Isnin, 11 April 2011


Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Ingatlah adikku
Hidup tidak selalu indah bercahaya,
Oleh kejayaan semata-mat,
Kadang kala mendung mnjelma,
Ketika kegagalan datang menyapa.

Adikku
Sehebat mana sekalipun cabaran itu,
Usah merana, cepat putus asa,
Biarlah jatuh ditimpa tangga,
Hadapilah dengan semangat waja,
Tingkatkan usaha berganda-ganda.

Adikku,
Berkat doa ayahanda dan bonda
Malah restu anggota keluarga
Dengan Keizinan Yang Maha Esa,
Pastinya kejayaan di depan mata,
Yang dicita-cita menjadi nyata

1 Bagaimana hidup dapat menjadi indah bercahaya?
A kejayaan C kekalahan
B kealpaan D kegaglan

2 Bagaimanakah seseorang itu harus menghadapi cabaran?
A menghindari C usaha yang gigih
B semangat luntur D merana

3 Peribahasa jatuh ditimpa tangga bermaksud
A mendapat kemalangan C ditimpa kesusahan berturut-turut
B hidup selalu dihina masyarakat D beringat setelah mendapat kemalangan.

4 Ungkapan semangat waja dalam petikan sajak ini bermaksud
A gembira C tabah
B sukacita D tenang

5 Sajak tersebut bertemakan
A nasihat supaya tabah menghadapi cabaran C cabaran yang akan dihadapi pada masa depan
B kasih sayang daripada ibu dan ayah D peranan seorang anak dalam keluarga







Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Jika dibandingkan kesihatan dan kekuatan perempuan tua dengan wanita muda masa kini, perbezaannya amat besar. Genarasi tua mempunyai tahap kecergasan yang begitu tinggi walaupun mereka telah melahirkan zuriat yang ramai. Apakah faktor yang mempengaruhi kejadian ini? Kadangkala kita lihat wanita muda yang baru beranak dua tiga sudah kelihatan tidak bermaya

Mengikut pandangan generasi tua, orang moden pada zaman ini tidak gemar lagi mengamalkan pemakanan yang segar seperti ulam. Mereka lebih senang membeli makanan di restoran makanan segera.

Ulam ialah sejenis makanan segar yang boleh dimakan tanpa di masak. Contohnya pegaga, pucuk dan buah mengkudu, pucuk betik,daun ulam raja, pucuk gajus, pucuk kaduk, dan sebagainya.Pucuk-pucuk muda ini sungguh berkhasiat dan banyak mengandungi vitamin. Selain pucuk-pucuk, terdapat juga buah-buahan yang boleh dijadikan ulam seperti jering, petai, kerdas, bunga kantan, dan sebagainya.

Pada masa sekarang, petai dan jering telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai termasuklah kaum dan bangsa asing di negara kita. Sekalipun baunya kurang menyenangkan, tetapi mereka terpaksa menggemarinya kerana kesihatan.
Selain itu, ulam-ulaman daripada pucuk-pucuk tadi sungguh berguna untuk membantu kesihatan kaum wanita khasnya. Makanan ini juga murah dan senang didapati, bahkan kita juga boleh menanamnya di sekeliling rumah kita.

6 Apakah salah satu faktor yang menyebabkan wanita pada hari ini kelihatan kurang bertenaga ?
A Kerana melahirkan ramai zuriat C Kerana cepat tua
B Kerana kurang memakan makanan yang segar D Kerana suka makan di luar

7 Ulam bermaksud
A makanan segar daripada pucuk buah-buahan. C makanan baru dimasak
B makanan segar daripada laut D buah-buahan tempatan

8 Mengapakah ulam seperti petai dan jering amat digemari?
A murah dan senang didapati C tidak memudaratkan kesihatan
B boleh dijadikan ubat D sejenis buah-buahan yang boleh dimakan

9 Pucuk-pucuk ulam sungguh berkhasiat dan boleh membantu kesihatan terutama sekali kepada..
A kanak-kanak C orang-oraang tua
B orang dewasa D kaum wanita

10 Maksud perkataan zuriat dalam petikan di atas ialah
A anak C suami
B datuk nenek D generasi













Soalan 11 hingga Soalan 15

Baca surat kiriman di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

No. 56 Kg. Permatang Durian,
09400 Padang Serai,
Kedah Darulaman.

9 Julai 2001.

Menemui sahabatku Irfan ,yang berada di Petaling Jaya, semoga saudara sekeluarga sihat sejahtera.

Saudara,
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana layanan istimewa yang diberikan oleh saudara dan keluarga saudara semasa percutian saya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menjemput saudara ke rumah saya pada cuti Hari Kebangsaan ini. Pada hari tersebut, satu Pesta Wau Antarabangsa akan diadakan di Pantai Merdeka, Kuala Muda.

Semasa pesta ini diadakan, kita berpeluang melihat pelbagai jenis dan bentuk wau. Selain peserta tempatan, peserta-peserta pesta wau ini datangnya dari beberapa negara seperti Thailand, Jepun, Singapura dan Indonesia.

Untuk memeriahkan lagi pesta ini, satu pertandingan wau cantik dan wau naik diadakan. Gelagat peserta yang cuba menyaingi antara satu sama lain pastinya akan mencuit hati saudara.

Saya berharap saudara akan menerima pelawaan saya. Sekiranya saudara ingin mengunjungi saya nanti bolehlah memberitahu saya melalui surat. Saya akan menunggu saudara di Stesen Bas Sungai Petani.

Setakat ini sahaja dan disudahi dengan salam sejahtera.
Sahabatmu,
Muhammad
(Muhammmad bin Ludin)


11 Bilakah Muhammad ingin menjemput Irfan ke negeri Kedah?
A pada cuti akhir tahun C pada cuti hari minggu
B pada cuti Hari Kemerdekaan D pada cuti pertengahan penggal

12 Apakah keistimewaan di Pantai Merdeka pada hari kebangsaan ?
A Pesta Pantai C Pesta Wau Antarabangsa
B Pesta Layang-layang D Pesta Kebudayaan Tradisional

13 Mengapakah Muhammad akan menunggu Irfan di Stesen Bas Sungai Petani ?
A Irfan tidak tahu alamat rumah Muhammad C Muhammad suka melepak di stesen bas
B Bapa Muhammad bekerja di stesen bas D Irfan suka menaiki bas

14 Nyatakan negara-negara luar yang turut menyertai pertandingan?
A Filipina, Indonesia, Thailand dan Singapura C Singapura, Indonesia, Brunei dan Jepun
B Singapura, Indonesia, Jepun dan Thailand D Singapura, Indonesia, Thailand dan China

15 Apakah jenis pertandingan yang diadakan?
A Pertandingan wau cantik dan wau naik
B Pertandingan wau cantik dan permainan laying-layang.
C Pertandingan wau naik dan wau laju.
D Pertandingan wau naik dan permainan gasing.


Soalan 16 hingga Soalan 20

Baca jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

JADUAL BERTUGAS PENGAWAS PERPUSTAKAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA


Buka Perpustakaan
dan Menyapu
Mengawas Pinjaman
Murid Tahun 3 dan 4
Mengawas Pinjaman
Murid Tahun 5 dan 6
Mengemas dan Menyusun Bbuku

12.30 – 1.00 petang

3.40 - 4.00 petang
4.05 - 4.30 petang
6.15 - 6.40 petang

Isnin
Kheng Kin
Nurul
Fatimah


Gavin




Rizqan
Jasmin
Syahera
Amir
Norshazwani

Selasa
Gavin
Jasmin
Steffi
Dinnie
Amirul
Nurmahirah
Amaluddin
Vimal
Mae Ling


Rabu
Syahera
Amirul
Norshazwani
Amaluddin
Vimal
Sharfi
Rizqan
Fekri
Rasydah


Khamis
Amaluddin
Vimal
Sharfi
Steffi
Fekri
Rasydah


Kheng Kin
Nurul
Fatimah

Jumaat
Rizqan
Fekri
Rasydah

Kheng Kin
Nurul
Fatimah
Gavin
Jasmin
Norshazwani

16 Rizqan, Fekri dan Rasydah bertugas pada hari
A Isnin dan Jumaat C Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat.
B Selasa, Rabu dan Khamis D Rabu, Khamis dan Jumaat.

17 Tugas membuka dan menyapu perpustakaan mengambil masa
A suku jam C dua puluh minit
B setengah jam D satu jam

18 Semua murid yang ingin meminjam buku perpustakaan melalui Kheng Kin, Nurul dan Fatimah
dikehendaki hadir pada hari
A Rabu C Khamis
B Selasa D Jumaat
19 Berapakah bilangan pengawas yang bertugas setiap minggu ?
A 15 orang C 22 orang
B 20 orang D 25 orang

20 Kenyataan yang manakah yang benar tentang tugas pengawas perpustakaan Sekolah Kebangsaaan
Damansara Jaya.
A Semua pengawas perpustakaan boleh membuat pinjaman mulai 12.30 tengahari
B Pengawas yang bertugas telah diagihkan dengan tugasan yang sama rata.
C Pengawas perpustakaan mengawasi semua murid sepanjang masa.
D Terdapat empat jenis tugas yang ditetapkan dalam jadual pada setiap hari.


Soalan 21 hingga Soalan 32

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

21 Orang ________________ itu kelihatan berjalan terbongkok-bongkok.
A tua C muda
B asing D gemuk

22 Rumah besar yang tersergam __________________ di atas bukit itu didiami oleh seorang doktor dan
keluarganya.
A lawa C menarik
B cantik D indah

23 Setelah sekian lama berkawan, dia dapat_________________ isi hati kawannya itu.
A menyelami C merenangi
B menembusi D menerokai

24 Pengantin itu berjalan menundukkan kepala tetapi matanya _____________ ke arah tetamu yang hadir.
A memandang C menjuling
B mengerling D melihat

25 Semenjak tinggal ________________, kami sering berutus surat.
A menjauhkan C berjauhan
B kejauhan D menjauhi

26 Zalifah meminta _____________ daripada ayahnya untuk menyertai lawatan sambil belajar ke negeri
Melaka yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
A dibenarkan C membenarkan
B kebenaran D benar-benar

27 _______________ hendak pergi memancing ikan di sungai pada hujung minggu ini.
A Kamu C Baginda
B Mereka D Ia

28 Aku berharap agar ________________ sudah sedar akan kesilapan yang lalu dan berjanji tidak mahu
mengulanginya lagi.
A awak C engkau
B beliau D baginda


29 Disebabkan kekenyangan, abang cuma menjamah ________________ pulut dan ____________ air
kopi panas.
A sejambak……….secerek C sepotong……………sebotol
B sepiring…………secawan D secubit…………….seteguk

30 Pak Abu memikul ________________ kayu api sambil membawa _______________ tongkat.
A seberkas………..sebatang C sebatang……………selaras
B selonggok……...sepotong D sebidang……………sebilah

31 Perdana Menteri mengumumkan __________________ Yang di-Pertuan Agong kita semalam kepada
rakyat jelata.
A keberangkatan C kematian
B kemangkatan D kesakitan

32 Baginda Sultan Selangor sedang __________________ di Hospital Besar Kuala Lumpur.
A sakit C santap
B beradu D gering


Soalan 33 hingga Soalan 34

Pilih perkatan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

33 Pak Andak berkata, “ Hidup dan matiku birlah di pondok usang ini ”.
A tegap C lama
B baru D buruk

34 Penglihatan Aminah kabur. Oleh itu, dia terpaksa menjalani rawatan di pusat rawatan mata.
A terang C jelas
B nyata D pudar


Soalan 35 hingga Soalan 36

Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai.

35 Budak itu _________________ apabila ditanya oleh Cikgu Hanafi tentang cita-citanya.
A angkat tangan C angkat kening
B angkat bahu D angkat kaki

36 Pemilihan pemain bola sepak Sekolah Kebangsaan Guar Lobak diadakan secara____________ saja.
A tangkap muat C tangkap masuk
B tangkap maut D tangkap buta


Soalan 37 hingga Soalan 38

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang bergaris.

37 Saya akan mengulang kaji pelajaran pada akhir minggu ini.
A Bilakah awak akan mengakhiri ulang kaji pelajaran ?
B Awak hendakmengulang kaji pelajaran di mana ?
C Bilakah awak akan mula mengulang kaji pelajaran ?
D Adakah awak akan mngulang kaji ?

38 Mereka menjadi anak yatim piatu setelah ibu bapa mereka terbunuh dalam suatu bencana alam tahun
lalu.
A Mengapakah kedua-dua ibu bapa mereka terbunuh?
B Adakah mereka menjadia anak yatim piatu?
C Apakah yang menyebabkan mereka menjadi anak yatim piatu?
D Bencana apakah yang menyebabkan mereka menjadi anak yatim piatu?



Soalan 39 hingga Soalan 40

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

39 A “ Sudahkah kamu membaca buku cerita yang berjudul “ Kanang Anak Rimba “ ini Irdina?
Tanya salmah.
B Sudhkah kamu, membaca buku cerita yang betul berjudul “ Kanang Anak Rimba “ Ini Irdina?
Tanya Salmah
C Sudahkah kamu membaca buku cerita yang berjudul “ Kanang Anak Rimba “ ini Irdina? Tanya
Salmah.
D “Sudahkah kamu membaca buku cerita yang berjudul “ Kanang Anak Rimba “ ini, Irdina? tanya
Salmah.

40 A Aiman membawa roti, kek. Dan ,biskut ke sekolah.
B Aiman membawa, roti kek dan biskut ke sekolah
C Aiman membawa roti, kek dan biskut ke sekolah.
D Aiman membawa roti, kek dan. Biskut ke sekolah.


Soalan 41 hingga Soalan 42

Pilih perkataan berganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud tunggal.

41 I Mereka bermain layang-layang di tepi sawah.
II Penduduk di negeri-negeri di pantai timur mengalami banjir.
III Emak kehilangan anting-anting emas kesayangannya.
IV Badannya ditumbuhi bintik-bintik merah selepas digigit nyamuk.

A I dan II sahaja C I dan III sahaja
B I, II dan III sahaja D II dan IV sahaja

42 I Masyarakat kampung saya telah mengadakan aktiviti membersihkan semak-samun
di sekitar kampung .
II Anak Mak Leha bekerja sebagai seorang mata-mata.
III Orang yang tamak ibarat seperti anjing dengan bayang-bayang.
IV Kura-kura ialah hidupan berdarah sejuk.

A I dan II sahaja C II, III dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, II dan III sahaja


Soalan 43 hingga Soalan 44

Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah yang membawa maksud menyerupai sifat.

43 I Pergerakan yang lemah-lembut amat sesuai bagi seorang penari tarian tradisional.
II Bot yang dinaiki oleh kami terumbang-ambing dipukul ombak.
III Kampung Hujung Rintis gelap-gelita kerana bekalan elektrik terputus.
IV Ramli basah-kuyup kerana disimbah air oleh rakan-raakannya.

A I sahaja C III dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, II dan IV sahaja
44 I Mereka sering tolong-menolong semasa membersihkan kelas.
II Kata-mengata sesama kita adalah perkara yang tidak baik diamalkan.
III Kawasan Jelebu kering-kontang kerana musim kemarau.
IV Setiap ahli rukun tetangga mesti mempunyai sikap bantu-membantu untuk membanteras jenayah.

A I dan II sahaja C II, III dan IV sahaja
B I, II dan III sahaja D I, II dan IV sahaja


Soalan 45 hingga Soalan 46

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

45 Pembantu rumah Encik Rosli memandikan anaknya setiap hari.
A Anak Encik Rosli dimandikan oleh pembantu rumahnya setiap hari.
B Encik Rosli dimandikan oleh anak pembantu rumah setiap hari.
C Setiap hari memandikan Encik Rosli dan pembantu rumahnya.
D Anak Encik Rosli mandi setiap hari.

46 Ustaz Abdullah menyeru murid-murid agar menjaga kebersihan diri dan menghormati orang
yang lebih tua.
A Murid-murid yang baik ialah murid-murid yang menjaga kebersihan diri Ustaz Abdullah dan
mendengar kata orang yang lebih tua.
B Ustaz Abdullah meminta murid-murid menghormati orang yang lebih tua di samping
bertanggungjawab ke atas diri sendiri.
C Menghormati orang yang lebih tua dan menjaga kebersihan diri adalah tanggungjawab
murid-murid.
D Ustaz Abdullah memerintah murid-murid agar mendengar arahan orang tua apabila menjaga
kebersihan diri.


Soalan 47 hingga Soalan 48

Pilih ayat-ayat yang menggunakan pe kataan yang bergaris dengan betul.

47 I Barang-barang buatan negara kita bermutu tinggi
II Budak itu memang tinggi.
III Dia berasa gayat apabila berada di tempat yang tinggi.
IV Jangan tinggi diri apabila berdepan dengan orang-orang tua.

A I dan II sahaja C III dan IV sahaja
B I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

48 I Pasir-pasir di tepi pantai itu sangat halus
II Orang tua mempunyai pendengaran yang halus.
III Kulit bayi yang halus itu disapu dengan losyen.
IV Gadis itu bukan sahaja cantik malah halus budi bahasanya.

A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV







Soalan 49 hingga Soalan 50

Pilih ayat-ayat yang betul.

49 I Aida menyerahkan surat itu kepada kakaknya.
II Beg itu dibuat dari kulit binatang.
III Setiap petang kami bermain di padang.
IV Rancangan televisyen itu sesuai untuk kanak-kanak.

A I dan II sahaja C II dan III sahaja
B III dan IV sahaja D I, II dan IV sahaja

50 I Buku itu saya pinjam daripada Ganesh.
II Pelbagai alat tulis dijual di kedai itu.
III Beberapa orang murid tidak bersenam.
IV Ketiga ekor kucing itu dibela oleh Muaz.

A I dan II sahaja C III dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan