Selasa, 22 Februari 2011

PENULISAN CERITA

CERITA

Pengenalan

• Karangan cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR. Karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.

• Karangan jenis cerita ialah karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.

• Ketepatan fakta tidak diperlukan, tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang indah serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.

• Karangan ditulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian , perbualan, dan pembacaan.

• Sebuah cerita yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita) sebab dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).

• Karangan di bahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan penyelesaian.

• Perbualan atau dialog boleh digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.

• Setiap cerita mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.

• Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang lebih menarik dan berkesan.

Tajuk Perbincangan

Perlawanan akhir, satu permainan yang kamu sertai sedang berlangsung. Pasukan kamu berhempas-pulas untuk mendahului pasukan lawan. Namun, pasukan kamu masih gagal mendahului pasukan lawan. Gambarkan suasana perlawanan tersebut.

Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Soalan ini, memerlukan kamu memberikan gambaran mengenai satu perlawanan yang kamu sertai.Kamu boleh memilih permainan seperti bola sepak, bola jaring, hoki, bola keranjang, bola baling, dan ragbi.

Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda.

Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Contoh Karangan

Dalam situasi seperti ini, kedua-dua pasukan perlu menggandakan serangan untuk mengatasi pasukan lawan. Aku dapat melihat Cikgu Jamil memberikan arahan di luar padang agar kami terus menyerang. Selaku ketua pasukan, aku tidak cepat berputus asa. Aku mengarahkan rakan-rakan sepasukan supaya meneruskan usaha untuk menjaringkan gol.

Pertahanan pasukan lawan ternyata kebal. Terlalu sukar untuk aku melepasi kawalan mereka. Masa perlawanan semakin singkat. Tiba-tiba, ayam tambatan pasukan kami, Zakuan telah mengalami kekejangan otot. Dia terpaksa dikeluarkan. Cikgu Jamil terpaksa menggantikan Zakuan dengan Rizal. Kamasukan Rizal jelas menyuntik satu semangat baru kepada pasukan kami.

Aku mengarahkan Rizal agar membantu bahagian serangan. Pengadil perlawanan telah melanjutkan perlawanan ke masa tambahan. Aku telah beberapa kali membuat percubaan dari jarak jauh untuk memperdayakan penjaga gol pasukan lawan. Namun, penjaga gol pasukan itu sungguh tangkas menyelamatkan setiap percubaanku.

Masa hanya tinggal 1 minit. Aku semakin cemas. Pada minit-minit terakhir itu, pasukan kami terus mengasak dan kami telah memperoleh tendangan sudut. Rizal diberi tanggungjawab untuk menyempurnakan tendangan itu.

Rizal membuat satu tendangan yang kemas. Bola menuju tepat ke arahku. Aku yang yang tidak dikawal tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk melakukan satu tandukan yang kencang dan bola menerjah ke dalam gol pasukan lawan.

Aku melompak kegembiraan. Rakan-rakan sepasukanku menyerbu ke arakku. Para penyokong pasukan kami bersorak kegembiraan merayakan jaringan emas itu. Cikgu Jamil menerpa aku lalu memeluk aku dengan erat sambil berkata, “Kamu adalah wira”. Aku sungguh bersyukur kerana pasukan kami telah menjadi juara..

Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan Minggu Ini

1. Waktu itu aku sedang membaca buku di perpustakaan sekolah. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh bunyi loceng kecemasan. Aku pun…

2. Aku dan beberapa orang kawanku sedang asyik bermain taman permainan.
Tiba-tiba adik bongsuku memanggilku. Adikku memberitahu bahawa
ibu menyuruh aku pulang ke rumah dengan segera ….

3. Kamu dan beberapa orang rakan sedang mencari kayu api tidak jauh dari
tapak perkhemahan. Tiba-tiba kamu terlihat beberapa tompok darah. dan kesan tapak kaki yang mencurigakan. Ceritakan tindakan kamu seterusnya.

GLOSORI

elit : golongan yang dianggap berpengaruh,intelek
fanatik : orang yang keterlaluan dalam sesuatu pegangan atau pendirian
gagau : meraba-raba dalam gelap, mencari sesuatu dengan meraba-raba
(orang buta)
hambat : memburu, mengejar( kerana hendak menangkap atau menyerang)
menghamburkan : melompatkan, menerjunkan,
jangkit : berpindah daripada seorang kepada seorang,menular,
merebak penyakit
jip : kenderaan kecil yang kuat serta tahan lasak banyak digunakan
oleh anggota tentera
kontena : bekas besar untuk mengangkut barang melalui jalan darat, laut,
dan udara

keranjang : bakul besar yang dianyam kasar-kasar,
mami : ibu, emak , emak saudara
natijah keputusan daripada sesuatu,kesudahan,kesimpulan,akibat

Contoh jawapan 2

Aku dan beberapa orang kawanku sedang asyik bermain taman permainan. Tiba-tiba adik bongsuku memanggilku. Adikku memberitahu bahawa ibu menyuruh aku pulang ke rumah dengan segera. Aku terasa sungguh terkilan kerana terpaksa berhenti bermain.

Aku menjerit ke arah Kimi dan Fizar untuk memaklumkan kepada mereka bahawa aku terpaksa pulang dahulu ke rumah. Aku segera mencapai basikalku yang aku sandarkan di bawah sebatang pohon beringin. Aku mengekori adikku dari belakang. Kayuhanku semakin pantas kerana aku tidak mahu rakan-rakanku menunggu aku terlalu lama di padang.

Setibanya aku di halaman rumah, ibuku kelihatan gelisah menanti kepulanganku. Ibuku meluru ke arahku lantas memelukku dengan erat. Aku terasa beberapa titik air mata ibu jatuh membasahi tanganku. Aku semakin bingung. Mengapa ibuku menangis? Aku cuba mententeramkan ibu dan bertanya apa sebenarnya yang telah terjadi.

Dengan sebak dan suara terketar-ketar ibuku memberitahu bahawa datukku di kampung baru sahaja meninggal dunia. Perasaan sedih menyelinap ke seluruh jiwaku. Pilu rasanya aku mendengar perkhabaran itu. Tanpaku sedari, manik-manik jernih bergenang di kelopak mataku.

Ayahku muncul di gawang pintu dengan membimbit sebuah beg besar. Ayah memberi isyarat seolah-olah difahami oleh ibu. Aku tahu, ayah telah bersedia untuk pulang ke kampung. Tanpa berlengah lagi, aku membantu ayah dan ibu untuk memasukkan beg dan beberapa barang keperluan ke dalam kereta.

Sepanjang perjalanan, ayah dan ibu kelihatan sugul. Tiada terhambur gelak tawa serta gurau senda mereka seperti yang selalu aku alami ketika pulang ke kampung. Apabila sampai di kampung, kami telah disambut oleh Pak Long dan Mak Usu. Suasana syahdu dan hiba mengiringi pemergian datuk yang amat aku sayangi.

Sabtu, 19 Februari 2011

CATATAN HARIAN

TIP PENULISAN BERKESAN

• Karangan jenis catatan harian ini ialah catatan penulis tentang peristiwa yang dialamai atau dilalui oleh penulis.

• Catatn Harian dikenali juga sebagai diari.

• Terbahagi kepada dua bentuk , itu catatan sehari dan catatan beberapa hari.

• Jika sehari, sertakan haribulan , hari , dan waktu berlakunya sesuatu aktiviti atau peristiwa.

• Jika catatan beberapa hari, sertakan hari, haribulan, dan waktu jika perlu.

• Waktu peristiwa atau aktiviti yang dicatat merupakan perkara penting yang berkaitan dengan tajuk.

• Cara penulisan karangan jenis catatan ini seperti sebuah cerita. Urutan peristiwa atau aktiviti perlu disesun agar menimbulkan daya tarikan untuk mengetahui peristiwa selanjutnya.

Peringatan:

Soalan jenis Catatan Harian belum pernah keluar dalam UPSR

Soalan Perbincangan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah anda bersama murid-murid telah mengadakan gotong-royong sempena kempen kebersihan dan keceriaan. Kamu dikehendaki menulis catatan mengenai program tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tulis catatan itu selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Sebelum anda menulis karanga ini, anda hendaklah memahami solan tersebut.Selain itu
untuk mendapatkan maklumat yang tepat anda bolehlah menemuramah pelajar tersebut .

Langkah 2
Maklumat-maklumat yang anda perolehi daripada temu ramah tersebut bolehlah disusun dengan berdasarkan peta minda .

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.

Kempen Kebersihan dan Keceriaan

7.30 pagi - Ibu bapa dan murid-murid membanjiri perkarangan sekolah dengan membawa pelbagai peralatan untuk aktiviti gotong-royong sempena kempen kebersihan yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru .

8.00 pagi - Ucapan Tuan Guru Besar, Puan Normah Sahlan dan perasmian kempen kebersihan dilakukan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Samsuri Badar. Dalam ucapannya , beliau melahirkan rasa terharu terhadap sambutan yang ditunjukkan oleh ibu bapa untuk menjayakan kempen tersebut.

8.30 pagi - Aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah dimulakan . Ibu bapa dan guru-guru membersikan kawasan persekitaran sekolah. Murid-murid pula membersihkan bilik darjah masing-masing. Pihak bomba juga tidak ketinggalan , memencut longkang-longkang di sekeliling kawasan sekolah.

10.30 pagi - Kerja-kerja pembersihan diberhentikan seketika untuk membasah tekak, sambil menikmati pelbagai hidangan kuih-muih yang disumbangkan oleh pengusaha kantin dan guru-guru. Sambil berehat-rehat mereka berbual-bual mengenai keceriaan sekolah.

11.00 pagi - Wakil Rakyat yang juga penaung PIBG, Yang Berhormat Datuk Dasiman bin Lagiman sampai dan bersama-sama ibu bapa menanam anak-anak pokok hiasa, sumbangan daripada beliau di sekitar kawasan sekolah.

12.00 tengah hari - Gotong-royong berakhir . Semua hadirin dijemput ke kantin sekolah untuk dijamu nasi minyak yang telah disumbangkan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru . Sebelum bersurai Yang Berhormat Datuk Dasiman bin Lagiman , telah menyampaikan ucapan ringkas menyeru ibu bapa meneruskan usaha mencerikan kawasan sekolah .

Langkah 4

• Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semula kesalahan tatabahasa iaitu penggunaan perkataan , struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca ,dan ejaan.

• Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda , terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .

Latihan minggu ini.

1 Anda dan kakak anda berpeluang bercuti selama dua hari di Ibu Kota , tuliskan catatan harian mengenai percutian anda tersebut.

2 Baru-baru ini Persatuan Tunas Putri sekolah anda telah menyertai lawatan ke rumah anak-anak yatim . Tulis catatan anda, sepanjang lawatan tersebut.

3 Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan secara besar-besaran di sekolah anda.
Tuliskan catatan mengenai sambutan Hari Kanak-kanak tersebut selengkapnya.

GLOSARI:

• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6.

arus : aliran - air, udara, letrik
batan : segala jenis batu
belalak : terbuka lebar-lebar ( mata)
bintat : bekas gigitan nyamuk pada kulit
cekcok : saling menyatakan perbezaan pendapat
keegoa : sifat bermegah akan diri sendiri
menggagalkan : menjadikan tidak berhasil
menggahi : menguasasi dengan kekerasan atau paksa .
mundar-mandir : berulang-alik, berjalan pergi dan balik
nescaya : tidak boleh tidak.

Contoh latihan karangan soalan 1

Sabtu , 7 April 2010
7.00 pagi : Aku dan Kak Ema tiba di Hentian Pekeliling , Kuala Lumpur dari Kota Baharu dengan Ekspres Budaya . Pak Long dan Mak Long sedia menunggu kedatangan kami. Kami bersarapan di sebuah gerai di stesen itu.

9.00 petang : Ke rumah Pak Long yang terletak di kawasan perumahan di Bukit Jalil tidak jauh dari lokasi pusat sukan yang telah mencipta sejarah negara. Anak-anak Pak Long , Najah dan Nazim yang sebaya dengan kami sedia menunggu.

8.00 malam : Kami dibawa bersiar-siar menekmati keindahan ibu kota di waktu malam. Aku terpegun dengan keindahan Menara Kembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur pada waktu malam. Kerlipan lampunya yang seolah-olah mencecah awan . .

Ahad, 8 April 2010

9.00 pagi : Selepas bersarapan , kami bertolak ke Putrajaya . Saya benar-benar terpesona dengan keindahan bangunan-bangunan di bandar pintar tersebut, kami melawat masjid Putrajaya yang berhadapan dengan Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang kelihatan begitu gagah dan mengkagumkan.
.

11.00 pagi : Kami meninggalkan Putrajaya dan menuju ke bandar ‘pintar’ yang ke dua , yang menjadi pusat teknologi maklumat iaitu Cyberjaya. Cyberjaya adalah pengkalan beberapa syarikat multimedia yang paling inovatif dan paling besar di dunia Di sini juga di dirikan Universiti Multimedia

6.00 petang : Sebuah teksi telah sedia untuk membawa kami ke KLIA, Pak Long sekeluarga akan ke Kota Baharu . Penerbagan kami dijadualkan pukul 8.40 malam. Belum panas punggung, kami telah sampai. Seperti yang dijangkakan ayah dan datuk sedia menyambut kedatangan Pak Long dan keluarga. Walaupun cuma dua hari di rumah Pak Long, kami berasa puas.

Sabtu , 7 April 2001

Ahad, 8 April 2001

Khamis, 17 Februari 2011

PENULISAN BERITA

BERITA

TIP PENULISAN BERKESAN

• Perlu memahami kehendak soalan secara menyeluruh.

• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat lima persoalan, iaitu Apa? Siapa? Bila? Di mana?, dan Mengapa?

• Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan .

• Bahasa yang digunakan dalam penuliasan berita haruslah mudah dan padat.elakan daripada menggunakan ayat yang panjang-panjang.

• Penulisan berita mempunyai format yang ditetapkan . Nama tempat ditulis disebelah kiri perenggan pertama dengan menggunakan huruf besar sepenuhnya dan diikuti dengan tanda koma.Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda sempang sebelum memulakan perenggan pertama.

• Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara

• Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana .

 Apa ?
 Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti berita.
 Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.

 Bila ?
 Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.
 Tarikh dan hari kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas.
 Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan , waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.

 Di mana ?
 Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu peristiwa.

 Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.

 Siapa ?
 Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas. Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada.
 Nama penuh , gelaran juga perlu ditulis.
 Adakalanya umur juga perlu ditulis .

 Mengapa ?
 mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku
 sebab-sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.

 Bagaimana?
 menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangan sesuatu peristiwa.

Peringatan:

Soalan jenis peribahasa belum pernah keluar dalam UPSR

Soalan Perbincangan Minggu ini

Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah anda telah menganjurkan Program Maju Diri untuk persediaan UPSR murid murid tahun lima. Anda diminta menulis berita tentang program tersebut untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah anda.

Panjang berita anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Anda mestilah membaca soalan berita tersebut dengan teliti . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka berita.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka berita . Sebaik-baiknya kerangka berita yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan berita anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh berita di bawah ini.

PROGRAM MAJU DIRI

SEPANG, Ahad – Sebanyak 120 orang murid telah mengikuti Program Maju Diri yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Sekolah Kebangsaan Bagan Lalang. Kursus yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menurut Guru Besar sekolah tersebut Encik Baridon bin Bedu, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan pelbagai cara belajar di samping memberikan ketahanan fizikal dan mental .

Program ini diadakan di pantai peranginan Bagan Lalang selama tiga hari iaitu pada 26 Februari 2011 hingga 28 Februari 2011 . Peserta-peserta program terdiri daripada murid-murid tahun lima sebagai persediaan menghadapai UPSR 2011.

“Saya berasa sangat gembira mengikuti program ini kerana program ini telah memberikan saya banyak pendedahan cara belajar yang berkesan daripada para penceramah yang berpengalaman,” kata adik Alia Mohamad salah seorang peserta program ini.

“ Kebanyakan ibu menyatakan rasa gembira dan berterima kasih kepada pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana membuat persiapan awal kepada murid-murid tahun lima untuk menghadapai UPSR 2011,” kata Encik Sailan Misran yang ditemui pada hari penutup program.

Program ini di akhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan oleh Yang Dipertua PIBG , Dr. Jaluddin Buang . Beliau menyeru para ibu bapa memberikan sokongan padu untuk program-program yang dijangka akan diadakan secara berterusan.

Langkah 4

• Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.

• Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda, terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .

Latihan minggu ini.

1. Tiga orang murid sekolah anda telah menerima surat kepujian daripada pihak polis kerana keberanian dan kejujuran mereka . Anda dikehendaki menulis berita mengenainya untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah anda. Tuliskan berita itu selengkapnya.

2. Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku. Andaikan anda pemberita sebuah akhbar tempatan. Tulis berita tentang kejadian tanah runtuh tersebut selengkapnya.

3. Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan secara besar-besaran di sekolah anda. Tuliskan berita mengenai sambutan tersebut selengkapnya.

GLOSARI:

• Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6.

biayai : mengeluarkan wang belanja untuk melakukan sesuatu
berbicara : mengeluarkan kata-kata, bercakap
mencungap : bernafas dengan kencang (melalui mulut dan hidung)
gemilang : bercahaya terang-benderang
gemerlapan : chaya yang berkilau-kilauan
hening : tidak keruh,sunyi senyap , lengang , tenteram
kaget : terkejut , tiba-tiba tergamam kerana melihat sesuatu
yang tidak disangka-sangka
kelibat : rupa sesuatu yang kelihatan sepintas lalu .
langsung : terus dan tidak berantara,terlanjur, terdorong
nista : kata-kata bertujuan menghina,cercaan, makian

Contoh latihan karangan soalan 1

Sungai Pelek, Sabtu – Tiga orang murid , Anuar bin Ahmad , 12, Asraf bin Adnan, 11,dan Amri bin Zainal ,12, dari Sekolah Kebangsaan Rembau di sini telah menerima surat kepujian apabila kerana telah menunjukkan sikap berani ,jujur, dan amanah membantu pihak polis memulangkan sebuah beg yang berisi barang kemas.

Menurut Anuar , sewaktu dia bersama rakan-rakannya balik dari sekolah , mereka telah menjumpai beg tersebut di dalam semak di tepi jalan . Mereka tidak menyangka beg itu berisi barang-barang kemas .

“ Kami mengambil beg tersebut ,lalu berpatah balik ke sekolah untuk kami serahkan kepada guru kami. Dalam perjalanan ke sekolah kami diekori oleh dua orang pemuda yang mencurigakan sedang mencari sesuatu di dalam semak di mana kami menemui beg tersebut. Kami menyuruh Anuar melalui jalan pintas dan kami berjalan seperti biasa untuk mengelirukan mereka,” terang Asraf dan rakannya .

Setelah menceritakan kejadian tersebut kepada Encik Aminuddin bin Samiran guru besar sekolah mereka. Encik Aminuddin terus menghubungi pihak polis. Pihak polis yang kebetulan sedang mengadakan intipan, bertindak pantas memberkas perompak tersebut.

Pihak polis menerangkan ,bahawa barang-barang kemas yang bernilai lebih seratus ribu itu , telah dirompak dari sebuah kedai emas di Sungai Pelek, Namun dalam drama kejar-mengejar dengan pihak polis, perompak tersebut telah mencampakkan beg tersebut.

Selain menerima sijil kepujian, mereka juga diberi sumbangan peralatan sekolah dan wang saku RM 1000 setiap orang oleh tuan punya kedai emas tersebut. Adalah diharapkan para pelajar dapat mencontohi sikap mereka itu.
Lihat contoh peta minda .