Rabu, 22 Jun 2011

uji 1

1 “ ____________ akan merasmikan dewan serba guna sekolah ____________ pada hari

Sabtu,” kata Leong dan Samad.

A Dia ........kita

B Baginda ............. saya

C Tuanku ............... saya

D Beliau .................. kami

2 Sekarang ini banyak terdapat orang yang ____________ tetapi tidak beradab.

A terpelajar

B pelajaran

C pengajaran

D mempelajari

3 Saya ____________ mungkin mereka ditimpa kemalangan.

A beragak-agak

B teragak-agak

C mengagak

D agaknya

4 Ah Min telah __________ surat itu kepada adiknya di kampung.

A beralamat

B mengalamati

C mengalamatkan

D dialamatkan

5 “ Apa guna kamu semua __________ tentang perkara yang tidak mustahak, lebih baik kamu mencari jalan supaya teguhkan perpaduan,” ujar Lebai

A bertikam lidah

B jatuh hati

C rambang mata

D buka tembelang

6 Mak Cik Zainab _____________ kerana hajatnya untuk menghantar anaknya belajar

ke menara gading tidak tercapai.

A mati akal

B mati kutu

C mati katak

D mati celik

7 Lukisan yang tergantung _________ dinding itu dihadiahkan _______ sahabat lamanya.

A pada ................ oleh

B pada ................ daripada

C di .................... untuk

D di .................... bagi

8 Kejayaan Hafiz akan menjadi perangsang ____________ adik-adiknya.

A dari

B dengan

C kepada

D daripada

9 Kamarul ingin menyertai rombongan sekolah melawat ke Pulau Langkawi __________ dia telah beberapa kali ke pulau itu.

A dan

B kerana

C tetapi

D sungguhpun

10 Hanya __________ penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke beberapa

____________ maktab perguruan.

A segelintir ....... buah

B segolongan ........... biji

C sekelompok .......... deret

D sekumpulan .......... baris


































































































































































































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan