Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat di bawah.
1 Wak Roden _________________ diri kepada majikannya.
A memperhamba C dihambakan
B memperhambakan D berhamba
2 Pak Mahat ________________ paku ketika membersihkan halaman rumahnya.
A memijak C terpijak
B dipijak D berpijak
3 Rosli dan kawan-kawannya terpaksa menempuh pelbagai ________________
untuk sampai ke puncak gunung itu.
A cabaran C tercabar
B mencabar D pencabar
4 Adik tidak dapat ________________ daging lembu yang liat itu.
A menggigit C mengunyah
B menggerit D menelan
5 Lantai yang basah itu _________________ oleh kakak dengan menggunakan kain
buruk.
A disapu C digosok
B dilap D dicuci
6 ________________ pun tidak dibenarkan masuk ke bilik itu tanpa meminta
kebenaran terlebih dahulu.
A Mana-mana C Siapa-siapa
B Apa-apa D Masing-masing
7 Sikapnya yang suka __________________ menyebabkan orang kampung
memulaukannya.
A mengadu untung C mengadu nasib
B mengadu tenaga D mengadu domba
8 Pemandu dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati apabila pulang ke
kampung pada musim perayaan kerana _________________ .
A ikut hati mati, ikut rasa binasa C buang yang keruh, ambil yang jernih
B sudah terantuk baru tengadah D berani kerana benar, takut kerana salah
9 Pelancong asing itu membeli beberapa ______________ tikar kerana tertarik
dengan anyamannya yang halus.
A bungkus C gelung
B gulung D helai
10 ________________ pokok kelapa dapat dipanjatnya, _________________ pula
pokok rambutan.
A Bukan sahaja …… tetapi C Sedangkan …… inikan
B Baik …… mahupun D Meskipun …… namun
11 Amirul dilantik menjadi ketua pengawas sekolah. __________________ dia
mempunyai ciri sebagai seorang pemimpin.
A Kalau begitu C Walau bagaimanapun
B Dengan itu D Tambahan pula
Soalan 12 hingga Soalan 13
Pilih perkataan yang sama erti dengan perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
12 Ahli-ahli Kelab Kemahiran Hidup telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
kilang membuat kereta.
A menganjurkan C mengemukakan
B mencadangkan D menyarankan
13 Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji masalah banjir kilat
yang berlaku di ibu kota.
A mencari C memeriksa
B menyelidik D mengambil
Soalan 14 hingga Soalan 15
Pilih perkataan yang berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
14 Orang ramai telah mencaci pemuda yang melakukan perbuatan terkutuk itu..
A memuji C menyokong
B menghina D menyindir
15 Abang bersarapan pagi dengan tergopoh-gopoh kerana takut ketinggalan bas untuk
ke sekolah.
A tergesa-gesa C terbutu-buru
B berhati-hati D perlahan-lahan
Soalan 16 hingga Soalan 17
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.
16 Sudah berapa lamakah Azizul meninggalkan sekolah itu?
A Rasa-rasanya dia tidak mungkin meninggalkan sekolah itu.
B Sudah tiga tahun dia meninggalkan sekolah itu.
C Dia meninggalkan sekolah itu kerana melanjutkan pelajarannya.
D Sudah tentu dia mahu meninggalkan sekolah itu.
17 Adakah awak akan mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian itu?
A Ya, saya akan mengambil bahagian.
B Ya, saya akan menarik diri.
C Ya, emak yang menyuruh saya.
D Ya, saya tidak mungkin mengambil bahagian.
Soalan 18 hingga Soalan 19
Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada jawapan yang bergaris.
18 Tembikar buatan tangan ini mahal harganya kerana ukirannya yang halus.
A Bagaimanakah cara untuk menghasilkan tembikar buatan tangan?
B Adakah tembikar buatan tangan ini mahal harganya?
C Mengapakah tembikar buatan tangan ini mahal harganya?
D Mengapakah tembikar buatan tangan ini halus ukirannya?
19 Hashim dan Zaidi akan datang sekejap lagi.
A Memang benar, Hashim dan Zaidi akan datang sekejap lagi.
B Bilakah Hashim dan Zaidi akan sampai?
C Mengapakah Hashim dan Zaidi akan datang sekejap lagi?
D Pada pukul berapakah Hashim dan Zaidi akan sampai?
Soalan 20 hingga Soalan 22
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
20 A Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
B Bak kata, pepatah hendak seribu daya tak hendak, seribu dalih.
C Bak kata pepatah hendak, seribu daya, tak hendak seribu dalih.
D Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
21 A “Wah! cantiknya gambar pemandangan ini. Di mana awak membelinya ?” tanya
Ayuni kepada Rita.
B “Wah, cantiknya gambar pemandangan ini? Di mana awak membelinya!” tanya
Ayuni kepada Rita.
C “Wah, cantiknya gambar pemandangan ini! Di mana awak membelinya?” tanya
Ayuni kepada Rita.
D Wah, cantiknya gambar pemandangan ini! Di mana awak membelinya? tanya
Ayuni kepada Rita.
22 A Buku yang bertajuk Salina itu dikarang oleh Sasterawan Negara Dato’ A. Samad
Said.
B Buku yang bertajuk Salina itu dikarang oleh sasterawan negara, Dato’ A. Samad
Said.
C Buku yang bertajuk “Salina” itu dikarang oleh sasterawan negara, Dato’ A.
Samad Said.
D Buku yang bertajuk “Salina” itu dikarang oleh Sasterawan Negara, Dato’ A.
Samad Said.
Soalan 23 hingga 24
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
23 Azmi telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana hasil usahanya yang
gigih dan dorongan daripada keluarganya.
A Hasil usaha Azmi yang gigih dan galakan daripada keluarganya menyebabkan dia
berjaya menyambung pelajarannya ke luar negeri.
B Azmi ke luar negeri kerana hasil usahanya yang gigih dan dorongan daripada
keluarganya
C Azmi dan keluarganya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri kerana hasil
usaha mereka yang gigih.
D Usaha Azmi yang gigih dan galakan daripada keluarganya telah membawa
kejayaan kepadanya.
24 Pemain bola sepak itu dilayangkan kad merah oleh pengadil kerana didapati bermain
secara kasar.
A Pengadil itu telah dilayangkan kad merah oleh pemain bola sepak kerana bermain
secara kasar.
B Pemain bola sepak itu bermain secara kasar setelah dilayangkan kad merah oleh
pengadil.
C Oleh kerana bermain secara kasar, pengadil melayangkan kad merah kepada
pemain bola sepak itu.
D Pemain bola sepak yang kasar itu dilayangkan kad merah oleh pengadil.
Soalan 25
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud bersungguh-sungguh.
25 I Perbuatan yang dilakukannya itu boleh memporak-perandakan masyarakat.
II Ayah bekerja berhempas-pulas untuk menyara kami sekeluarga.
III Kakak membeli-belah pelbagai jenis barang di pasar raya itu.
IV Penduduk kampung bertungkus-lumus untuk menyiapkan balai raya itu.
A I, II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja
B I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV
Soalan 26
Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud saling.
26 I Azizi memanggil-manggil adiknya yang sedang bermain layang-layang di
padang.
II Mereka sentiasa berutus-utusan surat antara satu sama lain walaupun tinggal
berjauhan.
III Caci-mencaci adalah amalan yang tidak baik dan boleh merosakkan masyarakat.
IV Kanak-kanak bersorak riang bermain jongkang-jongket di taman permainan itu.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja
Soalan 27 hingga Soalan 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.
27 I Sikap pengadil yang berat sebelah itu menyebabkan para penonton tidak berpuas
hati.
II Berat hati ibunya hendak melepaskan anaknya pergi bekerja di bandar.
III Kita digalakkan mengamalkan peribahasa berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.
IV Soalan-soalan yang dikemukakan itu terlalu berat untuk dijawab oleh murid
sekolah rendah.
A I, II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja
B I, III , IV sahaja D I, II, III dan IV
48 I Penyakit berbahaya itu lebih kerap mengenai kanak-kanak berbanding orang
dewasa.
II Batu yang dibalingnya itu mengenai sasarannya.
III Cerita yang ditulisnya mengenai kisah pelarian.
IV Mereka berbincang mengenai cara-cara untuk menghapuskan cetak rompak.
A I dan II sahaja C I dan IV sahaja
B II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV
Soalan 29 hingga Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
29 I Orang-orang miskin itu telah menerima sumbangan dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
II Tolong sampaikan bungkusan ini kepada Mazni.
III Semua barang-barangnya telah musnah dalam kejadian banjir kilat itu.
IV Hasan sentiasa mengemas kini buku akaunnya dari semasa ke semasa.
A I dan III sahaja C II dan IV sahaja
B I dan IV sahaja D III dan IV sahaja
30 I Di seluruh negara menerima bantuan pinjaman buku teks.
II Apatah gerangan nasib anak-anak yatim itu.
III Abang menghadiahi saya sebuah jam tangan yang cantik.
IV Dia rindu akan keluarganya yang berada di kampung.
A I, II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja
B I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan