Jumaat, 10 Jun 2011

KARANGAN FAKTA


Pengenalan

Untuk menghasilkan karanga fakta yang baik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

· Anda perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang

sekiranya bercadang menulis karangan jenis ini.

· Sebelum menulis, anda mestilah memastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.

· Isi atau fakta yang diberikan perlu lengkap, tersusun , dan menepati kehendak soalan .

· Cara penyampaiannya mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata

yang mudah difahami

· Carilah sekurang-kurangnya 4 isi penting, pendahuluan dan penutup.

Pendahuluan - mengandungi definasi atau penerangan tentang tajuk

karangan.

Isi - membincangkan tentang tajuk secara tepat dan bukan rekaan

atau khayalan .

Penutup - memberikan pendapat anda tentang perkara yang ditulis.

Untuk memperkukuhkan isi , huraian serta contoh perlu dimuatkan.

Tidak ada format khusus yang harus anda ikuti bagi karangan jenis ini.

Soalan Perbincangan

Setiap pelajar biasanya mempunyai sebuah buku kamus. Tuliskan sebuah karangan tentang kepentingan kamus kepada seorang pelajar.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan

dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1

Memahami kehendak soalan;

Soalan ini menghendaki kita mengupas tentang kepentingan kamus kepada pelajar. Anda hendahlah menyenaraikan empat isi penting berhubung dengan faedah dan pentingnya kamus kepada seseorang pelajar.

Langkah 2

Anda hendaklah menyediakan isi-isi berdasarkan konsep peta minda;







Langkah 3

Menulis karangan lengkap berdasar kerangka dalam peta minda.

Contoh karangan :

Para guru sering menekankan tentang pentingnya pelajar memiliki pelbagai jenis kamus. Mengapakah guru-guru sering berkata demikian? Sejauh manakah pentingnya kamus kepada pelajar?

Dalam meniti kehidupan sebagai seorang pelajar, kamus seharusnya dijadikan teman setia. Hal ini demikian, kerana kamus merupakan sebuah buku yang mengandungi kata-kata yang disusun dengan keterangan mengenai makna perkataan dan lain-lain.

Peranan kamus sangat penting dalam memperkayakan seseorang pelajar itu dengan penguasaan kosa kata. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah sentiasa mendampingi kamus. Dengan berbuat demikian seseorang pelajar itu akan mengetahui asal-usul pembentukan sesuatu perkataan dan maksudnya.

Terdapat pelbagai kamus yang diterbitkan pada hari ini iaitu meliputi bidang seperti sains, ekonomi, undang-undang, teknologi maklumat dan sebagainya yang dapat memenuhi keperluan dalam pembelajaran. Justru itu, kamus dapat dijadikan rujukan untuk mengetahui ejaan, sebutan, dan maksud sesuatu kosa kata dengan lebih tepat lagi.

Dalam era teknologi maklumat. Kamus kini terdapat dalam pelbagai variasi elektronik yang mudah dibawa dan digunakan. Selain itu, sesetengah kamus ini juga boleh berinteraksi dengan mengeluarkan suara, gambar, dan sebagainya. Hal ini, akan membantu seseorang pelajar itu belajar dengan lebih berkesan.

Dengan itu, jelaslah kepada kita bahawa kamus merupakan alat yang sangat penting kepada seseorang pelajar. Penggunaan kamus secara berkesan akan membolehkan kita lebih mudah menerokai pelbagai bidang ilmu.

Langkah 4

· Selepas mengarang, anda hendaklah membaca semula karangan. Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan Minggu Ini:

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan

tidak melebihi 120 patah perkataan.

1 Pentingnya hari perayaan pelbagai kaum di negara kita disambut secara bersama.

2 Kebersihan menjamin kehidupan yang lebih bahagia.

Tuliskan sebuah karangan tentang pentingnya kita menjaga kebersihan,

3 Kita mempunyai banyak jenis permainan tradisional.

Tuliskan sebuah karangan tentang permainan tradisional di negara kita.

GLOSARI:

ganjil : sentiasa berlebih satu apabila dibahagi dua, pelik ,

luar biasa , aneh, tidak genap.

fitnah : tuduhan jahat yang sengaja diada-adakan atau dibuat untuk

memburuk-burukkan seseorang

fasik : tidak memperdulikan perintah Allah

depot : tempat menyimpan barang-barang,pusat latihan atau

pusat pengambilan orang-orang baruuntuk pasukan

polis atau tentera

bandul : benda yang digunakan sebagai pemberat

bangar : sangat busuk

gulut : berbuat sesuatu dengan tergesa-gesa, bergesa-gesa,

bergopoh-gapah

katalog : senarai atau daftar nama buku, barang dan lain-lain

dalam susunan tertentu kadang-kadang ada

senarai harganya

kuyu : tidak berseri mukanya,tidak gembira, muram

lencun : kuyup, sangat basah

Jawapan: 3

Apakah permainan tradisional yang anda minati? Mengapakah anda masih menyukai permainan tersebut? Mengapakah permainan tradisional ini perlu dikekalkan?

Persoalan-persoalan ini sering menjadi igauan generasi muda, yang mula melupakannya.

Hal ini berlaku kerana mereka lebih mengemari permainan moden seperti permainan video dan komputer yang dianggap lebih mencabar dan sesuai dengan perubahan zaman. Mereka kurang berminat uintuk bermain permainan tradisional seperti congkak, seremban, dam aji, sepak raga, wau dan lain-lain.

Antara permainan yang masih mendapat tempat ialah congkak. Permainan congkak ialah sejenis permainan mengisi buah ke dalam deretan lubang yang dibuat darpada sekeping papan. Permainan ini dapat membantu meningkatkan kemahiran mengira atau membilang.

Selain itu, permainan batu seremban pula ialah sejenis permainan yang dimainkan dengan cara melambung-lambungkan batu kecil dan menyambutnya kembali. Dimainkan sekurang-kurangnya dua oarang. Alat yang diperlukan ialah lima atau tujuh biji batu kecil.

Permainan seperti sepak takraw dan wau pula merupakan antara permainan yang telah diterapkan ke peringkat antarabangsa. Bagi permainan sepak takraw, negara kita telah menganjurkan beberapa kejohanan antaranya Kejohanan Sepak Takraw Dunia dan sebagainya.

Kesimpulannya kita seharusnya tidak melupakan permainan tradisional kita. Kita tidak boleh menyatakan bahawa permainan ini sudah ketinggalan zaman. Kita semua tetap mengakui bahawa permainan ini dapat melambangkan bangsa dan budaya rakyat Malaysia.

5 ulasan:

  1. Terima kasih.. Very useful... :) >.< <3

    BalasPadam
  2. thanks for the karangan... {from} izam

    BalasPadam
  3. all noob sohai...

    BalasPadam
  4. wah panjangnya....
    penat tangan maw menulis....
    hehehehehhehe........

    BalasPadam