentah
halwa buah-buahan yang direndam dengan air gula
hamik bebal,bodoh ,dungu
jajar baris,dere , jalur bekas ditenggala
parau serak , garau suara
pampang membentangkan,memaparkan,cabang penahan kemudi
seraya sambil, serta,sejenis tumbuhan
seronyeh tidak teratur, tidak tersusun


Contoh jawapan syarahan soalan No. 1

Hidup Bermasyarakat Membawa Kesejahteraan

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis , para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru serta hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Hudup bermasyarakat membawa kesejahteraan .’

Hadirin sekelian,

‘Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh.’ Peribahasa ini merupakan kunci kepada kehidupan bermasyarakat . ‘ Bagai aur dengan tebing’ merupakan tali pengikat yang akan membawa kesejahteraan hidup bermasyarakat .

Kehidupan masyarakat pada hari ini yang berlumba-lumba mencari kemewahan hidup, sedikit sebanyak telah mula menampakan sikap mementingkan diri sendiri terutamanya masyarakat kota . Fenomina ini mestilah disekat.

Hadirin sekelian,

Kita lihat betapa indahnya kehidupan keluarga di desa, jika salah sebuah keluarga mengalami kesulitan, maka jiran-jiran akan menolong seberapa yang boleh untuk meringankan bebanan keluarga yang malang itu.

Begitu juga jika ada kenduri-kendara . Mereka akan berkumpul beramai-ramai dan melakukan kerja bergotong-royong . Kehidupan masyarakat seperti inilah yang akhirnya boleh membawa kesejahteraan .

Hadirin sekelian,

Akhirnya saya tegaskan di sini ,untuk mencapai kesejahteraan hidup bermasyarakat,
kita hendakalah kembali mengamalkan cara hidup ‘Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing ’ dan ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat’.

Sekian terima kasih.

PENULISAN CATATAN HARIAN

CATATAN HARIAN


TIP PENULISAN BERKESAN

• Karangan jenis catatan harian ini ialah catatan penulis tentang peristiwa yang dialamai atau dilalui oleh penulis.

• Catatn Harian dikenali juga sebagai diari.

• Terbahagi kepada dua bentuk , itu catatan sehari dan catatan beberapa hari.

• Jika sehari, sertakan haribulan , hari , dan waktu berlakunya sesuatu aktiviti atau peristiwa.

• Jika catatan beberapa hari, sertakan hari, haribulan, dan waktu jika perlu.

• Waktu peristiwa atau aktiviti yang dicatat merupakan perkara penting yang berkaitan dengan tajuk.

• Cara penulisan karangan jenis catatan ini seperti sebuah cerita. Urutan peristiwa atau aktiviti perlu disesun agar menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnya.

Peringatan:

Soalan jenis Catatan Harian belum pernah keluar dalam UPSR


Soalan Perbincangan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah anda bersama murid-murid telah mengadakan gotong-royong sempena kempen kebersihan dan keceriaan. Kamu dikehendaki menulis catatan mengenai program tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tulis catatan itu selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Sebelum anda menulis karanga ini, anda hendaklah memahami solan tersebut.Selain itu
untuk mendapatkan maklumat yang tepat anda bolehlah menemuramah pelajar tersebut .

Langkah 2
Maklumat-maklumat yang anda perolehi daripada temu ramah tersebut bolehlah disusun dengan berdasarkan peta minda .

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.

Kempen Kebersihan dan Keceriaan

7.30 pagi - Ibu bapa dan murid-murid membanjiri perkarangan sekolah dengan membawa pelbagai peralatan untuk aktiviti gotong-royong sempena kempen kebersihan yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru .

8.00 pagi - Ucapan Tuan Guru Besar, Puan Normah Sahlan dan perasmian kempen kebersihan dilakukan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Samsuri Badar. Dalam ucapannya , beliau melahirkan rasa terharu terhadap sambutan yang ditunjukkan oleh ibu bapa untuk menjayakan kempen tersebut.

8.30 pagi - Aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah dimulakan . Ibu bapa dan guru-guru membersikan kawasan persekitaran sekolah. Murid-murid pula membersihkan bilik darjah masing-masing. Pihak bomba juga tidak ketinggalan , memencut longkang-longkang di sekeliling kawasan sekolah.

10.30 pagi - Kerja-kerja pembersihan diberhentikan seketika untuk membasah tekak, sambil menikmati pelbagai hidangan kuih-muih yang disumbangkan oleh pengusaha kantin dan guru-guru. Sambil berehat-rehat mereka berbual-bual mengenai keceriaan sekolah.

11.00 pagi - Wakil Rakyat yang juga penaung PIBG, Yang Berhormat Datuk Dasiman bin Lagiman sampai dan bersama-sama ibu bapa menanam anak-anak pokok hiasa, sumbangan daripada beliau di sekitar kawasan sekolah.

12.00 tengah hari - Gotong-royong berakhir . Semua hadirin dijemput ke kantin sekolah untuk dijamu nasi minyak yang telah disumbangkan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru . Sebelum bersurai Yang Berhormat Datuk Dasiman bin Lagiman , telah menyampaikan ucapan ringkas menyeru ibu bapa meneruskan usaha mencerikan kawasan sekolah .


Langkah 4

• Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semula kesalahan tatabahasa iaitu penggunaan perkataan , struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca ,dan ejaan.

• Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda , terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .

Latihan minggu ini.

1 Anda dan kakak anda berpeluang bercuti selama dua hari di Ibu Kota , tuliskan catatan harian mengenai percutian anda tersebut.

2 Baru-baru ini Persatuan Tunas Putri sekolah anda telah menyertai lawatan ke rumah anak-anak yatim . Tulis catatan anda, sepanjang lawatan tersebut.

3 Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan secara besar-besaran di sekolah anda.
Tuliskan catatan mengenai sambutan Hari Kanak-kanak tersebut selengkapnya.

GLOSARI:

• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6.

arus : aliran - air, udara, letrik
batan : segala jenis batu
belalak : terbuka lebar-lebar ( mata)
bintat : bekas gigitan nyamuk pada kulit
cekcok : saling menyatakan perbezaan pendapat
keegoa : sifat bermegah akan diri sendiri
menggagalkan : menjadikan tidak berhasil
menggahi : menguasasi dengan kekerasan atau paksa .
mundar-mandir : berulang-alik, berjalan pergi dan balik
nescaya : tidak boleh tidak.


Contoh latihan karangan soalan 1


Sabtu , 7 April 2001
7.00 pagi : Aku dan Kak Ema tiba di Hentian Pekeliling , Kuala Lumpur dari Kota Baharu dengan Ekspres Budaya . Pak Long dan Mak Long sedia menunggu kedatangan kami. Kami bersarapan di sebuah gerai di stesen itu.

9.00 petang : Ke rumah Pak Long yang terletak di kawasan perumahan di Bukit Jalil tidak jauh dari lokasi pusat sukan yang telah mencipta sejarah negara. Anak-anak Pak Long , Najah dan Nazim yang sebaya dengan kami sedia menunggu.

8.00 malam : Kami dibawa bersiar-siar menekmati keindahan ibu kota di waktu malam. Aku terpegun dengan keindahan Menara Kembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur pada waktu malam. Kerlipan lampunya yang seolah-olah mencecah awan . .

Ahad, 8 April 2001

9.00 pagi : Selepas bersarapan , kami bertolak ke Putrajaya . Saya benar-benar terpesona dengan keindahan bangunan-bangunan di bandar pintar tersebut, kami melawat masjid Putrajaya yang berhadapan dengan Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang kelihatan begitu gagah dan mengkagumkan.
.

11.00 pagi : Kami meninggalkan Putrajaya dan menuju ke bandar ‘pintar’ yang ke dua , yang menjadi pusat teknologi maklumat iaitu Cyberjaya. Cyberjaya adalah pengkalan beberapa syarikat multimedia yang paling inovatif dan paling besar di dunia Di sini juga di dirikan Universiti Multimedia

6.00 petang : Sebuah teksi telah sedia untuk membawa kami ke KLIA, Pak Long sekeluarga akan ke Kota Baharu . Penerbagan kami dijadualkan pukul 8.40 malam. Belum panas punggung, kami telah sampai. Seperti yang dijangkakan ayah dan datuk sedia menyambut kedatangan Pak Long dan keluarga. Walaupun cuma dua hari di rumah Pak Long, kami berasa puas.

PENULISAN KEPERIHALAN 1

KEPERIHALAN 1

TIP PENULISAN YANG BERKESAN

• Karangan jenis ini menceritakan sesuatu pengalaman , suasana , peristiwa , pemandangan , keadaan , perwatakan , temasya dan sebagainya.

• Ketepatan fakta boleh direka, tetapi mestilah boleh diterima akal.


• Anda boleh memasukkan unsur-unsur supen untuk menghidangkan sebuah cerita yang lebih menarik pembaca dan seterusnya mengajak pembaca seolah-olah berada dalam cerita tersebut.

• Anda tidak semestinya terlibat atau mengalami peristiwa tersebut , tetapai anda boleh mengolah cerita tersebut berdasarkan daya imaginasi anda.


• Bahasa yang puitis dan dialog boleh digunakan di tempat-tempat yang sesuai supaya karangan anda lebih menarik.

• Di bahagian pengenalan , anda boleh menceritakan peristiwa awal sebelum peristiwa yang sebenarnya berlaku.


• Dalam perenggan penutup , anda boleh menceritakan bagaimana peristiwa itu berakhir. Anda juga boleh menyatakan pendapat atau perasaan anda tentang peristiwa tersebut.

• Cerita atau peristiwa yang dijadikan bahan karangan tersebut biarlah mempunyai nilai-nilai murni.

Contoh soalan UPSR

 Anda dan beberapa orang rakan sedang berbasikal ke sekolah . Anda ternampak akan seorang tua terjatuh ketika melintas jalan. .
Apakah tindakan atau usaha-usaha yang akan anda dan rakan-rakan
anda lakukan untuk membantu orang tuya yang malang itu.

Soalan Perbincangan

Cuti persekolahan , adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan murid-murid. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diatur oleh ibu bapa untuk memenuhi waktu percutian tersebut. Tuliskan pengalaman kamu dan keluarga mengisi percutian tersebut.
Tuliskan karangan tersebut selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti . Fahamkan tema atau kehendak cerita yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas . Apa yang penting kamu dapat memahaminya kerana masa untuk mencari isi penting dan membina peta minda tidak lebih 5 minit.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.


PERCUTIAN YANG MENYERONOKKAN

Musim cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar dan ibu bapa . Aku dan keluargaku telah merancang satu percutian yang menyebabkan aku tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu harinya.

Sebagaimana yang dirancang, minggu pertama aku dan keluargaku menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi percutian yang utama. Kami sekeluarga menginap di Rumah Rehat Persekutuan. Setiap hari ada sahaja aktiviti yang kami lakukan seperti memancing, berkayak dan tidak ketinggalan menikmati keindahan air terjun Lasir,Saok, serta menjelajah beberapa buah pulau yang terdapat di tasik tersebut.

Dari Tasik Kenyir kami tidak pulang ke rumah, sebaliknya kami terus balik ke kampung. Aku dan adik tinggal di kampung , ayah dan ibu pula terpaksa pulang ke ibu kota untuk bekerja . Inilah peluang aku dan adik mandi di sungai dan tidur di dusun . Seminggu kemudian ayah dan ibu datang menjemput kami, walaupun belum puas kami bersama datok dan nenek di kampung.

Ayah telah menyusun beberapa aktiviti untuk kami seperti membersih serta mengindahkan persekitaran rumah kami , membersihkan kolam ikan di samping mengecat pasu bunga. Selain itu kami juga mengecat bilik tidur kami dengan bantuan ibu dan ayah.

Walaupun sekolah akan dibuka tiga minggu lagi tetapi ayah telah membawa kami ke pasar raya untuk membeli pakaian serta peralatan sekolah. Selain itu, ayah juga membelikan buku-buku kerja dan pelbagai buku rujukan untuk persediaanku menghadapi UPSR .

Aku berasa sungguh puas kerana sepanjang cuti persekolahan ini aku dapat memenuhi masa tersebut dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan, selain itu aku juga dapat menimba pelbagai pengalaman yang sukar untuk aku lupakan.


Langkah 4

 Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.

 Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda , terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .



Latihan minggu ini.

1. Aktiviti perkhemahan adalah merupakan aktiviti yang sangat ditunggu-tunggu oleh murid-murid . Murid-murid tidak akan melepaskan peluang ini jika terpilih menyertainya.
Tuliskan satu karangan yang menceritaka bagaimana perasaan anda apabila
dipilih untuk menyertai perkhemahan tersebut.

2. Pada suatu hari kampung kamu dilanda ribut . Banyak harta benda penduduk kampung musnah dalam kejadian tersebut.
Perihalkan atau gambarkan suasana dan tindakan yang diambil selepas kejadian
ribut tersebut.

3. Sambutan Hari Kanak-kanak diadakan setiap tahun di sekolah anda. Gambarkan suasana sambutan Hari Kanak-kanak tersebut.
Tuliskan karangan tersebut selengkapnya.

GLOSARI:

• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6.

abah : arah, ayah, bapa
berpinar-pinar : kabur , pandangan tidak jelas
bersurai : berpisah, bubar
berdekik-dekik : berdekah-dekah,ketawa dengan kuat, terlalu geli hati
bergegas : bergerak dengan cepat
berbaur : bercampur
bingkas : bangun dengan pantas atau cepat
deruan : tiupan angin yang kuat, bunyi kenderaan .
disusuli : diikuti, dituruti,
dikerumuni : dihurungi, dikelilingi
lazim : biasa,
girang : suka hati, riang hati, sangat gembira.
keheningan : ketenangan ,kesejukan , kedamaian
kerenah : tingkah laku, kelakuan, ragam.
mengendahkan : mempedulikan.
menerjah : masuk dengan pantas dan kuat
memecut : melajukan , mepercepatkan pergerakan.
mendorong : memberangsangkan, berkeinginan.




Contoh latihan karangan soalan 1

Pengalamanku Yang Pertama

Sukar sekali untuk melelapkan mataku malam itu . Sudah beberapa kali ibu mengingatkan aku supaya cepat tidur , entah mengapa akau sukar untuk melelapkan mata. Fikiranku menerawang jauh ke destinasi yang bakal aku lalui esok.

Sebelum azan subuh berkumandang dari surau berhampiran rumahku, aku telah bangun dan terus menyiapkan diri . Hatiku melonjak-lonjak untuk segera ke sekolah.
Ibu menegurku kerana ayam belum keluar reban lagi aku sudah bersiap .

Aku tidak menjawab sebaliknya aku terus mencapai barang-barang yang perlu dibawa dan memasukkannya ke dalam bakul basikalku. Setelah memberi salam kepada ibu aku terus memecutkan basikalku ke sekolah dalam keadaan terang-terang tanah.

Gelap lagi ,belum ada kawanku yang sampai, mereka ni lambat sangatlah, bisik hati kecilku. Setengah jam kemudian semuanya rakan-rakanku telah bersedia mendengar taklimat terakhir daripada Cikgu Amin. Aku mencatat dengan teliti apa yang telah disampaikan oleh cikgu, maklumlah inilah kali pertama aku turut serta dalam aktiviti perkhemahan.

Hatiku mulai gelisah, aku takut apabila cikgu Amin memberitahu bahawa tapak perkhemahan itu mungkin akan didatangi binatang buas , walaupun kawasan tersebut sentiasa terkawal atau diawasi, lebih-lebih lagi jika ada murid-murid menjalankan aktiviti perkhemahan.

Aku bertanya kepada cikgu Amin tentang langkah-langkah keselamatan yang diambil jika berhadapan dengan situasi yang digambarkan olehnya. Cikgu Amin dengan nada yang tegas terus mengigatkan kami supaya sentiasa mematuhi arahan-arahannya setiap masa. Begitulah perasaan yang aku alami ketika aku mula-mula berpeluang menyertai perkhemahan. Aku akan tersenyum sendirian apabila terkenangkannya.

Sabtu, 13 Jun 2009

KLINIK PEMAHAMAN 2

KLINIK PEMAHAMAN 2

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat yang di bawah.

Kata Sendi Nama
Tukiman yang berasal …………………… Kampung Parit Serong telah berpindah ………………. ….Kampung Haji Dorani tiga tahun yang lalu.
A daripada ……… ke
B daripada ……… di
C dari …………… ke
D dari …………… di

Kata Hubung
……………… ada kesempatan, saya akan singgah di pasar raya itu.
A Walaupun
B Jikalau
C Selagi
D Kerana

Imbuhan
Jurutera itu sedang mengukur ……………. sungai itu sebelum membina jambatan.
A kedalaman
B pendalaman
C dalaman
D mendalam

Penanda Wacana
Pemilik kenderaan dikehendaki menanggalkan cermin gelap pada kenderaan mereka. ……………… masih terdapat pemilik kenderaan yang mengengkari arahan tersebut.
A Oleh yang demikian
B Namun demikian
C Oleh sebab itu
D Justeru

Penggunaan Kata Kerja/Kata Adjektif
Perasaan Encik Malik sungguh ………………… apabila mendengar berita anak sulungnya telah mendapat 5A dalam UPSR.
A terperanjat
B tergamam
C terharu
D resah



Penjodoh Bilangan
Fakri telah membeli dua ……………… joran dan empat …………….. mata kail untuk menyertai pertandingan memancing anjuran Joran, Berita Harian.
A tangkai ……. biji
B batang ……. bilah
C batang ……. bentuk
D buah ……… pasang

Simpulan Bahasa
Sharif Dol telah meminta kembali buku yang telah diberi kepada Ramli. Sikapnya yang ………………… tidak disukai oleh Ramli.
A buruk siku
B pilih kasih
C hati batu
D keras kepala

Peribahasa
Kawasan perindustrian seperti Shah Alam dan Petaling Jaya padat dengan penduduk kerana terdapat banyak peluang pekerjaan. Inilah yang dikatakan ……………….
A ada udang di sebalik batu
B bumi mana yang tidak ditimpa hujan
C ada gula ada semut
D indah khabar dari rupa

Antonim
Daging yang direbus oleh kakak telah empuk.
A garing
B lumat
C liat
D lemau

Sinonim
Air Sungai Semantan telah mencecah paras bahaya kerana hujan lebat berterusan sejak malam tadi.
A tingkat
B tahap
C tinggi
D tanda

Penggunaan Tanda Baca

A “Eh Kamil, rupanya. Aku sangkakan siapa tadi?” kata Zamri.
B “Eh, Kamil? Rupanya, aku sangkakan siapa tadi?” kata Zamri.
C “Eh, Kamil rupanya! Aku sangkakan siapa tadi!” kata Zamri.
D “Eh! Kamil rupanya? Aku sangkakan siapa tadi.” kata Zamri.

Membina Soalan Berdasarkan Jawapan
Ya, saya memang hendak ke sana.
A Siapakah yang hendak ke sana?
B Awak hendak ke mana?
C Benarkah awak hendak ke sana?
D Di manakah awak tinggal?

Membina Jawapan Berdasarkan Soalan
Mengapakah tragedi tanah runtuh itu boleh berlaku?
A Tragedi tanah runtuh itu berlaku awal pagi tadi.
B Tragedi tanah runtuh itu berlaku di Ampang Jaya.
C Tragedi tanah runtuh itu berlaku akibat hujan lebat.
D Tragedi tanah runtuh itu telah meranapkan sebuah banglo.

Memilih Ayat Yang Betul

Pilih Ayat Yang Betul
I Azizah telah menerima sekeping surat daripada ayahnya.
II Beberapa orang budak-budak sedang bermain tarik upih.
III Sayur-sayuran yang dijual ke kedai itu masih segar.
IV Bapa saya guru.
A I dan II B II dan III
C III dan IV D IV sahaja

Kata Ganda
“Fikirlah sebelum membuat keputusan, supaya tidak dipersalahkan nanti,” kata Intan kepada Alia .
A mentah-mentah
B masak-masak
C lama-lama
D sabar-sabar

Ayat Sama Maksud
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

“ Maaf. Ayah saya tiada di rumah. Dia telah pergi memancing.” kata Siti kepada Awie.

A Siti memohon maaf kepada ayah kerana telah memberitahu Awie bahawa dia pergi memancing.
B Siti memaklumkan kepada Awie bahawa ayahnya tiada di rumah kerana pergi memancing.
C Siti menerangkan kepada Awie bahawa dia dan ayahnya akan pergi memancing.
D Awie diberitahu oleh Siti dan ayahnya bahawa dia tiada di rumah kerana pergi memancing.

Soalan Penggunaan Bahasa atau Tatabahasa Set B

Berikut adalah contoh-contoh soalan Penggunaan Bahasa

1 Penggunaan imbuhan

Pembuat kek dikehendaki……………….daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan.
A berhenti
B berhentikan
C memberhenti
D menghentikan

2 Penjodoh bilangan
Sultan Mansur Shah telah berkenan menganugerahi Tun Perak…………….pakaian sebagai menghargai jasa-jasanya.
A sehelai
B sebidang
C sepasang
D sepersalinan

3 Peribahasa
Encik Samat sebagai Ketua Kampung Kundang berusaha menangani masalah ini dengan berhati-hati supaya beliau dapat memuaskan hati semua pihak.
A Seperti gergaji dua mata
B Seperti aur ditarik songsang
C Bagai melepaskan anjing tersepit
D Bagai menarik rambut dalam tepung

4 Penggunaan kata tepat

Kira-kira 200 orang pelajar Malaysia yang sedang ………….dalam bidang kejuruteraan di Jerman akan menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi.
A mengyasai
B menuntut
C meneroka
D mempelajari

5 Kata hubung

Hakim sering dipersendakan ………….kakinya yang tempang…………..dia seorang yang baik .
A oleh sebab…justru
B lantaran….meskipun
C lantas…..walhal
D meskipun….biarpun

6 Penggunaan kata sendi
Guru-guru mestilah mengambil berat…………perubahan tingkah laku murid-muridnya …………..setiap waktu.
A dengan….. di
B pada…..di
C akan…..dari
D tentang…. pada

7 Penggunaan penanda wacana
Intan tidak hadir ke sekolah semalam kerana dia demam. ………….., semua kerja yang diberi oleh gurunya telah dihantar melalui kawannya.
A Tambahan pula
B Oleh sebab itu
C Walau bagaimanapun
D Oleh yang demikian

8 Perkataan seerti
Dari celah batu itu memancur mata air yang jernih.
A naik
B timbul
C dikeluarkan
D terbit
9 Perkataan berlawan

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
Barang-barang lama yang tidak digunakan olehnya itu telah dibuang.

A moden…. distorkan
B baru …. disimpan
C canggih …. dikumpul
D usang …. dikutip


10 Membina jawapan

Pilih jawapan yang sesuai untuk ayat yang bergaris.
Kamukah yang memenangi pertandingan mengarang itu?

A Ya, saya memang memenangi pertandingan mengarang itu.
B Ya, saya yakin saya memenangi pertandingan mengarang itu.
C Ya, sayalah yang telah memenangi pertandingan mengarang itu.
D Ya, sayalah yang dipilih oleh hakim pertandingan mengarang itu.

11 Membina soalan
Pilih soalan yang sesuai untu jawapan yang bergaris.
Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan lawatan ke Pameran Buku Antarabangsa pada hari Sabtu ini.

A Apakah tujuan Persatuan Bahasa Melayu melawat Pameran Buku Antarabangsa?
B Bagaimanakah anggota Persatuan Bahasa Melayu melawat Pameran Buku Antarabangsa ?
C Bilakah Persatuan Bahasa Melayu akan berkunjung ke Pameran Buku Antarabangsa?
D Mengapakah Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan lawatan ke
Pameran Buku Antarabangsa?

12 Ayat sama maksud
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
Encik Rajin menanam sayur-sayuran di belakang rumahnya dengan cara haidroponik untuk dijual di Pasar Tani.

A Encik Rajin menanam sayur-sayuran hairoponik di belakang Pasar Tani
untuk dijual.
B Sayur-sayuran yang hendak dijual di Pasar Tani ditanam oleh Encik Rajin
di belakan rumahnya dendan cara haidroponik.
C Sayur-sayuran di belakang rumahnya ditanam oleh Encik Rajin untuk
dijual di Pasar Tani dengan cara haidroponik .
D Encik Rajin menjual sayur-sayuran yang ditanamnya dengan cara haidroponik kepada Pasar Tani di belakang rumahnya.

13 Tanda baca

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
A “Termenung sahaja Tuah, ada apa-apa masalah? “ tanya Jebat .
B “Termenung sahaja, Tuah. Ada apa-apa masalah? “ tanya Jebat .
C “Termenung sahaja Tuah. Ada apa-apa masalah! “ tanya Jebat.
D “Termenung sahaja Tuah! ada apa-apa masalah? “ tanya Jebat .

14 Kata banyak makna

Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul
1 Dedaun yang gugur itu bertaburan ditiup angin..
11 Pemain-pemain yang tidak mematuhi arahan akan gugur di padang. .
111 Gigi adik saya telah gugur beberapa batang kerana dicabut oleh doktor.
1V Nenek memberitahu kami bahawa buah durian di dusunnya sudah mulai gugur.
A 1 dan 11 sahaja
B 1 dan 1V sahaja
C 1 , 11 dan 111 sahaja
D 11 ,111 dan 1V sahaja

15 Kesalahan umum tatabahasa
• Pilih ayat-ayat yang betul.
1 Tudung itu cantik tetapi menjahitkan kurang kemas.
11 Syafinaz rindu akan ayahnya yang telah lama bertugas di seberang laut.
111 Farahain telah mencapai kelulusan yang bijak dalam peperiksaan itu.
1V Air mukanya yang jernih menunjukkan dia seorang yang baik hati.
A 1 dan 111 sahaja
B 11 dan 1V sahaja
C 11 , 111 dan 1V sahaja
D 1 , 11 ,111 dan 1V

A Baca jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Jadual Pertandingan
Minggu Pusat Sumber 2004
Sekolah Kebangsaan Asam Jawa

TARIKH AKTIVITI TAHAP/TAHUN TEMPAT


11 Mac 2004
Isnin
1. Pertandingan Bercerita
(Bahasa Malaysia)
2. Pertandingan Bercerita
(Bahasa Inggeris)

Tahap I

Tahap II
Dewan Besar

12 Mac 2004
Selasa
1. Pertandingan syarahan
2. Kuiz sains dan matematik
3 Kuiz kira cepat
Tahap II
Tahun 6
Tahap 1
Dewan Besar
13 Mac 2004
Rabu 1. Pertandingan mewarna
2. Pertandingan melukis poster
3 Pertandingan mengarang
4 Pertandingan tulisan cantik Tahap I
Tahap II
Tahun 3 ,4,5,6.
Tahun 1 dan 2
Di dalam kelas
14 Mac 2004
Khamis 1. Pertandingan melafazkan pantun
2. Pertandingan syaer
3. Pertandingan deklamasi sajak Tahun 1 dan 2
Tahun 3 dan 4
Tahun 5 dan 6 Dewan Besar

15 Mac 2004
Jumaat
1. Ceramah “Kemahiran berfikir”

2. Penyampaian hadiah kepada
para pemenang.


Semua murid

Dewan Besar

1 Pertandingan puisi akan diadakan pada …
A 11 Mac 2004
B 12 Mac 2004
C 13 Mac 2004
D 14 Mac 2004

2 Berikut adalah tujuan pertandingan-pertandingan tersebut diadakan kecuali
mencungkil bakat murid-murid dalam bidang-bidang tertentu
menanamkan sifat berani dan keyakinan diri di depan khalayak ramai
mendapatkan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan kepada pemenang
memupuk dan menggalakkan murid-murid membaca pelbagai bahan bacaan

3 Farahain murid Tahun 2 Amanah, apakah jenis pertandingan yang boleh
disertainya ?
Bercerita bahasa Inggeris , mengarang , syaer , tulisan cantik , mewarna
Bercerita bahasa Melayu ,kuiz kira cepat , berpantun , tulisan cantik , mewarna
Pertandingan kemahiran berfikir , syarahan , pantun , tulisan cantik , mewarna
Bercerita bahasa Inggeris ,kuiz kira cepat , mengarang pantun , tulisan cantik .

4 Apakah aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid ?
A Ceramah kemahiran berfikir
B Pertandingan mewarna dan melukis poster
C Pertandingan melafaz pantun dan deklamasi sajak
D Pertandingan bercerita bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris

5 Pilih pernyataan yang tidak benar berkaitan jadual di atas.
A Pertandingan puisi melibatkan murid tahap satu dan dua.
B Semua aktiviti ada menawarkan hadiah kepada para memenang.
C Pemenang setiap pertandingan akan menerima hadiah pada hari Jumaat .
D Pada 13 Mac 2004 setiap murid berpeluang menyertai dua acara pertandingan.

Jumaat, 12 Jun 2009

KLINIK PEMAHAMAN 1

SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR
BAHASA MELAYAU


Aktiviti 1

Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

SHAH ALAM, Jumaat – Pengusaha pusat servis kenderaan dan bengkel khususnya di Selangor perlu mengambil perhatian terhadap pengendalian bahan buangan terjadual bagi memastikan mereka tidak menjadi penyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sains Teknologi dan Alam Sekitar negeri berkata pengusaha pusat servis kenderaan dan bengkel wajar mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan sekiranya Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengadakan pemeriksaan mengejut di premis mereka.
Beliau berkata, sehingga akhir 2008 sebanyak 672 premis pengeluar buangan terjadual di Selangor dan berdasarkan rekod JAS Selangor, sebanyak kira-kira 31,345.11 tan metrik buangan terjadual dihasilkan.
Katanya, sepanjang tahun lalu industri berasaskan logam adalah yang terbesar menghasilkanbuangan terjadual iaitu sebanyak 14,021.49 tan metrik diikuti innustri berasaskan elektronik sebanyak 6,093.23 tan metrik .
“Pusat servis dan bengkel pula menghasilkan sebanyak 752.94 tan metrik bahan buangan terjadual iaitu minyak dan bateri terpakai ,sisa cat, kain yang tercemar dengan bahan buangan terjadual dan alat penyejuk,” katanya di sini, hari ini.
Sehubungan dengan itu , katanya, amat penting kepada pengusaha pusat servis kereta agar menjaga dan mengawal kegiatan dari pusat ini.
Menurutnya, pengusaha pusat servis perlu mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekitar seperti kaedah penyimpanan yang betul, mempunyai rekod penyimpanan , melabel setiap buangan yang disimpan seterusnya melupuskan sisa buangan di premis yang tetapkan oleh JAS di samping menjaga persekitaran premis agar sentiasa bersih daripada bahan buangan terbabit.

1. Apakah maklumat penting yang hendak disampaikan dalam berita tersebut ?
A Pencemaran alam sekitar semakin menjadi-jadi.
B Pusat servis dan bengkel kenderaan menjadi penyumbang kepada pencemaran
yang utam
C Jabatan Alam Sekitar mengadakan pemeriksaan mengejit ke atas premis yang mengeluarkan buangan terjadual
D Peringatan kepada pusat servis kenderaan dan bengkel khususnya di Selangor supaya mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar.

2. Berdasarkan maklumat yang diberi, penyumbang terbanyak bahan buangan terjadual ialah
A industri berasaskan logam
B industri berasaskan elektronik
C industri berasaskan getah
D ipusat servis dan bengkel kenderaan


3. Berikut adalah bahan buangan terjadual dari pusat servis dan bengkel kenderaan kecuali
A bateri terpakai
B sisa cat
C besi buruk
D kain berminyak

4 Cara terbaik untuk memestikan bahan buangan terjadual tidak mencemar alam sekitar ialah
A mengumpul dan menyimpan
B membakar bahan -bahan tersebut
C melupuskan di premis yang ditentukan
D menanam bahan tersebut ke dalam tanah

5. Di antara pernyataan yang berikut yang manaqkah salah
A Jabatan Alam Sekitar akan mengadakan pemeriksaan mengejut
B Sebanyak 672 premis telah di periksa sepanjang tahun 2008
C Pengusaha pusat servis perlu menjaga persekitaran premis agar sentiasa ceria
D Bahan buangan terjadual sepanjang tahun 2008 ialah sebanyak 20,868.65 tan
metrik


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.
6 “Anak saya sering ………………….semasa tidur,” kata Kak Nab.
A meracau-racau
B meragut-ragut
C menganga-nganga
D merayap-rayap
7 Penglihatannya yang kabur menyebabkan dia terpaksa di …………… apabila melintas jalan..
A didukung
B dituntun
C dipapah
D ditonton
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
8 Karim mencampak kain yang koyak itu ke dalam tong sampah.
A mengambil
B melontar
C mengutip
D melambungkan
9 “Kita jangan suka mengeji kehidupan mereka yang kurang bernasib baik,”kata Najah kepada adiknya.
A mengumpat
B menyanjung
C membaiki
D menghina

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

10 A Kakak berasa kecewa setelah gagal dalam ujian Sains, Namun begitu. Dia
berazam untuk mencuba lagi.
B Kakak berasa kecewa setelah gagal dalam ujian Sains. Namun begitu, dia
berazam untuk mencuba lagi.
C Kakak berasa kecewa setelah gagal dalam ujian Sains, Namun begitu. dia
berazam untuk mencuba lagi.
D Kakak berasa kecewa setelah gagal dalam ujian Sains, Namun begitu, Dia
berazam untuk mencuba lagi.

Pilih soalan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.

11. Projek Waja Diri yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah untuk membendung
gejala yang tidak sihat di kalangan murid

A Bagaimanakah caranya pihak sekolah memulakan projek Waja Diri?
B Mengapa projek Waja Diri itu dijalankan untuk murid?
C Benarkah pihak sekolahakan mengendalikan Waja Diri?
D Apakah tujuan pihak sekolah ingin menjalankan projek Waja Diri?

12 Pak Selamat mundar-mandir di hadapan rumahnya lantaran risaukan anaknya yang
masih belum pulang dari sekolah.
A Apakah yang dirisaukan oleh Pak Selamat?
B Benarkah anak Pak Selamat belum pulang dari sekolah?
C Mengapakah Pak Selamat asyik mundar-mandir di depan rumahnya?
D Bagaimanakah keadaan Pak Selamat sewaktu menantikan anaknya?
Pilih ayat-ayat yang betul.
13 I Saya tidak akan berhati kecil dengan awak.
II Mengapa kamu suka sangat berdolak-dalik?
III Janganlah suka mempermain-mainkan orang yang lebih tua.
IV Kalau diikutkan hati, mangkat engkau aku kerjakan.
A I, dan 11 sahaja
B I dan !V sahaja
C II dan III sahaja
D III dan !V sahaja
14 I Eh, datang juga awak Man!
II Hai, lamanya kita tidak bertemu!
III Aduhai, malang sungguh nasibku!
IV Amboi, mahalnya durian di sini!
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
15 Beberapa orang kampung sedang sibuk bergotong-royong membersihkan surau itu.
A Beberapa orang sedang sibuk bergotong-royong membersihkan surau itu.
B Beberapa orang surau kampung sedang sibuk bergotong-royong
membersihkannya.
C Surau itu sedang sibuk dibersihkan secara gotong-royong oleh beberapa orang kampung.
D Surau kampung sedang sibuk dibersihkan secara bergotong-royong oleh beberapa orang itu.

16 “ Wah, cantiknya pemandangan di Kuala Gua ini pada waktu petang!” kata Jamal.
A Jamal menjelaskan kecantikan di Kuala Gua pada waktu petang.
B Jamal memuji kecantikan pemandangan Kuala Gua pada waktu petang.
C Jamal memuji kecantikan Kuala Gua pemandangan pada waktu petang
D Jamal menunjukkan kecantikan pemandangan di Kuala Gua pada waktu petang.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
17 I Orang sudah tua, tetapi banyak olahnya.
II Olah siapakah ini, kalau bukan olah kamu.
III Bagaimana olah mereka mengumpul kekayaan sebanyak itu ?
IV Sharmila suka olah diri, apabila tiada membuat sesuatu kerja.
A I , II dan III sahaja
B I ,II dan IV Sahaja
C II , III dan IV sahaja
D I , III dan IV sahaja

18 I Matanya bulat memandang saya.
II Bulat hatinya untuk berpindah ke bandar.
III Jangar bayar bulat sebelum menawar harganya.
IV Setelah bulat fikiran, mereka pun mulalah mengorak langkah.
A I dan II sahaja
B I , II dan III sahaja
C I , II dan IV sahaja
D II , III dan IV sahaja
Aktiviti 2

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat yang di bawah.
Kata Sendi Nama
Tukiman yang berasal …………………… Kampung Parit Serong telah berpindah ………………. ….Kampung Haji Dorani tiga tahun yang lalu.
A daripada ……… ke
B daripada ……… di
C dari …………… ke
D dari …………… di
Kata Hubung
……………… ada kesempatan, saya akan singgah di pasar raya itu.
A Walaupun
B Jikalau
C Selagi
D Kerana
Imbuhan
Jurutera itu sedang mengukur ……………. sungai itu sebelum membina jambatan.
A kedalaman
B pendalaman
C dalaman
D mendalam
Penanda Wacana
Pemilik kenderaan dikehendaki menanggalkan cermin gelap pada kenderaan mereka. ……………… masih terdapat pemilik kenderaan yang mengengkari arahan tersebut.
A Oleh yang demikian
B Namun demikian
C Oleh sebab itu
D Justeru

Penggunaan Kata Kerja/Kata Adjektif
Perasaan Encik Malik sungguh ………………… apabila mendengar berita anak sulungnya telah mendapat 5A dalam UPSR.
A terperanjat
B tergamam
C terharu
D resah
Penjodoh Bilangan
Fakri telah membeli dua ……………… joran dan empat …………….. mata kail untuk menyertai pertandingan memancing anjuran Joran, Berita Harian.
A tangkai ……. biji
B batang ……. bilah
C batang ……. bentuk
D buah ……… pasang
Simpulan Bahasa
Sharif Dol telah meminta kembali buku yang telah diberi kepada Ramli. Sikapnya yang ………………… tidak disukai oleh Ramli.
A buruk siku
B pilih kasih
C hati batu
D keras kepala
Peribahasa
Kawasan perindustrian seperti Shah Alam dan Petaling Jaya padat dengan penduduk kerana terdapat banyak peluang pekerjaan. Inilah yang dikatakan ……………….
A ada udang di sebalik batu
B bumi mana yang tidak ditimpa hujan
C ada gula ada semut
D indah khabar dari rupa
Antonim
Daging yang direbus oleh kakak telah empuk.
A garing
B lumat
C liat
D lemau
Sinonim
Air Sungai Semantan telah mencecah paras bahaya kerana hujan lebat berterusan sejak malam tadi.
A tingkat
B tahap
C tinggi
D tanda

Penggunaan Tanda Baca
A “Eh Kamil, rupanya. Aku sangkakan siapa tadi?” kata Zamri.
B “Eh, Kamil? Rupanya, aku sangkakan siapa tadi?” kata Zamri.
C “Eh, Kamil rupanya! Aku sangkakan siapa tadi!” kata Zamri.
D “Eh! Kamil rupanya? Aku sangkakan siapa tadi.” kata Zamri.
Membina Soalan Berdasarkan Jawapan
Ya, saya memang hendak ke sana.
A Siapakah yang hendak ke sana?
B Awak hendak ke mana?
C Benarkah awak hendak ke sana?
D Di manakah awak tinggal?

Membina Jawapan Berdasarkan Soalan
Mengapakah tragedi tanah runtuh itu boleh berlaku?
A Tragedi tanah runtuh itu berlaku awal pagi tadi.
B Tragedi tanah runtuh itu berlaku di Ampang Jaya.
C Tragedi tanah runtuh itu berlaku akibat hujan lebat.
D Tragedi tanah runtuh itu telah meranapkan sebuah banglo.

Pilih Ayat Yang Betul
I Azizah telah menerima sekeping surat daripada ayahnya.
II Beberapa orang budak-budak sedang bermain tarik upih.
III Sayur-sayuran yang dijual ke kedai itu masih segar.
IV Bapa saya guru.
A I dan II B II dan III
C III dan IV D IV sahaja
Kata Ganda
“Fikirlah sebelum membuat keputusan, supaya tidak dipersalahkan nanti,” kata Intan kepada Alia .
A mentah-mentah
B masak-masak
C lama-lama
D sabar-sabar

Isnin, 1 Jun 2009

PENULISAN LAPORAN 1

LAPORAN TAHUNAN

Karangan ini berkaitan dengan mesyuarat atau kegiatan tahunan sesebuah persatuan atau kelab. Karangan ini mempunyai format yang khusus. Oleh itu formatnya perlu dipatuhi supaya anda tidak kehilangan markah.

Panduan Menulis Laporan Tahunan

§ Perlu ada tajuk

· Senarai penasihat dan ahli jawankuasa

§ Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun

§ Tanda tangan, nama pelapor jawatan pelapor

§ Tarkh diletakkan di sebelah kanan sejajar dengan “Laporan disediakan oleh”



Soalan Perbincangan

Selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, anda diminta menyediakan sebuah laporan tahunan bagi persatuan anda. Segala aktiviti persatuan sepanjang tahun perlu dimuatkan dalam laporan itu.

Tuluskan laporan itu selengkapnya.

Panjang karangan laporan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Anda mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan kehendak soalan. Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat tafsiran mengenai kehendak soalan.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk anda bolehlah membuat kerangka karangan. Karangan tersebut menghendaki anda menulis laporan, berhubung dengan satu lawatan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda.

Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh laporan di bawah ini.

LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN KLIA
TAHUN 2007


Guru Penasihat : Puan Azizah binti Ibrahim
Puan Zumazween binti Abd Kadir
Pengerusi : Zarith binti Ibrahim
Naib Pengerusi : Afiq bin Walid
Setiausaha : Atikah binti Yusof
Bendahari : Shahir bin Kamaruddin

Ahli Jawatankuasa : Arifuddin bin Roslan
Nur Syakinah binti Zaib
Mastura binti Sadirman
Nadia Asyikin binti Arif
Mohd Hafizi bin Siran

Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh persatuan. Selaras dengan matlamat penubuhannya, untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan ahli dan murid-murid di sekolah ini.

Pada semester pertama, persatuan ini telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti dijalanakan untuk memilih peserta ke pertandingan di peringkat daerah. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, bersyair, dan syarahan.

Pada semester kedua pula, persatuan telah menganjurkan pertandingan menulis karangan kuiz antara rumah-rumah sukan, dan pertandingan drama sebabak antara kelas bagi murid-murid tahap 2.

Persatuan juag telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Perpustakaan Negara. Sebanyak 40 orang murid dan 4 orang guru terlibat dalam lawatan itu.

Pada keseluruhannyaditunjukkan oleh semua pihak, diharapkan persatuan ini akan lebih berjaya pada tahun hadapan.


Disediakan oleh, 15 OKTOBER 2007

Atkah Yusof
……………………………………….

(ATIKAH BINTI YUSOF)
Setiausaha Persatuan Bahasa Malayu,
Sekolah Kebangsaan KLIA.


Langkah 4

Selepas mengarang, anda hendaklah membacanya semula . Betulkan kesalahan-kesalahan tatabahasa iaitu penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan supaya tiada pemotongan markah.

Selasa, 26 Mei 2009

SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR 2009


SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR 2009
BAHASA MELAYU


A. PENGENALAN KERTAS BAHASA MELAYU PENULISAN
Nama Kertas : 012 – Bahasa Melayu.
Masa : Satu jam lima belas minit.
· Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian:
Bahagian A. Bahagian B dan Bahagian C.

· Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi bahagian B, kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Pengenalan Bahagian A

. Soalan bahagian ini wajib dijawab
. Bentuk soalan di bahagian A ialah soalan bergambar
. Gambar terdiri daripada gambar bersiri atau gambar tunggal
. Kamu mestilah membina ayat-ayat lengkap berdasarkan maklumat atau aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut.

Contoh soalan:

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.


PENGENALAN BAHAGIAN B

Untuk menghadapi UPSR, anda sepatutnya mahir menulis karangan seperti di bawah:
1. Rangsangan kata 11. Gambaran/keperihalan
2. Biografi 12. Surat kiriman tidak rasmi
3. Autobiografi 13. Surat kiriman rasmi
4. Karangan bergambar 14. Laporan
5. Temu ramah 15. Berita
6. Diari 16. Ucapan
7. Dialog 17. Syarahan
8. Menyudah/melengkapkan cerita 18. Peribahasa
9. Cerita 19. Perbahasan
10. Fakta 20. Perbincangan
Panduan Menulis Karangan
Untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik, anda perlu mengikut langkah-langkah penulisannya. Dengan berbuat demikian, karangan yang dihasilkan bukan sahaja kemas, teratur, dan mempunyai isi yang mantap, malah dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Langkah-langkah yang dicadangkan ialah
· Baca soalan dengan teliti dan faham kehendaknya soalan
· Mencatat isi-isi penting (dicadangkan menggunakan peta minda)
· Menulis karangan lengkap berdasarkan isi-isi penting dalam peta minda.
· Semak semula karangan yang telah siap. Jika ada kesalahan ejaan atau struktur ayat, buat pembetulan.
Soalan Perbincangan
Cuti persekolahan , adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan murid-murid. Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan diatur oleh ibu bapa untuk memenuhi waktu percutian tersebut. Tuliskan pengalaman kamu dan keluarga mengisi percutian tersebut.
Tuliskan karangan tersebut selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti . Fahamkan tema atau kehendak cerita yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.

Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas . Apa yang penting kamu dapat memahaminya kerana masa untuk mencari isi penting dan membina peta minda tidak lebih 5 minit.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.
PERCUTIAN YANG MENYERONOKKAN
Musim cuti sekolah merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar dan ibu bapa. Aku dan keluargaku telah merancang satu percutian yang menyebabkan aku tidak sabar-sabar lagi untuk menunggu harinya.

Sebagaimana yang dirancang, minggu pertama aku dan keluargaku menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi percutian yang utama. Kami sekeluarga menginap di Rumah Rehat Persekutuan. Setiap hari ada sahaja aktiviti yang kami lakukan seperti memancing, berkayak dan tidak ketinggalan menikmati keindahan air terjun Lasir, Saok, serta menjelajah beberapa buah pulau yang terdapat di tasik tersebut.

Dari Tasik Kenyir kami tidak pulang ke rumah, sebaliknya kami terus balik ke kampung. Aku dan adik tinggal di kampung, ayah dan ibu pula terpaksa pulang ke ibu kota untuk bekerja. Inilah peluang aku dan adik mandi di sungai dan tidur di dusun . Seminggu kemudian ayah dan ibu datang menjemput kami, walaupun belum puas kami bersama datok dan nenek di kampung.

Ayah telah menyusun beberapa aktiviti untuk kami seperti membersih serta mengindahkan persekitaran rumah kami, membersihkan kolam ikan di samping mengecat pasu bunga. Selain itu kami juga mengecat bilik tidur kami dengan bantuan ibu dan ayah.

Walaupun sekolah akan dibuka tiga minggu lagi tetapi ayah telah membawa kami ke pasar raya untuk membeli pakaian serta peralatan sekolah. Selain itu, ayah juga membelikan buku-buku kerja dan pelbagai buku rujukan untuk persediaanku menghadapi UPSR .

Aku berasa sungguh puas kerana sepanjang cuti persekolahan ini aku dapat memenuhi masa tersebut dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan, selain itu aku juga dapat menimba pelbagai pengalaman yang sukar untuk aku lupakan.

Langkah 4
Ø Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan.

Ø Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda, terutamanya aspek-aspek seperti di atas. Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .
CONTOH SOALAN BAHAGIAN B
Masa dicadangkan : 40 minit
Markah : 30 markah

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
l. Kamu menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah "Faedah-­faedah Bersukan". Tuliskan syarahan kamu itu selengkapnya.
ATAU
2. Anda dan keluarga mengunjungi sebuah pasar raya yang terkemuka di ibu kota. Pasar raya itu telah mengadakan jualan murah bersempena dengan musim cuti sekolah.
Perihalkan suasana di pasar raya itu.
ATAU
3. Fikri duduk termenung di halaman rumah. Hatinya sedih. Di mana dia hendak mendapatkan wang untuk membayar yuran sekolah.....
Mulakan cerita anda dengan ` Di mana dia hendak mendapatkan wang untuk membayar yuran sekolah.....

PENGENALAN BAHAGIAN C
· mengandungi satu teks
· banyak pengajaran atau nilai murni.
· wajib dijawab.
· menyatakan pengajaran dalam teks
· pengalaman seharian pelajar.

Panduan menjawab bahagian C
• baca teks yang diberi dengan teliti.
• senaraikan pengajaran atau nilai-nilai murni
• buat ulasan berpandukan nilai- nilai murni
• ulasan yang dibuat hendaklah menyatakan pengajaran
• ulasan dalam satu perenggan
• pastikan kamu dapat mengulas sekurang-kurangnya 5 nilai

Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada puisi di bawah. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Johan seorang murid yang sangat berbudi bahasa. Walupun dia anak orang berada, namun Johan tidak sombong. Johan sentiasa merendah diri dan bersedia membantu rakan-rakannya. Setiap hari, dia datang ke sekolah dengan menaiki kereta mewah yang dipandu oleh seorang pemandu, apabila balik dari sekolah dia tidak keberatan mengajak beberapa orang rakannya balik bersamanya. Selain itu, dia sangat menghormati guru-gurunya. Dia akan memastikan setiap tugasan yang diberikan oleh guru-gurunya dapat disempurnakan. Justru, tidak hairanlah jika Johan disayangi oleh murid-murid dan guru-guru di sekolahnya.

Panduan menjawab bahagian C
Langkah 1

Baca dan fahami puisi yang diberi.
Fahami pengajaran atau nilai-nilai murni yang tberdapat dalam teks puisi tersebut.


Langkah 2
Catakan pengajaran atau nilai murni yang terdapat dalam teks puisi.
- sepakat
- dorongan
- sumbangan derma
- simpati
- tenang
- tabah

Langkah 3
Tulis pengajaran atau nilai murni yang telah kamu catatkan. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Contoh jawapan
Pengajaran daripada teks di atas ialah mengenai amalan berbudi bahasa boleh mencetuskan tindakan yang cemerlang kepada seseorang yang mengamalkannya. Sikap sombong yang hanya merugikan kita akan dapat kita kawal kerana kita sedar orang yang sombong akhirnya akan kehilangan rakan. Sifat merendah diri pula merupakan sifat terpuji kerana sentiasa menghormati perasaan dan pandangan orang lain dan tidak sesekali beranggapan bahawa kita sentiasa betul. Selain itu, sikap suka membantu rakan adalan amalan yang akan menjadikan kita orang yang sentiasa disayangi dan hormati. Seterusnya sebagai seorang murid, sudah sewajarnya kita menghormati dan menyayangi guru. Guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik kita selain daripada ibu bapa kita. Justru, tanpa guru siapalah kita. Oleh itu, tidak ada sebab mengapa kita tidak menghormati guru-guru kita.

Langkah 4
§ Baca semula ulasan tersebut. Dalam proses penyemakan, perkara-perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Soalan latihan 1 ;
Zaiton merupakan anak yang baik. Dia tidak akan berdiam diri apabila berada di rumah. Ada sahaja kerja yang dibuatnya bagi membantu ibu bapanya. Dia sentiasa menolong ibunya membasuh pinggan mangkuk, membasuh baju, dan mengemas rumah. Setiap pagi sebelum ke sekolah dia akan pastikan buku-buku yang dibawa mengikut jadual. Selain itu, bilik tidurnya juga akan dikemaskan supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia juga sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya disisir kemas sebelum dia memakai tudung. Kukunya pula sentiasa pendek. Pakaiannya sentiasa bersih dan kemas. Pada cuti hujung minggu setelah menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru, dia akan membantu ibu bapanya membersihkan halaman rumah. Kadang-kadang dia bersama-sama ayah dan ibunya mencuci kereta mereka. Tidak hairanlah jika Zaitun disayangi oleh ibu bapanya.

Soalan latihan 2 ;
Saliha ialah ketua kelas Tahun 6 Ikhlas. Dia seorang ketua kelas yang bertanggungjawab. Apabila guru tiada di dalam kelas, Saliha akan memastikan rakan-rakannya dalam keadaan senyap dan membuat kerja masing-masing.
Saliha juga memastikan rakan-rakan yang bertugas membersihkan kelas mengikut tugas mereka. Sekiranya ada rakannya yang tidak menjalankan tugas, Saliha akan menegur dan menyuruh mereka melakukan tugas tersebut. Sebagai ketua, Saliha tidak bersikap pilih kasih. Sesiapa yang membuat kesalahan akan ditegur. Jika terdapat rakannya yang masih melakukan kesalahan yang sama, Saliha akan melaporkan kepada guru kelas.
Saliha juga seorang murid yang aktif dalam kokurikulum sekolah. Dia merupakan pemain pasukan bola jaring sekolah. Saliha berlatih dengan bersungguh sungguh sekiranya akan menyertai sesuatu pertandingan. Saliha sentiasa bersemangat tinggi untuk mencapai kejayaan dalam mana-mana pertandingan yang disertai. Bagi Saliha, kemenangan yang dicapai merupakan sumbangan yang berharga kepada sekolah. Oleh itu, tidak hairanlah Saliha sangat disenangi guru-gurudan rakan-rakannya.

Soalan latihan 3 ;
Setelah meminta izin dan bersalam dengan ibu bapanyanya, Razman pun terus ke sekolah. Petang itu kelasnya mengadakan satu projek sains iaitu membuat taman burung. Razman dan rakan-rakannya bekerja keras menyiapkan projek itu. Mereka saling bekerjasama dan menjalankan tugas masing-masing sepertimana yang telah diarahkan oleh Cikgu Dasuki. Tiga jam kemudian, Razman dan rakan-rakannya pun pulang. Mereka pulang dengan berbasikal. Mereka menunggang basikal dengan berhati-hati. Mereka tidak suka bersaing-saing dan berlumba-lumba. Dalam perjalanan pulang itu, mereka telah melihat sekumpulan kanak-kanak sedang bermain layang-layang di jalan raya. Razman terus menghampiri kumpulan kanak-kanak yang sedang asyik bermain lalu menasihatkan mereka supaya tidak bermain layang-layang di jalan raya. Razman memberitahu mereka walupun mereka bermain di jalan kampung, mereka mungkin boleh ditimpa kemalangan kerana banyak kereta dan motorsikal yang lalu-lalang.
A. PENGENALAN KERTAS BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
Masa: 50 minit
Soalan diberi: 40 soalan
Perlu jawab: 40 soalan
(Soalan 1 hingga 30 – Tatabahasa dan
31 hingga 40 - Kefahaman)
Bentuk Soalan: Objektif Aneka Pilihan

Antara aspek soalan penggunaan bahasa;
v imbuhan
v penjodoh bilangan
v peribahasa
v kata ganda
v penggunaan kata tepat
v erti kata
v tanda baca
v ayat sama maksud
v kata banyak makna
v membina jawapan
v membina soalan
v kesalahan umum tatabahasa
v kata hubung
v lawan kata

Contoh soalan;

1 ".....................memohon diri," sembah Tun Perak kepada Sultan Mahrnud.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Saya

2 Halim duduk di atas titi itu dengan kaki ……. ke bawah.
A terjuntai
B tercecah
C terjulur
D tertadah

Soalan 3
3 Gasing yang sedang dimainkan oleh Amin dan rakan-rakanya berputar …………… apabila dibaling ke tanah.
A ligat
B laju
C deras
D cepat
4 Kakaknya sedang menganyam ……………… tikar dan …………….. bakul.
A sejurai , seikat
B sebidang , sebiji
C sekuntum , sekeping
D seikat , segugus
Soalan 5
5 Apakah simpulan bahasa yang berkaitan dengan situasi dalam gambar ?
A. mandi peluh
B. mandi kerbau
C. mandi hujan
6 “Anak saya sering ………………….semasa tidur,” kata Kak Nab.
A meracau-racau
B meragut-ragut
C menganga-nganga
D merayap-rayap
7 Penglihatannya yang kabur menyebabkan dia terpaksa di ……………
apabila melintas jalan..
A didukung
B dituntun
C dipapah
D ditonton
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
8 Karim mencampak kain yang koyak itu ke dalam tong sampah.
A mengambil
B melontar
C mengutip
D melambungkan


Pilih soalan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.

9. Projek Waja Diri yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah untuk membendung
gejala yang tidak sihat di kalangan murid

A Bagaimanakah caranya pihak sekolah memulakan projek Waja Diri?
B Mengapa projek Waja Diri itu dijalankan untuk murid?
C Benarkah pihak sekolah akan mengendalikan Waja Diri?
D Apakah tujuan pihak sekolah ingin menjalankan projek Waja Diri?

10 Pak Selamat mundar-mandir di hadapan rumahnya lantaran risaukan anaknya yang masih belum pulang dari sekolah.
A Apakah yang dirisaukan oleh Pak Selamat?
B Benarkah anak Pak Selamat belum pulang dari sekolah?
C Mengapakah Pak Selamat asyik mundar-mandir di depan rumahnya?
D Bagaimanakah keadaan Pak Selamat sewaktu menantikan anaknya?

Pilih ayat-ayat yang betul.
11 A Kasut bertumit tinggi itu bukan sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung.
B Telefon antik di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja.
C Daerah Besut bukan di negeri Kelantan tetapi di negeri Terengganu.
D Budak lelaki yang bertahi lalat itu tidak adik Sulaiman.
12 I Saya tidak akan berhati kecil dengan awak.
II Mengapa kamu suka sangat berdolak-dalik?
III Janganlah suka mempermain-mainkan orang yang lebih tua.
IV Kalau diikutkan hati, mangkat engkau aku kerjakan.
A I, dan 11 sahaja
B I dan !V sahaja
C II dan III sahaja
D III dan !V sahaja
13 I Para tetamu yang hadir dijemput masuk di dalam dewan itu.
II Suhaila ialah sepupu saya kerana ibu saya dan ibunya adik-beradik.
III Antara Suzi ataupun Nani, masing-masing tidak dapat melompat parit itu.
IV Saya tidak memahami percakapannya kerana dia menggunakan bahasa pasar.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV




14 I Buku cenderamata yang berwarna keemasan itu untuk tetamu khas.
II Di antara acara yang akan dipertandingkan ialah catur dan congkak.
III Puan Azian yang mengajar di sekolah itu berasal daripada Sandakan.
IV Pasukan bahas itu menjadi johan kerana pembahas-pembahasnya berpengalaman.
A I dan II
B I danIV
C III dan IV
D I dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
15 Beberapa orang kampung sedang sibuk bergotong-royong membersihkan surau itu.
A Beberapa orang sedang sibuk bergotong-royong membersihkan surau itu.
B Beberapa orang surau kampung sedang sibuk bergotong-royong
membersihkannya.
C Surau itu sedang sibuk dibersihkan secara gotong-royong oleh beberapa orang kampung.
D Surau kampung sedang sibuk dibersihkan secara bergotong-royong oleh beberapa orang itu.

16 “Wah, cantiknya pemandangan di Kuala Gua ini pada waktu petang!” kata Jamal.
A Jamal menjelaskan kecantikan di Kuala Gula pada waktu petang.
B Jamal memuji kecantikan pemandangan Kuala Gula pada waktu petang.
C Jamal memuji kecantikan Kuala Gula pemandangan pada waktu petang
D Jamal menunjukkan kecantikan pemandangan di Kuala Gula pada
waktu petang.
Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
17 I Orang sudah tua, tetapi banyak olahnya.
II Olah siapakah ini, kalau bukan olah kamu.
III Bagaimana olah mereka mengumpul kekayaan sebanyak itu ?
IV Sharmila suka olah diri, apabila tiada membuat sesuatu kerja.
A I , II dan III sahaja
B I ,II dan IV Sahaja
C II , III dan IV sahaja
D I , III dan IV sahaja






Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soala-soalan yang
berikutnya.

Kita hidup dalam zaman global. Kita semua dihubungkan dengan rangkaian telekomunikasi.Rangkaian ini adalah ibarat jalan raya atau lebuh raya .Rangkaian ini membolehkan manusia menghubungi satu sama lain , tidak kira di mana , dengan pantas. Jarak dan sempadan negara tidak lagi penting dalam zaman global ini.
Rangkaian mewujudkan pelbagai keadaan yang menarik . Sebagai contoh seorang pelajar tidak perlu ke sekolah untuk belajar Sains . Dia boleh belajar dari rumah menerusi kaedah pembelajaran jarak jauh. Dengan kombinasi gambar , imej bergerak , bunyi dan perkataan , multimedia merangsang segala deria kita secara serentak .Dengan demikian, teknologi maklumat akan dapat memaksimakan keupayaan seseorang dalam pembelajaran.
Seorang peminat bola sepak tidak perlu pergi ke Berazil untuk menyaksikan sesuatu perlawanan. Dia boleh menontonnya ‘secara langsung ‘ menerusi televisyen. Seorang ahli perniagaan tidak perlu keluar pada pagi Ahad untuk membeli akhbar . Dia boleh membacanya dari komputer atau skrin televisyen. Sebuah kedai buku tidak lagi bergantung kepada pelanggan dari kalangan penduduk berhampiran, tetapi boleh memasarkan bukunya ke seluruh dunia melalui Internet .
Dalam waktu yang terdekat ini , multimedia interaktif akan disampaikan ke rumah-rumah di seluruh dunia . Bayangkan betapa besarnya pasaran global yang baru ini. Bayangkan betapa banyaknya peluang perniagaan untuk syarikat-syarikat yang membekallan perkakasan , perisian atau kandungan ! Bayangkan betapa banyak faedah yang boleh dinikmati oleh pengguna !
Sebuah industri baru dan menarik akan muncul . Dunia berada di ambang apa yang dinamakan Era Maklumat atau Revolusi Maklumat. Sesungguhnya ia benar-benar akan merupakan satu revolusi kerana manusia akan memberi dan mendapat maklumat dan pengetahuan dengan cara yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini.
Mutu kehidupan akan bertambah baik .Kita boleh menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga . Mereka boleh memulakan pejabat di rumah atau pejabat bergerak .Mereka tidak lagi perlu berada di pejabat untuk menulis laporan atau membuat persembahan jualan .Kita akan mempunyai lebih kawalan atas pergerakan dan jadual harian kita.

1. Rencana berkenaan membincangkan…
A penggunaan teknologi maklumat
B perkhidmatan telekomunikasi.
C mutu teknologi maklumat.
D perniagaan maklumat

2. Bahan-bahan multimedia dapat memenuhi keperluam pembelajaran kerana
A mudah diperoleh dalam pasaran
B lebih mudah digunakan
C tidak perlu guru.
D dapat merangsang serentak segala deria kita.

3 Perkara berikut adalah benar mengenai teknologi maklumat kecuali
A komputer akan menjadi satu keperluan.
B tahap pemikiran akan bertambah.
C membuka banyak peluang perniagaan
D pembelajaran menjadi semakin rumit.

4 Apakah maksud rangkaikata ‘Pasaran Global’ dalam petikan tersebut.
A satu revolusi
B pasaran dunia
C pasaran penduduk negara
D pasaran untuk pengguna berkomputer sahaja.

5. Era Maklumat atau Revolusi Maklumat, menjanjikan pelbagai peluang perniagaan.Bagaimanakah kita boleh merebut peluang perniagaan tersebut ?
A Membeli komputer
B Membeli perkakasan atau perisian
C Memasarkan maklumat perniagaan
D Mengiklankan barangan jualan kita