Selasa, 24 Mei 2011

BIOGRAFI

PENGENALAN

Karangan biografi ialah mengenai riwayat atau kisah hidup seseorang.

§ Karangan jenis ini mestilah berdasarkan fakta yang benar.

§ Karangan jenis ini juga bukanlah jenis rekaan atau khayalan.

§ Pastikan anda benar-benar tahu tentang tokoh atau seseorang yang anda ingin tulis biografinya.

§ Biasanya, tokoh yang hendak dipilih hendaklah mempunyai keistimewaan tertentu atau seseorang yang dihormati dan dikagumi.

Beberapa perkara penting yang perlu ada dalam penulisan Biografi;

§ Tarikh lahir dan tempat lahir tokoh.

§ Latar belakang, pendidikan dan sebagainya.

§ Pencapaian, kejayaan-kejayaannya, atau keistimewaannya.

§ Jasa, bakti, dan sumbangan tokoh tersebut.

Soalan Perbincangan

Tulis biografi guru besar sekolah anda. Tuliskan karangan tersebut selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Sebelum anda menulis karangan ini, anda hendaklah memahami soalan tersebut. Soalan dikemukakan menghendaki anda menulis karangan tentang biografi guru besar sekolah anda

Anda boleh menemuramah guru besar anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Langkah 2

Menyediakan isi-isi karangan berdasarkan konsep peta minda. Anda perlu membiasakan diri mencatat isi-isi penting menggunakan peta minda supaya karangan yang ditulis mempunyai isi yang mantap. Peta minda yang dibuat mestilah ringkas, apa yang penting anda dapat memahami peta minda tersebut.




Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.

Contoh karangan;

Encik Sabtu bin Sujak, Guru Besar sekolah saya. Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Kembung, Pulau Indah, Selangor, pada tahun 1950. Encik Sabtu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah, kemudian di Sekolah Menengah Ampuan Rahimah.

Dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Beliau telah mengikuti kursus itu selama tiga tahun.

Beliau mula mengajar di beberapa buah sekolah di Sarawak dan Selangor. Antara sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Pelabuhan Klang, dan Sekolah Menengah Pulau Indah sebelum dilantik menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Pulau Indah. Beliau juga pernah berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Klang, sebelum ditukarkan ke sekolah ini.

Walaupun baru dua tahun Encik Sabtu bertugas di sekolah ini, namun beliau yang mempunyai banyak pengalaman itu telah berjaya meningkatkan prestasi sekolah. Ini terbukti dengan peningkatan keputusan UPSR. Selain itu, kawasan sekolah saya kian cantik dan ceria dengan pelbagai pokok hiasan.

Encik Sabtu juga aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. Beliau banyak menyertai pertubuhan-pertubuhan amal dan persatuan guru. Beliau yang tinggal di kampung tempat kelahirannya itu juga dilantik memegang pelbagai jawatan di peringkat kampung dan mukim.

Kami berasa bertuah kerana mempunyai seorang Guru Besar yang penyayang dan sentiasa memahami masalah pelajar-pelajarnya. Saya berdoa semoga Encik Sabtu sentiasa sihat dan kekal di sekolah ini sehingga bersara.

Langkah 4

Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semua kesalahan tatabahasa seperti penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Soalan Latihan Minggu ini

1 Tulis sebuah karangan biografi mengenai guru kelas anda.

2 Tulis biografi sahabat karib anda. Tuliskan karangan biografi tersebut selengkapnya

3 Tulis sebuah karangan biografi Tokoh Pelajar, yang baru diistiharkan sempena sambutan Hati Q sekolah anda.

GLOSARI

cangap cabang pada hujung galah atau kayu

cekcok saling menyatakan perbezaan pendapat antara satu dengan

yang lain, berbantah, bertengkar

celupar banyak bercakap, cerewet, mulut bercakap sesuka hati

janggal kekok, kaku, canggung

hayat keadaan yang membezakanmanusia, binatang dan

tumbuh-tumbuhan daripada tanah, batu dan sebagainya

kumpar menggulung benang pada gelendong

manjur dapat menyembuhkan penyakit dengan cepat atau lekas, mujarab,

doa atau jampi makbul, racun- dapat mematikan dengan cepat

publisiti penerangan atau hal mengenai seseorang(peristiwa atau keluaran

dan lain-lain) yang dihebahkan melalui alat sebaran am untuk

menarik perhatian umum; contoh memperkenalkan

barang-barang baru, keadaan diketahui atau dilihat

oleh orang ramai.

sanubari jantung hati, perasaan yang terkandung dalam hati, perasaan batin

berubah ansur berubah secara beransur-ansur

Contoh Jawapan Karangan 2

Setiap orang mempunyai sahabat. Tanpa sahabat atau kawan, hidup kita ibarat ‘kera sumbang’. Sahabat biasanya menjadi rakan belajar, bermain, dan bertukar-tukar fikiran.

Saya mempunyai seorang sahabat yang saya anggap cukup istimewa. Sahabat saya bernama Masdor. Saya memanggilnya Dor sahaja. Dor dilahirkan pada 12 Julai 1990. Dia ialah anak sulung Encik Masdar Ali, seorang jurutera dan Puan Marhamah Malim, seorang guru.

Saya mengenali Dor sejak kecil lagi kerana kami berjiran. Selain itu, kami dibesarkan oleh pengasuh yang sama iaitu Mak cik Jamilah, yang juga jiran kami. Persahabatan kami begitu akrab. Saya sering dibawa oleh keluarga Dor balik ke kampungnya. ‘Macam belangkas’ itulah ungkapan yang sesuai mengambarkan betapa akrabnya kami.

Dor bercita-cita menjadi seorang jurutera seperti ayahnya. Dalam pelajaran, kami sentiasa bersaing untuk merebut tempat teratas di sekolah. Kami sentiasa bersaing sejak kami menjejakkan kaki di bangku sekolah. Kami sentiasa mendapat ‘A’ dalam semua matapelajaran.

Dalam bidang sukan, Dor dan saya telah mewakili sekolah dalam permainan badminton, catur, dan bola sepak. Selain itu, kami juga mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul topi dan lencana.

Persahabatan kami yang akrab tidak menghalang untuk saya mengenali lebih ramai kawan, bak kata pepatah, ‘berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali’. Teman setia pula ialah apabila dia sanggup sedih dan ketawa bersama-sama.














Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU
2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Kata Imam Al Ghazali ...hak seorang guru lebih besar daripada hak seorang bapa. Ibu bapa menjadi sebab ianya lahir ke dunia, sedangkan guru menjadi sebab anak itu memperoleh hidup yang kekal abadi. Tanpa guru, apa yang diperolehi oleh anak akan hancur.

Rabu, 11 Mei 2011

Latihan Penggunaan Bahasa 4

Soalan 1 hingga 2

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1
Pertandingan berpidato dan perbahasan akan dapat……………………..fikiran seseorang terutamanya golongan pelajar.

A meninggikan

B menajamkan

C menambahkan

D mematangkan

2 Saya kagum dengan …………… kanak-kanak itu apabila ditemuramah oleh pengacara itu.

A kefasihan

B kepetahan

C kepandaian

D keramahan

3 Dalam mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu baru-baru ini, beberapa perkara

telah ………………oleh ahli-ahli .

A dibangkitkan

B diterbitkan

C dikeluarkan

D diceritakan

4 Kedua-dua orang peserta yang mewakili negara itu merupakan ahli sukan

yang paling………… dewasa ini.

A anggun

B mantap

C unggul

D canggih

5 Beberapa ………………fail dan beberapa ……………….. kertas bertaburan

di dalam bilik .

A helai … helai

B buah … helai

C lembar … rangkap

D buku … lembar

6 Encik Ishak sedang menulis ………………. sajak dan ………………pantun .

A sepucuk … serangkap

B sebuah … serangkap

C sehelai … sebaris

D sekeping … sebaris

7 Puan Mahanum ………………dengan membeli perabot baru menjelang

Hari Raya walaupun pendapatan suaminya tidak mencukupi.

A besar hati

B angkat bakul

C hidung tinggi

D membesarkan kerak nasi

8 Bangidin berasa ……………… apabila kawan-kawannya memperlekeh-lekehkan

cita-citanya.

A ada hati

B cekal hati

C kecil hati

D murah hati

Soalan 9 dan Soalan 10

Pilih perkatan yang seerti dengan perkataan yang bergaris.

9 “Kita patut mengelakkan diri kita daripada melakukan perkara yang boleh

melanggar undang-undang,”kata Cikgu Roslan .

A mendekatkan

B mendatangkan

C menghampirkan

D menghindarkan

10 Penyakit asma Pak Hitam akan menyerang setiap kali dia menghisap rokok.

A mara

B datang

C hampir

D melanda

Soalan 11 dan Soalan 12

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

11 A “ Jangan cuba meniru jawapan orang lain ” , kata Cikgu Fazilah kepada Amin.

B “ Jangan cuba meniru jawapan, orang lain,” kata Cikgu Fazilah kepada Amin.

C “ Jangan cuba meniru jawapan orang lain, ” kata Cikgu Fazilah kepada Amin.

D “ Jangan cuba meniru, jawapan orang lain,” kata Cikgu Fazilah kepada Amin.


12 A Benarkah emak dan ayah kamu tiada di rumah ? Kalau begitu saya akan

datang ke rumah awak esok .

B Benarkah emak dan ayah kamu tiada di rumah , Kalau begitu saya akan

datang ke rumah awak esok .

C Benarkah emak dan ayah kamu tiada di rumah ! Kalau begitu saya akan

datang ke rumah awak esok .

D Benarkah emak dan ayah kamu tiada di rumah : Kalau begitu saya akan

datang ke rumah awak esok .

Soalan 13 dan Soalan 14

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.

13 Datuk bertanya, “ Apakah yang kamu lakukan pada waktu petang. Membaca buku

atau membuang masa sahaja ?

A Waktu petang ialah waktu kita bebas daripada melakukan sebarang kerja

yang wajib .

B Sepanjang hari saya duduk sahaja di rumah menjaga adik saya.

C Membaca buku memang banyak faedahnya dan lebih baik daripada

membuang masa.

D Saya membaca buku cerita dan bermain bola bersama kawan-kawan

pada waktu petang.


14 Pemberita itu bertanya, “Sejak bilakah Encik Sallih memulakan ternakan udang dalam

sangkar ini ?”

A Ternakan udang dalam sangkar telah dimulakan oleh penduduk di tepi sungai ini

dua tahun lalu.

B Saya akan bergiat dalam ternakan udang dalam sangkar ini selama dua tahun lagi.

C Sudah dua tahun ayah saya memulakan kegiatan ini.

D Sepanjang yang saya ingat, sudah hampir dua tahun.


Soalan 35 hingga Soalan 38

Pilih ayat-ayat yang betul.


15 I Ibu membeli kakak hadiah sebentuk cincin.

II Manan menulis jawapan soalan itu di atas sekeping kertas .

III Hakim itu menjatuhi hukuman penjara seumur hidup kepada penjenayah itu .

IV Pintu dan tingkap rumahnya tertutup sejak semalam.

A I dan II sahaja

B II dan IV sahaja

C I dan III sahaja

D 111 dan IV sahaja.

16 I Emak Mardi sedang menyajikan makanan tengahari untuk keluarganya.

II Penulis itu mempunyai banyak peminat.

III Perabut bilik tidur itu dibuat dari rotan.

IV Tempayan antik itu terjatuh ke lantai lalu pecah berderai.

A I dan II sahaja

B II dan IV sahaja

C I, II dan IV sahaja

D I, III dan IV sahaja

17 I Ayah membelikan saya sepasang kasut.

II Ayah membeli saya sepasang kasut.

III Ayah dibelikan saya sepasang kasut.

IV Ayah berbeli saya sepasang kasut.

A I sahaja

B I dan III sahaja

C II dan IV sahaja

D I, III dan IV sahaja

18 I Di atas meja itu ada tiga buah buku.

II Pokok pulasan itu belum buah .

III Lima buah durian harganya dua ringgit.

IV Buah hatinya menghilang tanpa berita .

A I, II dan III sahaja

B I, III dan IV sahaja

C I dan IV sahaja

D IV sahaja

Soalan 19 dan Soalan 20

Pilih ayat yang menggunakan kata ganda menunjukkan tunggal.

19 I Ummi dan kawan-kawannya bermandi-manda di kolam itu .

II Anting-anting yang dipakai kakak adalah sangat cantik .

III Jalan menuju ke rumah Hatim licin-licau.

IV Undang-undang jalanraya perlu dipatuhi oleh setiap pemandu berhemat.

20 A Kami khuatir kalau-kalau dia terlambat tiba.

B Janganlah kita percaya akan perkara yang karut-marut itu.

C Mulut Tok Batin kumat-kamit membaca sesuatu.

D Epok-epok yang dibeli di warung itu enak rasanya.

Soalan 21 dan Soalan 22

Pilih ayat yang menggunakan kata ganda menunjukkan bilangan banyak.

21 I Lauk-pauk yang dibuat oleh ibunya laris dijual.

II Pondok-pondok di pinggir laut itu musnah dipukul ribut malam tadi

III Pelajar-pelajar yang merokok akan dikenakan hukuman buang sekolah.

IV Orang-orang yang diletakkan di tengah sawah itu bertujuan menghalau burung.

A I, II dan III sahaja

B I, II dan IV sahaja

C II, III dan IV sahaja

D I dan II sahaja

22 A Tin-tin yang kosong perlu ditanam bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.

B Lelabah itu membuat sarang di atas pokok.

C Agar-agar yang dimasak oleh ibu enak rasanya.

D Anting-anting yang dipakai oleh kakak mahal harganya.

Soalan 23 hingga Soalan 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris

23 “ Murid-murid , ini kawan baru kamu Syakira . Dia berasal dari Sepang ,”

kata Cikgu Anuar kepada murid-muridnya.

A Cikgu Anuar memperkenalkan Syakira , murid baru yangberasal dari Sepang

kepada murid-muridnya.

B Cikgu Anuar menunjukkan Syakira , murid baru yang berasal dari Sepang

kepada murid-muridnya .

C Cikgu Anuar menjelaskan kepada murid-muridnya bahawa Syakira , murid

baru berasal dari Sepang.

D Cikgu Anuar memberitahu murid-muridnya bahawa murid baru yang berasal

dari Sepang itu bernama Syakira.

24 Pada awal bulan September tahun ini saya akan menghadapi peperiksaan UPSR,”

kata Zainab kepada Honimah.

A Honimah memberitahu Zainab bahawa dia akan menghadapi peperiksaan UPSR

tahun ini.

B Zainab dan Honimah akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.

C Zainab memberitahu bahawa dia akan menghadapi peperiksaan UPSR

pada tahun ini .

D Zainab memberitahu bahawa dia dan Honimah akan menghadapi peperiksaan UPSR

pada tahun ini.

25 Filem Syukur 21 itu dibintangi oleh beberapa orang pelakon yang berbakat.

A Beberapa orang pelakon Syukur 21 yang berbakat membintangi filem itu.

B Beberapa orang pelakon yang berbakat telah membintangi filem Syukur 21

C Filem Syukur 21 yang berbakat telah dibintangi oleh beberapa orang pelakon .

D Syukur 21 telah dibintangi oleh beberapa orang filem pelakon yang berbakat.

26 Saya mencadangkan Cikgu Aminuddin dipilih menjadi setiausaha baru kita,”

kata Cikgu Azmi.

A Cikgu Azmi mencadangkan agar saya Cikgu Aminuddin dipilih

menjadi setiausaha mereka.

B Cikgu Azmi dan Cikgu Aminuddin dicadangkan agar dipilih menjadi

setiausaha mereka.

C Cikgu Aminuddin mencadangkan agar Cikgu Azmi dipilih menjadi

setiausaha menggantikannya.

D Cikgu Azmi mecadangkan agar Cikgu Aminuddin dipilih menjadi

setiausaha mereka.

Soalan 27 hingga Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27 I Azizah tersenyum simpul bila dipuji oleh kawan-kawannya .

II Budak pengakap itu belajar membuka simpul tali.

III Polis simpul tangan penjahat itu sebaik sahaja dia ditangkap.

IV Ibu mengugut akan simpul mulut adik jika dia terus menangis.

A I sahaja

B III sahaja

C I dan III sahaja

D I , II dan IV sahaja

28 I Amerika melebarkan pengaruhnya dengan menutup pegkalan tenteranya di Filipina.

II Burung itu melebarkan sayapnya sebelum terbang.

III Faizal melebarkan perutnya supaya dia dapat makan dengan kenyang.

IV Kerja-kerja melebarkan jalan ini akan berterusan selama beberapa bulan lagi.

A 1 dan 111 sahaja

B II dan 1V sahaja

C I, 111 dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

29 I Kulit Fatina agak gelap jika dibandingkan dengan adik-adiknya yang lain.

II Radzi berasa gelap dengan pelajaran yang diajar oleh gurunya.

III Kehidupan keluarga Puan Aton bertambah gelap apabila suaminya meninggal dunia . IV Langit semakin gelap apabila matahari tenggelam di celah-celah gumpalan awan.

A 1 dan II sahaja

B I dan IV sahaja

C 1 , II dan IV sahaja

D I, 111 dan IV sahaja

30 I Puan Madiha menghangatkan sekejap lauk semalam kerana dia tidak

mahu membazir.

II Para perwakilan menghangatkan lagi dewan dengan isu-isu semasa

III Khairil Anuar menghangatkan badan dengan membuat latihan ringan .

IV Saifuddin menghangatkan bajunya di tengah panas supaya cepat kering.

A I,II, III dan IV

B I, II dan III sahaja

C II, III dan IV sahaja

D II dan III sahaja.