Ahad, 5 Julai 2009

PENULISAN KEPERIHALAN 2

KEPERIHALAN

Pengenalan

• Karangan keperihalan merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR.

• Karangan jenis keperihalan ini juga dikenali sebagai karangan gambaran

• Karangan jenis ini memerlukan anda menulis tentang sesuatu keadaan atau peristiwa yang pernah dialami, dilihat, atau didengar.

• Bagi karangan berdasarkan peristiwa, anda perlu menceritakan apa yang berlaku, tempat kejadian, punca kejadian dan kesan peristiwa tersebut.

• Karangan berbentuk gambaran pula, mestilah menceritakan suasana dan keadaan tempat perkara berlaku.

• Karangan keperihalan adalah cerita berkaitan diri anda sama ada cerita yang pernah anda alami, lihat atau dengar.

• Karangan ini juga boleh menceritakan tentang seseorang, tempat, peristiwa.

• Karangan ini juga boleh direka tetapi ceritanya mestilah logik.

Soalan Perbincangan

Anda dan rakan-rakan berpeluang membuat dan bermain sejenis permaianan tradisional. Tuliskan sebuah karangan menceritakan mengenai cara-cara anda membuat permainan tersebut dan seterusnya memainkannya.

. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Memahami kehendak soalan

Anda mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Soalan ini, memerlukan anda menceritakan tentang cara-cara membuat sejenis permainan tradisional. Anda boleh memilih untuk membuat wau, gasing, congkak dan lain-lain. Anda perlu menceritakan daripada awal alat permainan itu dibuat sehingga sempurna. Kalau anda memilih wau, anda jelaskan bagaimana wau dibuat, bahan-bahan yang digunakan, bila masa yang sesuai untuk bermain, dan seterusnya cara memainkannya.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Contoh Karangan

Main Wau

Di sekolah tidak ada topik lain yang kami bualkan melainkan ‘wau’. Ini menandakan musim wau dah tiba, seronoknya. Tidak sabar rasanya menunggu petang. Petang, oh… petang, angin, oh… angin, itulah ungkapan yang bermain di bibir aku dan rakan-rakan.

Sebulan yang lalu, aku dan rakan-rakan menebang buluh. Aku jemur buluh itu. Nampaknya buluh itu dah cukup kering. Aku dengan beberapa orang rakan, membelah buluh itu supaya mudah diraut. Musim ini, wau kami akan lebih hebat daripada musim lalau kerana kami sudah mempunyai pengalaman membuatnya.

Setelah kerja-kerja meraut selesai. Kini kami merangka wau pula. Aku membuat wau merak, Amin pula membuat wau bulan, Korim dan Abun membuat wau kapal. Ayahku tersenyum melihat rangka wau yang kami buat itu, sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Kerja-kerja memasang dan melekat wau dengan kertas memang merumitkan. Oleh itu, aku meminta ayah dan ibu membantu kami. Tanpa batuan mereka tentunya wau kami kurang menarik kerana aku dan rakan-rakanku belum pandai membuat corak dan bunganya.

Peringkat seterusnya, merupakan peringkat yang paling mencabar. Peringkat untuk memastikan wau kami boleh terbang atau sebaliknya. Setelah siap memasang tali teraju. Kami bergegas ke kawasan lapang di belakang rumah. Rakan-rakan telah menunggu untuk melihat kehebatan wau kami. “Tarik…,”jerit ayah. Wau bulan, wau merak, wau kapal berlegar-legar di udara. Kami bersorak riang.

Saat ini, merupakan saat yang paling bahagia dalam hidupku kerana berjaya memiliki sebuah wau yang cantik. Musim wau sememangnya memberikan satu ketenangan kepada kami anak-anak desa kerana inilah permainan kami…


Langkah 4

Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.
Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda, terutamanya aspek-aspek seperti di atas. Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .


Latihan Minggu ini


1. Anda pernah menyaksikan satu kemalangan. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk’Satu Kemalangan yang Pernah Saya Saksikan’

2. Pada cuti persekolahan yang lalu, anda berpeluang balik ke kampung. Perihalkan tentang perjalanan anda balik ke kampung itu.
Tuliskan karangan tersebut selengkapnya.

3. Anda berpeluang menyaksikan perlawanan akhir satu permainan. Perihalkan atau gambarkan suasana perlawanan akhir permainan tersebut.


Glosori


Belah
Retak, pecah dua atau tiga dan lain-lain, sisi, pihak, bahagian, cerai-berai, tidak bersatu, retak perselisihan yang akan menjadi besar


Tebang
Memoyong pokok kayu dan lain-lain yang besar-besar, memotong segala jenis pokok untuk bercucuk tanam dan lain-lain, hendak berbuat sesuatu dengan sesuka hati tanpa memikirkan sesuatu yang lain.


Raut
Sejenis pisau khas yang tajam untuk melicinkan, menajamkam, menghaluskan rotan, buluh dan lain-lain.


Teraju
Sejenis alat penimbang yang memakai dua buah piring yang digantung pada lengannya, tali untuk merentangkan khemah, tali yang diikatkan pada rangka layang-layang atau wau dari atas ke bawah, kuasa tertinggi atau pucuk pimpinan.

Liat
Lembut tetapi tidak mudah patah atau putus seperti getah dan lain-lain, boleh dilentur-lentur dan tidak patah, likat, pekat, tidak mudah kalah, tabah dan cekal menghadapi
musuh dan lain-lain, tidak suka melakukan sesuatu, payah, segan atau malas.

Sengit
Bau yang hangit, keras dan menyakitkan hati bagi perkataan, pedas, hebat atau hangat dalam perkelahian, pertempuran dan pertandingan dan lain-lain.

Harapan sesuatu atau orang yang diharapkan, perihal mengharapkan sesuatu, orang yang diharapkan atau dipercayai, orang kepercayaan dan terus berharap dengan tidak putus-putus


Kebal tidak dapat ditembusi atau dilukai oleh senjata, peluru dan
lain-lain, tidak lut atau tidak boleh didakwa atau dituntut dalam mahkamah



Jawapan soalan 3:

Musim bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah 2009 telah bermula. Sekolah saya telah menjadi tuan rumah kejohanan tersebut. Walaupun sekolah saya mengambil bahagian tetapi telah terkeluar di peringkat separuh akhir,

Saya dan rakan-rakan sungguh gembira kerana diberi peluang menyaksikan perlawanan akhir Maklumlah perlawanan itu diadakan pada hari persekolahan. Iaitu pada 31 Mac yang lalu. Pasukan yang berentap dalam perlawanan akhir ialah pasukan dari Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti dengan pasukan Sekolah Kebangsaan Jenderam Hilir.

Perlawanan bermula pada pukul 10.00 pagi. Para penyokong dan peminat bola sepak telah datang beramai-ramai untuk memberi sokongan moral kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Suasana perlawanan akhir benar-benar terasa apabila penyokong kedua-dua pasukan mula bersorak memberikan semangat kepada pasukan masing-masing.

Para penonton-penonton bersorak setiap kali bola menghampiri kawasan gol, lebih-lebih lagi apabila gol dijaringkan. Perlawanan berlangsung dengan sengit kerana kedua-dua pasukan sama hebat. Kedua-dua pasukan cuba meyamakan kedudukan setiap kali pihak lawan berjaya memasukkan bola ke dalam gol.

Perlawanan telah berlanjutan ke masa tambahan. Namun, gol kemenangan yang diharapkan masih liat untuk dijaringkan. Sehingga wisel penamat ditiup, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 3-3. Untuk menentukan pemenang, sepakan penalti diadakan.

Akhirnya pasukan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti muncul sebagai juara dengan keputusan 6-5. Pasukan ini akan mewakili Daerah Sepang ke peringkat negeri. Piala kejohanan telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah. Saya dan rakan-rakan sungguh gembira menyaksikan perlawanan tersebut.

Jumaat, 3 Julai 2009

PENULISAN CERITA (Tindakan) 1

KARANGAN CERITA

Panduan Mengarang

 Mempunyai gambaran jelas dan tepat tentang bahan yang menjadi cerita
sama ada melalui pengalaman, pembacaan, tontonan atau imaginasi.

 Setiap cerita mestilah mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang
dan sebagainya.

 Mempunyai permulaan, puncak cerita, dan penutup

 Boleh menggunakan bahasa berbunga tetapi terkawal.


Tajuk Perbincangan

Kamu dan beberapa orang rakan sedang membersihkan tapak untuk mendirikan khemah. Tiba-tiba kamu terdengar jeritan meminta tolong.
Tulis tindakan kamu seterusnya.

Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.


Aku tercari-cari arah suara itu. Akhirnya pandanganku tertumpu ke arah Darsan. Aku melihat dia terkapai-kapai dibawa arus. Aku tergamam seketika, memikirkan langkah terbaik untuk menyelamatkan Darsan.

Aku ,Ravi, dan Leong tidak banyak pilihan.Antara kami bertiga hanya aku sahaja yang boleh berenang. Aku mengarahkan Ravi dan Leong mencari tali sementara aku terus terjun ke dalam sungai.

Aku cuba menarik Darsan yang sudah kelemasan, namun arus sungai yang deras telah menggagalkan usahaku. Aku dan Darsan terus hanyut. Namun begitu dengan kemahiran berenang yang aku miliki, aku masih mampu mengawal diriku daripada terus hanyut.

Beberapa minit kemudian, Ravi dan Leong yang bertindak pantas mengambil tali di tapak perkhemahan berjaya melontarkan tali ke arahku. Dengan sepenuh tenaga Ravi dan Leong menarik aku dan Darsan. Akhirnya mereka berjaya menarik aku dan Darsan ke tebing.

Darsan sudah tidak bermaya. Kami semakin cemas.Nasib baik aku pernah mempelajari cara memberi pertolongan cemas. Beberapa minit kemudian Darsan mulai sedar. Dengan bantuan beberapa orang pemuda yang kebetulan baru sampai, Darsan dikejarkan ke hospital.

Berikutan kejadian itu, kami sepakat membatalkan perkhemahan itu. Sebaliknya, kami berkemas untuk pulang dan menziarahi Darsan di hospital. Walaupun peristiwa itu sudah hampir setahun berlalau, namun peristiwa itu masih segar dalam ingatanku hingga ke hari kini.


Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara- perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata , struktur ayat , penggunaan imbuhan ,tanda baca, dan ejaan.

Latihan Minggu Ini

1 Kamu memakan makanan yang dibeli dari sebuah warung di tepi jalan . Selepas itu, perut kamu terasa sakit.

Apakah tindakan-tindakan yang akan kamu ambil seterusnya.

2 Kamu ternampak seorang pemuda meragut beg tangan seorang wanita. Tulis
sebuah cerita apakah tindakan yang kamu lakukan.

Apakah tindakan-tindakan yang akan kamu ambil seterusnya .

3 Anda dalam perjalanan pulang dari sekolah. Anda melihat satu kemalangan jalan raya.

Tuliskan sebuah karangan yang menceritakan bagaimana kemalangan itu
boleh berlaku dan apakah tindakan anda seterusnya.


GLOSARI
berapi bersemangat, ada api
anggota ahli , bahagian tubuh
alat perkakas , dipergunakan
batas garis pinggir, pematang , had
terbelenggu terkongkong, terikat hati atau perasaan
darjah tingkatan di sekolah , ukuran
curang tidak jujur, jurang
miring tidak datar,tidak tegak,senget sedikit,kurang siuman, berat sebelah
muda remaja,belum masak, belum lama ada
lapis susunan,deretan
pungut mengambil, memetik hasil
bertanding berlawan , menyaingi
tuntut mendesak, menagih, belajar
utama
berselisih berbeza , berlainan


Contoh Jawapan soalan 1

Pada ketika itu, aku dan rakan-rakanku sedang berbual-bual sementara menunggu bas. Tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu dengan laju telah merempuh rakan-rakanku yang sedang berbasikal.

Satu dentuman yang kuat kedengaran. Beberapa orang rakanku tepelanting di bahu jalan, manakala ada yang tercampak ke dalam parit. Kereta yang terbabit telah terpelosok di dalam parit.

Aku segera bertindak dengan menyuruh rakanku menahan kereta untuk menghantar mangsa ke hospital. Sementara itu, aku dan rakan-rakanku yang lain mengangkat mangsa untuk dimasukkan ke dalam beberapa buah kereta.

“Amir dalam parit!” jeritku. “Tolong angkat dia naik, kami tak kuat, dia cedra parah !” jeritku lagi. Jeritanku berjaya menarik perhatian beberapa orang yang segera membantu kami .Amir pengsan, darah banyak mengalir daripada kepalanya.Dia segera dikejarkan ke hospital.

Orang ramai pula berusaha mengeluarkan pemandu kereta itu tetapi tidak berjaya. Akhirnya pasukan bomba dan polis yang datang beberap minit kemudia berjaya mengeluarkan mangsa.

Kemalangan yang berlaku di depan mataku itu amat mengerikan. Aku tidak pasti, bagaimanakah keadaan rakan-rakanku itu. Aku berdoa semoga rakan-rakanku itu akan selamat.

Khamis, 2 Julai 2009

PENULISAN SYARAHAN 2

KARANGAN SYARAHAN


Karangan jenis ini adalah karangan berformat. Untuk menulis karangan jenis ini, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Antaranya ialah

 Kata-kata aluan sebagai hormat kepada hadirin.

 Untuk pertandingan menyebut‘para hakim’.

 Kata-kata aluan dimulakan dengan Pengurusi Majlis, kemudian diikuti mereka yang tinggi kedudukannya.

 Menyebut ‘para hadirin’untuk menimbulkan suasana bersyarah.

 Kata aluan dianggap pendahuluan, ‘terima kasih’ di akhir syarahan dianggap penutup.


Soalan Perbincangan

Anda telah dikendaki menyampaikan sebuah syarahan dalam waktu perhimpunan. Tajuk syarahan anda ialah ‘ Jauh Berjalan Banyak Pengalaman’. Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan
dan tidak melebihi 120 patah perkataan .

Langkah 1

Memahami kehendak soalan .
Karangan ini menghendaki anda menceritakan tentang faedah atau kebaikan yang diperolehi jika seseorang banyak berjalan atau melancong.


Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.


Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.


Contoh karangan;

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih diberi peluang menyampaikan syarahan pada pagi ini.

“Jauh berjalan banyak pengalaman” itulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan. Mengapa manusia sejak zaman dahulu lagi suka mengembara? Ini adalah kerana mereka ingin mengetahui apa yang ada di tempat ditempat lain. Mereka ingin tahu sama ada tempat lain itu sama dengan tempat mereka.

Para hadirin yang dihormati,

Mengembara adalah satu cara untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman kita.. Pengalaman yang kita perolehi bolehlah kita bukukan dan menjadi panduan kepada pengembara-pengembara yang lain selepasnya.

Manusia telah mengembara sejak zaman dahulu lagi. Angkasawan-angkasawan Amerika dan Rusia telah berlumba-lumba pergi ke angkasa lepas dengan roket hingga sampai ke bulan untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang angkasa lepas.

Para hadirin yang dihormati,

Pada hari ini kerajaan kita menggalakkan rakyat mengembara atau melancong di dalam negeri dahulu sebelum melawat keluar negeri. Misalnya penduduk di pantai barat digalakkan ke negeri-negeri di sebelah pantai timur dan sebaliknya. Dengan cara ini boleh menambahkan pengalaman seseorang itu tentang cara hidup penduduk di negeri lain.

Mengembara bukan sahaja memberi keseronokan tetapi juga menambahkan pengalaman kita bak kata pepatah, ‘Lama hidup banyak pengalaman, jauh berjalan luas pandangan’.

Sekian, terima kasih.


Langkah 4

• Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.


Latihan Minggu Ini:

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan
tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. Anda telah minta menyampaikan syarahan yang diadakan pada waktu perhimpunan. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘Hidup bermasyarakat membawa berkat’. Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.

2. Anda telah diminta menyampaikan syarahan sempena minggu ‘Program Keluarga Bahagia’ yang dianjurkan oleh PIBG sekolah anda. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘ Keluarga bahagia, masyarakat cemerlang’ . Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.


3. Anda diminta menyampaikan syarahan sempena minggu “Celik Komputer” di sekolah anda. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘Pentingnya internet’ . Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.


GLOSARI:
• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada


lalai cuai,abai
uli adun, meramas,menguli
calar bahagian dari lakonan,melecet, babak
baka keluarga, asal keturunan
cengkeram barang yang jadi taruhan apabila hutang,cagar, pendahuluan
mendadak tiba-tiba,dengan tidak disangka-sangka, serta-merta
terkejut tidak dapat berbuat apa-apa, gamam
pemerentah kerajaan,gamen
halwa buah-buahan yang direndam dengan air gula
dungu bebal,bodoh ,hamik
serak garau suara, parau
kadar kira-kira, kemampuan. Bahagian, takdir, taraf, hanya
mesra menyerap benar-benar, karib benar
tegas jelas, tanpa ragu-ragu, jelasnya
ubah menjadi lain, bertukar, beralih, alih
Contoh jawapan 1



Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru serta hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Hudup bermasyarakat membawa berkat.’

Hadirin sekelian,

‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’ Peribahasa ini merupakan kunci kepada kehidupan bermasyarakat. ‘ Bagai aur dengan tebing’ merupakan tali pengikat yang akan membawa kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Kehidupan masyarakat pada hari ini yang berlumba-lumba mencari kemewahan hidup, sedikit sebanyak telah mula menampakan sikap mementingkan diri sendiri terutamanya masyarakat kota. Fenomina ini mestilah disekat.

Hadirin sekelian,

Kita lihat betapa indahnya kehidupan keluarga di desa, jika salah sebuah keluarga mengalami kesulitan, maka jiran-jiran akan menolong seberapa yang boleh untuk meringankan bebanan keluarga yang malang itu.

Begitu juga jika ada kenduri-kendara. Mereka akan berkumpul beramai-ramai dan melakukan kerja bergotong-royong . Kehidupan masyarakat seperti inilah yang akhirnya boleh membawa kesejahteraan .

Hadirin sekelian,

Akhirnya saya tegaskan di sini, untuk mencapai kesejahteraan hidup bermasyarakat,
kita hendakalah kembali mengamalkan cara hidup ‘Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing ’ dan ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat’.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 29 Jun 2009

PENULISAN KARANGAN PERIBAHASA 1

TAJUK PERIBAHASA (CERITA) 1

TIP PENULISAN

• Karangan peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, dan bidalan.

• Perlu memahami maksud yang tersurat dan tersirat. Jika tidak memahami atau tidak mengetahui maksudnya , anda jangan membuat karangan jenis ini.

• Boleh menulis secara cerita atau penerangan.

• Penulisan secara cerita mesti berkaitan dengan tajuk dan sebaik-baiknya cerita ada nilai murni.

• Jika secara penerangan, terangkan maksud dan kepentingannya kepada masyarakat.


Peringatan:

Soalan jenis peribahasa belum pernah keluar dalam UPSR


Soalan Perbincangan


Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘ Dimana ada kemahuan di situ ada jalan ‘


Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti . Fahamkan tema atau kehendak cerita yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas . Apa yang penting kamu dapat memahaminya kerana masa untuk mencari isi penting dan membina peta minda tidak lebih 5 minit.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.


DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku . Rasa malu dan sedih menyelubungi diriku apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Aku cuma mendapat 25 dan 30 peratus. Ini bermakna aku mendapat ‘D’ bagi kedua-dua matapelajaran..

Aku bingung , dulu sewaktu aku dalam tahun lima markahku tidak seteruk ini. UPSR enam bulan lagi. Fikiranku terus berkecamuk , aku benar-benar insaf , akau telah banyak menghabiskan masaku di padang. Sepatutnya , kecemerlanaganku di padang seiring dengan kecemerlangan di kelas. Aku berjanji pada diriku untuk menebus kegagalalan ini.

Ibu memang tidak menghalang aku aktif dalam bidang sukan, tetapi ibu sentiasa mengigatkan aku agar pandai membahagikan masa , selain itu ibu juga menyuruh aku mengikuti kelas tuisyen tetapi aku sentiasa memberikan alasan UPSR masih jauh lagi. Sekarang baru aku sedar , bahawa aku telah jauh tertinggal daripada rakan-rakanku.

Mulai hari itu aku akan mengikuti kelas tuisyen , di samping membuat latihan intensif sekurang-kurangnya tiga jam sehari, aku yakin akau akan dapat memperbaiki kelemahanku. Aku juga akan mengikuti Klinik UPSR , untuk memastikan aku mendapat maklumat-maklumat terkini teknik belajar yang berkesan.

Tiga bulan berlalau , dalam ujian pertengahan semester aku hampir-hampir tidak percaya markahku telah melonjak hampir mencapai ‘A’. Walaupun aku masih ketinggalan jika dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain aku tetap yakin menjelang ujian percubaan UPSR nanti aku boleh mencapai markah yang maksimum.

Apabila keputusan ujian percubaan dikeluarkan , aku mendapat 5A . Aku mampu tersenyum, usahaku sejak lima bulan yang lalu benar-benar memeberi kesan. Aku yakin aku akan beroleh kecemerlangan dalam UPSR yang akan belangsung sebulan lagi jika akau terus meningkatkan usahaku. Bak kata pepatah “ di mana ada kemahuan di situ ada jalan .”


Langkah 4

 Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.

 Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda , terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .



Latihan minggu ini.

1 Karangkan sebuah cerita berdasarkan peribahasa “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu , bersenang-senang kemudian”.

Tuliskan karangan tersebut selengkapnya.


2 Tulis suatu cerita berdasarkan peribahasa “ Hidup sepakat membawa berkat”.

3 Tulis satu cerita berdasarkan peribahasa “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya”.



GLOSARI:

• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6.

berbaur : bercampur campur ( gas , cecair, perasaan)
berang : perasaan marah yang amat sangat
bikin : melakukan sesuatu menjadi, membuat
cuak : takut,gentar
cubitan : hasil perbuatan mencubit,gentilan,ketilan
gelintir : benda yang berbutir-butir, kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan manusia yang tidak ditentukan jumlahnya bilangan manusia tak
penghebah : orang yang menghebahkan berita
kelongsong : pembungkus atau pembalut yang berbentuk bulat banjang
seperti bentuk kon
santai : tidak bersusah-susah , bersenang-senang
menyurih : membuat garisan,menggores,menyalin atau menekap peta dengan menggunakan kertas surih



Contoh latihan karangan soalan 1


Hidup sepakat membawa berkat

Desa Warisan adalah sebuah kampung yang aman damai. Kampung ini terletak di seberang sebuah sungai. Seseorang mesti melalui sebuah jambatan apabila hendak ke kampung tersebut.

Pada suatu hari hujan ribut menyebabkan jambatan itu patah dan runtuh .Keesokannya penduduk Desa Warisan beramai-ramai membina jambatan tersebut. Sekejap sahaja jambatan itu siap dibina dan boleh digunakan semula.

Penduduk Desa Warisan hidup bersatu padu demi keamanan kampung.Mereka bergotong-royong membuat kerja-kerja terutamanya kerja-kerja menanam padi, membina serau , balai raya dan sebagainya.

Mereka juga menubuhkan persatuan-persatuan seperti persatuan kebudayaan, persatuan belia , kelab keceriaan untuk menjalankan berbagai aktiviti yang dapat memajukan dan mengeratkanlagi hubungan antara penduduk.

Pendeknya Desa Warisan sukar digugat oleh anasir-anasir yang tidak baik kerana sikap mereka yang bersatu padu dan sentiasa meningkatkan permuafakata mereka untuk memajukan desa yang tercinta , bak kata pepatah ‘ Hidup sepakat membawa berkat’.

Oleh hal yang demikian tidak hairanlah kalau Desa Warisan terpilih menjadi kampung terbaik di peringkat negeri dalam pertandingan antara kampung baru-baru ini. Selain itu, kampung tersebut telah menjadi tumpuan kampung-kampung lain untuk meninjau rahsia kejayaanya.

Ahad, 28 Jun 2009

PEMAHAMAN 4

KLINIK 4

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar ,Yang Di pertua PIBG , guru-guru penolong kanan guru-guru ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekelian .Assalamualaikum dan selamat sejahtera
.

Ceramah yang akan yang akan saya sampaikan pada pagi ini ialah
'Memupuk Tabiat Membaca di Kalangan Murid '.

Hadirin sekalian ,

Mengikut satu kajian yang telah dilakukan, didapati rakyat Malaysia hanya membelanjakan
RM20.50 setahun untuk membeli buku. Menurut satu laporan lain pula, purata rakyat
Malaysia hanya membaca dua halaman buku setahun. Hasil kajian ini sangat memalukan.


Begitulah sukarnya memupuk tabiat membaca.
Ibu bapa perlu menyediakan sejumlah wang setiap bulan bagi membeli bahan-
Bahan bacaan kepada anak-anak mereka. Bertepatan dengan peribahasa 'Jika hendak
Melentur buluh, biarlah dari rebungnya'. Ia membawa maksud bahawa tabiat membaca perlu
Dipupuk semasa anak-anak masih kecil lagi.

Pihak sekolah juga berperanan untuk memastikan tabiat membaca dapat dipupuk dengan
Melengkapkan kemudahan di perpustakaan. Di samping itu, pihak kerajaan telah mengambil
pelbagai langkah supaya tabiat suka membaca sentiasa berterusan.

Usaha ini memang memerlukan masa yang panjang. Namun begitu, sekiranyan semua pihak
dapat memberikan kerjasama, tidak mustahil rakyat negara ini akan menjadi pembaca yang
setia seperti rakyat Jepun. Mereka membaca di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Membaca menjadi darah daging dalam kehidupan mereka.

Hadirin sekalian,

Buku adalah jambatan ilmu dan dapat memajukan bangsa. Generasi berilmu penting demi kemajuan
negara serta meningkatan taraf hidup ke arah yang lebih baik. Inilah sasaran utama daripada
amalan membaca. Sejarah juga telah membuktikan bahawa sesuatu bangsa itu maju kerana
mencintai ilmu.
Sekian sahaja ceramah saya pada pagi ini. Terima kasih.


Latihan 1

1. Apakah tajuk ceramah yang disampaikan?
_________________________________________________

2. Rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM___________bagi setiap keluarga setahun untuk membeli buku.

3. Rakyat negara manakah yang menjadi pembaca setia?
_________________________________________________


1 Apakah perkara yang memalukan seperti yang dinyatakan dalam syarahan di atas?

A Kajian yang mendedahkan tabiat membaca
B Rakyat Malaysia membaca buku dua halaman setahun
C Rakyat Malaysia membelanjakan RM20.50 untuk membeli buku setahun
D Rakyat Malaysia kurang membeli dan membaca buku kerana tiada kemampuan


2 Perkataan darah daging dalam petikan di atas membawa maksud

A menjadi darah dan daging
B menjadi budaya atau amalan
C menjadi pedoman dan panduan
D menjadi pengajaran dan pembelajaran


3 Berikut ialah antara perkara-perkara yang dapat memupuk tabiat membaca
kecuali

A Melengkapkan perpustakaan dengan komputer dan pelbagai perisian .
B Melengkapkan perpustakaan dengan pelbai buku yang menarik dan terkini .
C Membawa anak-anak atau murid-murid melancong ke tempat tempat menarik .
D Mengikuti bengkel atau program motivasi untuk meningkatkan kesedaran murid .


4 Kenyataan bahawa rakyat Jepun gemar membaca adalah berdasarkan kepada

A jumlah membeli buku
B jumlah buku yang diterbitkan
C tabiat mereka membaca
D kemajuan mereka membaca


5 Faedah utama membaca ialah

A dapat menigkatkan kelancaran membaca
B dapat menambah perbendaharaan kata
C dapat mengetahui berita semasa atau terkini
D dapat maklumat dan meningkatkan pengetahuan


B Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
6 Saya tidak tahu …………..hendak membeli kereta saya .
A apa
B mana
C siapa .
D bagaimana
6 …………….hujan turun dengan lebat , Karim dan Ramlah pun berteduh………..
pondok itu .
A Ketika , ke
B Apabila , di
C Semasa , dari
D Walaupun , di
7 Norzila menggunakan beberapa …………kayu dan beberapa…………..kertas untuk menghidupkan api itu .
A batang , keping
B puntung , helai
C bilah , naskah
D tongkol , cebis
8 Persahabatan antara Mohsan dan Dzul sangat erat bagaikan……………..
A aur dengan tebing .
B isi dengan kuku
C bulan dan matahari
D air dicincang tak akan putus
9 Afizi terpaksa ………semasa waktu rehat kerana terlupa membawa wang belanja
ke sekolah .
A ikat kepala
B ikat perut
C putih mata
D hisap jari

C Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

10 Permaidani yang baru dibeli oleh Datin Norhani dari Iran masih tergulung
di dalam bilik itu .
A terlipat
B terbuka
C terhampar
D terdedah
11 Encik Mardi terpaksa menggunakan telefon awam kerana telefon bimbitnya rosak .
A biasa
B peribadi
C pengguna
D milik ramai
. E Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
13 Pada hari apakah awak akan tiba ?
A Dua hari lagi saya akan sampai .
B Pada pukul 21.00 saya akan sampai .
C Sebelum hari Jumaat saya akan sampai juga .
D Saya akan tiba mungkin pada hari Sabtu atau Ahad ini
14 Benarkah Aris mendapat 5 A dalam UPSR ?
A Ya , dia akan mendapat 5 A .
B Ya , dia akan membuat jamuan .
C Ya , dia sangat gembira dan berjumpa gurunya .
D Ya , kakaknys memberitahu saya bahawa Aris memang mendapat 5 A .
F Pilih ayat-ayat yang betul.
15 I Semoga Tuhan mencucurkan kami rahmat .
II Apabila tiba musim hujan, kawasan lembah itu akan dipenuhi air . .
III Datin Sakira gemar mengumpul pelbagai jenis barang tembikar .
IV Encik Aminuddin keluar negeri kerana mendalami lagi bidang
Teknologi .Maklumat .
A 1 . 11 dan 111 sahaja
B 1 , 11 dan 1V sahaja
C 1 , 111 dan 1V sahaja
D 1 1, 11 1 dan !V sahaja..

16 1 Dialah pelari terpantas di sekolah ini .
11 Najah menamai kucing itu sebagai Si Tompok
111 Pesilat berbengkong hitam itulah yang paling terhandal .
1V Para pelancung mengagumi cara rakyat Malaysia menyambut kedatangan
mereka .
A 1 . 11 dan 111 sahaja
B 1 , 11 dan 1V sahaja
C 1 , 111 dan 1V sahaja
D 1 1, 11 1 dan !V sahaja.. .


G Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa
maksud saling
17 I Kami berbual-bual sambil menghirup secawan kopi .
II Ani tersipu-sipu apabila disuruh menyanyi oleh cikgu Farahain .
111 Saya tidak tahu apa-apa tentang kehilangan barang-barang kemas awak.
IV Tolong-menolonglah kita dalam melakukan perkara-perkara yang membawa
kebaikan .
. A I, dan III sahaja
B I, dan IV sahaja
C 1, III dan IV sahaja
D 11 , 111 dan 1V sahaja

H Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang
membawa maksud tunggal

18 I Kunci laci-lici itu telah rosak .
II Rak-rak di dalam bilik guru itu dipenuhi buku latihan murid .
III Pertandingan layang-layang sedang diadakan di padang sekolah saya .
IV Jangan jadi seperti umang-umang, begitulah bunyinya pepatah melayu
yang sepatutnya kita renungkan .
A 1 dan 11 sahaja
B 1 dan 111 sahaja
C 11 dan 1V sahaja
D 111 dan !V sahaja..
I Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris
19 Kesibukannya sebagai ahli perniagaan menyebabkan dia jarang berada di rumah .
A Sebagai ahli perniagaan dia jarang sibuk kerana berada di rumah .
B Rumahnya sibuk kerana jarang berada di rumah kerana berniaga .
C Menjadi ahli perniagaan menyebabkan dia jarang berada di rumah kerana sibuk .
D Dia jarang berada di rumah kerana sibuk dengan urusannya sebagai ahli
perniagaan


20 “Sudahlah jangan buang masa lagi , kita sudah terlambat ,”kata Fakri kepada Nita .
A Fakri menyuruh Nita jangan membuang masa .
B Nita membuang masa menyebabkan Fakri menyuruhnya cepat .
C Fakri mengesa Nita supaya jangan membuang masa kerana mereka sudah terlewat .
D Nita memarahi Fakri kerana membuang masa menyebabkan mereka terlambat .

Jawapan :
1 B 2 B 3 C 4 C 5 D 6 C 7 B 8 B 9 B 10 B
11 C 12B 13D 14D 15D 16B 17B 18D 19D
20 C

Jumaat, 26 Jun 2009

PEMAHAMAN 3

KLINIK 3
Bahagian A
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Persatuan Penduduk Taman Sri Kundang,
No 0102 , Jalan Tasik Beringgin ,
1000 Putri Jaya.

Tuan Yang Dipertua,
Majlis Daerah Putri Jaya
1000 Putri Jaya, 14 MAC 2009

Tuan,

Masalah Pencemaran di Taman Sri Kundang

Berhubung perkara di atas, saya selaku Setiausaha Taman Sri Kundang ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang masalah pencemaran di taman ini. Pihak kami telah beberapa kali menemui pihak yang terbabit, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil . Dalam mesyuarat AJK persatuan pada 7 Mac 2009 yang lalu telah memutuskan untuk menghantar surat aduan ini kepada pihak tuan supaya pihak tuan dapat mengambil tindakan segera .

2 Antara masalah kami ialah bau busuk yang berpunca dari tempat pelupusan sampah yang terletak di belakang taman ini . Selain itu ,sejak seminggu yang lalu kawasan pelupusan sampah tersebut telah terbakar . Hal ini telah menyebabkan kawasan taman ini berjerubu. Saya telah dimaklumkan beberapa orang penduduk telah mendapat rawatan kerana masalah tersebut.

3. Masalah ini disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab syarikat yang mengendalikan tempat pelupusan sampah tersebut . Dalam masa dua minggu kebelakangan ini, didapati kebanyakan sampah tidak dilupuskan dengan sempurna kerana pihak kami difahamkan beberapa buah jentera yang digunakan untuk kerja-kerja pelupusan sampah telah rosak . Masalah tersebut bertambah meruncing apabila berlaku kebakaran di tapak pelupusan sampah tersebut. Pihak syarikat tidak mengambil sebarang tindakan untuk memadamkan kebakaran tersebut dengan alasan bahawa kebakaran tersebut memang sukar untuk dipadamkan . Menurut mereka kebakaran tersebut akan padam beberapa hari sahaja setelah sampah sarap tersebut habis terbakar , tetapi setelah seminggu kebakaran tersebut masih belum padam malah semakin merebak.

4. Untuk makluman pihak tuan, keadaan jalan ke taman tersebut juga banyak yang rosak di sebabkan lori-lori sampah tersebut menggunakan jalan di taman ini untuk ke tapak pelupusan .Keadaan ini berlaku kerana jalan utama ke tempat pelupusan tersebut tidak boleh dilalui setelah sebuah jambatan di jalan tersebut rosak .

5 Longkang besar yang berdekatan kampung ini juga turut menjadi mangsa pencemaran. Longkang ini telah digunakan oleh sebuah bengkel motosikal berdekatan kawasan taman ini untuk membuang minyak hitam. Di samping itu ,tuan punya beberapa buah gerai turut melakukan pembuangan sampah ke dalam longkang tersebut. Pihak kami khuatir akan berlaku banjir kilat jika keadaan ini tidak diatasi . Kami berharap pihak tuan akan mengambil tindakan yang tegas.

6 Atas semua masalah ini, pihak penduduk taman ini berharap agar pihak tuan dapat memberikan perhatian yang sewajarnya berhubung masalah di atas.

7. Bersama-sama surat ini disertakan gambar-gambar yang diambil di tempat-tempat berlakunya pencemaran tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………..
(INTAN SYAFINAZ BIN MOHAMMAD NOOR)
Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Sri Kundang,
Jalan Waja, Taman Sri Kundang,
1000 Putri Jaya.

1. Bilakah masalah pencemaran ini mula dikenal pasti?
A 28 Februari 2009
B 14 Mac 2009
C 7 Februari 2009
D 7 Mac 2009

2 Setiausaha telah menyentuh perkara-perkara berikut dalam suratnya kecuali
A masalah pembakaran sampah
B khuatir berlaku banjir kilat
C lori-lori dipandu dengan laju melalui kawasan perumahan
D beberapa orang penduduk telah mendapat rawatan di hospital akibat
terhidu asap

3 Surat di atas ditulis setelah …
A mesyuarat Persatuan Penduduk Taman Sri Kundang diadakan
bagi membincangkan masalah pencemaran di taman tersebut
B longkang tersumbat , banjir kilat , bau busuk , dan sampah-sarap begitu
banyak bertaburan di kawasan tempat tinggal mereka
C mengadakan perjumpaan dengan pihak-pihak yang terlibat dan memberi
nasihat supaya dapat membantu mengatasi masalah pencemaran tersebut
D majlis gotong-royong tidak dapat dijalankan dengan begitu berkesan kerana
tidak mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat

4 Berikut ialah maksud perkataan meruncing dalam petikan di atas kecuali
A bertambah tajam
B bertambah gawat
C bertambah teruk
D bertambah kritikal

5 Berikut adalah antara cara yang patut dilakukan bagi mengelakkan pencemaran daripada berlaku .

1 Sisa-sisa makanan tidak dibuang ke dalam longkang
11 Membakar sampah untuk mengelakkan daripada berbau busuk
111 Menjadikan aktiviti gotong-royong sebagai amalan
1V Mengadakan kempen kebersihan atau kempen cintailah alam sekitar.

A. 1 , 11 dan 111 sahaja
B 1 , 11 dan 1V sahaja
C 1 , 111 dan 1V sahaja
D 11 , 111 dan 1V sahaja


Bahagian B

ANTONIM

Latihan 1

Beri erti perkataan di bawah;

1. memaklumkan
2. tindakan
3. pelupusan
4. kebelakang
5. alasan
6. sewajarnya
7. disertakan
8. berlakunya

Latihan 2

Garis perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
1 Ayah sedang mengosok keretanya dengan sejenis bahan supaya
kelihatan berkilat . ( pudar , malap , kilau )

2 “Malang tidak berbau , sebab itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati
ketika di jalan raya,” kata Tok Aki . ( beruntung , bertuah , kecewa )

3 Kami tergelak apabila melihat telatah lucu adik Intan bermain dengan
Si Comel kucing kesayangannya itu .( ketawa , riang , menangis )

4 Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah membolehkan
masyarakat moden berhubung menggunakan komputer. (kini , kuno , lapuk )

5 Para pelancong yang datang ke Malaysia sangat kagum kerana rakyatnya
beradab , bersopan-santun , mesra, dan peramah . ( baik , biadap , berbudi )

6 Para pelajar diingatkan supaya jangan cuai sewaktu menjawab soalan-soalan
yang dikemukakan dalam ujian itu. ( berhati-hati , cermat , waspada )

7 Keberanian Amin menyelamatkan kawannya daripada lemas di lombong itu
telah mendapat pujian daripada penduduk-penduduk kampung .
( cacian , sokongan , galakan )

8 “ Intan dan Nadia berkawan rapat semenjak di bangku sekolah lagi,”
kata Makcik Leha kepada Puan Som . ( akrab , renggang , berjauhan )

9 Bunga-bunga yang ditanam oleh ibu sedang berkembang mekar ,menyerikan
lagi suasana sambutan Hari Raya .( kecut , kering , layu )

10 “ Jangan petik buah rambutan yang belum masak itu, “ kata Tok Mat
kepada cucu-cucunya. ( ranum , mentah , muda )

Latihan 2
Pilih lawan kata yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.

1 Barang-barang yang tertinggal itu telah diambil oleh tuannya petang semalam.
A diserah
B disorok
C dirampas
D diterima

2 Syafinaz dan Farahain berasa sungguh gembira kerana ibu bapa
mereka mengizinkan mereka meyertai ekspedisi ke Taman Negara .
A membenarkan
B menggalakkan
C menghalang
D menegah
3 “Jika kita ingkar dengan suruhan dan larangan Allah , kita akan dihumban
ke dalam neraka jahanam,” kata Cikgu Kamal kepada pelajar-pelajarnya.
A setia
B lalai
C patuh
D derhaka

4 Setelah menyertai Seminar UPSR anjuran Didik baru-baru ini saya bertambah
yakin untuk mencapai 5A dengan markah yang maksima dalam
peperiksaan tersebut.
A pasti
B ragu
C kukuh
D mantap



5 Persembahan kumpulan nasyid yang terkenal itu sungguh menghiburkan
para penonton yang menghadiri konsert tersebut .
A memeriahkan
B mempersonakan
C membosankan
B mengasyikkan

6 Kejayaan yang selalu diimpi-impikan oleh Intan kini menjadi kenyataan ,
apabila dia terpilih menjadi pelajar cemerlang .
A impian
B khayalan
C dorongan
D kenangan

7 “Tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu, “kata Ramdan.
A untung
B kecewa
C malang
D kerugian

8 Kanak-kanaklah yang paling gembira apabila menyambut sesuatu hari perayaan.
A risau
B takut
C sedih
D meriah

9 Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur nampak jelas
dari sekolah saya .
A gelap
B samar
C terang
D redup

10 Jalut terus bermain mercun dengan rakan-rakannya tanpa menghiraukan nasihat
dan tegahan ibunya,
A sapaan
B suruhan
C menegah
D larangan


Jawapan
Bahagian A
1 A 2 C 3A 4A 5C
Bahagian B
Latihan 1
1 pudar 2 bertuah 3 menangis 4 kuno 5 biadap
6 cermat 7 cacian 8 renggang 9 layu 10 muda

latihan 2
1 A 2 D 3 C 4 B 5 C 6 B 7 C 8 C 9 B 10 B

Khamis, 25 Jun 2009

PENULISAN DIALOG 1

DIALOG 1

TIP PENULISAN

• Karangan jenis dialog , biasanya melibatkan dua orang atau lebih yang berbual atau berbincang tentang sesuatu perkara.
• Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk , dialog atau perbualan, dan wawancara atau temuramah.
• Sebelum menulis karangan ini anda harus memahami kehendak soalan ,mencari isi penting dan menentukan jalan ceritanya terlebih dahulu.
• Dalam karangan dialog, kedua-dua pihak harus saling bertanya atau memberikan jawapan, dan memberikan pendapat. Untuk menulis temuramah pula pihak yang menemuramah akan mengemukakan soalan dan yang ditemuramah akan menjawab soalan yang diajukan.
• Pastikan anda menggunakan kata ganti diri yang sesuai yang sesuai dengan watak dan situasi dialog tersebut. Contohnya jika orang yang diajak berbual lebih berumur, gunakan panggilan “Encik”, “Tuan” ,atau “Pak cik”.
• Tidak digalakkan menggunakan kependekan seperti “kan”, “tak”, dan “tidak”.
• Penggunaan bahasa kiasan dan peribahasa adalah digalakkan supaya dialog lebih menarik.
• Jangan salah format, markah anda akan dipotong.

Peringatan
Soalan dialog pernah ditanyakan dalam UPSR 1994 dan 1996

Soalan Perbincangan

Sementara menunggu bas, kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang faedah membaca.
Tulis perbualan antara kamu dan rakan kamu. Panjang dialog kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti . Fahamkan tema atau kehendak dialog yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas .


Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.


Contoh Karangan

Anis : Amin, mana ada orang yang membaca sementara menunggu bas?

Amin : Betul kata kamu Anis. Kata cikgu, kalau di Jepun keadaannya berbeza.
Membaca telah menjadi budaya kepada masyarakat mereka.Sementara menunggu bas mereka membaca, bukan hanya berbual kosong.

Anis : Sepatutnya masyarakat kita telah sedar bahawa dengan membaca akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat.

Aimin : Tidaklah seperti katak di bawah tempurung.

Anis : Selain itu dengan membaca juga kita dapat memenuhi masa terluang.
Sebaliknya , seseorang itu akan mudah terpengaruh aktiviti yang
tidak berfaedah.

Amin : Betul kata kamu , Anis. Kita juga boleh memperolehi hiburan
dengan membaca. Katakan kita membaca buku cerita, kita akan
berasa terhibur, selain mendapat pengajaran daripada cerita tersebut.

Anis : Bukan itu sahaja , malah dengan membaca , penguasaan bahasa
kita akan meningkat. Sejak saya banyak membaca buku-buku
cerita bahasa Inggeris. Nampakanya bahasa Inggeris saya meningkat.
Oh, bas dah sampai , mari kita naik!
Amin : Tunggu dulu , orang belum turun !


Langkah 4

 Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.



Latihan minggu ini.

Tulis karangan di bawah ini . Bagi tiap-tiap soalan panjangnya mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

1 Kamu dan dan rakan kamu sedang mengambil angin di taman. Kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang cara-cara mengindahkan lagi kawasan taman tersebut
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.


2 Kamu membuat panggilan telefon kepada rakan kam memberitahunya bahawa kamu tidak dapat hadir ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum pada hari itu. Nyatakan sebab-sebab kamu tidak hadir untuk disampaikan kepada guru kamu.

Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.


3 Andaikan kamu dan rakan kamu sedang berada di dalam bas yang akan membawa kamu melawat sambil belajar. Kamu dan kawan kamu berbual-bual mengenai faedah-faedah yang boleh diperolehi apabila kamu menyertai lawatan sambil belajar.

Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.



GLOSARI:

• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6.

alih : berubah , berganti , berpindah , bertukar
arif : berilmu , cerdik , pandai , bijaksana
basmi : banteras , membinasakan , memusnahkan, menghapuskan
cocok : sama padan, sepakat, sesuai
gegas : tergesa-gesa , terkejar-kejar , terburu-buru
harmoni : tenteram , aman damai , serasi , sesuai
ikrar : berjanji , pengakuan , bersumpah
jati : sejenis kayu , asli , tulen , yang sebenarnya
landas : pelapik , alas untuk memotong atau menghiris
perihal : sesuatu peristiwa, keadaan , kejadian ,
setimpal : sebanding , seimbang
telatah : gerak-geri , kelakuan , perangai ,tingkah laku
Contoh latihan karangan soalan 3


Kim : Tahun ini sahaja , sudah tiga kali kita menyertai lawatan
anjuran kelab dan persatuan di sekolah kita.

Siti : Betul kata kamu Kim. Tahun lalu empat kali.

Kim : Kata orang , banyak berjalan akan luas pemandangan.
Ini bermakna, mengikuti lawatan boleh menambah
pengetahuan. Pengetahuan ini pula boleh kita kaitkan
dengan pelajaran yang kita pelajari di bilik darjah.

Siti : Memang betul kata kamu Kim . Selain itu , aktiviti ini
secara tidak langsung dapat mengisi masa lapang
dan dapat memberikan kerehatan kepada minda kita .

Kim : Kerajaan pun menggalakkan kita melancung . Adalah
diharapkan dengan aktiviti ini akan menambahkan kecintaan kepada tanah air.Katakan kita melawat Melaka, kita akan
melihat kesan sejarah keagungan Kesultanan Melayu Melaka.

Siti : Kim , awak jangan lupa , sebelum ini saya dan awak
tidaklah begitu mesra tetapi disebabkan kita sering
bersama-sama menyertai lawatan, hubungan persahabatan
kita semakin akrab. Bukankah lawatan juga memperkukuh
tali persahabatan ?

Kim : Siti , kita dah pun sampai !

Siti : Mari kita turun , nanti kita sambung lagi perbualan kita.

Rabu, 24 Jun 2009

Menulis Karangan Berita 1

BERITA

Pengenalan

• Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.

• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat lima persoalan, iaitu Apa? Siapa? Bila? Di mana?, dan Mengapa?

• Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan .

• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.

• Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.

• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara

• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana .


 Apa ?
 Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
 Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.

 Bila ?
 Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
 Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
 Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.

 Di mana ?
 Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
 Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.

 Siapa ?
 Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
 Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
 Adakalanya umur juga perlu ditulis .

 Mengapa ?
 mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
 sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.

 Bagaimana?
 menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.


Soalan Perbincangan Minggu ini

Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah kamu telah menganjurkan Seminar Pra UPSR untuk persediaan murid tahun lima menghadapi UPSR. Kamu diminta menulis berita tentang seminar tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.

Panjang berita, mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan berita tersebut dengan teliti. Garis maklumat-maklumat yang penting supaya tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka berita.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka berita . Sebaik-baiknya kerangka berita yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas. Apa yang penting anda dapat memahaminya.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan berita anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh berita di bawah ini.

SEMINAR UPSR
SEPANG, Ahad – Seramai 250 orang murid Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra telah mengikuti Seminar UPSR yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Seminar yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid.

Menurut setiausah PIBG Encik Roosly bin Selamat, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar untuk persediaan menghadapai UPSR

Program ini diadakan di Camar Laut, Bagan Lalang selama tiga hari iaitu pada 10 Jun 2009 hingga 12 Jun 2009. Peserta-peserta program terdiri daripada murid-murid tahun enam.

“Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini kerana program ini telah memberikan saya banyak pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para penceramah yang berpengalaman,” kata adik Jamilah Bidin salah seorang peserta program ini.

“Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana menganjurkan program ini,” kata Encik Bujang Ali yang ditemui pada hari penutup program.

Seminar ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Bohairi bin Yusof. Beliau menyeru para ibu bapa memberikan sokongan padu untuk program-program yang dijangka akan diadakan secara berterusan.

Langkah 4

• Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan.

• Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda, terutamanya aspek-aspek seperti di atas. Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang.



Latihan minggu ini.

1. Satu kejadian kebakaran telah berlaku di tempat kamu. Tulis berita tentang kejadian tersebut selengkapnya.

2. Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku. Andaikan anda pemberita sebuah akhbar tempatan.Tulis berita tentang kejadian tanah runtuh tersebut selengkapnya.

3. Satu peristiwa yang tidak disangka-sangka telah berlaku di sekolah kamu. Tuliskan berita mengenainya.


GLOSARI:

abai cuai, lalai, tidak atau sangat sedikit memberikan
perhatian kepada seseorang atau sesuatu, tidak
mengindahkan, mencuaikan, melalaikan, memandang
tidak penting, tidak menggunakan sesuatu kesempatan,
kemudahan yang disediakan, membiarkan atau melepaskan,
mensia-siakan peluang yang diberi
adun mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur dan
lain-lain dengan unsur yang lain.
baka keluarga yang menurunkan asal keturunan, keluarga
yang menurunkan sifat-sifat keturunan turun temurun,
asal keturunan
cagar barang yang jadi taruhan apabila hutang, barang
yang digadaikan, cengkeram, bayaran pendahuluan
pendahuluan atau wang muka
cakup menangkap dengan mulut, membuka-buka mulut
seperti mengambil udara, menyauk atau mencedok dengan
tangan, meliputi atau merangkumi beberapa hal dan sebagainya
dadak dengan tiba-tiba, dengan tidak disangka-sangka,
dengan serta-merta, sangat tiba-tiba atau serta merta
gamam tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dan lain-lain,
gelisah, ragu-ragu, tidak dapat berbuat apa-apa kerana terpegun
halwa buah-buahan yang direndam dengan air gula
musnah binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak, binasa
langsung, menghilangkan, melenyapkan dan merosakkan


Contoh jawapan 1

PUCHONG 15 Jun. - Sebuah rumah telah musnah dalam kebakaran di Kilometer 13, Jalan Pucong, malam tadi. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pasukan lapan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Puchong telah berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah-rumah yang berhampiran.

Pemilik rumah itu Encik Iqbal Mohamada ketika ditemui berkata, dia dan keluarganya berada di Puchong kerana menghadiri jamuan makan malam di rumah saudaranya.

Siasatan pihak bomba menunjukkan bahawa kebakaran berpunca dari api lilin. Kenyataan ini diakui oleh pemilik rumah Encik Iqbal Mohamad. Menurutnya sebelum pergi, isterinya telah memasang lilin di runag tamu kerana bekalan letrik telah terputus.

Yang Berhormat Adun Puchong yang turut berada di tempat kejadian, menyeru orang ramai menghulurkan derma bagi membantu mangsa. Menurut pemilik rumah, kerugian dianggarkan RM 100 000.00.

Pihak bomba menginatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila emasang lilin. Terutamanya apabila berlaku terputus bekalan letrik.

Ahad, 21 Jun 2009

PENULISAN - UCAPAN

UCAPAN

PENDAHULUAN

Satu daripada jenis karangan yang kerap diuji dalam UPSR ialah karangan ucapan. Karangan jenis ini adalah karangan berformat.

Karangan ucapan ada beberapa jenis seperti;
• ucapan perpisahan
• ucapan takziah
• ucapan tahniah
• ucapan penerangan
• terima kasih

Untuk penulisan ucapan, biasanya suatu situasi diberi. Kamu dikehendaki menulis ucapan berdasarkan situasi seperti majlis keraian, perhimpunan, perpisahan, dan sebagainya.

Sebuah ucapan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

 Kata-kata aluan sebagai hormat kepada hadirin.

 Kata-kata alu-aluan dimulakan dengan pengerusi majlis, kemudian diikuti mereka yang tinggi kedudukannya.

 Ucapan atau panggilan kepada hadirin di tengah-tengah ucapan. Ucapan atau panggilan ini perlu ditulis sekurang-kurangnya dua kali .Contohnya
- Saudara dan saudari sekalian
- Tuan-tuan dan puan-puan hadirin
- Pelajar-pelajar sekalian
- Rakan-rakan sekalian
- Hadirin sekalian

 Kata alu-aluan dianggap pendahuluan, ‘terima kasih’ di akhir ucapan dianggap penutup. Walau bagaimanapun pelbagai teknik boleh digunakan. Umpamanya dalam bentuk pantun yang sesuai dengan tema ucapan.

Soalan Perbincangan
Kelab Bahasa Melayu akan mengadakan majlis pelancaran sempena program Minggu Bahasa Melayu. Sebagai Pengerusi Kelab Bahasa Melayu kamu dikehendaki menyampaikan ucapan alu-aluan sempena pelancaran program tersebut

Tuliskan teks ucapan kamu itu selengkapnya.

Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan .


LANGKAH 1
Memahami Kehendak Soalan;
Karangan ini menghendaki kamu sebagai Pegerusi Program Minggu Bahasa Melayu menyampaikan ucapan alu-aluan sempena pelancaran program tersebut. Ucapan kamu hendaklah mewakili ahli jawatankuasa program tersebut.


LANGKAH 2
Isi Penting dan Kerangka;
Kamu hendaklah menyediakan isi-isi dan kerangka karangan berdasarkan konsep peta minda. Peta minda atau kerangka karangan hendaklah dibuat secara ringkas sahaja. Apa yang penting ialah anda dapat menyatakan isi-isi penting yang diperlukan untuk menulis ucapan tersebut.

LANGKAH 3
Menulis Karangan;
Berdasarkan peta minda di atas, kamu bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya kamu tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar Puan Sri Herliana binti Hamerdin, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Minggu Bahasa Melayu tahun ini.

Hadirin sekalian,
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan berkomunikasi bahasa Melayu yang berkesan di kalangan murid-murid. Justru itu, aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan lebih mendorong kepada murid bijak berkomunikasi.

Antara aktiviti yang dirancangkan ialah aktiviti pertandingan berpidato, bercerita, mendeklamasikan sajak, bersyair. Acara-acara ini merupakan acara individu. Bagi acara berkumpulan pula ialah pertandingan berbalas pantun, perbahasan, dan drama sebabak.

Untuk makluman semua, sambutan murid-murid berhubung aktiviti-aktiviti tersebut sangat memberangsangkan. Pihak kelab terpaksa mengadakan saringan khususnya dalam aktiviti pertandingan seperti bercerita, mendeklamasi sajak, dan bersyair.

Hadirin yang dikasihi,
Saya dan rakan-rakan ahli jawatankuasa program ini sangat bertuah mempunyai barisan guru-guru penasihat yang tidak jemu-jemu membantu kami dalam merancang program ini. Mereka telah mencurahkan kepakaran mereka bagi memastikan program ini mencapai matlamatnya.

Sebelum mengundur diri, saya bagi pehak ahli jawatankuasa Minggu Bahasa Melayu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, dan guru-guru penasihat kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan yang jitu kepada kami. Sekian, terima kasih.


LANGKAH 4
Menyemak;

Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.


Andaikan guru anda akan bertukar ke sekolah menengah kerana telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah.Anda sebagai ketua kelas diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan untuknya.
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.


Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, yang diraikan Cikgu Nor Ekhsan, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir bagi Cikgu Nor Ekhsan di sekolah ini. Cikgu Nor Ekhsan telah menerima segulung ijazah setelah menamatkan Pengajian Jarak Jauh di Universiti Putra Malaysia dan akan bertukar ke sekolah menengah. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan tahniah dan selamat berpisah kepada cikgu.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tempoh tujuh tahun cikgu di sekolah ini, banyak ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada kami, lebih-lebih lagi cikgu merupakan seorang guru yang serba boleh. Dengan usaha cikgu yang tidak mengenal jemu telah membuahkan kecemerlangan dalam UPSR pada setiap tahun.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih atas pengorbanan cikgu membantu kami meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikum. Sesungguhnya segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu akan sentiasa tersemat di hati kami.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini juga, kami melahirkan rasa bangga atas kejayaan cikgu. Semoga kejayaan tersebut akan mendorong kami berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kecemerlangan bagi diri kami.

Akhir sekali, saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan selamat berpisah dan selamat berjaya kepada Cikgu Nor Ekhsan dan doa kami semoga cikgu akan terus berjaya dan bahagia selalau di samping keluarga tersayang.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.
Satu majlis jamuan telah diadakan kerana meraikan kejayaan pasukan bola baling sekolah anda. Selaku ketua pasukan, anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.


Yang mulia Tuan Pengurusi Majlis, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya selaku ketua pasukan bola baling sekolah, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang telah mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan pasukan bola baling yang telah menjadi johan peringkat daerah.

Sebenarnya, kejayaan yang dinikmati pasukan bola baling sekolah kita adalah hasil usaha gigih jurulatih yang tidak asing lagi iaitu Cikgu Soleh. Marilah kita memberikan satu tepukan yang gemuruh kepada beliau…

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya mewakili rakan-rakan sangat berbangga atas sokongan dan dorongan daripada semua pihak di sekolah ini. Semoga kejayaan yang telah dicapai ini akan menguatkan azam kami untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang di peringkat negeri nanti.

Kepada rakan-rakan, saya selaku ketua pasukan mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah. Tanpa kerjasama dan semangat juang yang kental, pastinya kejayaan sukar untuk dimiliki.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya bagi pihak rakan-rakan ingin merakamkan jutaan terima kasih. Terimalah serangkap pantun daripada saya;

Pergi ke hutan mencari berangan,
Berangan ditanam di dalam taman,
Yakin boleh dijadikan pegangan;
Kejayaan pasti dalam genggaman,

Sekian, terima kasih.


Sempena kedatangan guru kelas kamu yang baru. Kelas kamu telah mengadakan satu majlis menyambut kedatangannya. Sebagai ketua kelas kamu dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Tuliskan teks ucapan kamu itu selengkapnya


Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang diraikan Cikgu Ridzuan Hamzah, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.
Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari yang bertuah bagi kelas Enam Setia, kerana telah mendapat seorang guru kelas yang baru iaitu Cikgu Ridzuan Hamzah. Saya selaku ketua darjah Enam Setia, mewakili rakan-rakan mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di kampung halaman tercinta.

Hadirin sekalian,
Kita sedia maklum, Cikgu Ridzuan Hamzah merupakan anak watan kampung kita. Setelah menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Raja Melewar, beliau telah di hantar bertugas ke Sabah. Setelah lima tahun menabur bakti di perantauan kini beliau bersama-sama kita.
Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian cikgu balik kampung untuk membantu anak buah meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikum. Kami berasa bangga atas kesediaan cikgu.

Cikgu,
Kami semua berjanji akan mematuhi dan mentaati segala nasihat dan tunjuk ajar yang cikgu berikan nanti. Sekiranya ada antara kami yang melakukan kesalahan, kami sedia menerima teguran. Apa yang kami harapkan ialah bimbingan daripada cikgu untuk kami menghadapi UPSR, September nanti.

Sebelum mengundur diri, saya memohon kemaafan jika tersilap kata sepanjang ucapan saya tadi. Akhir kata sekali lagi, saya mengucapkan selamat datang, selamat balik kampung, dan selamat bertugas kepada cikgu. Sekian, terima kasih.



Satu program Seminar Pra-UPSR telah diadakan di sekolah kamu. Selaku ketua murid, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis penutup seminar tersebut. Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.


Yang mulia Tuan Pengurusi Majlis, guru-guru, para pembimbing, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya selaku ketua murid, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru dan para pembimbing yang telah mengadakan program Seminar Pra-UPSR untuk persiapan awal kami menduduki peperisaan UPSR 2003.

Sepanjang dua hari kami mengikuti seminar ini, banyak pengetahuan yang kami peroleh. Di samping itu, dengan kehebatan para penceramah dan pembimbing, semangat dan keyakinan kami untuk meraih 5A dalam UPSR kian membara.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Namun begitu, walaupun semangat kami sekarang begitu memuncak, tetapi tanpa usaha berterusan sehingga menjelangnya peperiksaan, kejayaan yang diharapakan tidak mungkin akan tercapai. Oleh hal yang demikian, saya menyeru kepada rakan-rakan, supaya berusaha bersungguh-sungguh demi kecemerlangan yang kita impikan.

Rakan-rakan sekalian, marilah kita jadikan ungkapan ‘genggam bara api biar sampai jadi arang’, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,’ ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, berasakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian,’ sebagai azimat kepada kita dalam usaha memburu kecemerlangan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya bagi pihak rakan-rakan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, para dermawan yang telah menjayakan program seminar ini, Sekian, terima kasih.


Kamu telah mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh setelah memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR. Sehubungan dengan itu satu majlis jamuan telah diadakan di rumah kamu bagi meraikannya. Sediakan satu ucapan yang sesuai untuk kamu sampaikan dalam majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.



Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, ahli-ahli perpustakaan Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra, serta rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera dan selamat datang saya ucapkan.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini. Saya selaku ketua pengawas perpustakaan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam berbesar hati atas kunjungan tuan-tuan ke perpustakaan sekolah kami.

Untuk makluman tuan-tuan, perpustakaan sekolah kami telah menerima anugerah perpustakan terbaik peringkat negeri bagi tahun 2003. Kejayaan kami adalah hasil usaha dan kerjasama semua pihak yang telah menjadikan perpustakaan sekolah ini sebagai sumber ilmu.

Hadirin sekalian,

Untuk meningkatkan kecekapan pengurusan perpustakan sekolah ini, terdapat tiga buah komputer yang telah diprogramkan untuk memudahkan guru-guru dan murid-murid mencari buku-buku atau bahan rujukan yang dikehendaki dengan pantas.

Dengan hal yang demikian telah meringankan tugas kami. Semua rekod penggunaan dapat diperoleh dengan pantas. Kami hanya ditugaskan memantau dan membantu murid-murid menggunakan kemudahan yang disediakan.

Akhir kata saya bagi pihak warga Sekolah Kebangsaan Puncak Alam memohon kemaafan jika layanan kami kurang mumuaskan. Semoga lawatan ini akan menjalin persefahaman antara kita dalam bidang pustakawan.

Sekian. Terima kasih.


Perpustakaan sekolah kamu telah dilawati oleh pustakawan dari sekolah lain. Sebagai ketua pustakawan kamu dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis mengalu-ngalukan lawatan tersebut.

Yang dikasihi kakanda Pengerusi Majlis, ayahanda dan bonda tersayang, seterusnya rakan-rakan yang dihurmati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.

Rakan-rakan sekalian,

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayahanda dan bonda kerana mengadakan majlis pada malam ini bagi meraikan kejayaan saya dalam UPSR dan mendapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh.

Sebenarnya hati saya berdebar-debar kerana saya akan berada dalam persekitaran yang baru. Walaupun saya berasa gembira mendapat tawaran ini, tetapi saya juga berasa terharu kerana terpaksa berpisah dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Rakan-rakan sekalian,
Saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan galakan sehingga saya mencapai keputusan yang cemerlang. Saya juga sangat berterima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan yang telah banyak memberi bimbingan selama ini.

Demi tidak menghampakan orang yang telah banyak berkorban untuk saya, saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Untuk mencapai kejayaan yang yang lebih cemerlang di peringkat PMR dan SPM.

Sebelum mengundur diri saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kerana memenuhi jemputan saya.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 17 Jun 2009

PELBAGAI JENIS PENULISAN - MELENGKAPKAN CERITA

MELENGKAPKAN CERITA

Pengenalan

 Karangan menyudah atau melengkapkan cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR. Karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.

 Karangan jenis menyambung cerita ialah karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.

 Ketepatan fakta tidak diperlukan, tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang indah serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.

 Karangan ditulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian , perbualan, dan pembacaan.

 Sebuah cerita yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita) sebab dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).

 Karangan di bahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan penyelesaian.

 Perbualan atau dialog boleh digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.

 Setiap cerita mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.

 Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang lebih menarik dan berkesan.


Tajuk Perbincangan

. Aku sedang membuat kerja sekolahku.Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku…

Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Soalan ini, memerlukan anda mengambil tindakan, untuk mengetahui lebih dekat atau lebih lanjut keadaan adik.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda.
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Langkah 3
Baca contoh karangan di bawah ini.


Contoh Karangan

Aku sedang membuat kerja sekolahku.Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku meluru ke tingkat atas. Jeritan adik jelas kedengaran dari arah bilik mandi. Aku cuba membukanya tetapi gagal kerana pintu terkunci.

Aku tergamam, pelbagai persoalan menerpa benakku. Adakah adikku cedera? Mengapa? Bagaimana? Ayah…ibu…belum pulang. Tiba-tiba aku terpandang sejambak kunci terletak di atas meja solek ibu. Aku segera mengambil kunci dan membuka bilik air tersebut.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kepala adik berdarah. Rambut bertaburan di lantai. Pisau cukur ayah masih di tangannya. Aku pasti kepala adik luka sewaktu cuba bercukur. Aku segera membersihkan luka di kepala adik.

Kulihat wajah adik telah berubah. “Ronaldo!…” jeritku. Adik menekup mukanya, sambil mengangguk-anggukan kepala. Aku tidak dapat menahan tawaku. Rupa-rupanya adikku peminat Ronaldo.

Aku mengambil peti ubat yang terletak di atas almari. Luka adik yang tidak seberapa itu akau bubuh ubat ‘iodin’.Tujuannya adalah supaya luka itu cepat sembuh. Kemudian, luka itu kubalut dengan kain pembalut supaya tidak dijangkiti kuman.

Sejurus kemudian, kedengaran kereta ayah memasuki perkarangan rumah. Aku segera membuka pintu “Kenapa kepala adik berbalut?” tanya ibu kehairanan. Lantas aku menjawab, “ Adik nak jadi Ronaldo bu!”. Aku pun menceritakan kejadian sebenar kepada ayah dan ibu. Mereka pun tertawa…



Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan

1. Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai ke Kelas Tahun Satu Jujur, aku terdengar seorang budak sedang menangis. Aku pun…
Lengkapkan cerita di atas.

2 Bas telah sampai. Ramai penumpang turun dan naik bas itu. Sahabatku tidak juga muncul-muncul. Mana dia?

Mulakan karangan anda dengan; Mana dia?…..

3 Pada suatu hari, aku tinggl seorang diri di rumah. Ayah dan ibuku masih belum pulang dari bandar. Tiba-tiba kedengaran tapak kaki orang berjalan di….

Lengkapkan cerita di atas.


GLOSORI

atlet : orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan
atletik : berbagai-bagai jenis olahraga(terutama yang memerlukan
kekuatan, ketangkasan, dan kecepatan seperti berlari,
melompat, berenang dan lain-lain, sukan
baran : pemarah, lekas marah, hutan yang berpaya-paya, nutan rawa
binsa : habis rosak, atau hancur sama sekali, musnah
mengerti : mengetahui atau memahami erti (kepentingan dan lain-lain)
iring : ikut, turut
seiring : bersam-sama berjalan, (bergerak, terbang)
kenyal : keras menganjal apabila ditekan(seperti bola getah), keras
tetapi empuk, agak liat, mudah berubah
( menjadi bertambah atau berkurang)
petua : nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna
putar belit : tipu muslihat , tipu daya, putar alam
runduk : tunduk , menunduk
peluang : kesempatan baik, ketika yang baik,
merajang : menghiris tipis-tipis, menyayat tipis-tipis, meracik
Contoh Jawapan soalan 1

Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai ke Kelas Tahun Satu Jujur, aku terdengar seorang budak sedang menangis. Aku pun menghampiri budak itu. Dia kelihatan amat takut dan cuba menyembunyikan mukanya supaya aku tidak dapat memandangnya.

“Mengapa adik menangis?”aku bertanya sambil memujuknya. Pertanyaanku tidak dijawab. Aku cuma dapat mengagak, mungkin ada sesuatu yang telah berlaku ke atas dirinya yang menyebabkan dia kelihatan takut dan cemas.

Setelah beberapa kali memujuk akhirnya budak itu memberi tahuku, wang belanjanya telah dirampas oleh sekumpulan murid. Dia memberi tahu, hal itu telah berlaku beberapa kali. Dia takut hendak memberi tahu gurunya kerana telah diugut akan dicederakan.

Aku mengajak budak itu ke kantin lalu membelikan sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. “Hari ini abang belanja kamu,” kataku kepada budak itu sambil menyuruhnya makan. Dalam benakku bermain-main pelbagai persoalan, peras ugut?…samseng?...aku mesti bertindak .

Aku meninggalkan budak itu makan dengan kawan-kawannya yang lain. Aku terus melaporkan hal tersebut kepada guru disiplin iaitu Cikgu Sargini. Cikgu Sargini telah memanggil beberapa orang pengawas. Kami sepakat untuk memasang perangkap esok hari.

Awal pagi lagi kami telah membuat intipan. Perangkap kami mengena apabila tiga orang murid tahun enam menarik seorang murid tahun satu ke bahagian belakang bangunan. Sepantas kilat kami menyerbu dan menangkap mereka. Aku berasa puas kerana berjaya membantu pihak sekolah menangani gejala yang tidak sihat itu.

Ahad, 14 Jun 2009

PENULISAN SYARAHAN 1

KARANGAN SYARAHAN

Satu daripada jenis karangan yang kerap diuji dalam UPSR ialah karangan syarahan. Karangan jenis ini adalah karangan berformat. Untuk menulis karangan jenis ini , ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Antaranya ialah

 kata-kata aluan sebagai hormat kepada hadirin.

 untuk pertandingan menyebut‘para hakim’.

 Kata-kata aluan dimulakan dengan Pengurusi Majlis, kemudian diikuti mereka yang tinggi kedudukannya.

 menyebut ‘para hadirin’untuk menimbulkan suasana bersyarah .

 kata aluan dianggap pendahuluan , ‘terima kasih’ di akhir syarahan dianggap penutup.

Soalan Perbincangan

Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan anda ialah ‘ Sikap berusaha dan berdikari membawa kejayaan’. Tuliskan teks syarahan anda itu selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan
dan tidak melebihi 120 patah perkataan .

Langkah 1

Memahami kehendak soalan .
Soalan ini menghendaki kita mengupas tentang sikap berusaha dan berdikari , sikap tersebut akan membawa kejayaan dalam sesuatu usaha yang dijalankan.

Langkah 2
Anda hendaklah menyediakan isi-isi berdasarkan konsep peta minda.

Langkah 3
Menulis Karangan.

Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk syarahan anda ialah ‘ Sikap berusaha dan berdikari membawa kejayaan’. Tuliskan teks syarahan anda itu selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Sikap berusaha dan berdikari perlu bagi seseorang pelajar.’
Hadirin sekelian,
Berusaha bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.Berdikari pula bermaksud , berusaha tanpa megharapkan bantuan orang lain. Sikap berusaha dan berdikari akan membawa kejayaan dan akan dihormati oleh masyarakat.
Seseorang pelajar perlu menanamkan sikap berusaha dan berdikari. Mereka tidak boleh semata-mata mengharapkan ajaran guru sahaja . Mereka perlu rajin, berusaha dan berdikari untuk berjaya dengan cemerlang.
Hadirin sekelian,
Masyarakat yang kuat berusaha dan berdikari adalah masyarakat maju. Sebagai contoh negara Jepun, usaha gigih dan berdikara rakyatnya telah meletakan Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia pada hari ini.
Oleh itu , kita janganlah mengharapkan yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek , jika ingin merangkul kecemerlangan kita mesti kuat berusaha. Negara pula tidak akan maju selagi rakyatnya hanya mengharapkan subsidi daripada kerajaan dan tidak mampu berdikari . Saya akhiri syarahan ini dengan serangkap pantun;
Hidangan tersaji hendaklah dijamah ,
Jangan terlupa membasuh tangan ;
Mengharap bantuan , tandanya lemah ,
Berusaha berdikar kunci kegemilangan .
Sekian , terima kasih .

Langkah 4
• Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.
• Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda , terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan pastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .

Latihan Minggu Ini:

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan
tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang diadakan di sekolah anda. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘Hidup bermasyarakat membawa berkat’. Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.

2. Anda telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘ Keluarga bahagia, masyarakat cemerlang’ . Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.


3. Anda telah mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang diadakan di sekolah anda. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ‘Pentingnya internet’ . Tuliskan syarahan anda itu selengkapnya.



GLOSARI:
• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6.

abai cuai,lalai
adem sejuk,tawar(makanan)
adun meramas,menguli
babak bahagian dari lakonan,melecet,calar
baji kayu atau besi pipih untuk membelah kayu,pasak,sejenis ikan
baka keluarga, asal keturunan
cagar barang yang jadi taruhan apabila hutang,cengkeram, pendahuluan
cakup menangkap dengan mulut,menyauk ,mencedok
dadak tiba-tiba,dengan tidak disangka-sangka, serta-merta
damar bahan berupa getah keras daripada sejenis pokok
eram duduk di atas telur supaya panas dan menetas
gamam tidak dapat berbuat apa-apa, terkejut
gamen kerajaan,pemerentah
halwa buah-buahan yang direndam dengan air gula
hamik bebal,bodoh ,dungu
jajar baris,dere , jalur bekas ditenggala
parau serak , garau suara
pampang membentangkan,memaparkan,cabang penahan kemudi
seraya sambil, serta,sejenis tumbuhan
seronyeh tidak teratur, tidak tersusun


Contoh jawapan syarahan soalan No. 1

Hidup Bermasyarakat Membawa Kesejahteraan

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis , para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru serta hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Hudup bermasyarakat membawa kesejahteraan .’

Hadirin sekelian,

‘Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh.’ Peribahasa ini merupakan kunci kepada kehidupan bermasyarakat . ‘ Bagai aur dengan tebing’ merupakan tali pengikat yang akan membawa kesejahteraan hidup bermasyarakat .

Kehidupan masyarakat pada hari ini yang berlumba-lumba mencari kemewahan hidup, sedikit sebanyak telah mula menampakan sikap mementingkan diri sendiri terutamanya masyarakat kota . Fenomina ini mestilah disekat.

Hadirin sekelian,

Kita lihat betapa indahnya kehidupan keluarga di desa, jika salah sebuah keluarga mengalami kesulitan, maka jiran-jiran akan menolong seberapa yang boleh untuk meringankan bebanan keluarga yang malang itu.

Begitu juga jika ada kenduri-kendara . Mereka akan berkumpul beramai-ramai dan melakukan kerja bergotong-royong . Kehidupan masyarakat seperti inilah yang akhirnya boleh membawa kesejahteraan .

Hadirin sekelian,

Akhirnya saya tegaskan di sini ,untuk mencapai kesejahteraan hidup bermasyarakat,
kita hendakalah kembali mengamalkan cara hidup ‘Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing ’ dan ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat’.

Sekian terima kasih.

PENULISAN CATATAN HARIAN

CATATAN HARIAN


TIP PENULISAN BERKESAN

• Karangan jenis catatan harian ini ialah catatan penulis tentang peristiwa yang dialamai atau dilalui oleh penulis.

• Catatn Harian dikenali juga sebagai diari.

• Terbahagi kepada dua bentuk , itu catatan sehari dan catatan beberapa hari.

• Jika sehari, sertakan haribulan , hari , dan waktu berlakunya sesuatu aktiviti atau peristiwa.

• Jika catatan beberapa hari, sertakan hari, haribulan, dan waktu jika perlu.

• Waktu peristiwa atau aktiviti yang dicatat merupakan perkara penting yang berkaitan dengan tajuk.

• Cara penulisan karangan jenis catatan ini seperti sebuah cerita. Urutan peristiwa atau aktiviti perlu disesun agar menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnya.

Peringatan:

Soalan jenis Catatan Harian belum pernah keluar dalam UPSR


Soalan Perbincangan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah anda bersama murid-murid telah mengadakan gotong-royong sempena kempen kebersihan dan keceriaan. Kamu dikehendaki menulis catatan mengenai program tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tulis catatan itu selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Sebelum anda menulis karanga ini, anda hendaklah memahami solan tersebut.Selain itu
untuk mendapatkan maklumat yang tepat anda bolehlah menemuramah pelajar tersebut .

Langkah 2
Maklumat-maklumat yang anda perolehi daripada temu ramah tersebut bolehlah disusun dengan berdasarkan peta minda .

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.

Kempen Kebersihan dan Keceriaan

7.30 pagi - Ibu bapa dan murid-murid membanjiri perkarangan sekolah dengan membawa pelbagai peralatan untuk aktiviti gotong-royong sempena kempen kebersihan yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru .

8.00 pagi - Ucapan Tuan Guru Besar, Puan Normah Sahlan dan perasmian kempen kebersihan dilakukan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Samsuri Badar. Dalam ucapannya , beliau melahirkan rasa terharu terhadap sambutan yang ditunjukkan oleh ibu bapa untuk menjayakan kempen tersebut.

8.30 pagi - Aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah dimulakan . Ibu bapa dan guru-guru membersikan kawasan persekitaran sekolah. Murid-murid pula membersihkan bilik darjah masing-masing. Pihak bomba juga tidak ketinggalan , memencut longkang-longkang di sekeliling kawasan sekolah.

10.30 pagi - Kerja-kerja pembersihan diberhentikan seketika untuk membasah tekak, sambil menikmati pelbagai hidangan kuih-muih yang disumbangkan oleh pengusaha kantin dan guru-guru. Sambil berehat-rehat mereka berbual-bual mengenai keceriaan sekolah.

11.00 pagi - Wakil Rakyat yang juga penaung PIBG, Yang Berhormat Datuk Dasiman bin Lagiman sampai dan bersama-sama ibu bapa menanam anak-anak pokok hiasa, sumbangan daripada beliau di sekitar kawasan sekolah.

12.00 tengah hari - Gotong-royong berakhir . Semua hadirin dijemput ke kantin sekolah untuk dijamu nasi minyak yang telah disumbangkan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru . Sebelum bersurai Yang Berhormat Datuk Dasiman bin Lagiman , telah menyampaikan ucapan ringkas menyeru ibu bapa meneruskan usaha mencerikan kawasan sekolah .


Langkah 4

• Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semula kesalahan tatabahasa iaitu penggunaan perkataan , struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca ,dan ejaan.

• Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda , terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .

Latihan minggu ini.

1 Anda dan kakak anda berpeluang bercuti selama dua hari di Ibu Kota , tuliskan catatan harian mengenai percutian anda tersebut.

2 Baru-baru ini Persatuan Tunas Putri sekolah anda telah menyertai lawatan ke rumah anak-anak yatim . Tulis catatan anda, sepanjang lawatan tersebut.

3 Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan secara besar-besaran di sekolah anda.
Tuliskan catatan mengenai sambutan Hari Kanak-kanak tersebut selengkapnya.

GLOSARI:

• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6.

arus : aliran - air, udara, letrik
batan : segala jenis batu
belalak : terbuka lebar-lebar ( mata)
bintat : bekas gigitan nyamuk pada kulit
cekcok : saling menyatakan perbezaan pendapat
keegoa : sifat bermegah akan diri sendiri
menggagalkan : menjadikan tidak berhasil
menggahi : menguasasi dengan kekerasan atau paksa .
mundar-mandir : berulang-alik, berjalan pergi dan balik
nescaya : tidak boleh tidak.


Contoh latihan karangan soalan 1


Sabtu , 7 April 2001
7.00 pagi : Aku dan Kak Ema tiba di Hentian Pekeliling , Kuala Lumpur dari Kota Baharu dengan Ekspres Budaya . Pak Long dan Mak Long sedia menunggu kedatangan kami. Kami bersarapan di sebuah gerai di stesen itu.

9.00 petang : Ke rumah Pak Long yang terletak di kawasan perumahan di Bukit Jalil tidak jauh dari lokasi pusat sukan yang telah mencipta sejarah negara. Anak-anak Pak Long , Najah dan Nazim yang sebaya dengan kami sedia menunggu.

8.00 malam : Kami dibawa bersiar-siar menekmati keindahan ibu kota di waktu malam. Aku terpegun dengan keindahan Menara Kembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur pada waktu malam. Kerlipan lampunya yang seolah-olah mencecah awan . .

Ahad, 8 April 2001

9.00 pagi : Selepas bersarapan , kami bertolak ke Putrajaya . Saya benar-benar terpesona dengan keindahan bangunan-bangunan di bandar pintar tersebut, kami melawat masjid Putrajaya yang berhadapan dengan Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang kelihatan begitu gagah dan mengkagumkan.
.

11.00 pagi : Kami meninggalkan Putrajaya dan menuju ke bandar ‘pintar’ yang ke dua , yang menjadi pusat teknologi maklumat iaitu Cyberjaya. Cyberjaya adalah pengkalan beberapa syarikat multimedia yang paling inovatif dan paling besar di dunia Di sini juga di dirikan Universiti Multimedia

6.00 petang : Sebuah teksi telah sedia untuk membawa kami ke KLIA, Pak Long sekeluarga akan ke Kota Baharu . Penerbagan kami dijadualkan pukul 8.40 malam. Belum panas punggung, kami telah sampai. Seperti yang dijangkakan ayah dan datuk sedia menyambut kedatangan Pak Long dan keluarga. Walaupun cuma dua hari di rumah Pak Long, kami berasa puas.