Selasa, 5 April 2011

LATIHAN PEMAHAMAN 3

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jwapan A, B, C dan D. Antaranya ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan ini.


Taman Rimba Komanwel terletak 22 kilometer dari Kuala Lumpur. Taman ini terletak di Rawang. Sebelum sampai ke Taman Rimba Komanwel ini, kita akan melalui beberapa kawasan taman rimba yang sering menjadi tumpuan pelancong, iaitu Taman Rimba Templer dan Hutan Lipur Kancing.

Perkhidmatan bas disediakan untuk pergi ke Taman Rimba Komanwel ini. Perjalanan menaiki bas dari Kuala Lumpur memakan masa selama lebih kurang 45 minit. Di taman rimba ini, kita akan dapat melihat suatu pemandanagn hutan yang menyejukkan mata. Terdapat satu Kawasan perkhemahan di kaki bukit hutan ini. Kawasan ini dirasmikan pada 26 Ogos 1994 dinamakan Tapak Perkhemahan.

Pelbagai kemudahan disediakan di Tapak Perkhemahan ini. Antaranya termasuklah surau,tandas, dan bangku-bangku yang diukir dengan seperti kayu. Barbeku boleh dibuat di sini kerana membakar makanan turut disediakan. Selain itu, kawasan ini dihidupkan lagi oleh aliran anak sungai yang bertembung pula dengan jeram-jeram kecil dari atas bukit di dalam hutan in.

Aktiviti meredah hutan boleh dijalankan di sini. Jarak antara Tapak Perkhemahan Ke Dataran Komanwel hanya lebih kurang 2 kilometer. Kita boleh melalui jalan luar atau meredah anak sungai dan jeram untuk sampai ke sana. Perjalanan antara kedua-dua tempat ini memakan masa lebih kurang 20 minit. Di sepanjang perjalanan menuju ke Dataran Komanwel, Kita akan dapat menyaksikan pemandangan hutan yang cukup menarik. Terdapat jeram-jeram kecil yang seiring dengan perjalanan kita.


1. Di manakah letaknya Taman Rimba Komanwel ?

A. di negeri Selangor
B. di sempadan negeri Perak dan negeri Selangor
C. di negeri Perak
D. di sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan

2. Berapa lamakah perjalanan ke Taman Rimba Komanwel dari Kuala Lumpur ?

A. lebih kurang satu jam
B. dua jam
C. lebih kurang empat puluh lima minit
D. lebih kurang tiga puluh minit



3. Penyataan yang benar mengenai Taman Rimba Komanwel..

A. Perjalanan pergi balik antara Kuala Lumpur dengan Taman Rimba Komanwel sejauh 45 kilometer.
B. Taman Rimba Templer dan Hutan Lipur Kancing terletak di Kuala Selangor.
C. Taman Rimba Templer dirasmikan oleh Perdana Menteri kita.
D. Taman Rimba Templer kerap dikunjungi pelancong.

4. Apakah pemandangan yang dapat dilihat semasa aktiviti meredah hutan ?

A. jeram-jeram kecil dan anak-anak sungai .
B. tempat penternakan rusa.
C. Bukit-bukit yang curam.
D. Pokok-pokok buluh.

5. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk mengekalkan alam semulajadi di
kawasan ini ?

A. dengan menanam pokok-pokok
B. dengan mengekalkan hutan simpan
C. dengan menghias kawasan perkhemahan
D. dengan menjaga dan menanam semula pokok-pokok yang mati.


Soalan 6 hingga soalan 10
Baca petikan berita di bawah dengan teliti dan soalan-soalan berikutnya.

KELANG, 26 Mac – Sepasukan polis marin berjaya menangkap lanun-lanun diperairan Selat Melaka. Penangkaapanlanun itu dilakukan pada lewat malam tadi.
Jurucakap polis menyatakan bahawa kejayaan tersebut adalah hasil maklumat daripada orang ramai dan juga pengintipan dua hari di Pulau Ketam. Seramai 30 orang anggota polis menyertai pasukan pengintipan itu dan diketuai oleh Inspektor Azlan. Dalam tangkapan itu,polis menjumpai enam pucuk pistol, dua bilah parang, empat bilah pisau dan dua buah kotak peluru. Pihak polis juga turut merampas bot kepunyaan lanun-lnun tersebut. Kelapan-lapan orang lanun berkenaan berumur antara 30 hingga 45 tahun. Setakat ini cuma satu sahaja tangkapan yang telah dibuat.
Kini polis marin mengadakan rondaan lebih kerap untuk mencegah kegiatan lanun daripada berleluasa. Pihak polis juga menasihati para nelayan dan orang ramai agar berhati-hati apabila melalui perairan Selat Melaka.

6. Bagaimana pihak polis marin membanteras kegiatan lanun di perairanSelat Melaka ?

A. dengan meletakan papan tanda
B. mempergiatkan lagi rondaan sepanjang perairan
C. dengan membunuh lanun-lanun tersebut
D. dengan menjual bot kepada nelayan

7. Kejayaan pasukan polis marin menangkap lanun-lanun pada 26 Oktober yang lalu
adalah hasil

A. kecekapan pihak polis melawan lanun-lanun itu.
B. soal siasat dengan pihak media massa.
C. Pengintipan pihak polis dan maklumat orang ramai
D. Rondaan pihak polis marin di sepanjang perairan itu


8. Pada pendapat kamu, semasa serbuan dibuat bagaimanakah keadaan lanun tersebut ?

A. mereka sedang bergembira
B. mereka sedang merompak sebuah kapal dagang
C. mereka sedang tidur
D. mereka sedang makan.

9. Apakah yang terjadi kepada kaum nelayan jika kegiatan lanun itu tidak diambil berat
oleh pihak berkuasa ?

A. keselamatan kaum nelayan akan terancam
B. pendapatan kaum nelayan kurang terjejas
C. kaum nelayan akan menjadi orang miskin
D. kaum nelayan dapat turun ke laut untuk menangkap ikan.

10. Siapakah yang ditemu ramah oleh wartawan tentang penangkapan lanun tersebut ?

A. lanun
B. jurucakap polis
C. ketua polis
D. Inspektor Azlan


Soalan 11 hingga soalan 15
Baca laporan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Mingguan Permainan Tradisional

Pada minggu yang lalu , Kelab Pencinta Alam Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra telah menganjurkan program Minggu Permainan Tradisional yang bertemakan ‘Cintailah warisan kita’. Program tersebut berlangsung dari 2 Mac hingga
9 Mac 2011
Sempena Minggu Permainan Tradisional, pelbagai aktiviti yang menarik dan pertandingan antara guru-guru dan murid-murid telah diadakan. Selain itu, pameran kraftangan turut diadakan dan disertai oleh oleh Majlis Kebudayaan Sepang. Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk mendedahkan berbagai-bagai jenis permainan tradisional kepada murid-murid dengan lebih dekat lagi.
Acara kemuncak Minggu Permainan Tradisional ialah pertandingan melukis yang disertai oleh murid-murid Tahun Satu hingga tahun Enam. Pertandingan ini terbahagi kepada dua peringkat.
Sementara itu, majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada hari terakhir Minggu Permaianan Tradisional, Setiap pemenang menerima hadiah dan sijil penghargaan. Hadiah dan sijil penghargan telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra.
Usaha Kelab Pencinta Alam ini merupakan usaha terpuji untuk menaikkan taraf warisan bangsa agar ia tidak dilupai oleh generasi baru. Di samping berhibur, permainan tradisional ini juga menduga akal murid-murid yang bermain.
Minggu Permainan Tradisional telah berjaya mencapai matlamatnya kerana penyertaan yang amat menggalakkan daripada murid-murid dan guru-guru.

Laporan disediakan oleh,
....................... 10 MAC 2011
FATIMAH AZZAHRAH
Setiausaha Kelab Pencinta Alam
Sekolah Kebngsaan Taman Pantai Sepang Putra

11. Apakah jenis-jenis permainan yang dikategorikan sebagai permainan tradisional?

A. congkak, wau bulan, gasing dan sepak raga
B. congkak, guli, catur dan bola sepak
C. wau bulan, layang-layang dan tenis
D. badminton, sepaktakraw dan galah panjang
12. Berapa lamakah program Minggu Permainan Transional ini berlangsung?

A. enam hari C. sebulan
B. satu minggu D. satu tahun

13. Tujuan utama Kelab Pencinta Alam Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra mengadakan Minggu Permainan Tradisional adalah

A. untuk mempromosikan permainan tradisional di peringkat sekolah
B. untuk mengeratkan lagi hubungan antara murid-murid dan guru-guru
C. untuk mendedahkan pelbagai jenis permaianan kepada murid-murid
D. untuk menghiburkan hati setelah penat mengulang kaji pelajaran.

14. Siapakah yng menyampaikan hadiah-hadiah pada hari terakhir program tersebut?

A. Guru Besar
B. Pegawai Pendidikan Negeri Selangor
C. Setiausaha Kelab pencinta Alam
D. Yang Dipertua PIBG

15. Pada pendapat kamu, mengapakah permaianan tradisional ini diperkenalkan kepada
generasi baru?

A. supaya warisan melayu ini tidak luput ditelan zaman
B. sekadar hiburan semata-mata
C. sebagai salah satu mata pelajaran wajib
D. sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan