Isnin, 23 Ogos 2010

CONTOHKARANGAN BERFORMAT

Laporan Pertandingan Pidato

Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini telah menganjurkan pertandingan pidato. Pertandingan ini diadakan pada 6 April 2010 di dewan sekolah. Pertandingan yang bermula pada pukul 9.00 pagi.

Pertandingan pidato ini diadakan bertujuan memilih wakil sekolah untuk menyertai pertandingan pidato di peringkat daerah. Selain ini, pertandingan ini akan memberi peluang murid-murid menonjolkan bakat masing-masing dalam pidato.

Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap dua. Pada peringkat awal sebanyak 30 orang murid telah menyampaikan pidato masing-masing. Lapan orang murid sahaja yang dipilih untuk pertandingan akhir.

Hakim pertandingan akhir terdiri daripada beberapa orang guru iaitu Cikgu Aminuddin Sarmiran, beliau telah menghakimi bahagian isi, Cikgu Anuar Ahmad telah menghakimi bahagian penyampaian, dan Cikgu Bangidin Bedu pula telah menghakimi bahagian bahasa. Dua orang murid telah ditugaskan menjaga masa.-

Johan pertandingan ini ialah Amira binti Amir, Tahun 6 Bestari. Naib johan Amrizan bin Zaman dari Tahun 6 Jujur, dan tempat ketiga pula ialah Azmi bin Mohamad dari Tahun 5 Amanah. Amira binti Amir akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

Pertandingan pada tahun ini telah mendapat sambutan yang hebat berdasarkan penyertaan murid, berbanding tahun lalu. Selain itu, murid-murid telah menunjukkan minat yang mendalam apabila dewan sekolah telah penuh sesak dengan kehadiran mereka untuk menyeksikan pertandingan tersebut.


Disediakan oleh, 12 APRIL 2010

…………………

(JASMIN BINTI JASMAN)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
Sepang, Selangor.


Contoh Karangan Syarahan

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Sikap berusaha dan berdikari perlu bagi seseorang pelajar.’
Hadirin sekelian,
Berusaha bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.Berdikari pula bermaksud , berusaha tanpa megharapkan bantuan orang lain. Sikap berusaha dan berdikari akan membawa kejayaan dan akan dihormati oleh masyarakat.
Seseorang pelajar perlu menanamkan sikap berusaha dan berdikari. Mereka tidak boleh semata-mata mengharapkan ajaran guru sahaja . Mereka perlu rajin, berusaha dan berdikari untuk berjaya dengan cemerlang.
Hadirin sekelian,
Masyarakat yang kuat berusaha dan berdikari adalah masyarakat maju. Sebagai contoh negara Jepun, usaha gigih dan berdikara rakyatnya telah meletakan Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia pada hari ini.
Oleh itu , kita janganlah mengharapkan yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek , jika ingin merangkul kecemerlangan kita mesti kuat berusaha. Negara pula tidak akan maju selagi rakyatnya hanya mengharapkan subsidi daripada kerajaan dan tidak mampu berdikari . Saya akhiri syarahan ini dengan serangkap pantun;
Hidangan tersaji hendaklah dijamah ,
Jangan terlupa membasuh tangan ;
Mengharap bantuan , tandanya lemah ,
Berusaha berdikar kunci kegemilangan .
Sekian , terima kasih .




Contoh Karangan Ucapan


Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, yang diraikan Cikgu Nor Ekhsan, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir bagi Cikgu Nor Ekhsan di sekolah ini. Cikgu Nor Ekhsan telah menerima segulung ijazah setelah menamatkan Pengajian Jarak Jauh di Universiti Putra Malaysia dan akan bertukar ke sekolah menengah. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan tahniah dan selamat berpisah kepada cikgu.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tempoh tujuh tahun cikgu di sekolah ini, banyak ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada kami, lebih-lebih lagi cikgu merupakan seorang guru yang serba boleh. Dengan usaha cikgu yang tidak mengenal jemu telah membuahkan kecemerlangan dalam UPSR pada setiap tahun.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih atas pengorbanan cikgu membantu kami meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikum. Sesungguhnya segala nasihat dan tunjuk ajar cikgu akan sentiasa tersemat di hati kami.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini juga, kami melahirkan rasa bangga atas kejayaan cikgu. Semoga kejayaan tersebut akan mendorong kami berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kecemerlangan bagi diri kami.

Akhir sekali, saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan selamat berpisah dan selamat berjaya kepada Cikgu Nor Ekhsan dan doa kami semoga cikgu akan terus berjaya dan bahagia selalau di samping keluarga tersayang.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.


Contoh Karangan Surat Rasmi

Persatuan Tunas Kadet Remaja,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.


Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan. 05 MAC 2010

Tuan,

Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuki.

2. Ahli Jawatankuasa Persatuan Kadet Remaja sekolah akan mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Perhemahan ini akan diadakan pada cuti pertengahan penggal yang akan datang selama tiga hari, dua malam iaitu pada 28 Mei hingga 30 Mei 2010

3. Kami bercadang untuk mengadakan perkhemahan ini di Hutan Reakriasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Tempat ini dipilih kerana mempunyai persekitaran yang mencabar kepada para ahli .

4. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama dan sebagainya.

5. Sebanyak 30 orang ahli akan menyertai perkhemahan ini. Mereka terdiri daripada murid tahun empat hingga tahun enam. Selain itu, empat orang guru penasihat akan turut serta dalam perkhemahan ini.

Besarlah harapan kami agar permohonan ini dapat dipertimbangkan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

Darsan Aliman
…………………………………
(DARSAN BIN ALIMAN)
Setiausaha Persatuan Tunas Kadet Remaja
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.


Baca contoh berita .

PROGRAM MAJU DIRI

SEPANG, Ahad – Sebanyak 100 orang murid telah mengikuti Program Maju Diri yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Sekolah Kebangsaan Bagan Lalang. Kursus yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menurut Guru Besar sekolah tersebut Encik Bangidin bin Bedu, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar di samping memberikan ketahanan fizikal dan mental .

Program ini diadakan di pantai peranginan Bagan Lalang selama tiga hari iaitu pada 26 Mei 2010 hingga 28 Mei 2010 . Peserta-peserta program terdiri daripada murid-murid tahun lima sebagai persediaan menghadapai UPSR 2010.

“Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini kerana program ini telah memberikan saya banyak pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para penceramah yang berpengalaman,” kata adik Alia Mohamad salah seorang peserta program ini.

“ Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana membuat persiapan awal kepada murid-murid tahun lima untuk menghadapai UPSR 2010,” kata Encik Sailan Misran yang ditemui pada hari penutup program.

Program ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG , Dr. Jaluddin Buang . Beliau menyeru para ibu bapa memberikan sokongan padu untuk program-program yang dijangka akan diadakan secara berterusan.

KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar.
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

Khamis, 24 Jun 2010

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDIA IBU BAPA

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.
"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.
"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.
"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Isnin, 14 Jun 2010

LANTIHAN SOALAN RAMALAN (2) BAHAGIAN B

SOALAN RAMALAN 2

1 Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Tulis catatan mengenai sukan tersebut.



2 Kamu ialah seorang pengawas sekolah. Pada waktu rehat, kamu telah melihat dua orang murid sedang bertengkar. Kamu cuba untuk mendamaikan mereka. Tuliskan dialog antara kamu dan dua orang murid itu.


3 Aku dan beberapa orang rakanku sedang membersihkan tapak untuk mendirikan khemah. Tiba-tiba salah seorang daripada rakanku pengsan.

Lengkapkan cerita di atas.



Contoh Jawapan:

Soalan 1

Sabtu, 24 Mei 2010

7.30 pagi - Aku tiba di sekolah. Ramai rakan-rakanku telah tiba lebih awal. Kami terus berkumpul di rumah sukan masing-masing untuk mendengar taklimat daripada ketua rumah.

8.00 pagi - Para tetamu telah mula memenuhi khemah-khemah tetamu kerana acara sukan akan bermula.

8.30 pagi - Acara sukan bermula dengan acara-acara sukanika murid pra sekolah dan murid tahap satu. Antara acara yang menarik ialah acara tiup belon dan rebut hadiah murid pra sekolah. Pelbagai aksi yang melucukan dapat disaksikan.

10.00 pagi - Waktu rehat, para hadirin dihiburkan dengan persembahan gimrama oleh murid-murid tahun empat. Persembahan ini telah mendapat tepukan gemuruh.

10.30 pagi - Acara sukan tahap dua bermula. Setiap rumah telah menunjukkan persaingan yang sengit untuk menjadi juara. Acara kemuncak ialah tarik tali antara rumah. Rumah saya, rumah merah telah muncul sebagai juara.

12.00 tengah hari - Upacara penutup dan penyampaian hadiah dijalankan. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah telah menyempurnakan upacara tersebut. Rumah Merah telah muncul sebagai juara keseluruhan temasya sukan kali ini.

Contoh Jawapan:

Soalan 2


Pengawas : Hisham, Zaki! Mengapa kamu bertengkar?
Hisham : Zaki telah mengambil duit saya ketika saya tiada di dalam kelas.
Pengawas : Kamu tidak boleh menuduh seseorang itu mengambil duit kamu jika kamu tidak mempunyai bukti dan saksi.
Zaki : Sebenarnya saya telah menjelaskan kepada Hisham bahawa saya tidak mencuri duitnya. Tetapi Hisham tidak mempercayainya.
Pengawas : Bertenanglah. Janganlah kamu terus bertegang leher kerana tidak akan menyelesaikan masalah. Hisham, sudah kamu periksa dengan teliti meja kamu?
Hisham : Saya telah memeriksa laci meja saya tetapi duit itu tidak ada di situ.
Pengawas : Kamu Zaki! Ada kamu melihat sesiapa menghampiri meja Hisham ketika dia tiada di dalam kelas.
Zaki : Saya kurang pasti kerana ketika Hisham pergi ke tandas, saya dan Sailan pergi menemui Cikgu Zainab di hadapan kelas.
Pengawas : Baiklah Hisham, Zaki. Sebenarnya tiada siapa yang tahu orang yang telah mengambil duit itu. Janganlah kamu bertengkar lagi. Biarlah kita adukan masalah ini kepada Guru Disiplin untuk disiasat.
Hisham : Saya minta maaf, Zaki kerana menuduh kamu mengambil duit saya.
Zaki : Tidak mengapa. Saya sedia memaafkan kamu.
Pengawas : Semoga kamu akan berbaik-baik semula.


Contoh jawapan soalan 3


Aku, Nasir, dan Hilal sedang membersihkan tapak perkhemahan. Kami mencabut rumput dan membuang daun serta ranting kering. Tiba-tiba, Hilal menjerit, “Nasir pengsan! ”.

Aku dan Hilal tergamam seketika. Kami meghampiri Nasir. Muka Nasir kelihatan pucat dan tidak bermaya. Aku dan Hilal segera memapah Nasir dan membawanya ke bawah pokok. Aku menyuruh Hilal mengambil kotak ubat yang kami bawa.

Aku pasti Nasir pengsan kerana keletihan dan tambahan pula dia belum bersarapan lagi. Aku membuka butang bajunya, sambil mengipas-ngipaskannya. Hilal menyapukan minyak angin di bahagian kepala dan leher Nasir. Lima minit berlalu, namun Nasir masih tidak sedar.

Aku dan Hilal mengambil keputusan untuk membawa Nasir ke hospital. Kami segera memapahnya ke tepi jalan. Aku menahan sebuah kereta dan meminta pemandunya menghantar Nasir ke hospital.

Sampai di hospital , aku memberitahu doktor mengenai kejadian yang menimpa Nasir. Nasir telah dibawa ke unit rawatan rapi. Aku berdoa semoga Nasir akan selamat.

Sepuluh minit kemudian, doktor yang merawat Amran menepuk-nepuk bahuku sambil berkata, “Mujurlah kamu dapat memberi pertolongan segera, kalau tidak mungkin….” Aku bersyukur kerana Nasir selamat walaupun terpaksa membatalkan hasrat untuk berkhemah .

Isnin, 7 Jun 2010

LANTIHAN SOALAN RAMALAN (1) BAHAGIAN B

SOALAN RAMALAN 1
1 Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu diminta menulis surat
kepada guru besar untuk meminta kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar.
Tulis surat kamu selengkapnya.

2 Sebelum cuti akhir tahun bermula, kelas kamu akan mengadakan jamuan perpisahan. Sebagai ketua kelas kamu dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis jamuan tersebut.
Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.

3 Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang. Akan tetapi, dengan tidak disangka-sangka…

Lengkapkan cerita di atas.









Contoh jawapan 1

Khilawati binti Haji Mohamad Nasir,
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
39500 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.


Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
39500 Sungai Pelik, Sepang,

Selangor Darul Ehsan. 2 JUN 2011

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Balai Berita

Sukacita dimaklumkan, Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini bercadang akan mengadakan lawatan ke Balai Berita, Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, saya, Nurun Najihah binti Mohamad, setiausaha persatuan ini memohon kebenaran mengadakan lawatan tersebut.

2. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mendedahkan ahli-ahli persatuan tentang cara-cara penerbitan surat khabar khususnya akhbar DIDIK. Pengalaman tersebut diharapkan akan dapat membantu ahli-ahli persatuan menerbitkan buletinnya sendiri.

3. Kami bercadang untuk mengadakan lawatan itu pada hari Sabtu bersamaan dengan 26 Julai 2010. Rombongan ini dijadualkan bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan balik pada pukul 3.00 petang.

4. Lawatan ini akan disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat persatuan ini iaitu Cikgu Hilal bin Mohamad Nor dan Cikgu Jamiah binti Yasin.

5. Saya berharap pihak tuan tidak keberatan memberikan kebenaran kepada persatuan ini untuk mengadakan lawatan tersebut. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,

Khilawati Mohamad Nasir
…………………………………
(KHILAWATI BINTI HAJI MOHAMAD NASIR)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,




Contoh jawapan 2


Yang mulia Tuan Pengurusi Majlis. Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir bagi kami di sekolah ini. Tidak dapat digambarkan betapa pilunya hati kami untuk meninggalkan sekolah ini. Maklumlah sudah enam tahun kami belajar di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tempoh tersebut, tentulah banyak ilmu dan pengalaman serta kejayaan yang kami perolehi. Semua ini adalah hasil kerja keras guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik kami menjadi insan yang cemerlang dalam semua bidang.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang telah banyak membimbing kami. Kami tidak mampu membalas jasa cikgu. Semoga Allah akan membalasnya.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini juga , kami meminta maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang kami belajar di sekolah ini.Segala yang baik itu akan kami jadikan teladan dan yang buruk itu kami jadikan sempadan.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan selamat berpisah kepada guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita bertemu kembali.

Sekian, terima kasih.






Contoh jawapan 3

Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang. Akan tetapi, dengan tidak disangka-sangka ayah terdengar bunyi pintu dibuka ‘krek……’ . “Siapa di dapur!” ayah bersuara. “Kali ini nahas aku,” bisik hati kecilku.

Aku terus menuju ke bilik air. Belum sempat aku membuka pintu, ayah telah tercegat di depanku. “Zali pergi kemana tadi? Kenapa tak beritahu ayah dan ibu? Kenapa?!…” Aku terpaku, terkunci mulutku untuk berkata-kata, membisu seribu bahasa.

Ayah terus berkhutbah. “Lain kali kalau hendak pergi kemana-mana beritahulah kepada ayah atau ibu. Budak baik patut meminta kebenaran ibu bapa sebelum keluar rumah supaya tidak menimbulkan kerisauan kepada orang tua”.

“Ayah dah tahu segala-galanya, tak payahlah Zali hendak beri alasan lagi. Tadi kawan ayah telefon, nampak Zali dengan kawan-kawan sedang melepak di pasaraya”. Ayah terus menyerangku.

Kini giliran ibu pula, “Zali memang suka membuang masa. Bukankah lebih baik Zali duduk di rumah mengulangkaji pelajaran, lagipun UPSR sudah hampir benar. Zali ingat, mudah untuk mendapat 5A? Pergi mandi! Jangan buat lagi”.

Selepas mendengar kata-kata ayah dan ibu, aku pun mengakui kesalahan aku dan segera meminta maaf kepada ayah dan ibu. Mereka tersenyum lalu mengusap kepala aku. Kini, aku telah insaf. Aku berjanji tidak akan melakukan kesalahan seperti itu lagi.

Penyakit Hati

Jabatan Agama Islam Selangor
PENYAKIT HATI
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Berdasarkan ayat 28 dalam surah Ar-Ra’du marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT, kerana zikir ini dapat memberikan ketenangan hati kepada seseorang.

Sesungguhnya hati manusia memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk peribadi seseorang insan. Hati yang baik akan melahirkan tingkah-laku yang baik dalam diri seseorang, manakala hati yang tidak baik pula akan menzahirkan sifat-sifat keji dan mazmumah dalam diri seseorang insan.

Rasulullah SAW bersabda;
“Bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging, sekiranya baik daging tersebut maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging tersebut maka rosaklah seluruh tubuh, daging tersebut ialah hati”(Riwayat Bukhari dan muslim)
Imam Gazali ra membahagikan atau ‘Al-Qalbu’ kepada dua pengertian iaitu;

Pertama: Hati sebagai segumpal daging yang terletak di dada sebelah kiri manusia yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia.

Kedua: Hati dalam erti yang halus bersifat ketuhanan dalam rohani yang ada hubungan dengan hati jasmani yang pertama tadi. Hati dalam erti kata yang kedua ini disebut juga sebagai jiwa dan perasaan yang mendorong manusia melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan. Kebaikan yang dilakukannya oleh manusia adalah kerana hati dan rohaninya baik, sedangkan kejahatan yang dilakukannya pula adalah kerana hati dan jiwanya telah rosak dan sakit.

Penyakit hati adalah berpunca daripada sifat-sifat keji (mazmumah) yang wujud dalam diri manusia, didalangi oleh iblis dan syaitan laknattullah. Dan syaitan adalah musuh yang sentiasa berusaha untuk memiliki dan menguasai hati dan
jiwa anak-anak Adam sehinggalah hari kiamat. Oleh kerana itu, adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk memelihara hati daripada dimasuki dan dikuasai oleh syaitan.

Imam Gazali menyatakan di dalam kitab ‘Ihya’ Ulummudin ada dinyatakan bahawa hati manusia akan dapat dikuasai oleh syaitan melalui beberapa cara, antaranya;
*Perasaan Marah.
Syaitan akan sentiasa mengapi-apikan sehingga manusia sanggup melakukan perkara-perkara di luar batas kemanusiaan.

*Perasaan Hasad Dan Dengki.
Syaitan juga akan mengapi-apikan sehingga menyebabkan berlakunya fitnah-menfitnah sesama manusia.

*Apabila Manusia Mengutamakan Nafsu Shawat.
Syaitan akan melalaikan manusia daripada melakukan Solat dan Zikrullah.

*Sifat Bakhil Dan Kedekut.
Penyebab kepada manusia susah untuk bersedekah dan menginfaqkan hartanya pada perkara-perkara kebaikan.

*Terlalu Tergopoh-Gapah Dan Tidak Istiqamah Dalam Berbagai-Bagai Urusan.
Bersikap fanatik terhadap perasaan sendiri dan meremehkan pendapat orang lain, kerana syaitan akan menimbulkan jalan bahawa perbuatan itu adalah benar dan menyangka ia telah berbuat kebaikan. Bersangka buruk sesama umat Islam, sentiasa berperasaan was-was dan lain-lain lagi.

Apabila hati manusia telah dapat digoda dan dipengaruhi oleh bisikan syaitan, maka akan timbullah pula berbagai jenis penyakit hati, antaranya:

1: Sentiasa memenuhi kehendak dan tuntutan nafsu syahwat dan mengenepikan tuntutan agama. Golongan ini dianggap sebagai bertuhankan nafsu sendiri. Firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan ayat 43;
„Terangkan kepadaku (wahai Muhammad) tentang keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi penjaga (yang menjaganya supaya tidak sesat?)‟
Sentiasa melakukan kesalahan demi kesalahan dan tidak pernah pula menyesal atas kesalahan yang telah dilakukan. Golongan ini sentiasa menambah dosa diri

dari sehari ke sehari sehinggalah hati mereka tertutup dari menerima hidayah Allah SWT.

2. Di antara tanda hati yang sakit juga ialah apabila kemewahan dunia telah menguasai diri seseorang, maka pada saat itu ia tidak lagi mengingati kehidupan akhirat dan tidak akan berusaha untuk mendapatkannya. Rasa tamak haloba yang bersarang dalam hatinya menyebabkan ia terus mengejar kekayaan di dunia dengan apa cara sekalipun, tidak mengira halal haram sehingga sanggup melakukan penipuan, rasuah dan sebagainya semata-mata ingin menggapai apa yang dihajati daripada milik orang lain.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud;
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) diantara kamu dengan jalan yang batil (yang salah menurut syara‟) dan janganlah pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”

Apa yang kita lihat dikalangan masyarakat kita pada hari ini, terjadinya perselisihan faham, kekecohan, pergaduhan, perebutan kuasa dan sebagainya adalah disebabkan oleh perasaan hasad dengki dan tamak haloba yang telah bersarang di dalam hati mereka. Mereka hanya mengutamakan nafsu dan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup melontarkan berbagai-bagai tuduhan dan fitnah kepada kesepaduan masyarakat umum. Akibatnya masyarakat menjadi berpecah-belah dan kehidupan mereka menjadi tidak tenteram. Dalam keadaan begini pun, mereka masih lagi mahu menggunakan kesempatan yang ada untuk memenuhi keinginan nafsu syawat mereka.


Penyakit hati yang disebabkan dari sifat-sifat Mazmumah, jika tidak diubati pasti akan merosakkan ahklak dan budi pekerti seseorang muslim. Oleh kerana itu, hati manusia yang telah sakit itu perlulah diubati segera bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat sekeliling. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka, apakah ubatnya yang paling mujarab untuk menyembuhkan hati yang telah sakit itu? Apakah dengan berhibur di pusat-pusat hiburan seperti karaoke sebagainya atau dengan menuntut filem-filem yang melalaikan? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah dengan memperbanyakkan Zikrullah.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 28:
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati dengan zikrullah” ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Perlu diingati bahawa Zikrullah itu bukan sahaja di majlis-majlis tertentu, bahkan ianya hendaklah dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa yang kita inginkan sama ada kita sedang berdiri, duduk, berbaring dan sebagainya.
Sebagai seorang hamba yang mengaku beriman kepada Allah SWT, marilah kita membersihkan jiwa kita daripada sifat-sifat Mazmumah yang menjadi penyebab kepada berlakunya penyakit hati. Hendaklah kita sentiasa mengingati Allah SWT dan bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan olehnya kerana dengan cara demikian kita akan dapat menundukkan perasaan tamak haloba, hasad dengki dan segala macam bentuk penyakit hati yang lain.
“Oleh itu, ingatlah kamu kepadaku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang), supaya aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatku)”
(Al-Baqarah ayat 152)

Jumaat, 21 Mei 2010

KLINIK KARANGAN SYARAHAN

KARANGAN SYARAHAN

Pengenalan

Satu daripada jenis karangan yang kerap diuji dalam UPSR ialah karangan syarahan. Karangan jenis ini adalah karangan berformat. Untuk menulis karangan jenis ini, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah:

• kata-kata aluan sebagai hormat kepada hadirin.

• untuk pertandingan menyebut ‘para hakim’.

• Kata-kata aluan dimulakan dengan pengurusi majlis, kemudian diikuti
mereka yang tinggi kedudukannya.

• menyebut ‘para hadirin’ untuk menimbulkan suasana bersyarah .

• kata alu-aluan dianggap pendahuluan, ‘terima kasih’ di akhir syarahan dianggap penutup.

Soalan Perbincangan

Kamu telah menyertai pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang kamu pilih ialah ‘Disiplin Penentu Kejayaan Pelajar’. Tuliskan syarahan kamu itu sengkapnya.

Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


Langkah 1

Memahami Kehendak Soalan;
Karangan ini menghendaki kamu menulis sebuah syarahan dengan menyatakan sebab dan kepentingan disiplin dalam menentukan kejayaan dan kecemerlangan hidup seseorang terutamanya pelajar.


Langkah 2

Isi Penting dan Kerangka;
Kamu hendaklah menyediakan isi-isi dan kerangka karangan berdasarkan konsep peta minda. Peta minda atau kerangka karangan hendaklah dibuat secara ringkas sahaja. Apa yang penting ialah kamu dapat menyatakan isi-isi penting yang diperlukan untuk menulis ucapan tersebut.

Langkah 3

Menulis Karangan;
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya kamu tidak kehilangan markah di bahagian ini.


Baca contoh karangan di bawah ini.

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Disiplin Penentu Kejayaan.’

Hadirin sekalian,

Tahap disiplin kebanyakan pelajar pada masa kini dikatakan berada pada tahap yang agak membimbingkan. Pelbagai pengaruh negatif telah menggugat disiplin dan ketahanan diri pelajar yang sepatutnya mempunyai tahap disiplin yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

Hadirin sekalian,

Untuk mencapai kejayaan, para pelajar mestilah memiliki disiplin yang tinggi. Hal ini, membolehkan para pelajar membina sahsiah yang baik dan sentiasa patuh peraturan-peraturan yang ditetapkan. Justeru itu, para pelajar mampu mengawal diri mereka daripada ancaman pengaruh negatif yang merosakkan.

Selain itu, para pelajar akan terdorong untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Malahan, para pelajar juga tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan norma-norma kehidupan masyarakat seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, dan lepak. Dengan itu, para pelajar akan dapat membina tingkah laku yang lebih baik dan dihormati oleh masyarakat.

Hadirin sekalian,

Pemupukan aspek disiplin perlu disertai dengan keyakinan dan kekuatan diri pelajar. Oleh itu, para pelajar sepatutnya memperkasakan diri mereka dengan ajaran agama, dan menghindari sebarang bentuk aktiviti yang boleh mendorong mereka melakukan perlanggaran disiplin. Jika para pelajar bersedia dengan sepenuh hati, kejayaan pasti menanti mereka.

Hadirin sekalian,

Daripada hujah-hujah yang telah saya sampaikan, jelaslah bahawa para pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi akan lebih mudah menjulang kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan mereka kelak.

Sekian, terima kasih.


Langkah 4


Selepas mengarang, kamu hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan Minggu Ini:

Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah ‘ Rakyat Sihat Negara Makmur’. Tuliskan syarahan kamu itu selengkapnya.

2. Kamu telah mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan yang kamu pilih ialah ‘ Keluarga Cemerlang, masyarakat terbilang’. Tuliskan syarahan kamu itu selengkapnya.

3. Kamu telah mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan yang diadakan di sekolah. Tajuk syarahan yang kamu pilih ialah ‘Pentingnya Perpustakaan’’. Tuliskan syarahan kamu itu selengkapnya.


GLOSARI


bankrap menderita kerugian dan tidak mampu membayar segala hutangnya sehingga perniagaannya tidak dapat teruskan, jatuh miskin dan habis harta bendanya


bengkel tempat membaiki kenderaan yang rosak, kilang kecil tempat tukang-tukang bekerja,tempat pertemuan seniman, pelukis, penulis dan lain-lain, mesyuarat atau perbincangan untuk bertukar-tukar pendapat

aliran

gerakan sesuatu yang cair, gerakan mengalir, gerakan
tenaga elektrik melalui kawat, haluan.

pusing berputar, mengalihkan hala, memeningkan,
membingungkan tak ambil tahu,
singkat tidak lama tempohnya, sekejap, sebentarringkas, cetek akal

susul mengejar sesuatu yang terdahulu, mengikuti, menyelidiki,


cagar barang yang jadi taruhan apabila hutang,cengkeram, pendahuluan


Contoh jawapan

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, dan hadirin sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah ‘Rakyat Sihat Negara Makmur.’

Hadirin sekalian,

Biarlah saya huraikan apa yang dimaksudkan dengan rakyat yang sihat. Rakyat yang sihat ialah mereka yang sihat fizikal dan mental. Untuk melahirkan rakyat yang sihat, kita memerlukan makanan yang seimbang dan berzat. Selain itu, kita juga memerlukan persekitaran yang tenteram.

Kerajaan kita telah menyediakan pelbagai kemudahan perubatan untuk memastikan rakyat negara ini mendapat rawatan yang terbaik. Dengan hal yang demikian, rakyat akan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Rakyat yang sihat akan dapat meningkatkan produktiviti dalam apa juga bidang yang diceburi. Bukankah ini akan memberi pulangan yang besar kepada negara?

Hadirin sekalian,

Rakyat yang mempunyai mental atau emosi yang sihat pula akan berfikiran lebih rasional. Kita tidak mungkin melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh merosakkan diri sendiri, masyarakat, dan negara. Di dalam sebuah negara yang berbilang kaum. Kita tentunya akan berusaha untuk mewujudkan perpaduan antara kaum.

Selain itu, jika sesebuah negara memiliki rakyat yang berkualiti, negara tersebut akan disegani oleh negara-negara lain. Inilah sebenarnya yang sedang berlaku sekarang. Negara kita yang berupaya mengekalkan kemakmuran dan keharmonian, telah menjadi contoh kepada negara-negara lain.

Hadirin sekalian,

Bagi mengakhiri syarahan ini, saya menyeru kepada para hadirin, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memastikan negara kita ini akan terus menikmati kemakmuran kerana rakyatnya sentiasa sihat.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 20 Mei 2010

CATATAN HARIAN

CATATAN HARIAN



Pengenalan

• Karangan jenis catatan harian ini ialah catatan penulis tentang peristiwa yang dialamai atau dilalui oleh penulis.

• Catatan Harian dikenali juga sebagai diari.

• Terbahagi kepada dua bentuk, itu catatan sehari dan catatan beberapa hari.

• Jika sehari, sertakan haribulan, hari, dan waktu berlakunya sesuatu aktiviti atau peristiwa.

• Jika catatan beberapa hari, sertakan hari, haribulan, dan waktu jika perlu.

• Waktu peristiwa atau aktiviti yang dicatat merupakan perkara penting yang dengan tajuk.

• Cara penulisan karangan jenis catatan ini seperti sebuah cerita. Urutan peristiwa atau aktiviti perlu disusun agar menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnya.


Soalan Perbincangan

Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan di sekolah kamu sempena kempen kebersihan. Kamu dikehendaki menulis catatan mengenai aktiviti tersebut.

Tulis catatan itu selengkapnya.

Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.





Langkah 1

Sebelum kamu menulis karanga ini, kamu hendaklah memahami soalan tersebut. Soalan ini,
Menghendaki kamu mencatat perjalanan satu aktiviti gotong=royong yang diadakan
di sekolah kamu. Kamu hendaklah mencatat semua aktiviti dari mula hingga selesai aktiviti tersebut.

Langkah 2
Maklumat-maklumat yang kamu perolehi bolehlah disusun dengan berdasarkan peta minda . Antara contoh maklumat yang sesuai dengan soalan tersebut ialah siapa terlibat, masa, peralatan, apa yang dibuat, jamuan dan sebagainya.


Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, kamu bolehlah menulis karangan. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya kamu tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.

Gotong-royong

7.30 pagi - Ibu bapa dan murid-murid membanjiri perkarangan sekolah dengan membawa pelbagai peralatan untuk aktiviti gotong-royong.

8.00 pagi - Ucapan dan taklimat daripada Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohammad Noor bin Sanusi. Beliau melahirkan rasa terharu dan terima kasih terhadap sambutan yang ditunjukkan oleh ibu bapa untuk bergotong-royong.

8.30 pagi - Aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah dimulakan . Ibu bapa dan guru-guru membersikan kawasan persekitaran sekolah. Murid-murid pula membersihkan bilik darjah masing-masing.

10.30 pagi - Kerja-kerja pembersihan diberhentikan seketika untuk membasah tekak, sambil menikmati pelbagai hidangan kuih-muih di kantin sekolah. Sambil minum mereka berbual-bual.

11.00 pagi – Ketibaan wakil Pegawai Pendidikan Daerah, Tuan Haji Sailan bin Misran. Beliau bersama-sama ibu bapa menanam anak-anak pokok hiasa, sumbangan daripada seorang dermawan yang juga bekas murid sekolah ini.

12.00 tengah hari - Gotong-royong berakhir . Semua hadirin dijemput ke kantin sekolah untuk dijamu makan tengah hari. Sebelum. bersurai Tuan Guru Besar dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah telah menyampaikan ucapan ringkas mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.








Langkah 4

• Selepas mengarang, kamu hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semula kesalahan tatabahasa iaitu penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.





Latihan minggu ini.

1 Kamu berpeluang bercuti di satu tempat yang sangat menarik. Tuliskan catatan mengenai lawatan mengenai percutian kamu itu.

2 Baru-baru ini kamu telah menyertai lawatan ke sekolah pendidikan khas. Tulis catatan kamu, sepanjang lawatan tersebut.

3 Sambutan Hari Guru telah diadakan secara besar-besaran di sekolah kamu.
Tuliskan catatan mengenai sambutan tersebut selengkapnya.

GLOSARI:

aras : hingga ke, sampai ke, paras, takat, muka air dan lain-lain
yang disukat dalam isi padu, tingkat atau ketinggian
bangunan, ketinggian yang lazimnya digunakan sebagai
mengukur lilit, garis pusat dan luas pangkal pkok hidup
debu : tanah kering tau bahan laindalam bentu serbuk halus yang
menutupi bumi, permukaan benda atau yang berterbangan
ditiup angin.
publisiti penerangan atau hal mengenai seseorang(peristiwa atau keluaran
dan lain-lain) yang dihebahkan melalui alat sebaran am untuk
menarik perhatian umum; contoh memperkenalkan
barang-barang baru, keadaan diketahui atau dilihat
oleh orang ramai.
catat : menulis atau merakamkan sesuatu dalam buku dan
lain-lain untuk peringaan, perhatian pada masa
hadapan, membuat, merintis, memelopori, mencapai,
memperoleh, mendapat kemenangan
luput : hilang atau lenyap seperti zaman dongeng-mendongeng
yang sudah, hilang daripada hati atau lenyap daripada
ingatan, hilang daripada mata, terhindar daripada sesuatu,
terjauhkan atau terlepas daripada dakwaan, tidak mengena
pada sasaran, menyimpang daripada sasaran
gagah : kuat, mempunyai tenaga, bertenaga, berani, perkasa atau
sangat berani, besar dan tegap badan
namun : asalkan atau sahaja, kalau, sekadar, akan atau hal,
berhubung dengan, berkenaan, tentang, biarpun, meskipun
sungguhpun, walaupun .
nescaya : tidak boleh tidak, sudah tentu, menjadikantidak boleh
tidak, perihal tidak boleh tidak






Contoh latihan karangan soalan 3

Sabtu
10 MEI 2010

7.30 pagi : Semua peserta rombongan berkumpul di dewan sekolah. Guru pengiring Cikgu Azima memberi taklimat lawatan.

8.00 pagi : Bertolak menaiki bas yang disewa khas. Kami bebual-bual sambil menikmai keindahan sepanjang perjalanan. Kami sempat mencatat nama-nama tempat yang kami lalui.

9.30 pagi : Sampai ke destinasi kami, Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya, Sungai Pelek. Kami disambut mesra oleh Encik Angsor Karimon selaku pengetua pusat latihan tersebut. Menurut Encik Angsor pusat latihan vokasional ini menyediakan kursus pendawaian letrik, jahitan, motor mekanik, dan pertukangan perabut rotan.

10.00 pagi : Kami dibawa melawat ke bahagian latihan. Kami dapat melihat bagaimana pelajar-pelajar golongan kurang upaya ini belajar untuk mendapatkan sesuatu kemahiran.

11.00 pagi : Kami dibawa melawat pusat jualan atau pameran hasil kerja para peserta kursus. Pelbagai bentuk perabut rotan siap dipamerkan. Selain itu, terdapat juga barangan yang dibuat daripada buluh sebagai barangan cendera mata. Saya tidak melepaskan peluang membelinya.

2.00 petang : Kami sampai di sekolah. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumah. Saya akan menceritakan pengalaman yang menarik itu kepada adik.

Rabu, 19 Mei 2010

Penulisan Berita

BERITA



Pengenalan

• Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.

• Semasa menulis karangan berita, kamu harus mengingat lima persoalan, iaitu Apa? Siapa? Bila? Di mana?, dan Mengapa?

• Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan .

• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.

• Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.

• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara

• Semasa menulis karangan berita, kamu harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana .


 Apa ?
 Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
 Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.

 Bila ?
 Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
 Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
 Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.

 Di mana ?
 Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.
 Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.

 Siapa ?
 Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
 Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
 Adakalanya umur juga perlu ditulis .

 Mengapa ?
 mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
 sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.

 Bagaimana?
 menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.



Soalan Perbincangan Minggu ini

Sekolah kamu telah mengadakan satu program sempena persaraan Perdana Menteri. Kamu diminta menulis berita tentang program tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.

Panjang berita, mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.



Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan berita tersebut dengan teliti. Garis maklumat-maklumat yang penting supaya tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka berita.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka berita . Sebaik-baiknya kerangka berita yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas. Apa yang penting kamu dapat memahaminya kerana masa untuk mencari isi penting dan membina peta minda tidak lebih 5 minit.









Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, kamu bolehlah menulis karangan berita. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya kamu tidak kehilangan markah di bahagian ini.









Baca contoh berita di bawah ini.

Tajuk :

Jasamu guru di kenang sepanjang hayat.


SEPANG, 17 Mei – Satu program ‘Jasamu guru dikenang sepanjang hayat’ telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. Program tersebut diadakan sempena ‘Hari Guru’.

Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya ialah ucapan daripada guru dan murid, membaca perutusan Menteri Pendidikan dan Pengarah Pendidikan, melukis poster, mendiklamasi sajak, dan pertandingan tiru gaya Perdana Menteri.

Aktiviti kemuncak program tersebut ialah menandatangani kad gergasi daripada setiap murid sekolah ini. Aktiviti itu bertujuan bagi menyatakan tanda terima kasih kepada guru-guru mereka.

Penyelaras program Encik Angsor bin Karimon berkata objektif utama program ialah untuk memupuk budaya penyayang, terima kasih, di kalangan murid-murid.

“Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah, selaras dengan program-program yang dianjurkan oleh kementerian . Hal ini penting kerana sekolah merupakan tempat penyemai budaya penyayang,” katanya lagi.

Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru turut hadir dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta yang telah memenangi pelbagai pertandingan.


Langkah 4

• Selepas mengarang, kamu hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

• Kamu juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan kamu, terutamanya aspek-aspek seperti di atas. Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang.



Latihan minggu ini.

1. Satu kemalangan jalan raya di tempat kamu. Tulis berita tentang kejadian tersebut selengkapnya.

2. Seoranag murid lemas, sewaktu mandi di tali air di tempat kamu. Tulis berita tentang kejadian tersebut selengkapnya.

3. Satu peristiwa yang mengembirakan telah diadakan di sekolah kamu. Tuliskan berita mengenainya.


Contoh jawapan 2


SUNGAI PETANI 15 MEI. - Seorang murid tahun dua, Muaz Mustafa, 8, lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di sebuah tali air di belakang pasar tani, Sungai Petani, petang kelmarin.

Ketua jabatan Siasatan Jenayah negeri, berkata mangsa yang tinggal di Taman Sentosa, Sungai Petani mandi bersama rakannya di tali air yang baru digali sedalam 2.0 meter dan lemas kira-kira jam 6 petang.

Muaz Mustafa yang dikatakan tidak pandai berenang, diselamatkan seorang penduduk kampung yang melihat kejadian itu.

Mangsa dihantar ke hospital Sungai Petani tetapi disahkan meninggal dunia setibanya di sana.

Ibu mangsa, Kamariah Ismail, 35, hanya mengetahui kejadian itu apabila diberitahu oleh salah seorang rakan anaknya petang kelmarin.

Pihak polis menyeru ibu bapa supaya mengawasi anak-anak daripada bermain di kawasan parit dan tali air.

GLOSARI:

mengunjungi mendatangi untuk melihat-lihat tempat dan lain-lain atau
menemui seseorang,melawat, menziarah
gimik sesuatu tindakan , objek, alat yang luar biasa yang tidak semestinya penting, yang digunakan untuk menarik perhatian umum lazimnya dalam bidang ekonomi dan politik
khasiat faedah atau kebaikan tertentu contoh zat makanan,manfaat
meleleh keluar atau mengalir perlahan-lahan
awas : kawal, jagai, berwaspada, berhati-hati
ria : suka hati kerana mendapat apa yang dihajatkan, riang, gembira
mesyuarat : bersidang , rundingan untuk membincangkan sesuatu
atau mencari sesuatu ketetapan
pengadil : orang yang mengadili sesuatu perkara atau pertandingan sukan,
di mahkamah hakim.
luput : hilang atau lenyap seperti zaman dongeng-mendongeng
yang sudah, hilang daripada hati atau lenyap daripada
ingatan, hilang daripada mata, terhindar daripada sesuatu,
terjauhkan atau terlepas daripada dakwaan, tidak mengena
pada sasaran, menyimpang daripada sasaran
hambat : memburu, mengejar( kerana hendak menangkap atau menyerang)
mashyur : tersebar di serata tempat bagi berita, peristiwa dan lain-lain,
ketahuan ketempat-tempat lain atau negeri-negeri lain, terkenal,
ternama bagi tempat atau orang

Selasa, 18 Mei 2010

AUTOBIOGRAFI

Pengenalan
Karangan autobiografi adalah sejenis karangan yang menceritakan riwayat hidup sesuatu objek, haiwan atau tumbuhan. Oleh itu semasa menulis karangan jenis ini , anda perlu membayangkan diri anda sebagai objek , haiwan atau tumbuhan itu.

Pada umumnya, beberapa perkara di bawah ini perlu diberi perhatian sewaktu anda merangka dan menulis karangan tersebut :

 Perlu menulis di mana dibuat,bahan-bahan yang digunakan,keadaan diri apabila
siap dipasarkan untuk jenis objek

 Untuk haiwan atau tumbuhan perlu diceritakan asal-usul , perkembangan hidup,
keistemewaan, dan pegorbanan atau sumbangan kepada kehidupan umum,

 Gambarkan berasa bangga dapat berkhidmat kepada manusia.

 Boleh menyelitkan perbualan antara sesama rakan.

 Paparkan nilai-nilai murni dan cerita mesti logik.


Soalan Perbincangan Minggu Ini

Tuliskan sebuah karangan bertajuk “Aku Sebuah Robot”
Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.


Langkah 1

Memahami kehendak soalan yang meminta anda menceritakan riwayat hidup Sebuah Robot. Kamu boleh memberi nama robot yang kamu sukai. Selai itu kamu juga hendaklah menentukan fungsi robot yang kamu ceritakan itu.

Langkah 2

Menyediakan isi-isi karangan berdasarkan konsep peta minda. Kamu perlu membiasakan diri mencatat isi-isi penting menggunakan peta minda supaya karangan yang ditulis mempunyai isi dan jalan cerita yang mantap.

Langkah 3

Menulis karangan lengkap berdasarkan isi-isi penting dalam peta minda. Anda perlu mengarang mengikut urutan cerita dan binalah ayat mengikut tatabahasa yang betul.



Contoh karangan


Aku Sebuah Buku

Aku sebuah robot. Namaku ‘Cekap Setia’. Aku dicipta oleh sekumpulan jurutera tempatan. Tujuan aku dicipta ialah untuk membantu golongan orang kurang upaya.

Aku dicipta dengan pelbagai keistimewaan atau fungsi, sebagaimana yang dikehendaki oleh penggunnya. Aku dicipta untuk membantu tuanku yang cacat penglihatan. Aku mampu membantu menyelesaikan masalah tuan aku.

Tuan aku telah membelanjakan hampir RM 100 000,00 untuk menciptakan aku. Dengan kos yang mahal itu membolehkan aku mempunyai pelbagai fungsi, terutama dalam membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak dan mengemas rumah.

Pada suatu hari tuan aku telah membawa aku membeli belah. Kulihat semua mata tertumpu ke arah aku dan tuan aku. Apa tidaknya, apabila tuan aku menyuruh aku memilih barang-barang yang hendak dibeli, dengan pantas aku berjaya mendapatkannya.

Peristiwa yang mencabar hidupku ialah apabila aku berjaya menggagalkan satu rompakan di sebuah bank. Ketika itu tuan aku sedang berurusan di sebuah bank tiba-tiba sekumpulan perompak bersenjata api menyerbu bank tersebut. Apa lagi aku pun merampas senjata itu dengan kuasa magnetku yang kuat.

Kini aku dihantar semula kepada pereka ciptanya untuk ditingkatkan fungsi dan keupayaan aku. Aku yakin selepas ini aku dapat membantu tuan aku dengan lebih baik lagi.

Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian agar anda tidak kehilangan markah ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Soalan Latihan Minggu Ini

1. Tulis sebuah karangan bertajuk “Aku Sebuah Kamera”.

2. Tuliskan sebuah karangan bertajuk “ Aku sekor ikan”.

3. Tuliskan sebuah karangan bertajuk “ Aku Seekor Lebah “.


Jawapan soalan 2


Contoh Jawapan Karangan Soalan 1

Aku ikan Kelisa. Sisikku berwarna kekuning-kuningan seperti emas, Mataku besar dan bulat. Aku seekor ikan yang comel. Aku tinggal di dalam balang yang cantik.

Aku berasal dari sebuah anak sungai di Taman Negara. Aku telah ditangkap oleh seorang pemburu kelisa lalu menjualnya kepada tuan aku sekarang dengan harga RM 1000.00. Ketika itu usiaku baru sembilan bulan.

Aku sangat kecewa ketika itu. Aku sangat benci dengan manusia yang hanya mengejar keuntungan semata-mata. Aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku yang bebas bermain di celah-celah batu di dalam air yang dingin di tengah rimba.Tetapi kini aku sangat sayang dengan tuan aku.

Tuan aku, telah menjaga aku dengan baik. Air di dalam balang tempat tinggalku sentiasa bersih. Aku juga sentiasa kenyang kerana sentisa mendapat makanan yang bermutu tinggi. Tuan aku suka melihat aku berenang-renang ke sana ke mari.

Kecantikan sisikku yang berkilau-kilauan membuatkan rakan-rakan tuan aku terpegun dan sentiasa memuji-muji kecantikanku. Tuan aku bertambah sayang kepada aku, walaupun dia telah ditawarkan RM 20 000.00 untuk membeli aku.

Kehidupanku gembira sekali. Tuan akau terus menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Aku sangat sayang kepadanya.



GLOSARI



alur lekuk memanjang pada tanah, kayu,aliran air di kawasan becah.
ambang kayu yang dipasang melintang pada bahagian atas pintu atau jendela,
mengapung,bulan penih seolah-olah mengapung di udara.
cecah mengenai sedikit menyentuh sedikit, mencolek sambal
datar rata pada tanah atau permukaan,tidak turun naik atau tidak tinggi rendah
gedung : rumah besar yang dibuat daripada batu, bangunan
untuk maksud tertentu seperti untuk pejabat
mampu : sanggup melakukan atau sanggup mengadakan
sesuatu, berupaya
lapang : tidak sempit, luas atau lega tidak ada yang merungsingkan
atau tenang
erat : tidak mudah lepas, tidak longgar, tetap tidak berubah,
rapat atau karib benar
kasa kain yang halus dan jarang tenunannya, jaringan dawai yang
halus-halus lubangnya biasa dipakai atau dikenakan
pada pintu almari makanan
matang masak pada buah-buahan atau makanan, sudah hampir akan
pecah pada bisul, sudah sempurna atau sudah
menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan
pada pemikiran

Isnin, 10 Mei 2010

CINTA SEJATI SEORANG IBU TERHADAP ANAK-ANAKNYA

Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :

"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang, "Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

Jumaat, 30 April 2010

KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Rabu, 28 April 2010

CAP

Sekali lagi masalah beg sekolah berat timbul semula. Ia bukanlah masalah baru. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah hampir sedekad mengulangi gesaan pihak berkuasa pendidikan supaya menangani masalah beg sekolah berat tetapi ia seperti tidak diendahkan.

Pada Februari 2007, CAP menyerahkan satu penemuan daripada sebuah kajian tempatan bertajuk School Bag Load and Its Effect on Erector spinae Muscle and Low Back Pain Among Primary School Children in Malaysia, (diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) January 2005) kepada Kementerian Pelajaran yang mengemukakan masalah itu dengan jelas dan untuk diambil tindakan segera.

Dalam kajian Universiti Putra Malaysia yang dijalankan oleh Tamrin SBM dan rakannya, mendapati sehingga 58.3% daripada kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengalami sakit pada bahagian bawah belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.

Penyelidik itu merumuskan bahawa insiden sakit pada bahagian bawah belakang dikaitkan dengan beban yang berat yang boleh dikaitkan dengan fakta bahawa kebanyakan kanak-kanak sekolah yang dikaji membawa beg sekolah dengan berat 15% daripada berat tubuh mereka sendiri. Ini merupakan had bahagian atas yang disarankan oleh kebanyakan pengamal kesihatan.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak perempuan tidak mampu menanggung dalam membawa beban pada bahagian belakang mereka. Kanak-kanak sekolah yang lebih muda juga didapati tidak mampu untuk membawa beban, dalam bentuk tenaga yang digunakan berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua yang cenderung untuk menggunakan otot-otot mereka lebih mampu untuk membawa beban pada bahagian belakang mereka. Penemuan ini selaras dengan hasil pengarang lain yang menyatakan kanak-kanak yang lebih muda mempunyai masalah untuk membawa beg sekolah yang berat.

Pada keseluruhannya, dirumuskan bahawa terdapat insiden sakit belakang yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah dan perkara ini perlu dinilai semula sama ada mereka perlu membawa sebarang beban terutama beg sekolah yang berat memandangkan mereka terpaksa berdepan dengan risiko sakit belakang pada masa hadapan.

Beberapa tahun yang lalu, CAP menjalankan tinjauan secara rambang terhadap lebih 200 pelajar sekolah rendah. Kajian kami menunjukkan kira-kira 40% daripada mereka membawa beg sekolah yang lebih daripada 20% atau lebih satu perlima daripada berat tubuh mereka sendiri. Beberapa garis panduan menyarankan bahawa berat seperti itu tidak seharusnya melebihi 10% daripada berat kanak-kanak.

Beban yang tidak sama dan berlebihan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah belakang dan kecacatan spina. Tekanan daripada berat yang berlebihan ini mungkin menyebabkan bahaya dan mungkin kesan sampingan yang menjejaskan perkembangan sistem musculo-skeletal.

Pihak Kementerian Pelajaran tidak seharusnya memberikan sebarang alasan atau teragak-agak untuk bertindak terhadap masalah beban ke atas belakang kanak-kanak tetapi perlu dengan segera melihat masalah beg sekolah yang berat ini. Potensi kesan sampingan terhadap kesihatan amat serius bukan hanya kesan segera terhadap kanak-kanak tetapi mungkin juga akan menjadikan berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti.