Rabu, 8 Julai 2009

PEMAHAMAN 5

KLINIK 5

Bahagian A
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
Satu pertandingan melukis poster anjuran
Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor akan diadakan :


TARIKH : 19 NOVEMBER 2008
HARI : AHAD
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : TAMAN TASIK SHAH ALAM

Pertandingan ini terbahagi kepada tiga ketegori , iaitu:

1. Pelajar sekolah rendah
2. Pelajar sekolah menengah
3. Orang awam

 Poster yang dilukis hendaklah bertemakan ‘Cintailah Alam Sekitar Kita’.

 Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat-pejabat Daerah atau
Pejabat Pendidikan Daerah .

 Tarikh tutup Pendaftaran adalah pada 10 November2001 bersamaan
dengan hari Jumaat.

 Hadiah-hadiah yang menarik telah disediakan bagi semua kategori.
Kategori pembahagian hadiah adalah seperti berikut:

Kategori Sekolah Rendah
Pertama:RM500
Kedua: RM400
Ketiga: RM300

Kategori Sekolah Menengah
Pertama:RM1000
Kedua:RM750
Ketiga:RM500

Kategori Orang Awam
Pertama:RM1500
Kedua:RM1000
Ketiga:RM750


 5000 kemeja – T disediakan bagi peserta yang menghantar borang penyertaan awal .

 Para peserta yang mengambil bahagian mestilah membawa semua peralatan untuk melukis. Pihak penganjur hanya akan menyediakan kertas lukisan sahaja.

Sekian , terima kasih.

Latihan 1
Jawab soalan-soalan di bawah;

1. Siapakah yang menganjurkan pertandingan melukis poster?

2. Bilakah pertandingan diadakan?

3. Di manakah pertandingan itu dilangsungkan?

4. Apakah jenis hadiah yang disediakan untuk kategori sekolah menengah?

5. Berapakah jumlah wang yang diperuntukan untuk hadiah tempat kedua?


6 Mengapakah pertandingan melukis poster itu diadakan?
A Untuk mewujudkan kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar dengan
kerajaan negeri Selangor
B Untuk memilih peserta yang terbaik untuk mewakili negeri ke
peringkat kebangsaan
C Untuk menyampaikan wang kepada pemenang-pemenang
D Untuk memupuk sikap mencintai alam sekitar

7 Berikut ialah kategori-kategori pertandingan melukis poster kecuali
A kategori murid-murid sekolah
B kategori masyarakat umum
C kategori pegawai-pegawai kerajaan
D kategori pelajar-pelajar sekolah menengah

8 Jumlah keseluruhan wang hadiah bagi setiap kategori yang dipertandingkan
adalah sebanyak
A. RM 5500.
B. RM 5700.
C. RM 6600.
D. RM 6700.

9 Yang manakah antara pernyataan berikut
benar tentang pertandingan melukis poster itu?
A Pendaftaran peserta dibuat di pejabat daerah.
B Setiap peserta akan mendapat hadiah kemeja -T
C Tema dilukis adalah ditentukan oleh pihak penganjur
D Pihak penganjur akan menyediakan semua peralatan untuk
melukis selengkapnya

Bahagian B

SINONIM
• Perkataan yang sama maksud atau makna
• Contoh perkataan:

ajar - asuh , didik , latih
badai - ribut , taufan
faedah - manfaat , hasil , untung
kaji - periksa , selidik , siasat
pintar - bijak , pandai , cerdik
lapuk _ buruk , lama , usang
mara - datang , maju , tampil
watak - kelakuan , sifat , tabiat

Latihan 1
Beri makna perkataan di bawah berdasarkan petikan yang dibaca;

1. bertemakan
2. menarik
3. kategori
4. anjuran
5. didapati

Latihan 2
Tulis perkataan seerti untuk perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah

1 Sikap alpa sering merugikan seseorang., ( )

2 Pak Wan memarahi budak-budak itu kerana cuba mengajuk cakap Marsan
yang sengau . ( )

3 Jarak di antara Putrajaya dengan Cyberjaya hanya beberapa kilometer sahaja.
( )

4 Azman Adnan mengambil kesempatan daripada hantaran bola itu lalu
menanduk masuk ke dalam gol. ( )

5 Apabila kita berbuka puasa , janganlah kita bersikap gelojoh ketika makan .
( ) .

6 Jika tidak ada halangan , kami akan sampai ke tapak perkhemahan itu
kira-kira 30 minit lagi . ( )

7 Penduduk-penduduk di Kampung Jeram Ulu berasa terancam sejak
beberapa minggu yang lalu apabila segerombolan gajah mengamuk
di kampung mereka. ( )

8 MAS telah menambah beberapa penerbangan dalam negeri sempena
perayaan berkembar tahun ini . ( )

9 “Hajat di hati hendak memeluk gunung , tapi apakan daya tangan tak sampai,” keluh Sang Arnab sambil diperhatikan oleh Sang Kura-kura .
( )

10 Para petani merintih kerana kejatuhan harga hasil pertanian mereka seperti kelapa sawit , getah, kelapa dan koko. ( )


Latihan 3

Pilih kata yang seerti bagi kata yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini .

1 Kerja-kerja menyiapkan rumah yang terbengkalai di taman itu sedang
giat dilaksanakan.
A terbantut
B tergugat
C tergendala
D terbiar

2 Murid-murid kelas Tahun 5 Waja sebulat suara mencadangkan Sahwal ,
menjadi Ketua Darjah mereka .bagi tahun 2001 .
A menyuarakan
B menganjurkan
C mengemukakan
D mencalunkan

3 Pihak polis mengingatkan para pemandu kenderaan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu , untuk balik ke kampung menjelang sambutan Hari Lebaran .
A menasihatkan … bertolak-ansur
B menggesa … bertimbang-rasa
C memberitahu … berjimat
D menyeru … cermat

4 Para tebusan yang baru dibebaskan telah menerpa ahli keluarga masing-masing sebaik sahaja mereka diketemukan.
A merempuh
B menerkam
C menyerbu
D mendakap

5 Persefahaman di kalangan murid dapat dieratkan melalui aktiviti kokurikulum.
seperti aktiviti perkhemahan, sukan dan lain-lain lagi .
A permufakatan … dikuatkan
B toleransi … dirapatkan
C keharmonian … disimpulkan
D kesatuan … direnggangkan

6 “Saya telah memimpin pasukan pengakap sekolah Sri Budiman selama sepuluh tahun,” kata Cikgu Bakhtiar kepada murid-muridnya.
A mengheret
B menuntun
C menyusun
D membimbing

7 Sampai sahaja di dusun datuk , kami pun mengutip buah durian yang gugur .
A membawa … masak
B memungut … luruh
C mengambil … jatuh
D menghimpun …masak

8 “Jangan suka mengata-ngata keburukan orang lain , besar dosanya,”
kata Tuan Imam Aminuddin kepada para jamaah .
A kebaikan
B kelemahan
C kecelaan
D kedegilan

9 Kita hendaklah memanjatkan rasa syukur kepada Allah sebab kita telah
terselamat daripada banjir.
A menaruhkan
B memberikan
C mengucapkan
D menanamkan

10 Datin Suraya telah berwasiat agar sebahagian hartanya didermakan kepada rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua .
A berpesan
B berhasrat
C berjanji
D bermohon

Bahagian A
1 D 2 C 3 D 4 C 5 A
Bahagian B
Latihan 1
1 cuai , abai 2 meniru , mengejek 3 jauh 4 peluang 5 tamak , haloba
6 rintangan 7 tergugat 8 menokok 9 hasrat, maksud , niat 10 keluh , mengeluh

Latihan 2
1 D 2 D 3 D 4B 5B 6 D 7 B 8 C 9 C 10 A

Tiada ulasan:

Catat Ulasan