Rabu, 30 Mac 2011

Latihan Penggunaan Bahasa

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1 Samrit diberkas polis dan kastam petang semalam. ………… disyaki terlibat dalam penyeludupan mercun.

A Beliau
B Mereka
C awak
D Dia

2 Gubahan bunga yang dipamerkan itu …………… belaka.

A manis-manis
B cantik-cantik
C cantik molek
D cantik

3 Beras boleh juga ………………… dengan nyiru.

A disukat
B ditampi
C diayak
D ditapis

4 Jangan biasakan ……………… pemain-pemain lain dengan siku jika tidak mahu dibuang padang.

A menendang
B menyinggung
C membentes
D menguis

5 “ …………………kamu belajar bersungguh-sungguh datuk yakin Aidil boleh lulus ,” kata Pak Tam kepada cucunya.

A Semenjak
B Sepatutnya
C Eloknya
D Jikalau

6 Kakaknya sedang menganyam ……………… tikar dan …………….. bakul.

A sejurai , seikat
B sebidang , sebiji
C sekuntum , sekeping
D seikat , segugus

7 Hanya …………… murid yang mendapat peluang masuk ke beberapa …………sekolah berasrama penuh.

A segelintir , buah
B segolongan , biji
C sekelompok , deret
D sekumpulan , baris

8 Ketua pasukan hoki itu berasa …………… hendak menyertai perlawanan yang akan datang ini kerana …………… nya menarik diri dengan tiba-tiba.

A kecil hati , anak emas
B sampai hati , anak buah
C senang hati , ayam didik
D tawar hati , ayam tambatan

9 Ramli tidak mahu ayahnya ……………… dalam perniagaannya walaupun dia terpaksa……

A atas pagar, langkah seribu
B berat sebelah , letak harga
C campur tangan, gulung tikar
D masuk campur , angkat kaki

10 Kita tidak boleh menuduh seseorang itu secara …………….. nanti buruk jadina.
A serkap jarang
B jarang mata
C serkup jarang
D mata jarang

Soalan 11 dan Soalan 12
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

11 Barang-barang lama yang tidak digunakan olehnya itu telah dibuang.

A moden, distorkan
B baru , disimpan
C canggih , dikumpul
D usang , dikutip

12 Keadaan laut yang bergelora pada masa ini menyebabkan pelaut-pelaut itu beralih kepada pekerjaan yang lain.

A damai , berganjak
B aman , berengsot
C tenang , tetap
D sayu, berubah

Soalan 13 hingga Soalan 16
Pilih ayat-ayat yang betul

13 I Entah betul entah tidak apa yang diceritakannya itu.
II Rumahnya yang terbakar itu begitu hangus sekali.
III Selepas beberapa lama menghilangkan diri , akhirnya dia dapat kami kesan.
IV Kebanyakan peserta yang mengambil bahagian dalam perandingan itu berasal dari
Johor

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I , II dan III sahaja
D I , III dan IV sahaja

14 I Saya amat meminati bidang seni ini sejak kecil lagi.
II Sudahkah awak siapkan laporan Persatuan Bahasa Inggeris itu?
III Awak hendak tolong belikan goreng pisang atau goreng ayam?
IV Beberapa biji telur telah pecah bila bakul itu terjatuh.

A I dan II sahaja
B II , III dan IV sahaja
C I , II dan III sahaja
D I , II dan IV sahaja

15 I Sesetengah daripada kek itu telah saya simpan.
II Pemandangan di puncak gunung itu sungguh indah sekali.
III Semua murid-murid lelaki berseluar panjang berwarna kuning.
IV Apakah nama pemuda yang berambut kerinting itu?

A I sahaja
B I dan II sahaja
C I , III dan IV sahaja
D II , III dan IV sahaja

16 I Pekerja itu tebas rumput di tepi jalan raya.
II Rantai lehernya diragut orang.
III Kebanyakan pelajar-pelajar sekolah itu menyertai Kelab Catur.
IV Anak jutawan itu telah diculik.

A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C I , III dan IV sahaja
D I , II dan IV sahaja

Soalan 17 dan Soalan 18
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

17 A Rahmat seorang murid yang bijak , Dia pun seorang seorang murid yang bijak.
Tetapi kamu lebih bijak.
B Rahmat seorang murid yang bijak . dia pun seorang seorang murid yang bijak.
Tetapi kamu lebih bijak.
C Rahmat seorang murid yang bijak , dia pun seorang seorang murid yang bijak
tetapi kamu lebih bijak.
D Rahmat seorang murid yang bijak , dia pun seorang seorang murid yang bijak,
Tetapi kamu lebih bijak.

18 A Aksi pelawak-pelawak itu amat menggelikan hati, sehinggakan saya, Rosna,
Dollah dan Mansur ketawa terbahak-bahak.
B Aksi pelawak-pelawak itu amat menggelikan hati, sehinggakan saya Rosnah
Dollah dan Mansur ketawa terbahak-bahak.
C Aksi pelawak-pelawak itu amat menggelikan hati, sehinggakan saya, rosnah,
Dollah dan Mansur ketawa terbahak-bahak.
D Aksi, pelawak-pelawak itu amat menggelikan hati. Sehinggakan saya, Rosnah,
Dollah dan Mansur ketawa terbahak-bahak.

Soalan 19 dan Soalan 20
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud
bilangan banyak.

19 I Tetamu yang dijemput hadir di majlis itu memakai baju batik.
II Farahin menjerit kesakitan apabila kakinya tersepit di celah jejari
basikalnya.
III Badan manusia ditumbuhi oleh rerambut halus yang dinamakan sebagai bulu
roma.
IV Sesekali kedengaran bunyi tepuk sorak penonton yang menyaksikan pertunjukan
itu.

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

20 I Bebenang kepala paip itu sudah rosak.
II Bebuluh betong telah digunakan untuk membuat rakit .
III Ribut semalam telah mematahkan dedahan pokok durian itu.
IV Gegendang telinga kita akan pecah sekiranya mendengar bunyi yang terlalu
kuat.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D I , III dan IV sahaja

Soalan 21 dan Soalan 22
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud paling.

21 I Sejak bila kamu berdua ini padai ejek-mengejek ?
II Semolek-moleknya berilah tahu , kalau pun tak dapat datang.
III Selama-lamanya pun dua minggu, siaplah kerja mengubahsuai rumah ini.
IV Cik Nurun suka membeli pelbagi jenis bau-bauan dari kedai Puan Najiha.

A 1 dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

22 I Perjalan kita sedekat-dekatnya pun dua kilometer lagi.
II Saya hanya mampu berlari sekuat-kuatnya dua pusingan padang ini.
III Ahli pasukan bola baling itu bermain mati-matian bagi menjuarai
perlawanan itu.
IV Setinggi-tinggi pencak Everest, tinggi lagi cita-cita dan harapan saya
untuk lulus dengan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I , II dan III sahaja
D I , II dan IV sahaja

Soalan 23 dan Soalan 24
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

23 Mengapakah Pak Dolah menelefon bapa kamu tadi?

A Dia hendak mengajak bapa saya pergi ke rumah Penghulu.
B Dia tahu bapa saya tidak ada di rumah.
C Dia hendak berkawan dengan bapa saya.
D Bapa saya menanti telefonnya semenjak pagi tadi.

24 Apakah sumbangan Sains kepada bidang perubatan ?

A Kemajuan Sains banyak memberi sumbangan kepada bidang perubatan.
B Ramai orang telah diselamatkan oleh sumbangan Sains kepada bidang perubatan.
C Bidang perubatan adalah penting kepada manusia hari ini.
D Kemajuan Sains membolehkan penciptaan berbagai-bagai jenis ubat untuk
mengubati dan mencegah penyakit.

Soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

25 “Wah, bukan main manja lagi budak ini, disuruh membasuh pinggan pun tidak malas!”
ibu berkata kepada anaknya.

A Ibu menyuruh anak manjanya membasuh pinggan.
B Oleh kerana kemanjaan anaknya, ibu menyuruh membasuh pinggan.
C Ibu memarahi anaknya kerana tidak mahu membasuh pinggan.
D Kemanjaan anaknya menyebabkan ibunya marah dan tidak membasuh
pinggan.

Selasa, 22 Mac 2011

LATIHAN PEMAHAMAN 2

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian pada kertas jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih itu.

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca ucapan di bawah ini dengan teliti . Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis , yang berbahagia Tuan Guru Besar, guru-guru, ibu bapa, dan pelajar sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah sempena dengan kempen anti jenayah pagi ini.
Hadirin sekelian,
Secara ringkasnya, jenayah ialah perbuatan yang salah dan bertentangan dengan undang-undang negara serta nilai-nilai moral masyarakat. Contohnya ialah mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain lagi. Biasanya perbuatan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang rendah nilai moralnya, tamak haloba, tidak bertimbang rasa, kurang siuman dan sebagainya.
Di negara kita sekarang, kejadian jenayah semakin kerap berlaku. Hampir setiap hari ada saja kejadian jenayah jenayah yang disiarkan dalam akhbar-akhbar setempat. Jika keadaan ini dibiarkan ketenteraman dan keselamatan orang ramai terancam. Oleh itu, setiap anggota masyarakat seharusnya menyedari akan tanggungjawab bersama membanteraskan jenayah. Setiap anggota masyarakat tidak harus menyerahkan tugas membanteras jenayah bulat-bulat kepada pihak polis. Sebenarnya , tanpa kerjasama orang ramai , tugas polis menjadi kurang berkesan.
Hadirin sekelian,
Banyak langkah atau cara yang dapat diambil umtuk mengurangkan kadar jenayah. Satu daripadanya ialah mengelak daripada terlibat alam kegiatan jenayah . Hal ini dapat kita lakukan jika kita bergaul dengan orang-orang yang tinggi moralnya. Selain itu , kita perlu juga melengkapkan diri dengan didikan agama untuk membentuk keimanan yang teguh supaya dapat menjadi benteng untuk menyekat diri kita daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.
Langkah seterusnya ialah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis . Hal ini wajib kita lakukan jika kita benar-benar cinta akan keamanan. Sebagai anggota masyarakat, kita sepatutnya menjadi mata dan telinga pihak polis. Sebarang kegiatan jenayah dan perbuatan yang mencurigakan hendaklah dilaporkan segera kepada pihak polis.
Pelajar pun dapat membantu mengurangkan kejadian jenayah. Caranya ialah menyampaikan maklumat tentang langkah-langkah mencegah janayah kepada anggota keluarga dan anggota masyarakat setempat. Misalnya, anda boleh mengingatkan keluarga tentang perlunya menyimpan wang dan harta benda di tempat yang selamat.
Hadirin sekelian,
Akhir kata saya menyeru para hadirin agar kita bersama mencegah
dan membanteras kejadian jenayah. Sekian terima kasih.

1 Pada pendapat anda, siapakah yang mungkin sekali memberi ucapan ini?

A Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
B Pegawai Kaunseling
C Pegawai pendidikan
D Pegawai polis

2 Bukti bahawa kejadian jenayah semakin kerap berlaku dalam uacapan
ini berdasarkan pada…

A kerapnya kejadian jenayah disiarkan di akhbar-akhbar setempat.
B banyaknya kejadian jenayah yang sedang disiasat oleh polis.
C pengalaman dan pemerhatian dari hari ke hari.
D banyaknya aduan oleh mangsa yang terlibat dalam kejadian jenayah.

3 Mengapakah setiap anggota masyarakat harus bersama-sama membanteras jenayah?

A kerana tugas membanteras jenayah adalah kewajipan setiap
anggota masyarakat.
B kerana pihak polis gagal menjalankan tugasnya seperti yang diharapkan .
C kerana penjenayah takut akan masyarakat yang sentiasa
bekerjasama dengan polis.
D kerana kejayaan membanteras jenayah mudah tercapai melalui
kerjasama masyarakat.

4 Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaikata mata dan telinga pihak polis?

A membantu pihak polis .
B orang kanan pihak polis.
C penyiasat sambilan pihak polis.
D pengawal sukarela pihak polis.

5 Apakah yang dapat disimpulkan daripada ucapan di atas ?

A setiap orang mesti bersama memikul tanggungjawab membanteras jenayah.
B kegiatan jenayah tidak harus dibiarkan berleluasa untuk
menjamin ketenteraman.
C pihak polis tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam
usaha membanteras jenayah.
D tanggungjawab membanteras jenayah hanyalah tanggungjawab pihak polis.

Soalan 6 hingga 10
Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Petani waja,
Tidak bermaya
setengah abad kau menjadi peneroka
membangun tanah pusaka tercinta
menumpahkan keringat…
demi keluarga, bangsa dan negara.
Petani waja,
setengah abad berlalu
keringan mu
kegagahan mu dimamah usia
kulit mu kasar berkedut hangus.
urat-urat mu berpintal-pintal
setelah setengah abad berjuang
bersama kerbau tua bermandi lumpur
di bawah panahan sang mentari
namun ganjaran mu tidak setara
separuh cuma bahagian mu
setelah ditolak rezeki tikus dan bebeurung…
lintah darat yang tidak mengenal mangsa.
Oh ! Petani waja
Hati mu, wajah mu tidak pernah ceria
hati mu resah
esok anak mu akan ke sekolah
pasti tidak bermaya untuk melangkah
tanpa wang belanja, tanpa segala
derita mu pasti bertambah lagi
hanya doa dan harapan
menanti sinar yang tak kunjung datang

6 Sudah berapa lama petani itu bekerja di sawah?

A lima tahun
B lima belas tahun
C sepuluh tahun
D lima puluh tahun

7 Berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan pendapatan petani
tidak memuaskan KECUALI

A dimakan tikus dan burung.
B tidak menggunakan teknologi baru
C bergantung dengan orang tengah
D kerana sebahagian hasilnya dimakan lintah

8 Bagaimanakah hasil yang diperolehi oleh petani itu?

A hanya cukup untuk keperluan dirinya sendiri
B tidak setimpal dengan usaha yang dikeluarkan
C melebihi keperluan keluarganya
D separuh sahaja yang digunakan

9 Rangkaikata “ lintah darat ” bermaksud …

A pemborong atau peniaga yang mengambil untung berlebihan
B pemborong peniaga yang membeli hasil-hasil petani
C pemborong peniaga yang memberikan modal
D lintah yang hidup di darat

10 Pada pandangan anda , apakah mesej utama yang hendak disampaikan dalam
sajak di atas?

A petani ialah golongan yang sememangnya miskin .
B jasa petani pada bangsa dan negara jamgan dilupakan
C masa depan petani yang gelap kerana mereka sudah setengah abad bertani.
D petani perlukan pembelaan untuk meningkatkan pengeluaran dan
pemasaran agar mereka dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.

Soalan 11 hingga Soalan 15
Baca berita di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan berikutnya.

KUALA LUMPUR, 25 Mei - Pakar Botani dari Britain, G.G Watson yang pernah bertugas di Malaya dalam tahun 1930-an pasti tidak menyangka sama sekali bahawa rumahnya kini akan dijadikan Pusat Pendidikan Alam Semula Jadi Negara.
Rumah yang terletak di tepi hutan dara seluas 1020 hektar dalam kawasan Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia(FRIM). Rumah itu mempunyai empat bilik dan telah dibina pada tahun 1928.
Tujuan pengubahsuaian rumah tersebut ialah untuk mengekalkan kehijauan serta menanamkan rasa kecintaan di kalangan masyarakat terhadap hutan di negara ini. Kerja-kerja pengubahsuaian rumah itutelah dilakukan dengan kerjasama tiga pihak iaitu pihak Shell sebagai penaja, pihak FRIM dan Persatuan Pencinta Alam (MNS) sebagai penyelenggaraan
Rumah tersebut akan menjadi sumber rujukan dan penyelidikan kepada semua golongan, termasuk pelajar dan orang ramai. Rumah itu kini telah dilengkapkan dengan 41 buah katil, beberapa buah komputer,buku-buku rujukan dan alat pandang dengar.
Rumah tersebut diharapkan dapat menjadi pusat pendidikan alam semula jadi dan tempat menyimpan dan membekalkan segala maklumat mengenai hutan kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya.

11 Apakah yang terbayang oleh pemilik rumah tersebut?

A rumahnya akan terbiar begitu sahaja
B rumahnya akan dijadikan rumah kediaman pegawai
C rumahnya akan dijadikan pusat penyelidikan dan pengumpulan
kayu balak
D rumahnya akan menjadi Pusat Penyelidikan Alam Semula Jadi.

12 Hutan dara dalam petikan berita di atas membawa maksud …

A hutan yang dipelihara
B hutan yang hijau dan subur
C hutan yang belum diteroka
D hutan yang sudah matang usianya

13 Semua pihak teribat dalam kerja-kerja pengubahsuaian rumah
tersebut KECUALI

A pihak shell
B pihak Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia
C Pihak Persatuan Pencinta Alam
D Pihak Jabatan Perhutanan malaysia

14 Apakah tujuan asal pembinaan rumah tersebut?

A tempat kediaman G.G Watson dan keluarganya
B kediaman pegawai-pegawai perhutanan
C Pejabat Perhutanan Malaysia
D Pejabat Institut Penyelidikan dan Perhutanan Negara

15 Pada pendapat kamu , apakah yang akan terjadi sekiranya semua hutan
di negara kita digondolkan?

A iklim akan bertukar
B cuaca tidak menentu]
C negara akan menjadi kaya
D negara akan hilang khazanah yang amat bernilai

Khamis, 10 Mac 2011

LATIHAN BAHAGIAN C

LATIHAN 01


Aiman seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Aiman selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Aiman juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Aiman. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu bapa/ orang lain
2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.
3. Kasih saying – memberi nasihat / teguran
4. Menjaga kebersihan – makanan
5. Menjaga kesihatan – dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat



LATIHAN 02



Tema : Murid yang bersikap negative

Kamal murid Tahun 4 Anggerik. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Kamal tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Kamal.

JAWAPAN

1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru



LATIHAN 03


Ibu menyuruh Jumali ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Jumali menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu
2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan
3. Menghargai masa
4. Perlu jujur dan amanah
5. Bercakap benar /



LATIHAN 04

Siva membantu Zaid yang mengalami kecederaan semasa berlari dalam acara 4 x 100 meter. Dia membalut luka pada lutut Zaid dengan berhati-hati. Zaid menyesal kerana menuduh Siva mencuri duitnya. Zaid memohon maaf kepada Siva kerana berprasangka terhadapnya. Zaid menceritakan perkara yang sebenarnya. Duit Zaid sebenarnya tidak hilang tetapi tertinggal di dalam kereta ayahnya. Zaid berasa malu terhadap Siva kerana tidak bersikap adil kepadanya. Walaupun Zaid menuduh mencuri duitnya, tetapi Siva tidak berdendam dan sudi merawat lukanya. Siva telah memaafkan Zaid dan menghargai persahabatannya dengan Zaid selama ini.


Jawapan:

Nilai atau pengajaran daripada petikan di atas ialah kita mesti membantu rakan kita yang berada dalam kesusahan. Kita perlu menunjukkan sikap baik hati walaupun terdapat perselisihan faham sebelum ini. Perasaan dendam harus dielakkan dalam persahabatan. Selain itu berterus teranglah sekiranya terdapat keraguan. Sekiranya kita telah melakukan kesalahan, tindakan yang perlu adalah insaf atas kesalahan tersebut. Sikap pemaaf penting dalam menjalinkan semangat setiakawan.

Rabu, 9 Mac 2011

LATIHAN SOALAN KEFAHAMAN (1)

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hutan monsun tropika tumbuh di kawasan yang mempunyai musim kering yang nyata. Jenis hutan ini terdapat di kawasan Jawa Timur, Myanmar, dan Laos. Kawasan ini mempunyai hujan tahunan yang kurang daripada 1800 mm. Kawasan ini juga mempunyai suhu antara 21C hingga 26C.
Jenis hutan yang terdapat di negara kita ialah hutan Khatulistiwa. Pokok-pokok yang tumbuh di hutan jenis inin biasanya rapat-rapat, tebal, dan merimbun. Berlainan pula dengan hutan monsun tropika. Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan hutan jenis ini agak jarang. Pada musim kemarau pula, daun-daun pokok ini menguning dan gugur. Ketika itu dikenali sebagai hutan luruh monsun tropika. Ketinggian pokok-pokoknya tidak melebihi 40 meter, iaitu lebih rendah daripada pokok-pokok di negara kita.
Seperti hutan khatulistiwa, hutan monsun tropika mempunyai jenis pokok yang keras dan berharga. Antaranya termasuklah pokok jati dan penaga. Myanmar, Laos dan Jawa Timur merupakan pengeluar utama kayu jati yang penting di rantau ini. Hal ini membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya.
Tumbuhan menjalar juga terdapat di hutan monsun tropika. Di bahagian bawah hutan ini juga ditumbuhi semak samun yang tebal. Tumbuhan yang menjalar hidup subur kerana mendapat pancaran cahaya matahari yang cukup.
Sesungguhnya hutan monsun tropika menjadikan Myanmar dan Laos pengeksport utama kayu balak yang penting di dunia. Kayu-kayu balak yang dieksport adalah dalam bentuk balak, kayu gergaji, kayu lapis, dan papan. Hasil kayu balak ini digunakan untuk membina rumah, kapal, perabot, dan sebagainya.
Memandangkan betapa pentingnya hutan monsun Tropika kepada negara-negara terbabit, maka langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara hutan haruslah diambil. Antaranya adalah mewartakan kawasan tersebut sebagai hutan simpan atau Taman Negara. Kerajaan juga hendakalah menubuhkan renjer hutan untuk mengawal pembalakan haram, kebakaran hutan, dan menguatkuasakan undang-undang. Selain itu kerajaan juga hendaklah menetapkan syarat wajib, iaitu menebang pokok balak apabila pokok tersebut mempunyai ukur lilit 45-50 meter.


1 Malaysia dan Selatan Thailand memiliki hutan jenis
A monsun sederhana
B monsun tropika
C monsun khatulistiwa
D hutan luruh

2 Antara yang berikut merupakan sifat-sifat tumbuhan hutan yang terdapat di
Malaysia, kecuali
A tumbuh rapat-rapat
B ketinggian pokok kurang dari 40 meter
C tumbuh merimbun
D banyak pokok kayu yang keras

3 Apakah kelebihan hutan-hutan yang terdapat di Asia Tenggara?
A Pokoknya tumbuh rapat-rapat
B Daunnya akan menguning dan luruh pada musim kemarau
C Banyak pokok yang keras dan berharga
D Mudah ditebang

4 Mengapakah tumbuhan menjalar yang terdapat di hutan monsun tropika mendapat
pancaran cahaya matahari yang cukup?
A Kerana pokoknya tumbuh jarang-jarang
B Kerana cuaca di kawasan tersebut kering sepanjang tahun
C Kerana daun-daun akan luruh pada musim kemarau
D Kerana pokok-pokok besar di kawasan tersebut selalu ditebang

5 Pilih pernyataan yang benar.
A Hujan tahunan di Laos melebihi 2000 mm
B Daun-daun pokok di hutan monsun tropika akan luruh pada musim hujan
C Kawasan hutan monsun tropika kurang dipenuhi semak-samun
D Eksport kayu balak merupakan sumber ekonomi yang utama bagi Myanmar


Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca laporan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM SULTAN ALAM SHAH SHAH ALAM, SELANGOR

Pada cuti penggal sekolah yang lalu, Kelab Bahasa Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Lanjut telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Sultan Alam Shah, di Shah Alam. Lawatan ini disertai oleh 30 orang murid dan diiringi oleh 5 orang guru pengiring. Lawatan itu bertujuan untuk melihat pelbagai khazanah sejarah negeri Selangor.

Kompleks muzium ini diberi nama bersempena nama Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Alhaj.

Muzium ini menempatkan tujuh buah bilik pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kesultanan , Balai Kebudayaan , Balai Warisan Ilmu Kejadian, Balai Ekonomi, Balai Sukan dan Balai Pengangkutan. Setiap bilik mempamerkan Khazanah Negeri. Sebagai contoh, Balai Kesultanan menerangkan sejarah dan riwayat hidup Sultan Selangor secara terperinci. Balai Kebudayaan pula menunjukkan adat resam, budaya dan cara hidup rakyat Selangor.

Lebih 5000 koleksi dipamerkan di Muzium ini. Antara khazanah yang menarik ialah patung-patung yang menunjukkan adat perkahwinan orang Melayu. Kami juga turut diberi penerangan oleh Cikgu Zamzuri tentang khazanah-khazanah tersebut.

Lawatan ini sungguh bermakna kepada kami. Kami didedahkan dengan pelbagai ilmu tentang sejarah sultan dan juga sejarah negeri Selangor. Harapan kami lawatan ini dapat membantu kami di sekolah selain daripada memberi ilmu pengetahuan yang baru.

Laporan disediakan oleh , 12 Mac 2011
Zarina fazlan
……………………………
( ZARINA BINTI FAZLAY )
Setiausaha Kelab Bahasa
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
43950 Sungai Pelek,


6 Apakah tujuan lawatan tersebut ?
A Untuk melihat perkembangan negeri Selangor
B Untuk melihat khazanah dan sejarah negeri Selangor
C Untuk melihat 5000 bahan koleksi yang dipamerkan
D Untuk melihat budaya dan cara hidup rakyat Selangor


7 Balai Pengangkutan di Muzium Sultan Alam Shah mungkin mempamerkan
A perkembangan sistem pengangkutan di Selangor
B dokumen sejarah berkaitan negeri Selangor
C kedudukan perindustrian negeri Selangor
D keindahan semula jadi di Selangor

8 Anda telah berjaya menghasilkan sejenis vaksin untuk membunuh Virus Nipah .
Sejarah penemuan anda ini mungkin dipamerkan di…………………………….
A Balai Ekonomi
B Balai Sejarah
C Balai Kebudayaan
D Balai Warisan Ilmu Kejadian

9 Berikut adalah benar kecuali
A lebih 5000 bahan koleksi di muzium ini
B riwayat hidup Sultan Selangor turut dipamerkan
C muzium ini diberi nama sempena nama seorang sultan Selangor
D cara hidup rakyat negeri Selangor dipamerkan di Balai Warisan Ilmu Kejadian

10 Apakah faedah yang diperolehi oleh ahli rombongan tersebut ?
A Pengetahuan tentang sejarah negeri Selangor
B Dapat melawat Muzium Sultan Alam Shah
C Boleh berjumpa pelawat-pelawat lain
D Dapat melihat patung-patung


Soalan 11hingga Soalan 15
Baca pengumuman di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU 2011

Sempena Minggu Bahasa Melayu yang akan bermula pada 21 Februari2011, Panitia Bahasa Melayu akan mengadakan satu peraduan mengarang mengikut tahun.
Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4, 5, dan 6 Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra. Sesiapa berminat diminta menghubungi Pengerusi Peraduan Mengarang, Puan Hjh.Rashidah binti Suboh.

Syarat-syarat Peraduan:

1. Tajuk : a) Bahasa Jiwa Bangsa
b) Cintai Bahasa Kita
2. Karangan hendaklah ditaip.
3. Panjang karangan bagi Tahun 4 tidak kurang daripada 100 patah perkataan, Tahun 5
tidak kurang daripada 200 patah perkataan, dan Tahun 6 tidak kurang daripada 300
patah perkataan.
4. Tulis nama penuh dan tahun di sudut atas sebelah kanan kertas anda.
5. Karangan yang telah siap hendaklah dihantar melalui email sktpsputra@gmail.my
masing-masing kepada Pengerusi Peraduan Mengarang sebelum
04 Februari 2011 jam 11.00 pagi.

Hadiah: Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Hadiah pertama RM20.00 RM25.00 RM30.00
Hadiah Kedua RM15.00 RM20.00 RM25.00
Hadiah Ketiga RM10.00 RM15.00 RM20.00
Selain itu 10 hadiah sagu hati bernilai RM5.00 setiap seorang akan disediakan bagi peraduan ini.
Nama-nama pemenang akan diumumkan pada Hari Kemuncak Minggu Bahasa Melayu iaitu pada hari Jumaat 25 Februari 2011. Hadiah-hadiah akan disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohammad Nasir bin Meskam.

Sekian, untuk makluman.

Yang menjalankan tugas,

(ZAITON BIN OSMAN)
Setiausaha,
Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra.


11 Peraduan ini terbuka kepada ......
A sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya
B pelajar yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun
C pelajar yang berumur 7 tahun hingga 9 tahun
D pelajar-pelajar tahap satu

12 Pada hari apakah Minggu Bahasa Melayu ini bermula?
A Jumaat
B Khamis
C Selasa
D Isnin

13 Berapa panjang karangan yang mesti ditulis oleh peserta tahun 5?
A Lebih daripada 200 patah perkataan
B Kurang daripada 200 patah perkataan
C Tidak kurang daripada 300 patah perkataan
D Tidak kurang daripada 100 patah perkataan

14 Karangan yang telah siap hendaklah dihantar kepada .......
A Puan Zaiton binti Osman
B Guru kelas masing-masing
C Pengerusi Panitia Bahasa Melayu
D Tuan Haji Mohammad Nasir bin Miskam

15 Berapakah jumlah hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur?
A RM45.00 sahaja
B RM75.00 sahaja
C RM180.00 sahaja
D RM230.00 sahaja

Soalan 16 hingga soalan 20

Baca puisi di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya.


Guruku
Harapanmu suatu perjuangan
Harapanmu suatu pengorbanan

Guruku
Kejayaan yang kauidamkan
Keringatmu dan impianmu
Terserlah menjadi kenyataan
Itulah janjiku kepadamu

Guruku
Azammu suci dan tulus
Membakar diri menerangi kami
Di matamu kami adalah sama
Tiada yang pintar atau dungu
Kasihmu tiada memilih
Membimbing kami ke sana
Ke puncak menara ilmu.


16 Apakah jenis puisi ini ?
A Sajak
B Syair
C Pantun
D Gurindam

17 Apakah tajuk yang sesuai bagi puisi ini ?
A Keikhlasan guru
B Jasa Guru
C Pengorbanannya
D Tugas Seorang Guru

18 Membakar diri menerangi kami bermaksud………….
A selalu berjuang untuk keselamatan negara
B selalu menepati janji kepada pelajarnya
C berusaha agar pelajarnya berjaya
D berusaha mencapai cita-citanya

19 ‘Puncak menara ilmu’ merujuk kepada ………
A sekolah berasrama penuh
B Pusat Sumber
C Perpustakaan Awam
D Universiti
20 Apakah yang tidak benar tentang puisi ini ?
A Guru pemuisi seorang yang bertanggungjawab
B Guru pemuisi sedang melanjutkan pelajaran di universiti
C Guru pemuisi seorang yang tekun dan tabah
D Guru pemuisi mahu semua pelajarnya berjaya

Selasa, 8 Mac 2011

KARANGAN JENIS CERITA( TINDAKAN)

Panduan Mengarang


 Mempunyai gambaran jelas dan tepat tentang bahan yang menjadi cerita
sama ada melalui pengalaman, pembacaan, tontonan atau imaginasi.

• Biasanya, karangan jenis tindakan memaparkan kebijaksanaan anda (KBKK) untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Anda merupakan watak utama dalam cerita tersebut.

• Calon-calon sering melakukan kesilapan menulis karangan seperti ini apabila menjadikan pihak kedua atau ketiga sebagai watak utama.

• Cerita ini biasanya cerita yang sedang berlaku bukan cerita yang telah berlaku atau belum berlaku

 Setiap cerita mestilah mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang
dan sebagainya.

 Mempunyai permulaan, puncak cerita, dan penutup

 Boleh menggunakan bahasa berbunga tetapi terkawal.


Tajuk Perbincangan

Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba kamu terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Ceritakan bagaimana kamu dapat membantu kanak-kanak tersebut.

Langkah 1

Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Karangan ini, menghendaki kamu menyatakan tindakan-tindakan yang diambil untuk membantu kanak-kanak yang cedera kerana terjatuh buaian ketika bermain.

Langkah 2

Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3

Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Baca contoh karangan di bawah ini.

Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba aku terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Kanak-kanak tersebut tersembam di atas tanah.

Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak tersebut. Beberapa orang rakan kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan dan ada yang menangis. Lebih-lebih lagi apabila mendengar rakannya yang terjatuh itu meraung kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak itu berdarah.

Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Aku dan Faizal pula mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang redup di bawah pokok tidak jauh dari situ. Ketika aku mengangkatnya, kanak-kanak itu meraung kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu terseliuh atau mungkin patah.

Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku menyuruh Ahmad menahan kereta di jalan besar yang tidak jauh dari situ. Dengan pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan bulan sabit merah di sekolah, aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk mengampu tangannya yang cedera.

Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat anaknya yang cedera itu. Aku terus menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas kerana anaknya tidak sedarkan diri.

Ahamad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital. Ibu kanak-kanak itu, tanpa berlengah-lengah, terus mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda tersebut. Aku mengingatkan rakan-kanak-kanak yang malang itu, supaya berhati-hati ketika bermain.




Langkah 4

Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara- perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan,tanda baca, dan ejaan.

Latihan Minggu Ini

1 Jambatan yang kami lalui ke tapak perkhemahan telah dihanyutkan air. Hujan turun semakin lebat. Kamu dan rakan-rakan kamu mesti meninggalkan tapak perkhemahan itu kerana kawasan tersebut tidak selamat. Apakah tindakan yang patut kamu ambil untuk menyelamatkan diri.

2 Kamu ternampak seorang pemuda meragut beg tangan seorang wanita. Tulis
sebuah cerita apakah tindakan yang kamu lakukan.

Apakah tindakan-tindakan yang akan kamu ambil seterusnya .

3 Anda sedang membeli barang di sebuah kedai. Tiba-tiba terdengar bunyi satu letupan dan diikuti asap yang berkepul-kepul dari bahagian belakang kedai tersebut.

Tuliskan sebuah karangan yang menceritakan bagaimana anda menolong pekedai tersebut.


GLOSARI

badai angin ribut yang tiba-tiba datangnya, taufan, keadaan perasaan
atau fikiran dan sebagainya yang amat tidak tenteram,
keributan atau kekacauan
raung bunyi suara nyaring lagi panjang, teriak yang panjang
redup berawan di langit, tidak terang cuaca mendung , agak gelap
kerana dilindungi awan, kurang cahaya suram pada wajah,
kurang terang atau hampir padam pada api, mulai berhenti
tenang kembali bagi angin dan hujan
anduh kain yang digantung pada leher untuk mengampu tangan yang
cedera atau patah, retak dan lain-lain
muncul keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit atau timbul
malang letaknya melintang atau mengalang atau nasib yang tidak baik
tidak beruntug cilaka atau sial
gempar heboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh kerana berita buruk
atau letupan dan lain-lain
mulai mula-mula melakukan sesuatu, sejak atau semenjak dari,
melakukan atau mengerjakan dari mula atau mengasaskan
gegas membuat sesuatu cepat-cepat, mengerat bulu ayam supaya tidak
boleh terbang
muluk terbang tinggi-tinggi seperti burung merpati dan sebagainya,
tinggi lagi merdu bagi suara atau nyaring
pungut mengambil, memetik hasil
merebak menjalar-jalar, menular-nular bagi penyakit, tersebar atau
tersiar merata-rata bagi berita atau lain-lain, menjangkit,
meluas, merembet bagi api




Contoh Jawapan soalan 3


Aku meletakkan basikalku di tepi sebuah kedai. Aku masuk ke dalam kedai itu untuk membeli barang yang disuruh oleh ibu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi satu letupan yang sangat kuat. Asapa berkepul-kepul dari arah belakang kedai. Orang ramai menjadi gempar…

“Kebakaran! Tolong! Tolong! Api! Api!” suara orang ramai menjerit.

Sejurus kemudian aku lihat api mulai marak di belakang kedai itu. Orang ramai yang sedang membeli barang, bergegas keluar dari kedai. Aku berlari ke pondok telefon di hadapan kedai untuk menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.

Aku lihat tuan kedai dan beberapa orang pekerjanya berusaha mengeluarkan barang-barang dari kedainya. Aku segera membantu. Begitu juga orang ramai yang berada di situ. Barang-barang yang sempat diangkat dihimpunkan di halaman kedai.

Api semakin marak, tuan kedai masih mahu menyelamatkan barang-barangnya. Orang ramai telah menghalangnya. “ Wang saya masih tertinggal di dalam kedai!” jerit pekedai itu sambil meronta-ronta. Kami cuba menenagkan pekedai itu. Setelah dipujuk akhirnnya pekedai itu akur.

Sejurus kemudian pasukan bomba dan penyelamat tiba. Mereka terus berusaha memadamkan api agar tidak merebak ke kedai-kedai yang berdekatan. Akhirnya, api dapat dipadamkan. Pasukan bomba memeriksa kawasan dalam kedai. Tuan kedai ikut bersama-sama.

Menurut pihak bomba punca kebakaran tersebut masih belum dapat dipastikan. Pihak bomba akan membuat siasatan tentangnya. Pasukan bomba mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah memberikan kerjasama. Pihak bomba juga menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati supaya kebakaran dapat dielakkan.