MELENGKAPKAN CERITA
Pengenalan
Karangan menyudah atau melengkapkan cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR. Karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
Karangan jenis menyambung cerita ialah karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.
Ketepatan fakta tidak diperlukan, tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang indah serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.
Karangan ditulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian , perbualan, dan pembacaan.
Sebuah cerita yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita) sebab dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).
Karangan di bahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan penyelesaian.
Perbualan atau dialog boleh digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.
Setiap cerita mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.
Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang lebih menarik dan berkesan.
Tajuk Perbincangan
. Aku sedang membuat kerja sekolahku.Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku…
Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Soalan ini, memerlukan anda mengambil tindakan, untuk mengetahui lebih dekat atau lebih lanjut keadaan adik.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.
Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.
Baca contoh karangan di bawah ini.
Contoh Karangan
Aku sedang membuat kerja sekolahku.Tiba-tiba aku terdengar adikku menjerit. Sepantas kilat aku meluru ke tingkat atas. Jeritan adik jelas kedengaran dari arah bilik mandi. Aku cuba membukanya tetapi gagal kerana pintu terkunci.
Aku tergamam, pelbagai persoalan menerpa benakku. Adakah adikku cedera? Mengapa? Bagaimana? Ayah…ibu…belum pulang. Tiba-tiba aku terpandang sejambak kunci terletak di atas meja solek ibu. Aku segera mengambil kunci dan membuka bilik air tersebut.
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kepala adik berdarah. Rambut bertaburan di lantai. Pisau cukur ayah masih di tangannya. Aku pasti kepala adik luka sewaktu cuba bercukur. Aku segera membersihkan luka di kepala adik.
Kulihat wajah adik telah berubah. “Ronaldo!…” jeritku. Adik menekup mukanya, sambil mengangguk-anggukan kepala. Aku tidak dapat menahan tawaku. Rupa-rupanya adikku peminat Ronaldo.
Aku mengambil peti ubat yang terletak di atas almari. Luka adik yang tidak seberapa itu akau bubuh ubat ‘iodin’.Tujuannya adalah supaya luka itu cepat sembuh. Kemudian, luka itu kubalut dengan kain pembalut supaya tidak dijangkiti kuman.
Sejurus kemudian, kedengaran kereta ayah memasuki perkarangan rumah. Aku segera membuka pintu “Kenapa kepala adik berbalut?” tanya ibu kehairanan. Lantas aku menjawab, “ Adik nak jadi Ronaldo bu!”. Aku pun menceritakan kejadian sebenar kepada ayah dan ibu. Mereka pun tertawa…
Langkah 4
Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.
Latihan Minggu Ini
1. Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai ke Kelas Tahun Satu Jujur, aku terdengar seorang budak sedang menangis. Aku pun…
Lengkapkan cerita di atas.
2 Bas telah sampai. Ramai penumpang turun dan naik bas itu. Sahabatku tidak juga muncul-muncul. Mana dia?
Mulakan karangan anda dengan; Mana dia?…..
3 Pada suatu hari, aku tinggl seorang diri di rumah. Ayah dan ibuku masih belum pulang dari bandar. Tiba-tiba kedengaran tapak kaki orang berjalan di….
Lengkapkan cerita di atas.
GLOSORI
atlet : orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan
atletik : berbagai-bagai jenis olahraga(terutama yang memerlukan
kekuatan, ketangkasan, dan kecepatan seperti berlari,
melompat, berenang dan lain-lain, sukan
baran : pemarah, lekas marah, hutan yang berpaya-paya, nutan rawa
binsa : habis rosak, atau hancur sama sekali, musnah
mengerti : mengetahui atau memahami erti (kepentingan dan lain-lain)
iring : ikut, turut
seiring : bersam-sama berjalan, (bergerak, terbang)
kenyal : keras menganjal apabila ditekan(seperti bola getah), keras
tetapi empuk, agak liat, mudah berubah
( menjadi bertambah atau berkurang)
petua : nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna
putar belit : tipu muslihat , tipu daya, putar alam
runduk : tunduk , menunduk
peluang : kesempatan baik, ketika yang baik,
merajang : menghiris tipis-tipis, menyayat tipis-tipis, meracik
Contoh Jawapan soalan 1
Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai ke Kelas Tahun Satu Jujur, aku terdengar seorang budak sedang menangis. Aku pun menghampiri budak itu. Dia kelihatan amat takut dan cuba menyembunyikan mukanya supaya aku tidak dapat memandangnya.
“Mengapa adik menangis?”aku bertanya sambil memujuknya. Pertanyaanku tidak dijawab. Aku cuma dapat mengagak, mungkin ada sesuatu yang telah berlaku ke atas dirinya yang menyebabkan dia kelihatan takut dan cemas.
Setelah beberapa kali memujuk akhirnya budak itu memberi tahuku, wang belanjanya telah dirampas oleh sekumpulan murid. Dia memberi tahu, hal itu telah berlaku beberapa kali. Dia takut hendak memberi tahu gurunya kerana telah diugut akan dicederakan.
Aku mengajak budak itu ke kantin lalu membelikan sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. “Hari ini abang belanja kamu,” kataku kepada budak itu sambil menyuruhnya makan. Dalam benakku bermain-main pelbagai persoalan, peras ugut?…samseng?...aku mesti bertindak .
Aku meninggalkan budak itu makan dengan kawan-kawannya yang lain. Aku terus melaporkan hal tersebut kepada guru disiplin iaitu Cikgu Sargini. Cikgu Sargini telah memanggil beberapa orang pengawas. Kami sepakat untuk memasang perangkap esok hari.
Awal pagi lagi kami telah membuat intipan. Perangkap kami mengena apabila tiga orang murid tahun enam menarik seorang murid tahun satu ke bahagian belakang bangunan. Sepantas kilat kami menyerbu dan menangkap mereka. Aku berasa puas kerana berjaya membantu pihak sekolah menangani gejala yang tidak sihat itu.
boleh tolong cari karangan menyudahkan cerita yang bertajuk banjir
BalasPadamboleh tak nak karangan cuti di barcelona
BalasPadambarcelona xde, kalau real madrid bolehlah.
Padamboleh tolomg cari karangan tentang menolong orang tua
BalasPadamkenapa x der karangan Pada suatu hari, aku tinggl seorang diri di rumah. Ayah dan ibuku masih belum pulang dari bandar. Tiba-tiba kedengaran tapak kaki orang berjalan di….tolong carikan -aein najwa-
BalasPadamno comment..
BalasPadamalahai.. x de contoh pon
BalasPadambrape minit biasanya untuk murid buat karangan ini?
BalasPadamkarangan yang menarik
BalasPadamkoooooo
BalasPadamboleh x bagi contoh koleksi soalan yg mencabar
BalasPadam