Khamis, 10 Mac 2011

LATIHAN BAHAGIAN C

LATIHAN 01


Aiman seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Aiman selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Aiman juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Aiman. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu bapa/ orang lain
2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.
3. Kasih saying – memberi nasihat / teguran
4. Menjaga kebersihan – makanan
5. Menjaga kesihatan – dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat



LATIHAN 02



Tema : Murid yang bersikap negative

Kamal murid Tahun 4 Anggerik. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Kamal tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Kamal.

JAWAPAN

1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru



LATIHAN 03


Ibu menyuruh Jumali ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Jumali menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.

JAWAPAN

1. Menghormati ibu
2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan
3. Menghargai masa
4. Perlu jujur dan amanah
5. Bercakap benar /



LATIHAN 04

Siva membantu Zaid yang mengalami kecederaan semasa berlari dalam acara 4 x 100 meter. Dia membalut luka pada lutut Zaid dengan berhati-hati. Zaid menyesal kerana menuduh Siva mencuri duitnya. Zaid memohon maaf kepada Siva kerana berprasangka terhadapnya. Zaid menceritakan perkara yang sebenarnya. Duit Zaid sebenarnya tidak hilang tetapi tertinggal di dalam kereta ayahnya. Zaid berasa malu terhadap Siva kerana tidak bersikap adil kepadanya. Walaupun Zaid menuduh mencuri duitnya, tetapi Siva tidak berdendam dan sudi merawat lukanya. Siva telah memaafkan Zaid dan menghargai persahabatannya dengan Zaid selama ini.


Jawapan:

Nilai atau pengajaran daripada petikan di atas ialah kita mesti membantu rakan kita yang berada dalam kesusahan. Kita perlu menunjukkan sikap baik hati walaupun terdapat perselisihan faham sebelum ini. Perasaan dendam harus dielakkan dalam persahabatan. Selain itu berterus teranglah sekiranya terdapat keraguan. Sekiranya kita telah melakukan kesalahan, tindakan yang perlu adalah insaf atas kesalahan tersebut. Sikap pemaaf penting dalam menjalinkan semangat setiakawan.

5 ulasan:

  1. terbaik..bekas guru sk pulau meranti

    BalasPadam
  2. izin guna maklumat

    BalasPadam
  3. bagus. satu laman web yang mengandungi banyak fakta yang menarik dan berguna dalam peperiksaan

    BalasPadam
  4. terima kasih... ia amat berguna tetepi harap-harap boleh meletakkan lebih latihan.

    BalasPadam