Jumaat, 24 Jun 2011

uji3

Soalan 1 hingga soalan 5

Baca petikan di bawah kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tanggal 12 April 2011 masih segar dalam ingatanku. Ketika itu, kami sedang cuba menakluk puncak Bukit Malawati. Pada mulanya, kami tidak menghadapi sebarang masalah. Segala-galanya berjalan baik. Aku dan ahli-ahli rombongan yang lain menyanyikan lagu yang berunsur patriotik. Hal ini bertujuan memberi semangat kepada kami agar dapat menakluk puncak bukit yang penuh sejarah itu.

“Cikgu, berhentilah dulu. Penatlah,” kata Norlaili, murid Tahun Enam Kuning.

“Hai, baru satu jam mendaki sudah penat?” kataku separuh mengusik. Norlaili tergelak kecil. Ammar yang mengetuai ekspedisi itu memberi isyarat agar kami berhenti rehat.

Aku meletakkan beg yang kusandang ke atas tanah. Beratnya tidak dapat dibayangkan. Beg itu berisi khemah dan barang-barang makanan. Aku melihat Dalilah, rakan sejawatku mengesat peluh yang mengalir.

“Semua sudah sedia? Mari kita teruskan perjalanan,” perintah Ammar. Setelah hampir dua jam mendaki, akhirnya kami pun sampailah ke pertengahan bukit tersebut. Di situ, ada sebuah kawasan lapang yang sesuai untuk mendirikan khemah. Kami pun berhenti untuk bermalam. Aku mengarahkan beberapa orang murid untuk memasak makanan, mencari kayu api dan memasang khemah.

“Cikgu Saadiah, Siti pengsan !” kata Norlaili sambil berlari mendapatkan aku. Aku segera menuju ke khemah pelajar perempuan. Kulihat beberapa orang murid perempuan mengipas Siti.

Dengan menggunakan ilmu Pertolongan Cemas yang kupelajari semasa menuntut di Maktab dahulu, aku cuba merawat Siti. Syukurlah, Siti hanya mengalami kekejangan otot. Akhirnya, berjaya juga kami menakluk puncak Bukit Malawati pada keesokan harinya.

1 Siapakah ‘Aku’ dalam petikan di atas ?

A Norlaili

B Cikgu Ammar

C Cikgu Dalilah

D Cikgu Saadiah


2 Mengapakah ahli-ahli rombongan menyanyi semasa mendaki bukit itu

A Kerana suasana di sekitar sangat sunyi

B Kerana Cikgu Ammar menyuruh mereka menyanyi

C Untuk menaikkan semangat para pendaki

D Untuk menghiburkan hati ketika berasa letih

3 Berapakah jumlah guru yang turut serta dalam rombongan itu ?

A Satu

B Dua

C Tiga

D Empat

4 Pada pendapat anda, mengapakah Siti pengsan ?

A Dia pengsan akibat terlalu penat

B Dia pengsan akibat terperanjat

C Dia pengsan kerana disuruh memasang khemah

D Dia pengsan kerana terlalu panas

5 Bilakah penulis dan ahli rombongan berjaya menakluk puncak Bukit Malawati ?

A 12 April 2011

B 13 April 2011

C 14 April 2011

D 15 April 2011

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca laporan di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Lawatan Sambil Belajar

Ke Muzium Sultan Alam Shah

Pada cuti penggal sekolah yang lalu, Kelab Bahasa Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Sultan Alam Shah, di Shah Alam. Lawatan ini disertai oleh 30 orang murid dan diiringi oleh 5 orang guru pengiring. Lawatan itu bertujuan untuk melihat pelbagai khazanah sejarah negeri Selangor.

Kompleks muzium ini diberi nama bersempena nama Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Suleiman Shah Alhaj.

Muzium ini menempatkan tujuh buah bilik pameran iaitu Balai Sejarah , Balai Kesultanan , Balai Kebudayaan , Balai Warisan Ilmu Kejadian, Balai Ekonomi , Balai Sukan dan Balai Pengangkutan. Setiap bilik mempamerkan Khazanah Negeri. Sebagai contoh , Balai Kesultanan menerangkan sejarah dan riwayat hidup Sultan Selangor secara terperinci. Balai Kebudayaan pula menunjukkan adat resam, budaya dan cara hidup rakyat Selangor.

Lebih 5000 koleksi dipamerkan di Muzium ini. Antara khazanah yang menarik ialah patung-patung yang menunjukkan adat perkahwinan orang Melayu. Kami juga turut diberi penerangan oleh Cikgu Zamzuri tentang khazanah-khazanah tersebut.

Lawatan ini sungguh bermakna kepada kami. Kami didedahkan dengan pelbagai ilmu tentang sejarah sultan dan juga sejarah negeri Selangor. Harapan kami lawatan ini dapat membantu kami di sekolah selain daripada memberi ilmu pengetahuan yang baru.

Laporan disediakan oleh , 12 April 2011

ZARINA

……………………………

( ZARINA JAN FAZLAY )

Setiausaha Kelab Bahasa

Sekolah Kebangsaan Labohan Dagang

42700 Banting.

6 Apakah tujuan lawatan tersebut ?

A Untuk melihat perkembangan negeri Selangor

B Untuk melihat kisah dan sejarah Sultan Selangor

C Untuk melihat 5000 bahan koleksi yang dipamerkan

D Untuk melihat budaya dan cara hidup rakyat Selangor

7 Balai Pengangkutan di Muzium Sultan Alam Shah mungkin mempamerkan

A perkembangan sistem pengangkutan di Selangor

B dokumen sejarah berkaitan negeri Selangor

C kedudukan perindustrian negeri Selangor

D keindahan semula jadi di Selangor

8 Anda telah berjaya menghasilkan sejenis vaksin untuk membunuh Varus Nipah .

Sejarah penemuan anda ini mungkin dipamerkan di…………………………….

A Balai Ekonomi

B Balai Sejarah

C Balai Kebudayaan

D Balai Warisan Ilmu Kejadian

9 Berikut adalah benar kecuali

A terdapat 5000 bahan koleksi di muzium ini

B riwayat hidup Sultan Selangor turut dipamerkan

C muzium ini diberi nama sempena nama seorang sultan Selangor

D cara hidup rakyat negeri Selangor dipamerkan di Balai Warisan Ilmu Kejadian

10 Apakah faedah yang diperolehi oleh ahli rombongan tersebut ?

A Pengetahuan tentang sejarah negeri Selangor

B Dapat melawat Muzium Sultan Alam Shah

C Boleh berjumpa pelawat-pelawat lain

D Dapat melihat patung-patung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan