Mempunyai gambaran jelas dan tepat tentang bahan yang menjadi cerita
sama ada melalui pengalaman, pembacaan, tontonan atau imaginasi.
• Biasanya, karangan jenis tindakan memaparkan kebijaksanaan anda untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Anda merupakan watak utama dalam cerita tersebut.
• Calon-calon sering melakukan kesilapan menulis karangan seperti ini apabila menjadikan pihak kedua atau ketiga sebagai watak utama.
• Cerita ini biasanya cerita yang sedang berlaku bukan cerita yang telah berlaku atau belum berlaku.
Setiap cerita mestilah mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang
dan sebagainya.
Mempunyai permulaan, puncak cerita, dan penutup
Boleh menggunakan bahasa berbunga tetapi terkawal.
Soalan Perbincangan Minggu Ini
Dalam perjalanan ke kantin, anda terlihat seorang murid tahun satu sedang menangis teresak-esak. Apakah tindakan yang anda patut ambil.
Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Anda mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Karangan ini, menghendaki anda menyatakan tindakan-tindakan yang diambil apabila anda terlihat murid menangis. Apa? Siapa? Mengapa? Bagaimana? Adalah antara persoalan yang perlu diselesaikan bagi anda memulakan cerita atau tindakan.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk anda bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.
Baca contoh karangan di bawah ini.
Aku menghampiri budak itu. “Mengapa menangis?” aku bertanya sambil memujuknya. Pertanyaanku tidak dijawab. Aku cuma dapat mengagak, mungkin ada sesuatu yang telah berlaku ke atas dirinya yang menyebabkan dia menangis.
Setelah beberapa kali memujuk, akhirnya budak itu memberi tahu aku bahawa duit belanjanya telah dirampas oleh sekumpulan murid. Aku mengajaknya ke kantin, lalu membelikan budak itu makanan.
Sambil makan, aku terus memujuk budak itu untuk menceritakan hal yang sebenar, namun budak itu enggan. Mungkin dia takut kena belasah, bisik hati kecilku. Aku juga memujuknya untuk mengadukan hal tersebut kepada Cikgu Siti Salbiah guru disiplin sekolahku
Aku menceritakan apa yang berlaku kepada Cikgu Siti Salbiah. Cikgu Siti menyuruh aku memanggil Arizon untuk mendapatkan maklumat kerana Arizon pernah mengugut murid untuk meminta duit. Arizon, telah memberikan maklumat bahawa masih ada beberapa orang murid yang nakal.
Setelah siasatan dijalankan, tiga orang murid telah terlibat dalam jenayah peras ugut itu. Mereka memang sering mengugut murid-murid tahun satu dan tahu dua supaya menyerahkan wang belanja kepada mereka. Jika enggan, mereka diugut hendak dibelasah. Mereka telah digantung sekolah sebagai hukuman atas jenayah yang dilakukan.
Cikgu Siti Salbiah memuji-muji aku dan Arizon kerana peka dengan kejadian-kejadian seumpama itu. Beliau berharap, sebarang kejadian atau perlakuan yang mencurigakan perlu dilapor dengan segera kepada pengawas atau guru. Agar dapat diambil tindakan segera.
Langkah 4
Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan tersebut. Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.
Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda, terutamanya aspek-aspek seperti di atas. Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang.
Soalan Latihan Minggu Ini
1 Jambatan yang anda lalui ke tapak perkhemahan telah dihanyutkan air. Hujan turun semakin lebat. Anda dan rakan-rakan anda mesti meninggalkan tapak perkhemahan itu kerana kawasan tersebut tidak selamat.
Apakah tindakan yang patut anda dan rakan-rakan ambil untuk menyelamatkan diri.
2 Anda sedang membeli barang di sebuah kedai. Tiba-tiba terdengar bunyi satu letupan dan diikuti asap yang berkepul-kepul dari bahagian belakang kedai tersebut.
Tuliskan sebuah karangan yang menceritakan bagaimana anda menolong pekedai tersebut.
3 Anda dan rakan-rakan sedang bermain. Tiba-tiba seorang rakan anda tercedera.
Ceritakan pengalaman anda menghadapi peristiwa tersebut.
GLOSARI
Badai |
angin ribut yang tiba-tiba datangnya, taufan, keadaan perasaan atau fikiran dan sebagainya yang amat tidak tenteram, keributan atau kekacauan
|
Raung | bunyi suara nyaring lagi panjang, teriak yang panjang
|
Redup | berawan di langit, tidak terang cuaca mendung, agak gelap kerana dilindungi awan, kurang cahaya suram pada wajah, kurang terang atau hampir padam pada api, mulai berhenti tenang kembali bagi angin dan hujan
|
Pujuk | Kata-kata yang sangat menarik untuk memikat hati.
|
Ugut |
Menakut-nakutkan supaya melakukan atau mematuhi sesuatu ancaman.
|
Peka | Tidak lengah atau lalai, lekas berasa sesuatu, lekas bergerak balas terhadap pengarauh-pengaruh luar, mudah bergerak, mudah rangsang dan sensitif
|
Terseliuh | Salah urat, tergeliat, terpelecok, atau keseleo.
|
Gegas |
membuat sesuatu cepat-cepat, mengerat bulu ayam supaya tidak boleh terbang
|
Jejas | Luka sedikit, lecet, relas, rosak atau punah binasa pada barang seperti kain baju dan lain-lain, menunjukkan tanda atau kesan kerosakan. |
Bengkak
| Benjol pada tubuh kerana penyakit dan lain-lain, menjadi benjol yang besar dan berbahaya. |
Contoh Jawapan soalan 3
Ketika itu, aku dan beberapa orang rakan sedang bermain kejar-kejar. Kami bermain-main di kawasan lapang tidak jauh dari rumahku. Tiba-tiba Romzi meraung sambil memegang kakinya.
“Aduh…tolong!...kaki aku,,,”jerit Romzi.
Aku bergegas menghampirinya. Kulihat luka di kakinya tidak seberapa, tetapi dia tidak boleh menggerakkan kakinya. Mungkin kakinya patah atau terseliuh kerana temasuk ke dalam lubang, bisik hatiku. Aku dan rakanku cuba menenagkannya. Namun dia terus meraung kesakitan.
Aku dan Faizal memapah Razi ke tempat yang redup di bawah pokok. Aku lihat kakinya membengkak, Aku pasti kakinya patah. Oleh itu, aku dan rakanku Humaizi mengikat kakinya dengan sebatang kayu untuk memastikan kakinya tidak bergerak.
Aku menyuruh Ahmad pergi ke rumahku, untuk menyuruh ayahku menghantar Romzi ke hospital. Sejurus kemudian ayahku sampai. Ayah tidak banyak soal. Kami segera memasukkan Romzi ke dalam perut kereta lalu membawanya ke hospital .
Sedang kami menunggu Romzi dirawat, tiba-tiba muncul emak Romzi. Dia terkejut melihat anaknya yang cedera itu. Aku terus menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku.
Setengah jam kemudian, Romzi dibawa keluar dari bilik rawatan. Kaki Romzi berbalut. “Kaki awak patah Romzi?” Tanyaku. Dia hanya mengeleng-gelengkan kepala. Menurut doktor kaki Romzi hanya terseliuh sahaja. Kami sungguh gembira mendengar penjelasan itu.
saya suka karangan yang anda lakukan
BalasPadamSgt bermanfaat
BalasPadamSgt bermanfaat
BalasPadamSgt bermanfaat
BalasPadamsgt garamatis
BalasPadam