Panduan Mengarang
Mempunyai gambaran jelas dan tepat tentang bahan yang menjadi cerita
sama ada melalui pengalaman, pembacaan, tontonan atau imaginasi.
• Biasanya, karangan jenis tindakan memaparkan kebijaksanaan anda (KBKK) untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Anda merupakan watak utama dalam cerita tersebut.
• Calon-calon sering melakukan kesilapan menulis karangan seperti ini apabila menjadikan pihak kedua atau ketiga sebagai watak utama.
• Cerita ini biasanya cerita yang sedang berlaku bukan cerita yang telah berlaku atau belum berlaku
Setiap cerita mestilah mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang
dan sebagainya.
Mempunyai permulaan, puncak cerita, dan penutup
Boleh menggunakan bahasa berbunga tetapi terkawal.
Tajuk Perbincangan
Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba kamu terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Ceritakan bagaimana kamu dapat membantu kanak-kanak tersebut.
Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Karangan ini, menghendaki kamu menyatakan tindakan-tindakan yang diambil untuk membantu kanak-kanak yang cedera kerana terjatuh buaian ketika bermain.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.
Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.
Baca contoh karangan di bawah ini.
Aku dan beberapa orang rakan sedang berbasikal di taman. Tiba-tiba aku terlihat seorang kanak-kanak terjatuh daripada buaian. Kanak-kanak tersebut tersembam di atas tanah.
Aku dan rakan-rakanku bergegas menghampiri kanak-kanak tersebut. Beberapa orang rakan kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan dan ada yang menangis. Lebih-lebih lagi apabila mendengar rakannya yang terjatuh itu meraung kesakitan. Kulihat lutut dan siku kanak-kanak itu berdarah.
Aku menyuruh Amar segera mencari ibu kanak-kanak yang malang itu. Aku dan Faizal pula mengangkat kanak-kanak itu ke tempat yang redup di bawah pokok tidak jauh dari situ. Ketika aku mengangkatnya, kanak-kanak itu meraung kesakitan. Aku pasti tangan kanak-kanak itu terseliuh atau mungkin patah.
Sementara menunggu ibu bapa kanak-kanak itu sampai, aku menyuruh Ahmad menahan kereta di jalan besar yang tidak jauh dari situ. Dengan pengalaman dan pengetahuan sebagai ahli persatuan bulan sabit merah di sekolah, aku segera membuat anduh daripada bajuku untuk mengampu tangannya yang cedera.
Sejurus kemudian, ibu kanak-kanak itu sampai. Dia terkejut melihat anaknya yang cedera itu. Aku terus menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku. Ibu kanak-kanak itu kelihatan cemas kerana anaknya tidak sedarkan diri.
Ahamad dan seorang pemuda muncul dan bersedia untuk membawa kanak-kanak itu ke hospital. Ibu kanak-kanak itu, tanpa berlengah-lengah, terus mengangkat anaknya ke dalam kereta pemuda tersebut. Aku mengingatkan rakan-kanak-kanak yang malang itu, supaya berhati-hati ketika bermain.
Langkah 4
Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara- perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan,tanda baca, dan ejaan.
Latihan Minggu Ini
1 Jambatan yang kami lalui ke tapak perkhemahan telah dihanyutkan air. Hujan turun semakin lebat. Kamu dan rakan-rakan kamu mesti meninggalkan tapak perkhemahan itu kerana kawasan tersebut tidak selamat. Apakah tindakan yang patut kamu ambil untuk menyelamatkan diri.
2 Kamu ternampak seorang pemuda meragut beg tangan seorang wanita. Tulis
sebuah cerita apakah tindakan yang kamu lakukan.
Apakah tindakan-tindakan yang akan kamu ambil seterusnya .
3 Anda sedang membeli barang di sebuah kedai. Tiba-tiba terdengar bunyi satu letupan dan diikuti asap yang berkepul-kepul dari bahagian belakang kedai tersebut.
Tuliskan sebuah karangan yang menceritakan bagaimana anda menolong pekedai tersebut.
GLOSARI
badai angin ribut yang tiba-tiba datangnya, taufan, keadaan perasaan
atau fikiran dan sebagainya yang amat tidak tenteram,
keributan atau kekacauan
raung bunyi suara nyaring lagi panjang, teriak yang panjang
redup berawan di langit, tidak terang cuaca mendung , agak gelap
kerana dilindungi awan, kurang cahaya suram pada wajah,
kurang terang atau hampir padam pada api, mulai berhenti
tenang kembali bagi angin dan hujan
anduh kain yang digantung pada leher untuk mengampu tangan yang
cedera atau patah, retak dan lain-lain
muncul keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit atau timbul
malang letaknya melintang atau mengalang atau nasib yang tidak baik
tidak beruntug cilaka atau sial
gempar heboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh kerana berita buruk
atau letupan dan lain-lain
mulai mula-mula melakukan sesuatu, sejak atau semenjak dari,
melakukan atau mengerjakan dari mula atau mengasaskan
gegas membuat sesuatu cepat-cepat, mengerat bulu ayam supaya tidak
boleh terbang
muluk terbang tinggi-tinggi seperti burung merpati dan sebagainya,
tinggi lagi merdu bagi suara atau nyaring
pungut mengambil, memetik hasil
merebak menjalar-jalar, menular-nular bagi penyakit, tersebar atau
tersiar merata-rata bagi berita atau lain-lain, menjangkit,
meluas, merembet bagi api
Contoh Jawapan soalan 3
Aku meletakkan basikalku di tepi sebuah kedai. Aku masuk ke dalam kedai itu untuk membeli barang yang disuruh oleh ibu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi satu letupan yang sangat kuat. Asapa berkepul-kepul dari arah belakang kedai. Orang ramai menjadi gempar…
“Kebakaran! Tolong! Tolong! Api! Api!” suara orang ramai menjerit.
Sejurus kemudian aku lihat api mulai marak di belakang kedai itu. Orang ramai yang sedang membeli barang, bergegas keluar dari kedai. Aku berlari ke pondok telefon di hadapan kedai untuk menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.
Aku lihat tuan kedai dan beberapa orang pekerjanya berusaha mengeluarkan barang-barang dari kedainya. Aku segera membantu. Begitu juga orang ramai yang berada di situ. Barang-barang yang sempat diangkat dihimpunkan di halaman kedai.
Api semakin marak, tuan kedai masih mahu menyelamatkan barang-barangnya. Orang ramai telah menghalangnya. “ Wang saya masih tertinggal di dalam kedai!” jerit pekedai itu sambil meronta-ronta. Kami cuba menenagkan pekedai itu. Setelah dipujuk akhirnnya pekedai itu akur.
Sejurus kemudian pasukan bomba dan penyelamat tiba. Mereka terus berusaha memadamkan api agar tidak merebak ke kedai-kedai yang berdekatan. Akhirnya, api dapat dipadamkan. Pasukan bomba memeriksa kawasan dalam kedai. Tuan kedai ikut bersama-sama.
Menurut pihak bomba punca kebakaran tersebut masih belum dapat dipastikan. Pihak bomba akan membuat siasatan tentangnya. Pasukan bomba mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah memberikan kerjasama. Pihak bomba juga menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati supaya kebakaran dapat dielakkan.
not so bad..
BalasPadamthaks senang la nk wat keje
BalasPadamada jenis karangan cerita lain tak?;D
BalasPadamnk pasal budak jatuh basikal.....x nk tengah main basikal....ni kene buat homework
PadamTaklah teruk sangat.... Oklah juga....cuma terlalu panjang.......buatlah karangan lain....
BalasPadamklou boley cuba buat lagi panjang lagi .
BalasPadamye......................................................................................................................
Padampendeknyaa jawapan
Padamx derw tjk lain kerw cikgu
BalasPadammacam palagi
BalasPadamHEBAT JUGA, TAPI KALAH DENGAN CIKGU HASLINA
BalasPadamBAGUS JUGA KARANGAN NI...
BalasPadamteruk betul kalah dengan cikgu ......
BalasPadamapa ni
BalasPadampe dahhhhhhh!!!!!!!!!!!!
BalasPadampa mirul
BalasPadamAmirul sakai
BalasPadamyoo
BalasPadamapa yoo tu ah
BalasPadamHi,my name is Tashne.Do you want friend with me
BalasPadamxde tjk lain ke?mmng bagus krngn ni tpi xkn xde crta lain
BalasPadamkarangan lain xde ker
BalasPadambagus lah tu/005/005... hampa tu thanks la kat cikgu ye selalu ak tiru karg cikgu ni tau untk wat keje
BalasPadamwow bestnyer..
BalasPadamx de karangan lain ke????
BalasPadambodoh
Padamboleh tahan tapi simple sangat
BalasPadamtajuk sedih ade th
BalasPadamok jer...boleh tak tulis satu karangan yang menarik
BalasPadamsaya bagi soalan yerr..Kamu telah menghadiri kelas ulangkaji intensif UPSR selama tiga hari di sekolah..
Tulis sepucuk surat kepada kawan kamu dengan menceritakan kebaikan menyertai kelas ulangkaji intensif serta pengalaman yang kamu lalui...
setelah tulis bagitahu saya ini dia email saya----fb--t.haruna_tamilz2000@yahoo.com
best jugak. maaf tpi sya bukan ank murid cikgu. tpi ada tjuk karangan yg saya boleh bagi. contohnya mcm... kawan karib dibuli selepas wak2 sekolah? apa kata c.sanusi
BalasPadamSaya nak karangan jenis cerita UPSR.
PadamAda karangan yang berjudul Karangan Tindakan Rakan Pengsan Semasa Hhari Sukan?
BalasPadamTak ade ke karangan jenis cerita yang bukan tindakan?
BalasPadamade x karangan tentangtindakan rakan cedera semasa gotong royong
BalasPadamkarangan yg mantap
BalasPadamKarangan yang bagussss!!!!
BalasPadamemmmm....bolelah
BalasPadamkarangan yang bgus
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMaaf saya bukan anak murid cikgu tapi boleh tunjukkan macam mana nak buat karangan tindakan macam ni soalannya.. kamu dan rakan2 telah menyertai aktiviti gotong royong anjuran pihak sekolah.ketika sedang sibuj membersihkan kelas,seorang rakan kamu jatuh lalu pengsan. ceritakan tindakan yg diambil apabila menghadapi kejadian tersebut. sekian harap boleh bantu saya.
BalasPadamSaya pon nk buat karangan gotong royong yang macam atas ni...sama betul
BalasPadamcikgu kalau saya nak karangan cerita boleh
BalasPadamBODOH LA
BalasPadamKAU KENAPA
PadamKarangan yg agk mengancam.....mmg stedy arh...
Padamkrgn ok..cuma nk tegur jgn buat kata dialog..pemeriksa tidk suka..di situ boleh dipotong markah..gunakan ayt yg lebih gramatis..tukarkan disuruh kpd dipesan oleh ibu...
BalasPadamCerita ni berapa orng knk2
BalasPadamSoalan 1 tapi dia buat cerita mcm dua orng
Apa2 pon ceritanii mnrik boleh dpt 25/30 kn
Cerita ni berapa orng knk2
BalasPadamSoalan 1 tapi dia buat cerita mcm dua orng
Apa2 pon ceritanii mnrik boleh dpt 25/30 kn
ntah ... hahaha ...
PadamOle2 skolh...mmg cm tu...
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamhahaha
Padamvery helpful
BalasPadamSangat senang untuk membuat membuat kerja sekolah tetapi sikit sangat...
BalasPadamkarangan yang bagus dan saya sangat suka jalan ceritanya serta mempunyai tiga aktiviti saya amat berpuas hati
BalasPadampedoman hilang kekuatan
BalasPadam