Karangan autobiografi adalah sejenis karangan yang menceritakan riwayat hidup sesuatu objek, haiwan atau tumbuhan. Oleh itu semasa menulis karangan jenis ini , anda perlu membayangkan diri anda sebagai objek , haiwan atau tumbuhan itu.
Pada umumnya, beberapa perkara di bawah ini perlu diberi perhatian sewaktu anda merangka dan menulis karangan tersebut :
§ Perlu menulis di mana dibuat,bahan-bahan yang digunakan,keadaan diri apabila
siap dipasarkan untuk jenis objek
§ Untuk haiwan atau tumbuhan perlu diceritakan asal-usul , perkembangan hidup,
keistemewaan , dan pegorbanan atau sumbangan kepada kehidupan umum,
§ Gambarkan berasa bangga dapat berkhidmat kepada manusia.
§ Boleh menyelitkan perbualan antara sesama rakan.
§ Paparkan nilai-nilai murni dan cerita mesti logik.
Soalan Perbincangan Minggu Ini
Tuliskan sebuah karangan bertajuk’Aku Sebuah Tong Sampah’
Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Memahami kehendak soalan yang meminta anda menceritakan riwayat hidup sebuah buku cerita .
Langkah 2
Menyediakan isi-isi karangan berdasarkan konsep peta minda. Anda perlu membiasakan diri mencatat isi-isi penting menggunakan peta minda supaya karangan yang ditulis mempunyai isi dan jalan cerita yang mantap.
Peta minda yang dibuat mestilah ringkas , apa yang penting anda dapat memahami peta minda tersebut . Anda mesti ingat, masa yang diambil untuk mencari isi penting dan membina peta minda ialah tidak lebih lima minit .
Lihat peta minda di bawah

Langkah 3
Menulis karangan lengkap berdasarkan isi-isi penting dalam peta minda. Anda perlu mengarang mengikut urutan cerita dan binalah ayat mengikut tatabahasa yang betul.
Contoh karangan
Aku sebuah Tong Sampah
Aku sebuah tong sampah . Aku dibuat di sebuah kilang barangan plastik di Shah Alam. Badanku diperbuat daripada plastik. Setelah siap , aku dan rakan-rakanku dibawa ke sebuah taman permainan dan diletakkan di situ.
Di badanku tertulis namaku dengan warna yang garang supaya dapat menarik perhatian orang ramai. Selain itu, tertulis juga kata-kata ‘‘Kebersihan Amalan Mulia”. Aku bangga dengan tugasku ini.
Kini aku bersedia untuk menjalankan tugas. Manusia mula mencampakkan sampah sarap ke dalam perutku. Ada yang memasukkan sampah-sarap betul-betul ke dalam perutku. Sebaliknya , ada juga yang hanya melemparkan sampah ke arah diriku.
Setiap pagi , pekerja majlis perbendaran akan mengaut sampah dari perutku. Kadang-kadang mereka memandikanku supaya kelihatan ceria.Tetapi biasanya keceriaanku tidak berpanjangan kerana sikapa segelintir manusia yang pengotor .
Aku sungguh sedih dengan nasib diriku ini. Manusia seolah-olah tidak menghargai jasa-jasaku terhadap mereka. Mereka memandang jijik akan diriku. Mereka tidak sedar , jika tanpa diriku, persekitaran mereka akan tercemar dan berbau busuk.
Pada suatu hari, datang seorang pemuda yang berpakaian compang-camping. Tiba-tiba sahaja pemuda tersebut membakar sampah yang terdapat di dalam perutku. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh tubuhku musnah dibaham oleh api . Begitulah nasib diriku.
Langkah 4
Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian agar anda tidak kehilangan markah ialah kesalahan penggunaan kata , struktur ayat , penggunaan imbuhan ,tanda baca, dan ejaan.
Soalan Latihan Minggu Ini
1. Tulis sebuah karangan bertajuk “Aku Sehelai Bendera”.
2. Tuliskan sebuah karangan bertajuk “ Aku Seutas Rantai”.
3. Tuliskan sebuah karangan bertajuk “ Aku Sepohon Durian “.
GLOSORI
aral sesuatu yang mengendalakan, halangan , gendala
bahang hawa panas yang dikeluarkan oleh benda panas,hangat
baur bercampur antara satu sengan yang lain.
cemat pin atau penyemat untuk mencantumkandua benda atau lebih.
cuak takut atau gentar
dalang orang yang memainkan wayang kulit
alahan sensitif terhadap sesuatu jenis makanan
empuk lembut dan mudah dikunyah
girang suka hati , bergembira ,riang hati
halaju kadar pergerakan sesuatu kelajuan, kecepatan
imigran orang asing yang menetap di sesebuah negara.
jelaga benda hitam yang terjadi daripada asap seperti asap pelita
kuyu tidak berseri mukanya, tidak gembira , muram
mahir cekap serta terlatih mengerjakan sesuatu, pandai dan
lancar mengerjakan sesuatu.
nazak keadaan orang yang hampir mati
pokai tidak berwang lagi , sudah habis wangnya
besttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
BalasPadam