Selasa, 7 Jun 2011

LATIHAN PEMAHAMAN 4

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada

satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Amir Faiz : Selamat pagi, cikgu. Apa khabar?

Cikgu Atif : Selamat pagi. Khabar baik.

Amir Faiz : Saya Amir Faiz, ketua pengarang “ Buletin Antara Kita ”.
Saya ditugaskan menemu ramah cikgu bagi dimuatkan dalam keluaran akan

datang bersempena pelantikan cikgu.

Cikgu Atif : Boleh. Eh, duduklah dulu! Tak manis jika awak asyik berdiri sahaja.

Amir Faiz : Bolehkah cikgu menceritakan pengalaman cikgu dalam kerjaya mulia ini?

Cikgu Atif : Cikgu mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Kem Kabota, Tawau, Sabah

selama lima tahun. Pada tahun 1980, cikgu ditukarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia ke Sekolah Kebangsaan KemTerendak. Sebelum ditukarkan di sekolah ini, cikgu telah berkhidmatselama tujuh tahun di Sekolah kebangsaan Taman Bunga Raya sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum.

Amir Faiz : Boleh saya tahu latar belakang pendidikan cikgu?

Cikgu Atif : Cikgu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Choh

dan menyambung pelajaran di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban.

Kemudian cikgu mendapat pendidikan ikhtisas di Maktab Perguruan

Sultan Idris.

Amir Faiz : Bagaimanakah pendapat cikgu semasa kali pertama bertugas di sekolah ini?

Cikgu Atif : Cikgu berbangga dengan sekolah ini kerana telah berada di puncak dalam

bidang kurikulum dan kokurikulum. Nilai-nilai murni yang telah disemai

oleh bekas guru besar lama telah begitu mantap dalam diri para pelajar.

Amir Faiz : Apakah harapan cikgu kepada sekolah ini?

Cikgu Atif : Cikgu amat berharap agar aspirasi guru di sekolah ini utuk menjadikan

sekolah kita sebagai Sekolah Harapan Negara pada tahun ini akan menjadi kenyataan.

Amir Faiz : Terima kasih atas kerjasama dan kesudian cikgu menjawab soalan saya.

Cikgu Atif : Sama-sama.

1. Pada tahun berapakah Cikgu Atif mula berkhidmat?

A 1970

B 1975

C 1980

D 1885

2. Di manakah beliau mendapat pendidikan perguruan?

A Sekolah Kebangsaan Sungai Choh C Sekolah Datuk Abdul Razak

B Sekolah Kebangsaan Kem Kabota D Maktab Perguruan Sultan Idris


3. Berikut adalah antara sifat yang ada pada Cikgu Atif kecuali ………..

A peramah

B mementingkan diri

C bersopan-santun

D bekerjasama

4. Antara berikut ialah kejayaan yang telah ditinggalkan oleh bekas Guru Besar kecuali

A mempunyai kantin yang indah.

B mempunyai murid yang berdisiplin.

C kejayaan yang cemerlang dalam UPSR.

D mencapai kegemilangan dalam kokurikulum.

5. Kata aspirasi di dalam petikan membawa maksud ……

A idaman C angan-angan

B cita-cita D harapan

Soalan 6 hingga soalan 10

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kolam boleh dikatakan terdapat di mana sahaja. Di kebun-kebun bunga, di hutan lipur dan di ladang. Ada juga kolam yang terletak di atas bukit-bukau dan gunung-ganang. Kolam ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kolam semulajadi dan kolam hasil buatan.

Kolam asli terbentuk apabila tempat-tempat berongga pada muka bumi dipenuhi air hujan. Untuk menampung air, tempat-tempat berongga ini mestilah mempuyai lapisan tanah liat atau batu di bawahnya yang menahan air daripada meresap ke dalam tanah.

Kebanyakan kolam adalah dibuat oleh manusia. Pada masa lampau, hampir semua kampung dan ladang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kolam. Kolam itu digunakan oleh kuda dan lembu untuk meminum air. Di samping itu, kolam ini juga digunakan untuk pengairan.

Musim panas adalah masa yang paling sibuk di kolam. Cuacanya panas dan harinya panjang. Tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan cepat, berbunga dan berbenih. Tumbuhan-tumbuhan ini menyediakan makanan yang segar untuk banyak herbivor.

Berbeza dengan keadan ini, pada musim sejuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan kolam menghadapi banyak kesulitan. Walaupun permukaan air menjadi beku, namun jauh di bawah permukaan kolamnya, suhunya jarang sekali jatuh lebih rendah daripada 4 C. Ini menyebabkan masih terdapat haiwan – haiwan yang boleh hidup nun jauh di dasar sungai atau kolam tersebut.


6. Bagaimanakah banyak kolam asli terbentuk?

A Di kawasan yang mudah diresapi air

B Lubang-lubang yang digali dengan dilapisi tanah liat

C Apabila hujan memenuhi tempat-tempat berongga pada muka bumi

D Kolam ini akan terbentuk di atas bukit-bukau dan gunung-ganang.

7. Mengapakah kolam digali di kebanyakan ladang?

A Sebagai pusat bekalan air kawasan ladang

B Sebagai tempat haiwan herbivor mendapat makanan

C Sebagai tempat yang paling sibuk pada musim panas

D Sebagai tempat tumbuh-tumbuhan berbunga dan berbenih

8. Kata rongga dalam petikan tersebut membawa maksud …………

A lubang C padat

B tumpat D padu

9. Semua yang berikut adalah benar kecuali ………….

A Di atas bukit dan gunung juga terdapat kolam.

B Kolam adalah sumber utama haiwan ternakan.

C Walaupun sejuk, air di kolam tidak beku sepenuhnya.

D Tumbuh-tumbuhan dapat hidup subur semasa musim sejuk.

10. Pada pendapat anda, mengapakah kolam begitu penting kepada hidupan?

A Kolam adalah sumber bermula rantaian makanan

B Kolam mencantikkan pemandangan dan boleh menenangkan fikiran

C kolam boleh membeku ketika musim sejuk

D Tumbuh-tumbuhan mengharapkan kolam untuk membiak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan