Khamis, 23 Jun 2011

uji 2

1 Dia menggunakan _____________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.

A sekepul

B segugus

C setompok

D segumpal

2 Muka Encik Sanusi kelihatan ____________ setelah dia memarahi pekerja-pekerjanya.

A pucat-lesi

B hitam-legam

C letih-lesu

D merah-padam

3 Adik Hani menangis ________ kerana kucing kesayangannya terjatuh ke dalam longkang.

A tercungap-cungap

B tersedak-sedak

C terpinga-pinga

D teresak-esak

4 Askar itu terbunuh sewaktu pasukannya ____________ dengan pihak musuh.

A berlanggar

B bertempur

C bertembung

D bertemu

5 “ Usah kau ____________ lagi dengan aku. Aku sudah tahu siapa kau sebenarnya,” kata

Bee Swan dengan marah.

A bermain

B berpura

C bergurau

D berlawak

6 Dia berasa __________ apabila menyeberangi jambatan yang _________ itu.

A takut , uzur

B gentar , hodoh

C bimbang , buruk

D sedih , lemah

Soalan 7 dan Soalan 8

Pilih sama erti bagi kata yang bergaris dalam ayat di bawah.

7 “ Tiba-tiba, lembaga itu menjelma di hadapan saya,” kata Julie.

A ada

B wujud

C lenyap

D muncul

8 Cikgu Ali menyindir murid-muridnya yang malas belajar.

A mengumpat

B mengata

C mengeji

D memuji

Soalan 9 hingga Soalan 12

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

9 Sikap berjimat-cermat patut diamalkan oleh masyarakat demi masa depan yang terjamin.

A Masa depan terjamin dengan sikap masyarakat yang berjimat-cermat.

B Masyarakat yang mengamalkan sikap cermat akan menjamin masa depan mereka.

C Masyarakat patut mengamalkan sikap berjimat cermat demi masa depan yang terjamin

D Sikap berjimat cermat menjamin masa depan yang masyarakat amalkan.

10 Masalah kekurangan air di Kampung Selamat telah dapat diatasi oleh

Pegawai Daerah dengan adanya bantuan pihak swasta.

A Pegawai Daerah mengatasi masalah kekurangan air segera di Kampung Selamat

dengan adanya bantuan pihak swasta.

B Pegawai Daerah dapat mengatasi masalah kekurangan air dengan segera di Kampung

Selamat dengan adanya bantuan daripada pihak swasta.

C Penduduk Kampung Selamat telah dapat mengatasi masalah kekurangan air dengan

adanya bantuan segera daripada pihak swasta.

D Pegawai Daerah dapat menyelesaikan dengan segera masalah kekurangan air

di Kampung Selamat dengan adanya bantuan pihak swasta.

11 “ Saya masih belum makan. Hidangkanlah apa-apa makanan yang ada,” kata abang

kepada kakak.

A Abang mahu kakak menghidangkan semua makanan yang ada kerana dia belum makan.

B Abang masih mahu makan walaupun kakak hanya dapat menghidangkan makanan

yang ada sahaja.

C Abang memberitahu kakak bahawa dia hanya mahu makan makanan yang ada sahaja

D Abang meminta kakak menghidangkan apa-apa makanan yang ada kerana dia masih

belum makan.

12 “ Oleh kerana pengerusi kurang sihat, kita batalkan sahaja mesyuarat hari ini,” kata

setiausaha.

A Setiausaha meminta pengerusi membatalkan mesyuarat kerana dia kurang sihat.

B Pengerusi membatalkan mesyuarat kerana setiausahanya kurang sihat hari ini.

C Setiausaha membatalkan mesyuarat mereka pada hari itu kerana pengerusi

kurang sihat.

D Setiausaha menangguhkan mesyuarat mereka sehingga pengerusi sihat.

Soalan 13 dan Soalan 14

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.

13 A “ Jangan buat begitu lagi,nanti engkau dimarahi oleh ibu!” Nasihat abang kepada Salim.

B “ Jangan buat begitu. Lagi nanti, engkau dimarahi oleh ibu,” nasihat abang kepada Salim.

C “ Jangan buat begitu lagi ! Nanti engkau dimarahi oleh ibu,” nasihat abang kepada Salim.

D “ Jangan buat begitu lagi nanti. Engkau dimarahi oleh ibu,”nasihat abang kepada Salim.

14 A Penyanyi-penyanyi popular tahun 1960an yang masih aktif sehingga ke hari ini,

antara lainnya ialah M.Sharif dan A.Ramli.

B Penyanyi-penyanyi popular tahun 1960-an yang masih aktif sehingga ke hari ini

antara lainnya ialah M.Sharif dan A. Ramli.

C Penyanyi-penyanyi popular, tahun 1960-an yang masih aktif sehingga ke hari ini

antaranya, lainnya ialah M.Sharif, dan A.Ramli.

D Penyanyi-penyanyi popular tahun 1960-an, yang masih aktif sehingga ke hari ini,

antara lainnya, ialah M.Sharif dan A.Ramli.

Soalan 15 dan Soalan 16

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

15 I Berita baik itu berdebar.

II Berdebar hatinya ketika dia hendak berjumpa dengan menteri itu.

III Hatinya berdebar apabila mendengar berita buruk itu.

IV Hati Mansur berdebar apabila bercakap dengan gadis itu.

A I, II, dan III sahaja

B II, III, dan IV sahaja

C I, II, dan IV sahaja

D Semua betul

16 I Susah betul hendak masuk ke stadium apabila ramai orang yang mendesak dari belakang.

II Cikgu mendesak kami supaya menyiapkan kerja rumah secepat mungkin.

III Kita mesti menyelesaikan hal-hal yang mendesak itu.

IV Tentu ada orang yang mendesaknya maka dia sanggup memusuhi keluarganya

sendiri

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C II, III, dan IV sahaja.

D Semua betul


Soalan 17 dan Soalan 18

Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada soalan yang bergaris.

17 Mengapakah dia cemburu di atas kejayaan kamu itu ?

A Dia berasa malu di atas kejayaannya saya.

B Dia berusaha untuk mencapai kejayaan.

C Usaha dia selama ini sia-sia sahaja.

D Dia gagal mencapai kejayaan seperti saya.

18 Bagaimanakah kemalangan itu boleh terjadi ?

A Pada mulanya, pemandu kereta itu mabuk lalu melanggar belakang bas itu.

B Sebenarnya, kemalangan jalan raya itu berpunca daripada pemandu kereta yang

mabuk itu.

C Kemalangan jalan raya itu terjadi apabila pemandu kereta yang terlibat sedang mabuk

lalu melanggar belakang bas itu.

D Pemandu yang mabuk itulah punca kemalangan jalan raya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan