TIP PENULISAN SUPERKID
· Karangan jenis dialog , biasanya melibatkan dua orang atau lebih yang berbual atau berbincang tentang sesuatu perkara.
· Karangan jenis ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk , dialog atau perbualan, dan wawancara atau temuramah.
· Sebelum menulis karangan ini anda harus memahami kehendak soalan ,mencari isi penting dan menentukan jalan ceritanya terlebih dahulu.
· Dalam karangan dialog, kedua-dua pihak harus saling bertanya atau memberikan jawapan, dan memberikan pendapat. Untuk menulis temuramah pula pihak yang menemuramah akan mengemukakan soalan dan yang ditemuramah akan menjawab soalan yang diajukan.
· Pastikan anda menggunakan kata ganti diri yang sesuai yang sesuai dengan watak dan situasi dialog tersebut. Contohnya jika orang yang diajak berbual lebih berumur, gunakan panggilan “Encik”, “Tuan” ,atau “Pak cik”.
· Tidak digalakkan menggunakan kependekan seperti “kan”, “tak”, dan “tidak”.
· Penggunaan bahasa kiasan dan peribahasa adalah digalakkan supaya dialog lebih menarik.
· Jangan salah format, markah anda akan dipotong.
Soalan Perbincangan
Sementara menunggu bas, kamu berbual-bual dengan rakan kamu tentang faedah membaca.
Tulis perbualan antara kamu dan rakan kamu. Panjang dialog kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti . Fahamkan tema atau kehendak dialog yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas .
Lihat contoh peta minda .
Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.
Anis : Amin, mana ada orang yang membaca sementara menunggu bas?
Amin : Betul kata kamu Anis. Kata cikgu, kalau di Jepun keadaannya berbeza.Membaca telah menjadi budaya kepada masyarakat mereka.Sementara menunggu bas mereka membaca, bukan hanya berbual kosong.
Anis : Sepatutnya masyarakat kita telah sedar bahawa dengan membaca akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat.
Aimin : Tidaklah seperti katak di bawah tempurung.
Anis : Selain itu dengan membaca juga kita dapat memenuhi masa terluang.
Sebaliknya , seseorang itu akan mudah terpengaruh aktiviti yang
tidak berfaedah.
Amin : Betul kata kamu , Anis. Kita juga boleh memperolehi hiburan
dengan membaca. Katakan kita membaca buku cerita, kita akan
berasa terhibur, selain mendapat pengajaran daripada cerita tersebut.
Anis : Bukan itu sahaja , malah dengan membaca , penguasaan bahasa
kita akan meningkat. Sejak saya banyak membaca buku-buku
cerita bahasa Inggeris. Nampakanya bahasa Inggeris saya meningkat.
Oh, bas dah sampai , mari kita naik!
Amin : Tunggu dulu , orang belum turun !
Langkah 4
Ø Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.
Latihan minggu ini.
Tulis karangan di bawah ini . Bagi tiap-tiap soalan panjangnya mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
1 Kamu dan dan rakan kamu sedang mengambil angin di taman. Kamu dan rakan kamu berbual-bual tentang cara-cara mengindahkan lagi kawasan taman tersebut
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
2 Kamu membuat panggilan telefon kepada rakan kam memberitahunya bahawa kamu tidak dapat hadir ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum pada hari itu. Nyatakan sebab-sebab kamu tidak hadir untuk disampaikan kepada guru kamu.
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
3 Andaikan kamu dan rakan kamu sedang berada di dalam bas yang akan membawa kamu melawat sambil belajar. Kamu dan kawan kamu berbual-bual mengenai faedah-faedah yang boleh diperolehi apabila kamu menyertai lawatan sambil belajar.
Tuliskan perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
GLOSARI:
· Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ruangan ini dipilih daripada
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 5 dan 6.
alih : berubah , berganti , berpindah , bertukar
arif : berilmu , cerdik , pandai , bijaksana
basmi : banteras , membinasakan , memusnahkan, menghapuskan
cocok : sama padan, sepakat, sesuai
gegas : tergesa-gesa , terkejar-kejar , terburu-buru
harmoni : tenteram , aman damai , serasi , sesuai
ikrar : berjanji , pengakuan , bersumpah
jati : sejenis kayu , asli , tulen , yang sebenarnya
landas : pelapik , alas untuk memotong atau menghiris
perihal : sesuatu peristiwa, keadaan , kejadian ,
setimpal : sebanding , seimbang
telatah : gerak-geri , kelakuan , perangai ,tingkah laku
Contoh latihan karangan soalan 3
Kim : Tahun ini sahaja , sudah tiga kali kita menyertai lawatan
anjuran kelab dan persatuan di sekolah kita.
Siti : Betul kata kamu Kim. Tahun lalu empat kali.
Kim : Kata orang , banyak berjalan akan luas pemandangan. Ini bermakna, mengikuti lawatan boleh menambah pengetahuan. Pengetahuan ini pula boleh kita kaitkan dengan pelajaran yang kita pelajari di bilik darjah.
Siti : Memang betul kata kamu Kim . Selain itu , aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengisi masa lapang dan dapat memberikan kerehatan kepada minda kita .
Kim : Kerajaan pun menggalakkan kita melancung . Adalah diharapkan dengan aktiviti ini akan menambahkan kecintaan kepada tanah air.Katakan kita melawat Melaka, kita akan melihat kesan sejarah keagungan Kesultanan Melayu Melaka.
Siti : Kim , awak jangan lupa , sebelum ini saya dan awak tidaklah begitu mesra tetapi disebabkan kita sering bersama-sama menyertai lawatan, hubungan persahabatan kita semakin akrab. Bukankah lawatan juga memperkukuh tali persahabatan ?
Kim : Siti , kita dah pun sampai !
Siti : Mari kita turun , nanti kita sambung lagi perbualan kita.
mengapa kawan kamu tidak dapat hadir
BalasPadamSaya salah buat doalog..hmm
BalasPadam