Isnin, 4 Julai 2011

UJI7

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1 Pulau Singa Besar sangat sesuai untuk ________ yang menggemari kegiatan memancing,

berenang dan merentas denai.

A. pelawat

B. melawat

C. lawatan

D. dilawat

2 Pemilik rumah tidak dibenarkan _____________ rumah mereka tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

A. memperbesar

B. membesar

C. membesar-besarkan

D. besarkan

3 Penduduk kampung itu berharap permohonan mereka mendapat __________ daripada Pegawai Daerah.


a. dipertimbang

b. pertimbangan

c. timbangan

d. ditimbangan

4 Bunyi suara kuda yang ________ telah mengejutkan orang ramai di kawasan itu.

a. melenguh


b. mengerih


c. meringkik


d. merengus

5 Burung gagak itu terbang sambil _______ sepotong daging di celah paruhnya.

a. mengetap


b. menggigit


c. memegang


d. menggonggong

6 Se_________ tentera Malaysia telah berjaya menembak se__________ komunis di sempadan Malaysia –Thailand.

a. kumpulan ….kawan


b. orang……gelung


c. baris…..kelompok


d. angkatan…..gerombolan

7. Ramlan membeli dua ________ majalah dan tiga __________ filem dari kedai itu.

A kaki……pangs

B kajang…….naskhah

C naskhah……gulung

D timbun……potong

8 Bahagian hadapan kereta yang terbabit dalam kemalangan itu _________.


a. renyuk


b. remuk


c. penyek


d. retas

9 Solekan itu menjadikan wajah Erra yang sedia cantik itu semakin _________.

A cerah

B bersih

C jernih

D berseri

10 __________ dia melemparkan kata-kata kesat terhadap orang tua yang tidak berdaya itu.

a. Keras hati


b. Sampai hati


c. Panas hati


d. Iri hati

11 Penduduk Negara miskin terpaksa ______ kerana kekurangan makanan.


a. ikat perut


b. alas perut


c. sakit perut


d. isi perut

Soalan 12 hingga Soalan 14

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

12 Setelah mengalami peristiwa yang amat menggerunkan itu dia berjanji tidak mahu

ke laut lagi.

a. merisaukan


b. mengerikan


c. membimbangkan


d. menggelorakan

13 Cikgu Johari selalu menjegilkan matanya apabila kami bising di dalam kelas.

a. membukakan

b. merenungkan

c. membeliakkan

d. mengenyitkan

14 Dia suka mengimbas kenangan manisnya ketika melanjutkan pelajaran di luar negara.

a. mengingat


b. mengutip


c. melakar


d. mengimbau

Soalan 15 dan Soalan 16

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

15 A. Meskipun dia telah berjaya, dia tetap tidak berhenti berusaha.

B. Meskipun dia telah berjaya, dia tetap, tidak berhenti berusaha.

C. Meskipun dia telah berjaya. Dia tetap tidak berhenti berusaha.

D. Meskipun dia telah berjaya dia tetap tidak berhenti berusaha.

16 A. Nasihat ayah kepada adik, “Jangan bermain di jalan raya, Amran.Di jalan raya itu

banyak kenderaan.”

B. Nasihat ayah kepada adik,Jangan bermain di jalan raya Amran. Di jalan raya, itu banyak kenderaan.”


C. Nasihat ayah kepada adik,jangan bermain di jalan raya Amran.Di jalan raya itu, banyak kenderaan.”


D. Nasihat ayah kepada adik, “jangan bermain di jalan raya Amran. Di jalan raya itu banyak kenderaan.”

Soalan 17 hingga Soalan 19

Pilih jawapan yang paling sesuai kepada soalan yang bergaris.

17. Betulkah awak yang menelefon saya semalam?

a. Ya, di rumah saya memang ada telefon.


b. Ya, awak yang menelefon saya.


c. Ya, saya yang menelefon awak semalam.


d. Sudah dua malam saya menelefon awak.

18 Bilakah agaknya kerja-kerja itu akan siap?

A. Agak susah bagi saya untuk menyiapkan kerja-kerja itu.

A. Mungkin dia dapat membantu kamu.

C. Paling lewat pun petang ini.

D. Ya, saya pasti akan menyiapkan kerja itu.

19. Sudah berapa lama dia berperangai begitu?

A. Entahlah, saya pun tidak pasti.

B. Mungkin kerana dia berasa sedih atas pemergian ayah dan ibunya sebulan yang lalu.

C. Minggu lepas dia dimarahi oleh gurunya.

D. Ya, saya pun hairan melihat perangainya.

Soalan 20 hingga Soalan 22

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris.

20 Kerajaan giat menggalakkan rakyat supaya menjalinkan kerjasama yang erat demi

perpaduan.

A. Rakyat yang menjalinkan kerjasama giat menggalakkan kerajaan bekerjasama demi

perpaduan.

B. Kerjasama erat giat digalakkan oleh rakyat demi perpaduan kerajaan.

C Giat kerajaan menggalakkan rakyat bersatu padu demi menjalinkan kerjasama.

D Rakyat digalakkan dengan giat oleh kerajaan supaya menjalinkan kerjasama

yang erat demi perpaduan.

21. Dalam perjalanan ke Gua Niah, mereka terpaksa menaiki bot menyusuri sungai

selama dua puluh minit.

A. Gua Niah terpaksa dinaiki oleh mereka selama dua puluh minit.

B. Dalam perjalanan dua puluh minit dengan bot, mereka terpaksa menyusuri

di sungai Gua Niah.

C. Mereka terpaksa menyusuri sungai selama dua puluh minit dengan menaiki

bot sebelum sampai ke Gua Niah.

D Dalam perjalanan menyusuri sungai selama dua puluh minit, mereka

terpaksa menaiki Gua Niah.

22. Reka bentuk bangunan yang menarik itu telah diilhamkan oleh seorang arkitek

yang terkemuka di negara ini.

A. Seorang arkitek telah mengilhamkan sebuah bangunan yang terkemuka dan menarik di

negara ini.

B. Arkitek terkemuka telah mengilhamkan reka bentuk bangunan yang menarik di negara kita.

C. Seorang arkitek tanah air yang terkemuka telah mengilhamkan pembinaan bangunan yang

menarik itu.

D. Bangunan reka bentuk yang menarik itu telah diilhamkan oleh seorang arkitek yang

terkemuka.

Soalan 23 hingga Soalan 26

Pilih perumpamaan yang paling sesuai sebagai jawapan kepada ayat yang bergaris.

23. Wanita itu menjaga semua anaknya dengan penuh kasih sayang.

A. Bagai menatang minyak yang penuh


B. Bagai embun di hujung rumput


C. Bagai pungguk rindukan bulan


D. Bagai si kudung mendapat cincin

24 Perasaan cemburu atau iri hati terhadap kejayaan orang lain hanya akan merosakkan diri sendiri.

A. Seperti ayam berak kapur


B. Seperti api dalam sekam


C. Seperti cacing kepanasan


D. Seperti bertih digoreng

25 Kita tidak seharusnya melupakan jasa orang yang menolong kita sewaktu kita susah.

A. Bagai tikus membaiki labu

B. Bagai mencencang air

C. Bagai melepaskan batuk di tangga

D. Bagai kacang melupakan kulit

26. Saling perlu-memerlukan dan bantu –membantu.

A. Bagai anjing dengan kucing.

B. Bagai mencurah air di daun keladi

C. Bagai aur dengan tebing

D. Bagai anjing buruk kepala

Soalan 27 dan Soalan 28

Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud saling.

27. I Hang Tuah dan Hang Jebat bertikam-tikaman dalam pertarungan itu.

II Siew Cheng berasa ragu-ragu akan kelakuan pemuda itu.

III Bunyi katak di tepi sawah itu bersahut-sahutan selepas hari hujan.

IV Johan berjalan terincut-incut kerana kakinya luka terpijak kaca.

A. I dan II

B. II dan IV

C. I, II dan III

D. I, II, III dan IV

28. I Saadiah tawar-menawar harga kain sutera dengan tauke kedai itu sebelum membelinya.

II Orang ramai tolak-menolak ketika membeli tiket bas yang sudah hampir habis itu.

III Majlis kenduri itu diadakan secara besar-besaran.

IV Tangan adik berbintik-bintik merah kerana digigit nyamuk.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I, II dan III

Soalan 29 dan Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

29. I. Jururawat itu mengawasi perkembangan kesihatan pesakit itu dari semasa ke semasa.

II Perahu nelayan itu terumbang-ambing dipukul ombak di tengah laut.

III Pengemis itu sungguh lemah-gemalai kerana sudah beberapa hari tidak menjamah nasi.

IV Air sungai ini mengalir daripada puncak Gunung Stong.

A. I dan II

B. II dan III

C. I, II, dan III

D. II, III dan IV

30. I Mereka kenaikan bas menuju ke sekolah.

II Devi tidak bersetuju dengan pendapatan yang dikemukakan oleh Dila.

III Kami akan sampai pada tengah hari nanti.

IV Untuk memperoleh ilmu, pelajar perlulah rajin membaca buku.

A. I dan II

B. III dan IV

C. I, II, dan IV

D. I, II, III, dan IV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan