Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
Klinik 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.
Pengajaran
1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.
Contoh jawapan
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Menipu ibu bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.
KLINIK 2
TEMA : KELUARGA
Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.
Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.
“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.
Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung.
Contoh jawapan
Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana dengan bantu-membantu dapat meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang. Selain itu akiviti bergotong-royong dalam keluarga juga baik, memandangkan banyak kerja dapat disiapkan dengan segera. Bermain bunga api pula, boleh mendatangkan kecederaan dan merupakan satu kesalahan. Menghantar kad-kad ucapan hari raya dapat mengeratkan tali silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah dengan cantik. .Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-saudara yang jauh.
KLINIK 3
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.
JAWAPAN
1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.
KLINIK 4
Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.
JAWAPAN
1. Menghormati ibu bapa/ orang lain
2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.
3. Kasih saying – memberi nasihat / teguran
4. Menjaga kebersihan – makanan
5. Menjaga kesihatan – dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat
KLINIK 5
Tema : Murid yang bersikap negative
Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.
JAWAPAN
1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru
KLINIK 6
Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.
JAWAPAN
1. Menghormati ibu
2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan
3. Menghargai masa
4. Perlu jujur dan amanah
5. Bercakap benar /
Izinkan saya berkongsi bahan. Terima kasih kerana maklumat yang banyak membantu untuk kerja kursus saya.
BalasPadambaik good
BalasPadamTahniah perkongsian ilmu yang amat memberi manfaat
BalasPadamterima kasih atas nasihat ini saya akan gunakan waktu upsr nanti
BalasPadamterima kasih...
BalasPadam